Kebun

Hari Jumaat lepas kami ke kebun kepunyaan seorang kenalan hubby, namanya PuMat. Kebun ini luasnya seekar, tengok tu ada pokok keledek dan anak2 jagung.


Isterinya, lupa nak tanya nama ,..rajin mengerjakan tanah. Tapi mulutnya bising ‘marah2’ kat kami kerana tak datang tika musim menuai jagung.. Kebun pisangnya entah kat mana yek.. Kat sini tanah kebun dibahagi2 kepada beberapa orang…


Sekarang ni cuma ada anak2 jagung yg baru ditanam.. Jagung dan keledek ni dapat dituai hasilnya selepas 3 bulan.

Eh..geram pulak tengok pisang tu… hak orang tu… he he..

Haa…tu dia PuMat…bawa pisang untuk kami.. Umurnya 74 tahun, tapi nampak gagah lagi.. Senang2 kami tengok dia lompat pagar papan tu… kalau tie tentu dah tersangkut kat situ.. he he…

Katanya (sempat kami interview) dah 58 tahun dia mengerjakan tanah ni.. Hasil nya tak seberapa, kena ada usaha sampingan seperti menoreh getah dll..Dia mula bertani tika masih bujang… Tapi mokcik kata PuMat ni kuat berjalan.. kerjanya paling lama 2 jam aje… Pastu hilang entah ke mana… Kelakar lak komplen mokcik ni…..


Siap dia sisirkan untuk kami…. Rasa bersalah pula mengganggu kerja dia hari itu…

Mokcik ni sibuk cari keledek untuk kami… Walaupun kami cuba melarang tapi dia tetap menggali sambil mulutnya tak henti membebel…Tie dan anak2 tak faham bahasa hulu ni..kami tersengih aje....kadang2 kami terkejut kerana seolah2 dia betul2 marah..tapi bila tengok dia tersenyum… kami pun senyum gak…Mungkin itu cara dia berkomunikasi..

Keledek ni dah beberapa kali dikutip hasilnya.. so tak banyak yang dapat… Tu yang buat dia bising ni..

Inilah rupanya pokok keledek….kata orang pucuknya boleh dibuat sayur, masak lemak ke…tapi agak sedikit berlendir jika direbus terlalu lama… Tie tak pernah rasa lak…



Dapatlah beberapa biji untuk dibawa pulang… Terima kasih PuMat dan Mokcik…Kerana kegigihan mereka, kita dapat merasa hasilnya… He he…..Tak sangka pulak boleh ‘pungut hasil’ hari tu.. Malunya…

Tie suka keledek goreng, nak buat kuih pun tak berbaloi…..Keledek goreng….cepat dimasak….cepat dimakan… yum..yum….