Home > Makan > buah naga

buah naga

December 14, 2009 Leave a comment Go to comments

Suka makan buah naga tak ? Tie ada sebiji , lebih untuk meja pengantin dulu. Buah ni besar, mahal la sikit sebab jenis isi merah. Bagi Tie rasanya biasa je… manis buah tanpa rasa unik pun. Tapi buah naga ni terkenal dengan khasiatnya. Tentu ramai dah tahu.

Cara makannya ialah membelah buah ni dan cedok isinya. Kena makan dengan sudu atau garfu kerana warnanya ‘menurun’. Jadiย  hati-hatilah ya,ย  takut terkena pakaian. Buah ni cantik dibuat hiasan pada salad buah-buahan, pudding, atau kek. Tapi kerana ianya berair sedikit, warnanya turun dan mungkin akan buat hidangan tertentu selekeh .

.

.

Buah yang berasal dari keluarga kaktus ini semakin banyak ditanam. Bila pulang ke Johor, pasti akan dapat lihat ladang buah naga di tepi jalan. Pokoknya memang nampak ganjil, dan selalu menarik perhatian Tie dan anak-anak.

Antara khasiat buah naga ini ialah :-

  • kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.
  • baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.
  • memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.
  • boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan.

Dan banyak lagi……….๐Ÿ˜›

.

.

.

Err………… ini Dragon ballz, mokcik buat.. tengah tak de kerja, hi hi hi…………….

.

.

.

.

.

Edit – 15 Dec 2009….. Friendship Award dari Izzah

.

.

Terima kasih Izzah… Kak tie amat menghargainya๐Ÿ˜›

.

.

.

.

Categories: Makan Tags: , ,
  1. December 14, 2009 at 6:09 pm

    mokcik tie….comelnya Dragon Ballz tuuuuu๐Ÿ˜‰
    utk makluman sy dilahirkan pd tahun naga ye :p

    • Tie
      December 14, 2009 at 6:20 pm

      Ehehe….

      Tahun naga ? Uwaaa……. macam suami Tie !

  2. December 14, 2009 at 6:11 pm

    salam…sedap kak tie buah naga ni walau pun namanya tak seindah rasanya….kat johor mmg banyak buah ni kat kampung pun banyak orang tanam…cantik pulak kak tie potong cmtu…mmg takde keje..hihihi

    • Tie
      December 14, 2009 at 6:20 pm

      Waakakakaa…… Hari ni memang tak de kerja. Padahal pagi-pagi tadi kemas dapur sampai nak semput!

  3. December 14, 2009 at 7:17 pm

    Salam Akak Tie…..

    Dragon Fruit tu boleh buat jus. Akak blend bersama air & ice cube.
    Siap blend, taruk air cream kat atas jus tersebut. Sy ni nak kasik tips yg boleh menggemukkan je utk Akak Tie. Huhuhuhu…….
    ๐Ÿ˜‰

    • Tie
      December 14, 2009 at 9:42 pm

      Memang berhasrat nak buat jus, tapi tetiba jadi pudding pulak, hi hi.. malas nak tepek kat sini, kang ramai yang nak! Waakakakaa………

  4. ain
    December 14, 2009 at 8:33 pm

    dulu saya tak suka dragon balls ni, tp bila dh cuba sekali..kesedapan pulakk!!!

    • Tie
      December 14, 2009 at 9:43 pm

      Kak tie kurang gemar, tapi suka warnanya yang cantik. Kalau di bubuh dalam pudding, lagi cantik… macam strawberry… Cuba laa…

  5. December 14, 2009 at 8:35 pm

    waaa comel dragon ballz tuu hehehee… kreatip kak tie ni bila ngaku takda kerja..:D
    warna magenta tua buah naga ni memanng nampak cantik, kalau kena baju abislah. Kat nogori ni pun banyak ditanam๐Ÿ™‚

    • Tie
      December 14, 2009 at 9:44 pm

      Hi hi hi…

      Sebenarnya nak cuba melon scoop yang kak tie baru beli… uwaaaa……….

  6. December 14, 2009 at 8:42 pm

    padat dengan info berguna..mantopp..

    err..”menurunkan kadar lemak dalam badan”..bole bg kat insan2 yg obesiti tak supaya mereka cepat kurus..hik3..

    • Tie
      December 14, 2009 at 9:45 pm

      Kak tie makan banyak gak, tapi macam sama je body ni… kena makan berapa biji, ekk?

  7. tedi
    December 14, 2009 at 9:31 pm

    kaktie.. x tau lah kenapa tekak ni x boleh terima buah ni.. rasa tawar jek… :0
    tapi buah ni banyak khasiat kan?

    • Tie
      December 14, 2009 at 9:45 pm

      Tu laa… Kak tie pun rasa macam tawar… tapi telan jugak! Buah ni mahal, lagipun banyak khasiat. Tak pe laa.. buat ubat๐Ÿ˜›

  8. zareda
    December 14, 2009 at 9:34 pm

    Jiran zar tokei ladang buah naga ni.. kadang kadang bila musim menuai memang berbelas bijik buah naga gred A jiran ni bagi.. sampai zar pulak panjangkans sedekah ke bebudak ofis… memang sedap.. tambah pulak kalau preee.. ehheheh

    • Tie
      December 14, 2009 at 9:46 pm

      Wah… beruntunglah Zar.

      Bila makan yang free tu memanglah sedap ! hi hi…

  9. December 14, 2009 at 9:54 pm

    k tie,

    kita dulu2 pun tak suka… tapi kwn2 asik suruh rasa… suruh rasa… dah berasa-rasa pulak… sampai kemana pegi berbatang2 saya bawak balik nak tanam kat rumah. gemuk2 ruasnya… datang abe punya pakcik sorang ambik…sorang ambik tinggal yang kurus2. sudahnya makcik dpn rumah gak yang bagi suh tanam… dah ada 2 ruas yang bertunas… kali ni selamat tak sempat org mintak saya tanam cepat2….

    • Tie
      December 15, 2009 at 6:55 am

      Kak tie ada hasrat nak tanam pokok ni, tapi kena duduk kat kampung laa.. senang nak jaga. Bila berbuah nanti Zan snap gambornyalah..๐Ÿ˜›

  10. December 14, 2009 at 9:56 pm

    buah ni buat air sedap kan.

    • Tie
      December 15, 2009 at 6:56 am

      Tak sempat nak buat air… dah abis, hehe..

  11. December 14, 2009 at 10:19 pm

    Tie,
    buah ni sedap kalau dah di potong2 dan simpan dalam peti sejuk… bila makan… nyaman dan sejuk dan menyegarkan…..

    • Tie
      December 15, 2009 at 6:56 am

      Betul tu.. gigi rasa nyilu pun tak pe, hi hi

  12. cpj
    December 14, 2009 at 11:12 pm

    ni satu lagi makanan yang ada aura!…auranya pada warnanya.Fuh cpj sangat suka buah naga ni tapi yang warna merah/ungu sahaja, yang putih kurang suka.cpj boleh habiskan 2 biji sekali makan.lepas tu, lidah dan bibir macam pakai gincu!…ekekekekee….

    • Tie
      December 15, 2009 at 6:58 am

      Wah !

      Cikgu ni memang minat warna-warna begini, ya. Orang kata warna-warna begini berfrekuensi tinggi.. maknanya mempunyai tenaga yang tinggi juga. Mungkin antara sebabnya buah naga yang berwarna merah ni lebih berkhasiat.

      Oooiitt ! Tak dapat bayangkan cikgu berbibir merah!!

  13. December 14, 2009 at 11:25 pm

    Comel comel naga moolat kt atas sinun. Tak cukup 7 butir dragon ball tuh mokcik makang ke? heheh

    • Tie
      December 15, 2009 at 6:59 am

      Opocott !!

      Ijan nampak ke ?

      Kak tie tertelan laa…. ekekekeke………

  14. December 14, 2009 at 11:34 pm

    yang merah tu sedap sikit jika dibandingkan dgn yg putih. Saya dulu tak suka buah ni tapi skrg bolehlah jugak sejak org kata banyak khasiat.

    Masa anak saya belajar di Gerik dulu, selalu beli kat kebun di tepi jalan.

    • Tie
      December 15, 2009 at 7:01 am

      Memang yang merah tu lebih sedap. Yang putih tu lagilah tawar, kan..?

      Sekarang ni memang dah bertambah ladang-ladang buah naga. Harap-harap harganya akan lebih murah, hehe..

  15. December 15, 2009 at 8:37 am

    kalau yang warna merah ni…..mesti cepat habis…..lepas tu mulut tangan semua merah….kuat betul warnanya.

    • Tie
      December 15, 2009 at 12:17 pm

      Betul tu.

      Kena guna sudu atau garfu… kalau tak habis merah jari-jari ni.. terus teringat masa berinai dulu, ekekeke……

  16. December 15, 2009 at 11:31 am

    wow! lawa2 lah gambar tie.. ni yg jeles ni.. huhuhu

    dargon ball tu mcm asyikk sesangat.. harap2 tak der lah berlaku pertempuran para pejuang handalan ilmu kepahlawanan nak rebut dragon ball tie itew.. hehehe

    • Tie
      December 15, 2009 at 12:19 pm

      Aaa…??

      Gambar Tie lawa ??

      Waakakakaa…….. kembang kempis idung nih!!๐Ÿ˜†

      Dah abis pun dragon balls tu.. dah telan semuanya..๐Ÿ˜›

  17. December 15, 2009 at 11:32 am

    psst: maza suka gambor yg last tu.. heheheheh

    • Tie
      December 15, 2009 at 12:20 pm

      Err…

      Tengoklah orang yang snap tu macam mana… hi hi hi….

      ~ Tie pun heran.. kenapa tetiba gambar jadi cantik. Kamera Tie tu ada masa okay, ada masa gambarnya blur pulak!

      • December 15, 2009 at 8:04 pm

        Kak Tie dan Kanda Maza boleh la bergiat sama2 amik gambor. Jadi potograper yg best gituuuuu.
        ๐Ÿ˜‰

        • Tie
          December 15, 2009 at 9:46 pm

          Kaktie cuma ada kiddy camera je… berbezalah dengan pokcik tu…

        • December 15, 2009 at 10:21 pm

          heheheh

          kalau gambar cantik, org tak kan tanya pakai kamera apa pun daaa…heheheh

          tapikan kalau dah namanya ada skill dan talent.. letaklah kamera apa sekali pun, insyallah gambarnya bernyawa gitew.. hehehe

  18. ima
    December 15, 2009 at 2:55 pm

    salam kak tie…

    buah naga ye…pernahlah sekali ima beli,sebab terliur dgn warnanya…last2 balik umah semuanya tak suka…masuk tong sampahlah jawabnya…nasib baik sebiji je belinya…hehehe

    • Tie
      December 15, 2009 at 9:49 pm

      Kak tie ni bukanlah tak suka.. cuma tak berapa suka… rasanya kurang , kan… tak macam buah-buah lain. Manis tak ada, masam pun tak… tu yang ramai tak boleh terima. Cantik je… hehe…

  19. December 15, 2009 at 4:02 pm

    sampai skang ni tak buleh makan buah naga, rasa pelik tgk isinya.

    • December 15, 2009 at 8:05 pm

      Julietchun….

      Buah naga tu sedap. Aku jamin ko mesti akan ulang2 makan kalau ko dah try sekali.
      Ada vitamin C…..baik utk kulit. Ko nak cantik tak? Baik ko makan…..
      ๐Ÿ˜‰

    • Tie
      December 15, 2009 at 9:49 pm

      @ Juliet ….Tak pe laa… banyak lagi buah lain yang boleh dimakan..๐Ÿ˜›

  20. December 15, 2009 at 8:41 pm

    teringat masa pademik h1n1 dulu.. nenek kita asyik pesan makan buah naga je..๐Ÿ™‚

    • Tie
      December 15, 2009 at 9:51 pm

      Memang buah ni banyak khasiat.

  21. December 15, 2009 at 9:53 pm

    salam kak tie..
    sedap buah naga nie..saya suka..masam2 manis…

    kak tie,ambik tau friendship award kat blog saya..untuk kak tie juga…๐Ÿ™‚

    • Tie
      December 15, 2009 at 9:57 pm

      Eh…. haaaa…….. baru teringat !

      Nanti kak tie gi ambik, ya.. Mekasih Izzah!!

  22. December 15, 2009 at 10:28 pm

    Salam…sedapnya dragon fruit!

    • Tie
      December 16, 2009 at 6:42 am

      Suka rasanya ?

  23. December 16, 2009 at 12:46 am

    Saya suka makan buah naga nie…lembut dan mudah cerna. Lebih sesuai untuk org yang tak bergigi..eheheh..bye n salam

    • Tie
      December 16, 2009 at 6:43 am

      Ha ha.. suami kak tie pun kata gitu, sesuai untuk orang yang kurang gigi,๐Ÿ˜›

      Nrina bagaimana ?

  24. Dyg
    December 16, 2009 at 9:48 am

    kak dyg pernah minum jus buah naga ni, tapi cam tawar je maybe tak tambah gula kot. tapi bila nak beli kat kedai tu mahal la kak..ada juga plan nak tanam 2 pokok kat depan rumah, kak tau tak mane nak dapat benih dia?

    • Tie
      December 16, 2009 at 10:08 am

      Kak tie tak tahu laa.. Kena cari ladang buah naga ni dan cuba beli dari tuan ladang tu. Atau pergi kat mardi…. hehe..

  25. dyg
    December 16, 2009 at 9:51 am

    kak, dyg ni. tadi tu terpakai wordpress kawan. die minta buatkan. sekali terguna id die pulak, lupa nk logout. hahaha

    • Tie
      December 16, 2009 at 10:08 am

      Kak tie dah delete urlnya.. tapi gambar tu tetap ada.. tak pandai la makcik ni, hi hi..

  26. kin
    December 17, 2009 at 12:37 am

    saya suka buah nih!

    • Tie
      December 17, 2009 at 6:51 am

      Ye ke ? Tak ke tawar rasanya ?

  27. December 26, 2009 at 6:35 pm

    abgdin ada tanam pokok ne tp sampai skrg tak berbuah buah lg…

    • Tie
      December 26, 2009 at 10:22 pm

      Pokok tu mandul tak ?

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: