Garden of Eden: Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan

Entri ini adalah kerana menyahut seruan wajib En Maza dari blog Gubuk Kecil Kembara Jalanan (http://mazaaida.blogspot.com ).

Garden of Eden bagi Tie adalah Taman Comel yang mendamaikan. Walaupun kini terpaksa menumpang di quarters kerajaan,  kita masih ada keinginan untuk menceriakan teratak  kami  seberapa yang mampu.

.

.

.

.

Masuk sahaja ke lorong rumah kita, kalian akan nampak deretan pokok dedap ini. Pokok tanduk rusa tu adalah ilham suami kita. Sebelum ni nampak togel je pokok-pokok dedap tu. Dah lebih 6 tahun kami menghuni di rumah ini.

.

.

.

Di tepi rumah Tie ada sebatang pokok ulam raja. Asalnya sibongsu kita yang tanam. Dah kering ni. Isha tu terlalu sibuk dengan sekolahnya. Balik jer hari dah gelap. Tak pe, nanti kita suruh dia semai benih-benih ni. Mama cuma jadi mandur je, hehehe….

.

.

.

.

.

Kita memang suka bunga-bunga yang berbentuk ala Daisy ni. Cubaan gambar close-up @ zoom tak menjadi. Kerana itu kita edit (crop) guna photoscape. Maklumlah camera kita hanya untuk anak-anak.

.

.

.

.

Pokok pandan ni dah berkali dicantas. Mudah sangat membiak. Dan kita sering guna daunnya untuk mewangikan nasi. Pandan wangi ni banyak jasanya. Kalau musim durian, suami ambil secekak bubuh dalam kereta 😛 . Dah jadi bau pengat lak!

.

.

.

.

Pokok kari ni pula tinggal berjiran dengan si Pandan.  Kadang-kadang tinggal batang sahaja angkara sang seranga dan ulat-ulat di sini. Lepas tu tumbuh daun dengan meriahnya. Mujurlah ketika ni, cantik pulak ia berdaun, 😆   .

.

.

.

.Oh,  malu nak tunjuk. Kita beria-ia tanam pokok tomato, tapi yang keluar buahnya macam bayi tak cukup bulan. Pokoknya dah nak mati, diserang benah putih. Sebiji ni je yang ada, dah masak walaupun belum cukup besar. Tak padan dengan tangan ‘petani’ yang sebidang ni.

.

.

.

.

Ada sesiapa nak rasa tomato ketot Tie ? Cepat nganga mulut besar-besar!  Ooopps ! Termasuk dalam mulut kita lak!! 😆

* Err….. amacam Bang Maza ? Ada peluang dapat kuali sebijik tak ??  :mrgreen:

[ Sebenarnya kita sedar entri ni tak seberapa pun. Saja nak memeriahkan contest yang dianjurkan oleh Bang Maza tu. Takut merajuk lak pokcik tu kalau kita tak join sama :lol:]

.

30 Comments (+add yours?)

  1. maza
    Apr 26, 2011 @ 12:34:42

    hahahha….

    entry diterima dgn meriahnya.. sah! sah! sah.. hahahah

    tu gambar last tu.. maza tengok tapak tangan tu dah boleh ramalkan esok lusa Tie jadi kaya.. hehehe (opps.. terjadi nujum pak belalang lah fulaks.. hahahah)

    Reply

    • Tie
      Apr 26, 2011 @ 14:15:08

      Kalau betul kaya, kak tie belanja Maza dulu lagi. Tapi kalau silap, jagalah telinga tu. KIta pulas 360 darjah kedua-duanya, kah kah…

      Reply

    • Ismail N
      May 01, 2011 @ 01:31:57

      Entri TERBAIK setakat ni… Macam-macam pokok ada.. dari yg kecil hingga yg besar. Bab kamera tu kak, memang lah kita semua tak leh lawan abang Maza tu.. Dia photographer. 😀 Errr.. tomato tu boleh makan ke? kecik sangat, kesian lak nak telan…

      Reply

      • Tie
        May 02, 2011 @ 06:31:48

        Mail, entri ini banyak sangat kurangnya kalau dibandingkan dengan yang lain. Gambar sikit, isi pun tak banyak. Kak tie tak harapkan apa2, cuma nak meriahkan contest ni jer 😆

        Reply

  2. kak erna
    Apr 26, 2011 @ 12:56:21

    tie..banyak jugak tanaman dalam taman tie..memang boleh masuk pun..tomato tak cukup makan kot..tu yang dapat sebiji aje..he he

    Reply

    • Tie
      Apr 26, 2011 @ 14:15:55

      Sekarang ni dah kurang la Kak Erna. Dulu masa tinggal di Gong Badak, memang cantik, penuh dengan segala bunga. Di sini macam tak sesuai je.

      Reply

  3. kenari
    Apr 26, 2011 @ 13:24:29

    wahhhh comel sungguh tomato merah nan sebijik itu, secomel puan yg menanamnya 🙂

    Reply

  4. DrSinga
    Apr 26, 2011 @ 13:49:26

    bila benah putih menyerang..
    ada kawan sejes..
    spray dengan air sabun cair..
    mujarab gak..

    .

    Reply

  5. DrSinga
    Apr 26, 2011 @ 13:50:15

    ada kawan ( kawan lagi…) kata..
    dia pernah nampak ‘benda’ senggayut2 kat paku langsuyar tu!!!!!!!
    rambut panjangggggggg…

    Reply

    • Tie
      Apr 26, 2011 @ 14:17:54

      Pokok tu rendah je Doc, susah nak gayut pun.

      Tapi kalau ada laa.. nanti kita cuba snap curi-curi… boleh tepek kat sini, hihihi…. (macam berani jer makcik nih!)

      Reply

  6. kutaksempurna
    Apr 26, 2011 @ 15:06:57

    tomato tu boleh lumur kat muka. biar merah berseri

    tp klu besar tu jer, sebelah muka belum tentu cukup. hihihi.. sian tomato tu. mesti kurang kasih sayang

    😛

    Reply

  7. nurul
    Apr 26, 2011 @ 15:37:06

    tomato ceri ke tu kak tie…??? nurul suka tomato ceri tak perlu nak potong-potong boleh terus masuk mulut je..ngee..

    Reply

    • Tie
      Apr 26, 2011 @ 16:39:41

      Bukan tomato ceri la Nurul. Tomato ketot je. Tomato kurang sihat kot.

      Kak tie pun suka tomato ceri. Dulu pernah cuba tanam. Nanti nak tanam lak.

      Reply

  8. ima
    Apr 26, 2011 @ 23:16:16

    cantiknyaaaa pokok tanduk rusa tu…suka tengok berjuntaian…mahal gak reganya tu kalau kat sini…pandan tu mcm tak terusik pulak…umah ima dh togel…tapi tanah kat sana mmg subur ekk…sebab tulah pokok2 tumbuh menghijau je…

    Reply

    • Tie
      Apr 27, 2011 @ 11:33:44

      Ima, kat sini tak perlu beli. Order je kat pakcik mesin rumput tu, mintak satu dibawanya 6-7 pokok. Tak tahulah kat mana dirembatnya…

      Pandan tu cepat membiak. Dah banyak kali Tie guna, kekadang buang separuh. Takut naik semak.

      Reply

  9. Pearls
    Apr 27, 2011 @ 00:31:12

    Hi Kak Tie,
    Seronok baca..
    Kat depan rumah saya ada pandan je. Memang rimbun.
    Subur jek pandan tue..

    *Hijau je kawasan rumah kak Tie..
    segar mata memandang..

    Reply

    • Tie
      Apr 27, 2011 @ 11:34:54

      Memang bestkan laman yang menghijau ni. Rasa tenang je. Kak tie suka bunga-bunga. Setakat ni, kak tie tanam di rumah Klate… nanti balik kak tie snap gambar lagi.

      Reply

      • Ismail N
        May 01, 2011 @ 01:33:24

        Mmg syok kalau rumah penuh tumbuh-tumbuhan kan.. cuma biasa lah naak menjaganya plus kawasan rumah zaman ni kecik2 jer… 😀

        Reply

        • Tie
          May 02, 2011 @ 06:32:52

          Rumah kak tie di Kelantan agak luas (lamannya). Esok2 teruk nak menguruskannya, kena upah orang gak, tak larat, tulang dah reput, hehe..

  10. akubiomed
    May 01, 2011 @ 21:03:45

    Saya suka pokok sepanjang jalan ada pokok tanduk rusa ia memberi ia seolah menyambut tetamu yang melalui lorong tersebut. Selamat berjaya

    Reply

  11. mekar
    May 03, 2011 @ 15:55:07

    Selamat berjaya kak. Damai aje halaman rumah kak ni dihiasi pokok2 mghijau. Bila ada tanah ni kita boleh manfaat seadanya kan

    Reply

    • Tie
      May 03, 2011 @ 17:51:24

      Seronok, kan bila tengok pokok2 subur macam tu.. cuma tak larat nak maintain jer. Tu pun nasib baik ada tukang mesin rumput, rajin juga mereka menyapu daun2 kering tu.

      Reply

  12. aza
    May 06, 2011 @ 12:56:39

    comel nye buah tomato tu tie..kalau buat tomyam tak payah nak belah lagi,campak je sebiji sebiji kan..tapi sian buah tomato ni…hihihi

    Reply

    • Tie
      May 07, 2011 @ 09:49:54

      TIe dulu ada tanam pokok tomato ceri, tau…. masa kecik2 dulu, tika tinggal di Bukit Chagar (aza pernah datang, kan..). Berbuah lebat, suka sangat!

      Reply

  13. wilza
    Feb 04, 2014 @ 00:26:20

    salam kak…nk minta sikit batang pokok dedap tuh bole…nk buat ubat…nk jual pun xper..harap dpt membantu ..terima kasih..

    Reply

    • Tie
      Feb 04, 2014 @ 07:39:56

      W’salam… malangnya kak tie dah pindah ke quarters lain… di pasir mas.kat sini tak ada pokok dedap… maaf sangat2 kerana tak dapat nak bantu.

      Reply

Leave a comment