Home > Jenjalan > Jenjalan di Jb (Part 1)

Jenjalan di Jb (Part 1)

December 18, 2008 Leave a comment Go to comments
Okay,

Mula2 Tie pujuk dulu hubby untuk ronda2 kat bandar JB tu… Bukan senang ooii!! Hubby tak suka traffic jam…, bandar JB tu memang sibuk laa….

Setelah berjaya, dengan pelbagai alasan (bodek manja sikit…hi hi…) hubby pun start kereta dan mula drive turun dari kota tinggi…he he…

Jalan memang tak pernah lengang, tak boleh bawak slow, nak snap gambor pun susah! So,…sapa2 yang suka lenggang kangkong tu …memang sah2 kena hon atau kena sondol dari belakang…hu hu…. (dah biasa dok ganu ni, hubby drive slow dulu..)


Eh!!…tu., gambor apa pulak?? Itulah bekas tapak rumah (quarters kerajaan) yang pernah Tie tinggal bersama family di bukit chagar… Dah kosong!! Pokok nangka pun tak ada. Kat situlah tempat yang selalu Tie posing dengan adik dulu…hu hu…

Inilah bangunan Sultan Iskandar yang diheboh2kan tu… Memang besar . Hubby drive laju betul (sebab turun bukit kot…dan kereta memang banyak laa ). Mujur Tie sempat snap! Agaknya macam gini kerja paparazi, ekk!! Hi hi….
Ini bahagian depannya…….. Macam mana pulak stesen minyak ni dok sini?? Memang dah ada sebelum kompleks tu dibina. Tak boleh dialihkan atas sebab2 tertentu… Tie tak berani nak tulis sebabnya…takut kena buang negeri pulak..hu hu….

Pemandangan dari tambak johor…….. Cuaca muram, sebab tu gambar kelabu je…. Tie tak pernah gi singapore. Ajak hubby pun tak boleh. Hubby kata kerja dia leceh sikit. Kena mintak kebenaran dari kementerian dulu….tak best laa…..
Haa….inilah JB Waterfront City…. Buruk betul nampaknya…. Tak tahu la kenapa jadi gini… Masa buat tu bukan main heboh mencanang, tapi bila dah siap tak de pantauan… Hi hi ….membebel lak makcik ni… Ye laa….sebagai warga johor (masih ngaku lagik!) rasa malu lak…hu hu… tak nampak pun ada apa2 aktiviti dlm nya…. Sewa mahal kot!!

Ini Muzium diRaja Johor……. Dulu masa kecik2 pernah main2 kat depan istana ni… Ayah selalu bawak jenjalan di sini… Kenangan manis……..
Dan ini, ialah Hospital Sultanah Aminah ……. tempat Tie dilahirkan 42 tahun yang lampau! Hu hu…macam lama benor!! Dah tambah sana sini…….. Dulu pada pandangan atas ianya seperti bentuk kapalterbang.
Tie singgah kat Danga Bay kejap. Tengok feri tu…….. teringin gak nak naik. Teringat masa first time naik feri di Penang bersama teman karib Azacun… Bayar 40sen je, pergi dan balik (saja buat trick… kami sorok bila penumpang2 sibuk keluar ) Kah! Kah!

Train ni lengang. Tak de drebar pulak! Sebenarnya Danga Bay ni selalu macam ni, lengang je melainkan bila ada pesta yang dianjurkan oleh pihak2 tertentu. Memang rugi betul.

Nanti sambung cerita lain pulak, ekk!! Tie tulis ni pun gopoh2 sebab tetiba boleh sign in kat blogger………. Sehari suntuk Tie ilang mood sebab pc ni buat hal! hu hu… Nak komen teman2 pun tak boleh!! Harap2 tak ada yang kecik ati, ekk!!

Categories: Jenjalan Tags: ,
  1. Tirana
    December 18, 2008 at 10:03 am

    Itu rupa hospital sultanah aminah. Hubby saya kerja kat situ la sekarang ni. Not officially cuma dia bawak student gi buat medical case aje kat situ.Teringin pulak nak gi JB bila baca cerita Tie ni.

