Jenjalan di JB (Part 2)

Masa kat Danga Bay, Tie singgah di rumah2 tradisional ni……….. Memang cantik laa…. Dulu berangan nak buat rumah macam ni, tapi hubby kata, ” Kayu mahal la dek ooiii!!” hu hu… Terpaksalah buat dengan batu…. jadi senget pulak daa……..(kena tunggu kaya nanti..hi hi..)


Ini Rumah Tradisional orang Muor. Ada sapa2 orang Muor ke?? Ehem……… angkat tangan laa….

Rumahnya besar….. Tie tak masuk dalam… ada orang pulak.. Rasa takut tetiba!! He he…

Yang ini Rumah Kota Tinggi…. Cantik jugak. Bukan main tinggi lagi…bimbang kena banjir kot…hihi…

Hah!! Yang ini Rumah Kluang. Maza ooii!! Tak teringin ke nak buat rumah macam ni?? Asyik nak main motor je…. Belajarlah dok rumah lama2 sket!! Hi hi….

Tie suka main pintu cowboy tu… Krok, krek krok krek, bunyinya………. Macam kedai gunting rambut zaman dulu ….

Bahagian sisi Rumah Kluang……. luas jugak, kan.. Tingkap dapurnya pakai sendal dengan kayu… Silap2 tersepit tangan..he he……..


Dataran Bandaran JB ni kat padang sri gelam… Tu hotel apa entah…tak ingat pulak. Tengok jam tu…pagi2 kami dah meronda, kan?? Masa ni hubby drive laju lagik. Kereta tak putus2.


Hi hi…kat sini la Tie dan hubby ambik kursus kahwin. Ingat lagi kata2 ustat tu… Katanya, sebelum kahwin, bakal suami tu pandai2 la mula berkenalan dengan bawang, lada kering dan lain2 barang dapur. Supaya bila isteri suruh gi pasar tak lah terkebil2 nanti…hi hi…”

Tapi hubby paling ingat….kata2 ustat yang ni….,” Kalau hari ujan…eloklah pergi tido….” Sambil mengenyitkan mata!! Ustat tu nakal jugak! Tapi Tie tak ingat namanya…hi hi…

Sambung lagik next entry…………………tunggu……….

36 Comments (+add yours?)

  1. chekdenoor
    Dec 19, 2008 @ 11:36:00

    Tie,….. chekdee pernah juga berangan..nak ada rumah kampung……yang ada anjung dan tangga batu…… serta halaman rumah yang luas……… best kan……..Terbayang juga….disekeliling rumah tu ada pokok mangga dan pokok rambutan……. wahhh ….. bila petang-petang….boleh minum tea o sambil makan ubi goreng dan melihat cucu-cucu bermain kejar-kejar……hmmmm…..angan-angan ini percuma kan……….. biarkan chekdee terus berangan-angan……..

    Reply

  2. maklang
    Dec 19, 2008 @ 12:28:00

    kulit baru ni Tie…tu hotel Hyatt..maklang pun register nak nikah kat bangunan tu…nostagic pulak ingat zaman2 dulu!

    Reply

  3. WiSemaN
    Dec 19, 2008 @ 12:32:00

    tak sibuk sangat lah saye, hahaha teruk kali melayu saye…., kak tie punya yahoo mesengger…berilah saye tau??? boleh kita nanti chat..cakap2 sikit banyak lah…hohohoho

    Reply

  4. Tie
    Dec 19, 2008 @ 12:56:00

    Chekdenoor – Hi hi..ingat Tie sorang yang kuat berangan..tak pe..kita berangan sama2, ekk..Tapi Tie dah ada anak2 rambutan dan mangga kat rumah kg tu…Tunggu hubby pencen boleh duduk..Dan hasil ubi pun dah boleh makan..hihi…nanti ada entry pasal tu…he he..***********************************************Maklang – He he..hotel Hyatt, ekk?? Tie tak ingat laa..thanks..Maklang nikah kat situ JB ke?? Ho ho…satu kenangan manis tu…***********************************************WisemaN – Apa teruk pulak?? Kak tie ni tulis pun main hentam je.. Dulu kat sekolah memang tak pandai mengarang…Mesti cikgu pening kepala…Kak tie saja tak de YM tu…Susah nak chat laa..PC ni selalu semput. Lagipun Kak tie ni malu laa..hehe… Chat kat blog je la…ok..

    Reply

  5. ei_da..
    Dec 19, 2008 @ 12:57:00

    akak se negeri upanya kita…. umah batu pahat takde ke? hihihi….

    Reply

  6. Tie
    Dec 19, 2008 @ 13:00:00

    Ei_da – Hi hi..org johor, ekk?? Rumah Batu Pahat tak perasan laa… Kebanyakan rumah tu ada byk sangat iklan tertepek, so tak cantik laa…jadi nampak serabut je..tu yang malas nak snap foto… Mereka yang buat kerja ni tak mikir agaknya!! he he…bebel lagik!!

    Reply

  7. ei_da..
    Dec 19, 2008 @ 14:31:00

    kak tie sila amik tag di blog sy ek… heheh

    Reply

  8. bozzobattousai
    Dec 19, 2008 @ 15:08:00

    skarang kat ampang slalu ujan, tp saya malas nak tido awal…he he he…cantiknya umah org lama2….

    Reply

  9. Adila
    Dec 19, 2008 @ 20:54:00

    cantiknya rumah2 tu!!! :Dbest jugak kalau ada rumah mcm tubuat villa ke pastu hujung minggu pegi dok kat situ…tanah besar ada kebun ke dusun ke.. best jugak hihi

    Reply

  10. Tirana
    Dec 19, 2008 @ 21:27:00

    Bila nak sampai ke JB ni? Hubby dok kerja di JB tapi tak pernah pulak dia bawak saya ke sana..ish..ish.. Cadangnya nak pi masa cuti sekolah ni tapi ada sesuatu yang menghalang so terpaksa cancel.

    Reply

  11. Tirana
    Dec 19, 2008 @ 21:30:00

    Ala lupa pulak nak bagitahu. Tadi dah tinggal msg kat rumah “memori 11”. Nanti datang amik award kat sini ye http://meniti-hari.blogspot.com/2008/12/harmony-and-blog-rocks-tag.html

    Reply

  12. Abang Long
    Dec 20, 2008 @ 00:01:00

    Alangkah indahnya kalau dapat tidur dalam rumah itu, sewaktu hujan turun lebat, umpama filem Sumpah Semerah Padi.

    Reply

  13. ain
    Dec 20, 2008 @ 00:18:00

    salah satu dari umah2 tu…they all jdkan tempat makan mlm hari. ala2 kampung gitu.

    Reply

  14. izan
    Dec 20, 2008 @ 00:51:00

    tie,sejuk dan nyaman persekitaran dan mata… ada orang kita sekarang sanggup berhabisan semata nak muat gaya gitu tapi seiring dengan kemodenan.izan pun kalau dapat macam tu alangkah seronoknya…. bolehlah izan bentang tikar kat bawah rumah ke tepi rumah ke… berkelah. angin sepoi2… hah beranganlah dah tuuu…hihihi

    Reply

  15. kuIna Jentayutiara
    Dec 20, 2008 @ 01:06:00

    sy sampai ganu tn rmh tak dak pulak…rmh kayu cntik & sejuk tp zaman skarng kayu mahallllllllll

    Reply

  16. naz ilyn
    Dec 20, 2008 @ 06:13:00

    salam…bila tengok rumah-rumah lama yang dibuat dari kayu rasa teringin juga cantik dan ada sesuatu mungkin pengudaraannya lebih sejuk dari batu. Kalau rumah batu tapi masih ada unsur kayu… mesti cantik.p/s: masih menyimpan impian… mungkin kalau tapak yang ada di luluskan… insyaAllah.

    Reply

  17. Tie
    Dec 20, 2008 @ 09:24:00

    Ei_da – Ada tag?? Nanti kak tie tengok, ekk..************************************************Bozzo – Hi hi…bozzo ni betul2 innocent laa…’tido’ tu ada maksud lain..utk married couple je..kah kah!!***********************************************Adila – Hah!! Cepat2 lah kaya, Kak tie nak tumpang villa Adila nanti….eh! ada rhyme pulak!!***********************************************Tirana – Ha ha…jadi tak sabor pulak, daa…Hubby Tirana takut poket jadi kecut, kalau jenjalan kat JB tu…hihi…Ada award ekk?? Nanti Tie gi ambik

    Reply

  18. Tie
    Dec 20, 2008 @ 09:37:00

    Abang Long – Memang best kan kalau ada rumah macam tu…sejuk dan nyaman je..*************************************************Ain – Ain pernah pergi ke?? Makan2 kat situ…nanti ambik gambor laa… Tie tak masuk, takutlah…***********************************************Izan – Nak bentang tikar?? Tie nak duduk!! Hi hi..best laaa… kita buat nasik lemak, ekk??Hmm…bestnya kalau betul2… Tie pun tengah berangan ni…**********************************************Kuina Jentayutiara – Oooo…bila lak sampai ganu?? Hi hi…Kita sentiasa sibuk laa…(sibuk makan!!)Memang kayu mahal!! Sebab tu hanya mampu buat rumah batu…hu hu…**********************************************Naz Ilyn – Wah!! Ilyn nak buat rumah macam tu ke?? Bestnya….. Nanti jangan lupa jemput Tie ke rumah tau!!

    Reply

  19. Ibnurashidi
    Dec 20, 2008 @ 21:50:00

    salam k.tie..banyak betol rumahnye ye..tapi rumah atok saya still kayu..kira kayu campur batu la..kat sini semua rmah batu..arab tak da rumah kayu..

    Reply

  20. Tie
    Dec 21, 2008 @ 00:56:00

    Ibnurashidi – Salam dek.Ho ho…kat situ rumah batu, ekk. Ye laa..mana nak cari kayu ..hi hi…

    Reply

  21. puspawangi
    Dec 21, 2008 @ 02:45:00

    wow..cantiknya rumah-rumah tradisi johor ni ye. walaupun kita ni orang johor, tak perasan pula keindahannya.Boleh buat sumber inspirasi ni.

    Reply

  22. cendawanintim
    Dec 21, 2008 @ 02:47:00

    sangat camtik la rumah tradisional johor tu..bila la dapat jejakkan kaki ke sana..asyik membizi ajer…huhuhu…**jangan tuko2 umah lagik yer..!

    Reply

  23. Tie
    Dec 21, 2008 @ 03:29:00

    Puspawangi – Oh ye ke??Nanti boleh buat rumah macam ni, ekk… Bagi tau kat Tie laa…Tie nak datang ziarah pulak..hihi..************************************************Cendawanintim – Ho ho…Tie taknak tukar rumah lagik..Dah serik betul!! Hu hu…

    Reply

  24. nono
    Dec 21, 2008 @ 13:52:00

    Cantik. :)Rumah nie buat tengok2 je ke? Ada tak mmg original orang buat style traditional nie Kak Tie?

    Reply

  25. Tie
    Dec 21, 2008 @ 14:01:00

    Nono – Kak tie tak masuk dlm, so tak tahu laa..Tapi, ada gak orang buat rumah gini..memang cantik. Biasa orang modenkan sikit,utk kemudahan seperti bilik air tu..

    Reply

  26. maza
    Dec 22, 2008 @ 05:10:00

    patutla den raso loya semacam jo!Rupa eh, ada org sobut namo den…hehehe… buek rumah bosar2 pun dok diam kat sinun jo..kalau naik motor bosar lak, boleh lah eksyen depan kawan2 dekat rumah dio…sambil perah2 minyak.. bagi asap naik ke muko.hahahhahaha:Dmaza: den memang jahat tapi manjo..hehehhehe

    Reply

  27. Tie
    Dec 22, 2008 @ 09:27:00

    Maza – Hi hi…amboi…mentang2 harga minyak dah turun siap eksyen nak perah2 minyak lagik!Manja?? Lelaki bila manja lagi teruk dari pompuan tau!! Malas nak layan……..

    Reply

  28. fazemy
    Dec 22, 2008 @ 11:33:00

    Bestnya dpt brgambar kat rumah2 tu..saya x pnh smpai lg johor..kesian tak?sob sob

    Reply

  29. Tie
    Dec 22, 2008 @ 12:00:00

    fazemy – kak tie lak selalu balik Johor, tapi first time gi bergambar kat sini…hi hi…

    Reply

  30. maza
    Dec 22, 2008 @ 12:18:00

    uwakkk… den kobarkan kat tokma, ekau tak nak layan den laie..wakkkk…… uhuk uhuk…..hehehhehepstt: ada citer baru di blog sinun!hahahhahsediakan handkerchief

    Reply

  31. Tie
    Dec 22, 2008 @ 12:21:00

    Maza – Citer sedih ko?? Nanti Tie cari tuala dulu…

    Reply

  32. maza
    Dec 22, 2008 @ 16:42:00

    Tie – walamak tie dah komen kat blog den! Walhal den baru jo nak mengedit tahap akhir…hehehethanks…

    Reply

  33. Tie
    Dec 22, 2008 @ 23:34:00

    Maza – Hi hi…tengoklah betapa cekapnya makcik innocent ni…ha ha…

    Reply

  34. Aki Tajul
    Sep 05, 2013 @ 22:13:29

    Baguslah jika kita orang melayu masih menghargai rumah pusaka tok nenek kita, aki pun dulu memang tinggal di kampung bersebelahan dengan rumah Mat Kilau dibatu 5 Paya Besar, Kuantan.

    Rumah kampung tingkapnya banyak dan sepanjang hari terbuka tak lah panas, ada serambi lagi utk minum kopi/tea petang-petang kena dgn pisang goren. Aki, teringin nak balik ke Kuantan, beli tanah dan buah rumah kayu/papan. Ada pokok-pokok rambutan, limau langkat, belimbing madu, ada mata kucing, durian tiga empat batang untuk cucu-cucu aki. Wan (nenek) biar masih muda baru 40 tapi wan pun suka rumah kayu jugak.

    Reply

  35. Trackback: tupperware catalog online
  36. Trackback: Rumah Kayu Jb - Rumah Unieq

Leave a comment