Mimpi atau kunjungan sebenar?

16 Dec 2009

Adoi laa……..

Pagi ni Tie betul-betul keletihan. Lepas siapkan sarapan untuk sibongsu sebelum ke sekolah (ada kelas ), cuci baju dan jemur… terus sambung tidor.  Memang teruk, kan… tapi tak dapat nak elakkan kerana memang dah tak larat. Badan jadi lemah tetiba.

Sebenarnya malam tadi Tie mimpi (atau mengigau) seorang makcik yang tak dikenali, cuba masuk dalam rumah ikut pintu dapur. Tie tahan dia dari masuk dengan menutup pintu grill dari dalam. Tapi dia masih cuba tolak dari luar. Matanya terbeliak dan kelihatan marah. Mulut Tie pulak tak henti-henti baca surah tertentu dan menghembus kepadanya… ala-ala bomoh, hi hi hi….

Gambar ihsan dari Google (tak sempat snap gambar mokcik tu laa..hehe..)

.

Rupa-rupanya suami Tie sedar. Katanya lama dia perhatikan Tie terkumat-kamit dan memoncong-moncong… Dia cuba gerakkan Tie tapi tak berjaya. Bila suami goyangkan siku barulah tersedar.

Aderrk ! Dah lama tak merapu dan bermimpi ni…. Bila dah tenang, kami berdua ketawa sampai tak larat ! Waaakakaaa……… Tak dapat bayangkan.. Agaknya jiran terdengar suara kami ketawa kira-kira jam 3.30 subuh tadi. Dan sampai petang ni  abang asyik sindir., sambil menunjukkan gaya moncong !!!    Uuwaaaaa………..

Haa…. mesti ada sebab Tie mengigau, kan ? Err…. nak cerita ke tak nak, ekk ? Hmm… malas laa.. Nanti ramai yang takut. Lagipun  tak pasti samada Tie benar-benar hadapinya atau hanya mainan tidur. Tak pe laa….. Mungkin satu hari nanti Tie akan cerita kisahnya. Jangan takut tau !

~ Petang ni, Tie masih lagi rasa letih. Kadang-kadang tangan rasa ketar dan  diri rasa berdebar-debar. Mungkin kerana terkejut ‘kehadiran’ mokcik misteri tu. Malam ni dan seterusnya mesti bersiap sedia. Selain dari amalan surah2 tertentu, ingat nak letak batang penyapu sebelah katil. Kalau dia datang lagi, boleh gak  hempuk-hempuk mokcik tu dengan penyapu, hi hi hi….

~Err… mungkin abang kena pakai topi keledar malam ni. Takut tersilap ketuk!! Waakakaa……..

.

.

55 Comments (+add yours?)

  1. ~mrs azmi~
    Dec 16, 2009 @ 18:54:01

    hush maghrib2 bace cite cenggini pulak!! dahle kat opis lagi ni… kang balik nak tempuh jalan2 sunyi pulak!!! uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

    Reply

    • Tie
      Dec 16, 2009 @ 18:56:16

      Laa… dok ofis lagi ? Kesiannya… Tak pe laa.. cepat-cepat bungkus tu. Jangan tunggu sampai gelap. Pasang radio IKIM dlm kereta … mudah-mudahan selamat sampai 😛

      Reply

  2. zareda
    Dec 16, 2009 @ 19:27:04

    Tie

    mungkin ada unsur tak baik nak cuba masuk rumah. zar selalu juga mimpi org nak masuk rumah especially kalau baru balik dari hutan atau pergi ke tempat tak biasa.. Tenang tenang aje.. Ayatul Kursi jadikan amalan sebelum masuk rumah

    Reply

    • Tie
      Dec 16, 2009 @ 19:50:06

      Mungkin juga Zar…

      Ada kisah disebalik tu, tapi Tie tak bersedia untuk menceritakannya sekarang. Pulak tu hari ni Tie cuti… hai.. terpaksalah berzikir je…

      Reply

  3. irfat
    Dec 16, 2009 @ 19:44:17

    aiseh..menyeramkan le plak entry kaktie kali nih.,.hui3…

    Reply

  4. Tie
    Dec 16, 2009 @ 19:51:16

    Irfat, janganlah takut. Nanti ia semakin berani terhadap kita….

    Reply

  5. akak
    Dec 16, 2009 @ 20:47:05

    Tie,
    sejak tie cerita kehilangan duit tempohari, rasa macam semacam aje kawasan rumah tie tu. Lepas tu Tie cerita jumpa ular… ini cerita ada orang tua nak masuk rumah….
    Bagaimana kalau Tie tanyakan pada orang bijak agama..
    (Macam tak normal lah…)
    Takpun Tie tanyalah pada Mulder dan Scully….. (Kalau depa belum pencen lg…)

    Reply

    • Tie
      Dec 16, 2009 @ 20:53:18

      Err…. Mulder dan Scully ? Alamak ! Dah lama tak tahu kisah mereka. Kalau tak tentu Tie takkan lepaskan peluang untuk bersama-sama siasat kisah misteri mereka tu, ekekeke…….

      Sebenarnya mimpi atau igauan Tie tu mungkin ada kaitan dengan kehilangan duit. Tapi Tie sengaja tak ceritakan di sini sebab hati ni masih belum tenang lagi.. Nanti laa.. bila dah reda Tie akan ceritakan.

      Memang dah jumpa dengan orang tertentu… tapi pasal duit yang hilangje. Hal ular yang nak masuk rumah dan ular besar dalam mimpi tu tak ditanya.. sebab mungkin hanya mainan tidor.

      Kami dah terlalu lama tinggal di sini… Hampir 5 tahun. Sedang menunggu masa untuk pindah je…

      Reply

  6. tED|
    Dec 16, 2009 @ 20:47:56

    erk!! tgk gambau tu je dah sereeeemmm!!

    Reply

  7. ima
    Dec 16, 2009 @ 21:11:08

    salam kak tie…

    mula2 bukak terkejut jugak tengok gambar tu…rasa nak tutup balik je..takut,sebab malam ni tidur sorang je…nanti takut tak boleh tidur pulak…ima ni pun kuat bermimpi…huhuhu,

    Reply

  8. DrSinga
    Dec 16, 2009 @ 21:14:16

    malam ni nak tidur..
    jangan lupa basuh kaki..kalau tak nanti ngigau..
    selalu org tua2 pesan macam tu..
    kenapa ek?

    Reply

    • Tie
      Dec 16, 2009 @ 21:56:20

      Ooo.. sudah tentu, mesti basuh kaki.

      Kenapa ? Mungkin untuk mengelakkan tempat kita tidor dari kotor atau tercemar… dari benda2 fizikal atau abstract.

      Reply

  9. ain
    Dec 16, 2009 @ 21:24:02

    one fine day, kak tie citer ye psl mok cik tu!! nak gak tau kisah seram tu wlupun penakut!!!!

    Reply

  10. kenari
    Dec 16, 2009 @ 21:54:53

    takut aihhhhhh!!! tak mau baca dahhhhh!!

    Reply

  11. Zymazara
    Dec 16, 2009 @ 22:12:01

    Salam Kak Tie……

    Amalkan surah Kursi sebyk yg mungkin. Hembus pd setiap sudut rumah, kiri, kanan, depan dan belakang. Kiranya “pagar” dalaman la. Kalau nak lebih bagus, tambah dgn surah Yaasin. Insya Allah kita dlm lindungan-Nya.

    😉

    Reply

    • Tie
      Dec 17, 2009 @ 06:53:47

      Insyaallah.. nanti nak suruh abang buat pagar. Dia tu busy sangat. Kak tie ni sekarang dalam ‘cuti’, hehehe…

      Reply

  12. izan
    Dec 16, 2009 @ 23:54:08

    k tie

    kdg zan rajin gak ngigau… si zul dah tak larat nak layan…kdg dia ketuk je kepala zan.. apalagi zan tak peduli… tido je terus….hihi.. kdg pandai gak sambil tido baca2 nih…. dia je tau apa yang zan baca hihihi…

    Reply

    • Tie
      Dec 17, 2009 @ 06:55:09

      Laa… napa pulak ! Ni mesti masa siang hari Zan terlalu aktif atau excited !

      Kak tie jarang bermimpi atau mengigau.

      Reply

  13. maza
    Dec 17, 2009 @ 00:09:32

    elok tu berhati2 sebelum igauan menjadi kenyataan…

    rasanya ada mesej yg hendak disampaikan tu..

    barangkali berlaku Dimensi ke 4…. mana tau ada makhluk yg nak minta tolong pd Tie.. huhuhu

    Reply

    • Tie
      Dec 17, 2009 @ 07:00:30

      Bukan nak mintak tolong Maza ooii….

      Dia datang nakkan sesuatu ! Tak tahu la dalam masa setahun ni terlalu banyak gangguan dalam hidup Tie. Dulu tak macam ni pun. Tie rasa dah jadi macam mak dan ayah pulak.

      Ayah tu memang rajin khatam quran…3-4 kali sebulan. Dan mak sering diduga dengan benda-benda gini. Lagi kita lawan, lagi kuat benda tu nak uji. Tie cuma bimbangkan sibongsu tu kerana semangatnya tak kuat seperti abg dan kakaknya. Tie masih okay lagi.

      Reply

    • Zymazara
      Dec 17, 2009 @ 08:25:12

      To Kanda Maza…….

      Skrg den yg dtg nak mintak tolong. Tolong nyanyikan 10 buah lagu. Hiburkan hati Kak Tie yg dlm keseraman nihhhh. Huhuhuhu…….

      😉

      Reply

      • Tie
        Dec 17, 2009 @ 09:35:10

        @Zyma, tak payahlah suruh pokcik tu nyanyikan… kang terus pitam kak tie dibuatnya. Suaranya belum tentu merdu tu, hi hi….

        Reply

        • maza
          Dec 18, 2009 @ 09:27:25

          aderkk.. ni juara berzanzi tau.. berzanzi.. huhuhu

          mujur gak Tie tak nak. karang saper laa ler nak bayar duit royalti kat maza ni.. tak larat lak si Tie itew.. hehehehe

          hantu tu nak kan Tie.. hmm lain mcm jerk bunyi nyer..

          takkan ler hantu tu tak reti beza antara sorg makcik dgn anak dara..
          makcik tu pulak ada suami lagi..

          aderkk….apa punya pesen lahh antu itu kanzz..gelojoh betul.. nak gak dia berkenan dgn bini org..

          ishk ishk ishkkkk!… huhuhu
          heheheh

  14. cpj
    Dec 17, 2009 @ 00:13:55

    Dalam serampun boleh gelak yer?hebat tu.Mesti adik beradik dengan tok moh…

    Reply

    • Tie
      Dec 17, 2009 @ 07:04:43

      Tok moh ? Ekekekeke…..

      Mungkin adalah sikit-sikit. Arwah tok kak tie boleh bantu sikit-sikit sesiapa yang kesusahan terutama anak2 kecil yang diganggu. Dan ayah Tie pun boleh sekadar untuk keluarga sendiri. Bukan menuntut ilmu ke apa, tapi hanya mempraktikkan bacaan-bacaan Al-Quran je… untuk anak cucu. Mungkin kerana itu kami diduga sebegini.

      Reply

  15. kin
    Dec 17, 2009 @ 00:33:18

    kak tie ni, ada aje2 cerita misteri..eii seram la!

    Reply

  16. blogresipi
    Dec 17, 2009 @ 03:56:47

    Baru nk pesan kt cik abang kak tie suruh tidur kt luar je.. takut makan batang penyapu pulak mlm ni.hihihi… nape mimpi pelik2 ni kak tie?

    Reply

  17. Tirana
    Dec 17, 2009 @ 06:35:23

    nenek kebayan datang dalam mimpi tie tu.. Apa dia nak agaknya ye.. Nak minta bubur nasi barang semangkuk dua kot..hehehe

    Reply

    • Tie
      Dec 17, 2009 @ 07:09:34

      Errk ! Nenek kebayan ?

      He he…. Tirana, kalau dia datang dalam mimpi Tirana semestinya rasa tak tentu arah tau ! Sebab tetiba je dia nak masuk rumah tanpa beri salam dengan matanya yang membulat.. eh, mata memang bulat pun, ekekeke…..

      Reply

  18. bozzo
    Dec 17, 2009 @ 08:58:46

    seram pulak bozzo baca… tapi mimpi ni mainan tidor je…jgn pikir sgt…kak tie nih tak basuh kaki kot nak tido…

    Reply

  19. nazilyn
    Dec 17, 2009 @ 08:59:54

    salam..tak dapat nak bayangkan cik abang kak tie tidor pakai topi keledar…hehehe baik2 jangan mimpi merempet lak…nanti kak tie yang kena hempit…hehehe

    Reply

    • Tie
      Dec 17, 2009 @ 09:32:39

      Ekekeke…….

      Malam tadi kak tie mimpi kelakar pulak. Lepas tu terus ketawa sampai susah nak henti. Abang pulak turut ketawa sebab tengok kak tie lucu sangat, hehehe…. Entahlah, mungkin jiran sebelah fikir kami berdua ni dah tingtong… ketawa tengah-tengah malam buta!!

      Reply

  20. dyg
    Dec 17, 2009 @ 10:31:05

    hahahaha kelakar la kak tie ni…

    Reply

  21. shais
    Dec 17, 2009 @ 11:22:16

    cuba kaktie angan yg indah-indah….mesti mimpi pun yang best-best…hihi

    Reply

    • Tie
      Dec 17, 2009 @ 11:38:09

      Tak semudah itu Shais.

      Kak tie pernah cuba. Tapi tak mimpi langsung pun. Sebenarnya kak tie jarang sekali bermimpi, kecuali bila dalam keadaan tertekan….

      Reply

  22. pakcikli00
    Dec 18, 2009 @ 04:17:12

    mimpi tu sungguh, kerana gaya ceritanya pun bersunguh sungguh. Sebenarnya tidur yang sempurna itu diserti mimpi, cuma samada kita ingat atau tidak. Selamat bermimpi lagi, kali ini biarlah yang mengembirakan pula.

    Reply

  23. sya
    Dec 18, 2009 @ 08:59:54

    kak tie, bila nak cerita ni…
    saya pun pernah juga mimpi yang macam benar2 ni…
    debar nya, sampai nak meletup dada rasanya.. hehehe…

    Reply

  24. pakcikli00
    Dec 20, 2009 @ 02:12:58

    mana pulak tie lepas mimpi hantu ni, demam ke ?

    Reply

  25. hajah nafisah
    Dec 21, 2009 @ 11:03:52

    Salam. Mimpi mainan tidur. Tak perlu risau2. janji sebelum tidur baca ayat2 al Qur’an yg perlu.

    Reply

  26. nono
    Dec 25, 2009 @ 00:02:40

    wahahhahahahahahhaha… baru terlintas kat kepala, ada kang yang terketuk suami sendiri before baca line yang pakai topi kaledar tu.. heheh. lawak la kak tie.. 😛

    Reply

    • Tie
      Dec 25, 2009 @ 11:21:29

      Ehehehehe……..

      Abang kak tie pun sama gak! Dia tu kekadang ngigau berperang dengan hantu. Kak tie terpaksa pulak buat benteng dengan bantal golek tu.. takut kena pedang! Waakakaka…

      Reply

  27. Abg Din
    Dec 26, 2009 @ 18:33:43

    nanti mimpikan abgdin jadi taukey lori ya…

    Reply

Leave a reply to Tie Cancel reply