  2. nurhuda_cahayapetunjuk
    December 18, 2008 at 10:09 am

    Assalamualaikum..Kak Tie…pi jalan-jalan plaza angsana tak?..tu tempat favourite huda dan mak..hehehe..pi kedai buku badan cemerlang..wahh best tu…hehhehe

  3. Zareda Norman
    December 18, 2008 at 10:26 am

    dulu masa baru kawin suka ikut hubby pi Jb makan tauhu bakar kat pantai lido.. sekarang kedai tauhu tu dah tak nampak bayang…

  4. Tie
    December 18, 2008 at 10:27 am

    Tirana – Oh Ye ke??Hospital tu besar betul…dah tak de bentuk laa sebab asyik tambah sana sini…Boleh lah ajak hubby jenjalan kat situ…Tapi tak tahu nak sarankan tempat2 menarik di JB tu..mungkin kerana tie dah biasa, kot… Tie cuma ingat shopping je…**********************************************Nurhuda – Dulu selalu gak gi angsana tu…tapi sekarang ni gi jusco dan tesco, carrefour dan giant je… hi hi..

  5. Tie
    December 18, 2008 at 10:28 am

    zareda – Tahu bakar memang sedap. Dulu masa dok keluang, hubby selalu beli. Kat JB tak tahu lak kat mana…Tapi kalau nak makan mee rebus johor dan murtabak special tu ada kat kpg melayu…memang best!!

  6. kakchik
    December 18, 2008 at 10:35 am

    wah… kaktie jalan-jalan sakan ya. kakchik hari ni boleh kata gi jalan-jalan bandar kb, keluar pukul 11 pg pkl 6 baru balik ni ha. punyalah jam pusat bandar sb ramai sangat pelancong dtg cuti-cuti ni. kakchik sampai JB sekali je sebelum ni, masa nak ambik adik dari STF lepas dia SPM dulu.

  7. Tie
    December 18, 2008 at 10:49 am

    Kakchik – Laaa……..Kak tie suka jenjalan kat kota baru tu…tapi jalan selalu sesak, tu yang tak best. Napa , ekk?? Time tak cuti pun sesak juga, sebab tu hubby malas nak jenjalan di KB tu..Kakchik sebenarnya kerja kat mana?? Ari tu nak gak cari kakchik kat KB tu tapi tak pasti kat mana…. Mana tahu nak buat surprise nanti..he he..

  8. kin hashim
    December 18, 2008 at 11:38 am

    kak tie mengimbau kenangan di jb ye…🙂.

  9. ain
    December 18, 2008 at 11:39 am

    seronok la dpt jalan2 jb. akak ni wlupun dok jb, jarang gi danga bay..sesakk especially weeknd.

  10. chekdenoor
    December 18, 2008 at 11:46 am

    Cam manalah agaknyer ” pujukan manja tie” ….. heheheh….. hmmm….. best juga nak tahu skrip nyer…..

  11. zino
    December 18, 2008 at 12:17 pm

    hebat nya mamarazzi ni.. klik klik masa kereta di pandu laju.. hehe..

  12. naz ilyn
    December 18, 2008 at 12:37 pm

    Salam…patut ler kak tie tak muncul2 rupanya pc buat hal… ingatkan merajuk tadi… tak jejalan kat air hitam ke cari2 pasu buat cenderamata… dah dekat tu dengan rumah sy…lain kali kalau balik kota tinggi boleh ler kita bertentang mata… hehehe

  13. Tie
    December 18, 2008 at 1:17 pm

    Kin Hashim – Sihat ke??Kak tie teringat masa muda2 dulu…hi hi..*************************************************Ain – Dok JB kat area mana?? Mana tau terserempak nanti..hi hi…***********************************************Zino – Mamarazzi?? kah! kah!!…….Memang kelam kabut rasanya klik2 sambil mulut pot pet sebab hubby drive laju…hu hu..***********************************************Naz ilyn – Dok kat simpang renggam ke?? kak tie kurang minat bab2 pasu ni…bukan apa, benda tu delicate, nanti kalau tetamu kecil terpecahkan, kita juga yang malu… he he..Nanti bagi peta, boleh Tie jenjalan kat rumah ilyn..hihi….

  14. Tie
    December 18, 2008 at 1:21 pm

    Chekdenoor – Pujukan manja..?? Hi hi..malu nak bagitau… kot2 ada yang berdiri bulu roma pulak kat sini!! Hah! Hah! (Takut ada yang salah guna laa….he he…)

  15. Ismail N
    December 18, 2008 at 2:02 pm

    He he.. tak byk berubah lah dari 2 tahun lepas (last time pi JB). Mana gambar Kg Melayu? kawan dah lebih 5 tahun tak jengah sana. walhal tu kawasan rumah arwah atuk dulu. Time sekolah dulu tiap2 minggu turun JB – lawatan tetap ke stadium larkin.

  16. Tie
    December 18, 2008 at 2:16 pm

    Ismail N – Aduh…….Tie tak pergi Kg Melayu laa….. Sibuk nak gi shopping pulak…hi hi..Eh…Rumah arwah atok tie kat lorong tentera, Arwah tok Ismail dok mana dulu??

  17. izzah
    December 18, 2008 at 2:17 pm

    izzah pun suka gi danga bay kalau gi JB…menu utama kat johor nie memang tauhu bakar agaknye..sebab kalau jalan2 kat johor mesti jumpa org jual tauhu bakar..p/s:bulan lepas turun JB gak,tapi tak sempat nak jejalan sebab tolong jaga anak buah yang baru berkhatan..;)

  18. Tie
    December 18, 2008 at 2:39 pm

    Izzah…masa kak tie pergi, tak de apa pun kat danga bay tu…agaknya aktiviti waktu malam kot.. Hu hu…lama tak makan tahu bakar.. Nanti nak buat sendiri laa.. kat ganu ni ada jual tahu kat pasor tu..

  19. maza
    December 18, 2008 at 5:07 pm

    nurhuda_cahayapetunjuk – hmm kat bercakap Kedai Buku Badan Cemerlang..bagus lah huda nie. memang suka membaca yea..hmm, apa kata dapatkan sekali senaskah Diari Islamiah 2009, terbitan Sterling Crown kat situ!hehehhehe…banyak manfaatnya tau!…hahahahh erk Tuan Tanah tak gi ker ke pusat Buku Badan Cemeralang tu.. beli Diari Islamiah 2009, terbitan Sterling Crown?! Alang2 dah berjalan ke situ, apa salahnya grab satu!hahahahha

  20. maza
    December 18, 2008 at 5:11 pm

    sungguhpun maza org Johor, di lahirkan di Kahang, Kluang, Johor setahun lalu…iaini bandar Kluang yg pernah Tie duduk itu, (tapi di mana yea? Kg Melayu kah? Kg Tengah kah? Leng Seng kah? Yap Tau Sah atau Jalan Mengkibul? atau Kg Cacing?)dan maza pernah duduk di Tmn U & Tunku Aminah di JB, tak pernah sekalipn menjejakkan kaki ke Singapura!hmmm…tapi sebelum xcdnt iaitu dlm bulan September 08 lalu, maza ada buat marketing assingment di JB, rata2 org2 Cina di JB tu sombong2 belaka… terutama di Skudai…hahaha (mcm la aku nie mulia sangat)(erk! kesimpulan itu hanya benar di persepsi maza aje tau!)hahahhaah

  21. Adila
    December 18, 2008 at 8:23 pm

    wahh!!!! sy dah lame sgt2 tak pegi JBpegi pun time kecik2 dulu je hihihi

  22. Tie
    December 19, 2008 at 12:33 am

    Maza – Tie pernah duduk kat Taman Desa , Kluang.Tak jauh dari bandar Kluang.Tapi Kluang sekarang makin maju…Tie pergi cuma nak beli kopi cap tv tu…hubby suka bagi teman2nya yang dok pulau redang tu….(tukar dgn ikan dan sotong…hi hi..)Jangan kata orang cina je…melayu kt sana (yang pernah tie temui) tak de budi bahasa …geram laa..************************************************* Adila – Nanti balik Malaysia, jom ikut kak tie jenjalan di JB tu..hihi..

  23. en_me
    December 19, 2008 at 1:25 am

    tahun 66 kanns.. tau takperrr.. uhuhu

  24. Tie
    December 19, 2008 at 1:30 am

    En_me – Ye laa… Tahun kuda….Ke de kut! Ke de kut!..hi hi..

  25. dina
    December 19, 2008 at 1:45 am

    kak tie, saya tak penah pegi jln2 kat JB ingat takde menda menarik kat sana

  26. Tie
    December 19, 2008 at 2:33 am

    Dina – Jb tu tempat shopping je…dan makan2..hi hi..

  27. MiSS MiMieY
    December 19, 2008 at 3:25 am

    canti jugak danga bay rupanya..1 hari mimi akan sampai situ.. lagi pun mimi sekarang kat melaka.. study kat sir\tu.. sebelum keluar melaka, nak pg jalan2 kat johor. huhuh

  28. Tie
    December 19, 2008 at 3:45 am

    Miss Mimiey- Salam kenal….Sebenarnya bandar JB tu terlalu sibuk. Kalau nak rehat kat lido, atau danga bay tu…tak de apa yang ada…lengang je.. kecuali kalau ada pesta tertentu…

  29. Mak Su
    December 19, 2008 at 4:46 am

    gi JB? tak gi mandi kat air terjun kota tinggi ker?

  30. ku tak sempurna
    December 19, 2008 at 7:46 am

    tgk gambar2 tu pun , rasa mcm dah pergi ke sana… untung gak kan… save budget😀

  31. Tie
    December 19, 2008 at 9:54 am

    Mak Su – Kat Air Terjun ramai orang…. nak mandi pun rasa geli..hihi..*************************************************Ku tak sempurna – Mana boleh…tak aci oooo….

  32. MiSS MiMieY
    December 20, 2008 at 6:45 am

    owh, yeke… takpe.. nanti mimi pg mimi cari kak ti.. hehehe

  33. Tie
    December 20, 2008 at 9:15 am

    Mimiey – Hi hi…kak tie sekarang dok ganu laa…hari tu balik cuti di Kota Tinggi, terus jenjalan di JB…he he..

  34. fazemy
    December 22, 2008 at 11:37 am

    Canggih btol kamera kak tie..anti shake..Ooo itu ke bgan baru tu. Dah tak jem la yer tambak johor tu..Berbilion2 hbs wat bagunan tu.

  35. Tie
    December 22, 2008 at 12:07 pm

    fazemy – Oooo….kereta byk… tapi jalan laju je… kira ok kot. Hi hi..

  36. nurdaniella
    December 23, 2008 at 3:02 am

    teringat masa kena tangkap basah kat pantai lido.. padahal masa tu dah nikah tapi surat nikah tak dapat lagi.. orang jaij tu tak caya kitorang dah kawin.. tunjuk inai kat jari pun tak caya.. huhu.. esoknya, kena balik melaka sebab nak ambik surat nikah kat pejabat agama.. kena gelak bila citer ngan mak n famili..

  37. Tie
    December 23, 2008 at 3:26 am

    Nurdaniella – Ha ha….lucu pulak!! Len kali bawak yang xerox tu…Tunjuk inai pun tak caya lagik!! Hu hu…

  38. Mr Bad JB
    December 30, 2010 at 3:53 pm

    EHE…pembetulan sket … Danga Bay seingat sayelah, jarang lengang…but kalau datang time tengahari bute…mmg lah lengang jadiknye…sape nak pegi danga bay tetengah hari…cube pergi time malam…especially malam minggu…kalau dapat parking tuh kire nasib baik lah…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: