Home > Uncategorized > Garden of Eden: Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan

Garden of Eden: Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan

Entri ini adalah kerana menyahut seruan wajib En Maza dari blog Gubuk Kecil Kembara Jalanan (http://mazaaida.blogspot.com ).

Garden of Eden bagi Tie adalah Taman Comel yang mendamaikan. Walaupun kini terpaksa menumpang di quarters kerajaan,  kita masih ada keinginan untuk menceriakan teratak  kami  seberapa yang mampu.

.

.

.

.

Masuk sahaja ke lorong rumah kita, kalian akan nampak deretan pokok dedap ini. Pokok tanduk rusa tu adalah ilham suami kita. Sebelum ni nampak togel je pokok-pokok dedap tu. Dah lebih 6 tahun kami menghuni di rumah ini.

.

.

.

Di tepi rumah Tie ada sebatang pokok ulam raja. Asalnya sibongsu kita yang tanam. Dah kering ni. Isha tu terlalu sibuk dengan sekolahnya. Balik jer hari dah gelap. Tak pe, nanti kita suruh dia semai benih-benih ni. Mama cuma jadi mandur je, hehehe….

.

.

.

.

.

Kita memang suka bunga-bunga yang berbentuk ala Daisy ni. Cubaan gambar close-up @ zoom tak menjadi. Kerana itu kita edit (crop) guna photoscape. Maklumlah camera kita hanya untuk anak-anak.

.

.

.

.

Pokok pandan ni dah berkali dicantas. Mudah sangat membiak. Dan kita sering guna daunnya untuk mewangikan nasi. Pandan wangi ni banyak jasanya. Kalau musim durian, suami ambil secekak bubuh dalam kereta😛 . Dah jadi bau pengat lak!

.

.

.

.

Pokok kari ni pula tinggal berjiran dengan si Pandan.  Kadang-kadang tinggal batang sahaja angkara sang seranga dan ulat-ulat di sini. Lepas tu tumbuh daun dengan meriahnya. Mujurlah ketika ni, cantik pulak ia berdaun, :lol:   .

.

.

.

.Oh,  malu nak tunjuk. Kita beria-ia tanam pokok tomato, tapi yang keluar buahnya macam bayi tak cukup bulan. Pokoknya dah nak mati, diserang benah putih. Sebiji ni je yang ada, dah masak walaupun belum cukup besar. Tak padan dengan tangan ‘petani’ yang sebidang ni.

.

.

.

.

Ada sesiapa nak rasa tomato ketot Tie ? Cepat nganga mulut besar-besar!  Ooopps ! Termasuk dalam mulut kita lak!!😆

* Err….. amacam Bang Maza ? Ada peluang dapat kuali sebijik tak ?? :mrgreen:

[ Sebenarnya kita sedar entri ni tak seberapa pun. Saja nak memeriahkan contest yang dianjurkan oleh Bang Maza tu. Takut merajuk lak pokcik tu kalau kita tak join sama :lol:]

.

  1. April 26, 2011 at 12:34 pm

    hahahha….

    entry diterima dgn meriahnya.. sah! sah! sah.. hahahah

    tu gambar last tu.. maza tengok tapak tangan tu dah boleh ramalkan esok lusa Tie jadi kaya.. hehehe (opps.. terjadi nujum pak belalang lah fulaks.. hahahah)

    • Tie
      April 26, 2011 at 2:15 pm

      Kalau betul kaya, kak tie belanja Maza dulu lagi. Tapi kalau silap, jagalah telinga tu. KIta pulas 360 darjah kedua-duanya, kah kah…

    • May 1, 2011 at 1:31 am

      Entri TERBAIK setakat ni… Macam-macam pokok ada.. dari yg kecil hingga yg besar. Bab kamera tu kak, memang lah kita semua tak leh lawan abang Maza tu.. Dia photographer.😀 Errr.. tomato tu boleh makan ke? kecik sangat, kesian lak nak telan…

      • Tie
        May 2, 2011 at 6:31 am

        Mail, entri ini banyak sangat kurangnya kalau dibandingkan dengan yang lain. Gambar sikit, isi pun tak banyak. Kak tie tak harapkan apa2, cuma nak meriahkan contest ni jer😆

  2. April 26, 2011 at 12:56 pm

    tie..banyak jugak tanaman dalam taman tie..memang boleh masuk pun..tomato tak cukup makan kot..tu yang dapat sebiji aje..he he

    • Tie
      April 26, 2011 at 2:15 pm

      Sekarang ni dah kurang la Kak Erna. Dulu masa tinggal di Gong Badak, memang cantik, penuh dengan segala bunga. Di sini macam tak sesuai je.

  3. April 26, 2011 at 1:24 pm

    wahhhh comel sungguh tomato merah nan sebijik itu, secomel puan yg menanamnya🙂

    • Tie
      April 26, 2011 at 2:16 pm

      Haha…. kalaulah kita secomel itu…..:mrgreen:

  4. DrSinga
    April 26, 2011 at 1:49 pm

    bila benah putih menyerang..
    ada kawan sejes..
    spray dengan air sabun cair..
    mujarab gak..

    .

    • Tie
      April 26, 2011 at 2:16 pm

      Ooo… ye ke?

      Kat sini memang banyak benah putih tu. Tensen kita dibuatnya.

  5. DrSinga
    April 26, 2011 at 1:50 pm

    ada kawan ( kawan lagi…) kata..
    dia pernah nampak ‘benda’ senggayut2 kat paku langsuyar tu!!!!!!!
    rambut panjangggggggg…

    • Tie
      April 26, 2011 at 2:17 pm

      Pokok tu rendah je Doc, susah nak gayut pun.

      Tapi kalau ada laa.. nanti kita cuba snap curi-curi… boleh tepek kat sini, hihihi…. (macam berani jer makcik nih!)

  6. April 26, 2011 at 3:06 pm

    tomato tu boleh lumur kat muka. biar merah berseri

    tp klu besar tu jer, sebelah muka belum tentu cukup. hihihi.. sian tomato tu. mesti kurang kasih sayang
    😛

    • Tie
      April 26, 2011 at 4:38 pm

      Haha…. besar tu hanya boleh lumur kat bibir je😛

  7. nurul
    April 26, 2011 at 3:37 pm

    tomato ceri ke tu kak tie…??? nurul suka tomato ceri tak perlu nak potong-potong boleh terus masuk mulut je..ngee..

    • Tie
      April 26, 2011 at 4:39 pm

      Bukan tomato ceri la Nurul. Tomato ketot je. Tomato kurang sihat kot.

      Kak tie pun suka tomato ceri. Dulu pernah cuba tanam. Nanti nak tanam lak.

  8. ima
    April 26, 2011 at 11:16 pm

    cantiknyaaaa pokok tanduk rusa tu…suka tengok berjuntaian…mahal gak reganya tu kalau kat sini…pandan tu mcm tak terusik pulak…umah ima dh togel…tapi tanah kat sana mmg subur ekk…sebab tulah pokok2 tumbuh menghijau je…

    • Tie
      April 27, 2011 at 11:33 am

      Ima, kat sini tak perlu beli. Order je kat pakcik mesin rumput tu, mintak satu dibawanya 6-7 pokok. Tak tahulah kat mana dirembatnya…

      Pandan tu cepat membiak. Dah banyak kali Tie guna, kekadang buang separuh. Takut naik semak.

  9. April 27, 2011 at 12:31 am

    Hi Kak Tie,
    Seronok baca..
    Kat depan rumah saya ada pandan je. Memang rimbun.
    Subur jek pandan tue..

    *Hijau je kawasan rumah kak Tie..
    segar mata memandang..

    • Tie
      April 27, 2011 at 11:34 am

      Memang bestkan laman yang menghijau ni. Rasa tenang je. Kak tie suka bunga-bunga. Setakat ni, kak tie tanam di rumah Klate… nanti balik kak tie snap gambar lagi.

      • May 1, 2011 at 1:33 am

        Mmg syok kalau rumah penuh tumbuh-tumbuhan kan.. cuma biasa lah naak menjaganya plus kawasan rumah zaman ni kecik2 jer…😀

        • Tie
          May 2, 2011 at 6:32 am

          Rumah kak tie di Kelantan agak luas (lamannya). Esok2 teruk nak menguruskannya, kena upah orang gak, tak larat, tulang dah reput, hehe..

  10. May 1, 2011 at 9:03 pm

    Saya suka pokok sepanjang jalan ada pokok tanduk rusa ia memberi ia seolah menyambut tetamu yang melalui lorong tersebut. Selamat berjaya

    • Tie
      May 2, 2011 at 6:33 am

      Kak tie pun suka deretan pokok2 tu, Rasa redup sikit kawasan rumah ni.

  11. May 3, 2011 at 3:55 pm

    Selamat berjaya kak. Damai aje halaman rumah kak ni dihiasi pokok2 mghijau. Bila ada tanah ni kita boleh manfaat seadanya kan

    • Tie
      May 3, 2011 at 5:51 pm

      Seronok, kan bila tengok pokok2 subur macam tu.. cuma tak larat nak maintain jer. Tu pun nasib baik ada tukang mesin rumput, rajin juga mereka menyapu daun2 kering tu.

  12. aza
    May 6, 2011 at 12:56 pm

    comel nye buah tomato tu tie..kalau buat tomyam tak payah nak belah lagi,campak je sebiji sebiji kan..tapi sian buah tomato ni…hihihi

    • Tie
      May 7, 2011 at 9:49 am

      TIe dulu ada tanam pokok tomato ceri, tau…. masa kecik2 dulu, tika tinggal di Bukit Chagar (aza pernah datang, kan..). Berbuah lebat, suka sangat!

  13. wilza
    February 4, 2014 at 12:26 am

    salam kak…nk minta sikit batang pokok dedap tuh bole…nk buat ubat…nk jual pun xper..harap dpt membantu ..terima kasih..

    • Tie
      February 4, 2014 at 7:39 am

      W’salam… malangnya kak tie dah pindah ke quarters lain… di pasir mas.kat sini tak ada pokok dedap… maaf sangat2 kerana tak dapat nak bantu.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: