Ikan keli limbat

Saja nak kongsi beberapa ekor ikan keli limbat yang abang bawa balik beberapa hari yang lepas. Memang abang kita ni suka benar bawa sesuatu untuk ‘show and tell’ pada isteri comel dia, hehe…

Tie memang takut dan geli bila tengok ikan ni. Tak duduk diam. Susah nak snap gambar. Takut ia melompat keluar. Jenuh pulak mengutipnya nanti, hu hu…

.

.

Yang kuning-kuning tu kelapa sawit. Makanan kegemarannya. Ikan keli limbat ni berbintik-bintik kuning, lebih panjang dan besar dari keli biasa. Ikan ni makan apa saja, serangga, anak ikan dan orang kata ia makan bangkai. Ia boleh merayap naik ke darat dan makan bangkai kambing…eee…. takutnya.

.

.

Yang ini diberi olah orang kampung yang ditangkap dari sungai , dikatakan hampir pupus tapi di ulu ni masih banyak lagi. Abang kita berhasrat nak biakkan dalam kolam di rumah atap biru (Kelantan) nanti. Jangan bimbang di sini tak ada orang bela babi. Jadi tak kisahlah apa yang ikan ni makan.

.

.

Tie kurang gemar ikan sungai ni. Rasanya belum terliur lagi nak makan . Tapi, ikan ni amat berkhasiat.

Antara khasiatnya :

  • mengandungi asid lemak Omega 3 yang tinggi
  • dengan itu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan barah.
  • mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
  • baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak (dan juga mokcik !)

.

.

64 Comments (+add yours?)

  1. DrSinga
    Jan 06, 2010 @ 10:38:44

    errr…..
    sanggupkah makan??
    🙂

    Reply

  2. pakcikli00
    Jan 06, 2010 @ 11:18:35

    Tie, ada peribahasa yang sering disebut ” limbat makan kawan ” yang mengingati kita kepada ikan limbat yang kian pupus ini. Perbezaan limbat dengan keli, badannya lebih panjang dan tidak mempunyai sengat seperti ikan keli.Ikan limbat ini suka makan bangkai (daging) seperti juga ikan keli yang sering diberi bangkai ayam. Ketika kecil dahulu pakcik pernah terserempak dengan ikan limbat yang keluar dari air dan bergerak mendaki bukit untuk mendapatkan bangkai. Komentar ini sekadar pengetahuan pakcik mengenai ikan limbat untuk kita berkongsi bersama.

    Reply

  3. Love2cook
    Jan 06, 2010 @ 13:01:51

    Gosh…Love mmg tak byk makan ikan..takut tgk ikan, apalagi nak pegangnya! huhuhu 🙂

    Reply

  4. juliet
    Jan 06, 2010 @ 15:13:46

    buleh dibuat ikan perhiasan.

    Reply

  5. kenari
    Jan 06, 2010 @ 16:28:41

    suatu hari nnti Tie n Abang akan jadi penternak ikan keli limbat yg berjaya

    Reply

  6. ima
    Jan 06, 2010 @ 16:50:22

    salam kak tie,wahhh bakal jadi penternak ikan ye…

    bila tahu apa yg ikan ni makan rasa geli pulak nak makan.sememangnya pun tak pernah makan lagi ikan jenis ni…ikan keli tu biasalah makan kat kedai…kalau nak masak sendiri minta ampunlah…geliiii, hehehe

    Reply

    • Tie
      Jan 08, 2010 @ 16:29:31

      Salam Ima,

      Ikan ni bila dah dimasak, memang tak tahu pun sifat asalnya. Orang kata lebih sedap dari keli.. entahlah..

      Reply

  7. irfat
    Jan 06, 2010 @ 16:50:42

    uish..bole buat duit ni kaktie..
    menternak ikan besar2an…hehehe… =)

    Reply

  8. Mak Su
    Jan 06, 2010 @ 17:04:19

    maksu serender ler bab bab ni ;p

    Reply

  9. maza
    Jan 06, 2010 @ 17:23:53

    opss.. sorry.. agak sukar nak masuk ke tekak maza.. huhuhu

    dulu2 masa kecik, masa arwah ayah masih ada, tekak ni lalu lah juga.. tapi skrg ahaks…

    terutama apabila terkenangkan ikan keli depan taliair rumah maza di kampung itu pernah menangkap n.a.j.i.s manusia yg hanyut entah dari mana… aduhaiii..

    bukan seekor, malah berekor-ekor.. macam pesta ia menyambar! aderkkk

    Reply

  10. kaktiny
    Jan 06, 2010 @ 17:32:34

    makan bangkai kambing.. ni ikan keli ke atau sepupu ikan pirana nih.. huhuhu..
    tapi kulit dia cantik.. tak mcm keli biasa.. siap ada tompok kuning lagi..

    Reply

  11. tedi
    Jan 06, 2010 @ 18:29:29

    makan bangkai kamben.. takut dgr!

    Reply

  12. zareda
    Jan 06, 2010 @ 19:01:38

    zar makan okey, tapi jangan suruh menyiangnya.. *pitam*

    Reply

    • Tie
      Jan 08, 2010 @ 16:34:35

      Tie ni terpaksa siang gak, tak sampai hati nak suruh cik abang tu. Dia yang nak makan, Tie cuma masak je.. Kalau dia rajin, dia siang kan sekali.

      Reply

  13. ain
    Jan 06, 2010 @ 21:50:25

    igtkan ikan keli ada satu jenis je…upernya ada spesis yg mkn bangkai lagi.adusss!!!

    Reply

    • Tie
      Jan 08, 2010 @ 16:35:44

      Ada lagi species keli afrika… tapi jenis limbat ni hampir pupus. Abang kata kat sini RM8 sekilo. Lebih mahal dari harga ayam!

      Reply

  14. sya
    Jan 06, 2010 @ 22:57:55

    sama la kak tie..
    ikan sungai, saya hanya makan ikan patin dan ikan talapia je.
    tu pun kena betul2 ikan sungai/sangkar..
    memilih betul kan? huhu

    Reply

  15. cpj
    Jan 06, 2010 @ 22:59:40

    Kalau cam tu janganlah panggil keli limbat lagi…panggil saja keli REMBAT! sebab dia makan apa saja termasuk bangkai…semua dia rembat!…ekekekekekeeee….

    Reply

    • Tie
      Jan 08, 2010 @ 16:37:35

      Uwaaa……..

      Agaknya itulah asal perkataan limbat. Tersilap dengar rembat terus jadi limbat !!

      Waakakaka………

      Reply

  16. Zymazara
    Jan 06, 2010 @ 23:13:51

    Uwaaaaaaaa, geli nyer!!!!
    Takmo tgk…..takmo tgk.

    Larikkkkkkk……takutnyer tgk ikan tu!!!!

    😉

    Reply

  17. kakchik
    Jan 06, 2010 @ 23:40:07

    salam kak tie.
    isyk, gelinya tengok ikan keli.
    kalau ke pasar selalu tengok yg warna hitam melompat2 dlm tong
    susah nak siang ikan keli tu kan, kulitnya licin ya amat

    Reply

    • Tie
      Jan 08, 2010 @ 16:39:51

      Memang susah nak siang hidup-hidup. Mentua (mek) kak tie expert tang ni.

      Biasa kak tie paksa dia tidor dalam peti ais, hehe.. lepas tu baru boleh start operate !

      Reply

  18. blogresipi
    Jan 07, 2010 @ 04:24:08

    Bagus info Kak Tie nie.. kite selalu tahu makan je ikan keli.memang minat sungguh. tak tahu la yang kite makan tuh spesis mane.. sebab dah digoreng jadi tak perasan kaler ape kulitnye.hehehe… kak tie tryla..sedappp tau! hehe..promo lak. kat kelantan kalau kak tie pegi, boleh try makan kat kedai nasi ulam cikgu.memang best. kite balik nnti nk pegi makan 😀

    Reply

    • Tie
      Jan 08, 2010 @ 16:41:33

      Kak tie pernah makan keli goreng… bubuh kunyit hidup banyak2 memang sedap. Cuma kurang laju sebab anak2 dan suami suka, jadi bagi mereka makan puas2….

      Mana fish ball sambal tu ? Naik letih kak tie nganga ni.. 😛

      Reply

  19. Tirana
    Jan 07, 2010 @ 07:37:45

    Ni first time tengok ikan keli jenis ni..tengok rupa macam belut..rasa macam tak lalu nak makan tapi belum cuba belum tahu kan? Ikan keli biasa tu memang saya suka..bakar cicah air asam…piuhhh..terangkat bontot..hahaha

    Reply

    • Tie
      Jan 08, 2010 @ 16:42:40

      Waakakaa…. kat KL tentu mahal, kan ? kat sini selalu tengok kat pasar.. meliuk2 sampai berdiri bulu roma, hehe..

      Reply

  20. iza~de~bintang
    Jan 07, 2010 @ 08:08:36

    haa kalau close up nampak menyeramkan hehe
    ada sesetengah ikan air tawar Iza tak lalu nak makan sebab bila gigit isi ikan terasa tanah huhu. kalau bau jer, mesti tinggal terus makanan tu. kalau yg tak rasa tanah tu okey, sodap masok goreng berlado 🙂

    Reply

    • Tie
      Jan 08, 2010 @ 16:44:31

      Iza, sebenarnya ikan yang orang bela ni guna dedak (pelet) untuk makanan ikan. Sebab tu rasa kurang sedap. Yang dari sungai bersih tu lebih sedap sebab ia makan anak ikan, udang dan buah kelapa sawit.

      Reply

  21. en_me
    Jan 07, 2010 @ 08:41:46

    gelii uoolss.. ihihi

    Reply

  22. milla
    Jan 07, 2010 @ 14:54:05

    salam kak tie….milla x pernah lagi mkn ikan keli ni kak tie. ikan keli biasa tu ada mkn sekali dua…boleh cuba, rupa bdn cam belut tah2 rasa pun cam belut juga kot?

    Reply

  23. Ismail N
    Jan 07, 2010 @ 20:05:31

    Salam,
    Sama lah saya pun kurang suka ikan sungai atau udang sungai dsb. Tak sama dengan yg hidup di laut. Ada kurang sikittttt rasa..

    Reply

  24. izan
    Jan 07, 2010 @ 22:38:37

    k tie

    ye lar… izan tengok izan rasa tak suka. ada kaler2 bintik… mcm pelik ajer… nak menyiang pun tak mahu… tapi kalau dah terpaksa… kena asben suka makan. memang kita kena siang juga k tie kan kan…. syyyy… jgn tunjuk ngan asben hihi..

    Reply

    • Tie
      Jan 08, 2010 @ 16:49:41

      Betul tu Zan,

      Kalau kita tak makan pun suami nak makan. Jadi kenalah siangkan dan masakkan untuk dia. Kan lebih baik dari dia mintak tolong dari minah lain, hehehe….

      Err… kalau suami zan nampak ni, mesti dia bawak balik seekor bagi Zan, hi hi hi..

      Reply

  25. ROSE PURPLE
    Jan 08, 2010 @ 10:37:06

    Tie, I geli tengok apa-apa yang macam ular, buat la entri lain plak, I dah tak tahan tgk n3 ni. Sorry la kalau ada yang terasa.

    Reply

    • Tie
      Jan 08, 2010 @ 16:51:02

      Ha ha ha…

      Rose tau, lepas Tie publish entry ni, Tie sendiri tak lalu nak tengok gambar2 tu. Nak kecikkan sedikit.. nampak betul-betul menggelikan.. :mrgreen:

      Reply

  26. Yunus Badawi
    Jan 08, 2010 @ 11:09:33

    Anak2 saya suka makan ikan keli tapi keli biasa tu lah. Kalau bagi keli limbat ni tentu mereka suka. Tapi ayah mereka kureng sikitlah bab2 ikan sungai ni hehehe

    Reply

  27. Candra
    Jun 14, 2010 @ 16:52:36

    Slm kenal from indonesia!saya tinggal di medan dan sya pernah punya pengalaman buruk tentang limbat!dlu swaktu saya kecil rumah saya sebelahnya sungai!dan di pinggir sungai tuh ad kuburan!swaktu hujan saya lewat dri kuburan itu!lalu tiba2 saya lewat saya lihat bnyak ikan limbat yg berjalan di dekat kuburan itu!tapi besoknya ad salahsatu kuburan yg di bongkar!dan sewaktu di bongkar!ternyata bukan myat yg di dalam situ!tpi 20 ekor ikan limbat sebesar kaki orang dewasa!dan mayat tingal tulang belulang padahal baru 3 hri dikubur!ketika di belah perut ikan itu saya melihat ad telinga ad jari dll!iz mengerikan!slm kenal ini no saya085762082802

    Tie – Salam kenal Candra…

    Adoi laa… ngerinya. Ikan-ikan tu makan mayat !! Kesian arwahnya. Tak tahu nak kata apa….

    Reply

  28. Ginson
    Jul 01, 2010 @ 23:00:12

    bang… name saye Ginson… saya memang amat cintai ikan-ikan tempatan saya

    tapi kedengaran keli limbat hampir pupus, maka impian saya terkecai dah nak carik sekor dua untuk aquarium saya

    di mana bang brade? ade jual tak keli limbat tuu? saya kat kajang tapi memang facinated la ngan ikan-ikan ni. saya ade sekor keli kayu dibela bile bayi hingga sekarang hampir sekilo tapi minat lagi kasi dia kawan sekor limbat

    Kaktie – Ginson…. saya ni makcik, bukan lelaki, ya.. hehe…
    Keli limbat memang hampir pupus. Saya tinggal di Hulu Terengganu. Masih ada kot di sungai2 di sini. Kena jumpa dengan orang-orang kampung laa…

    Reply

  29. meor
    Oct 11, 2010 @ 23:42:35

    saya dah lama nak cari benih nikan ni.. kalau ada nanti beritahu ya

    Reply

  30. matnor
    Nov 12, 2010 @ 16:51:00

    Ikan keli ni sebenarnya ikan yang sedap dimakan tak kisah lah masak gulai kuning ke. goreng ke…salai ke…macam – macam lagi lah.Tapi bagi sesiapa yang hendak menjadi penternak ikan keli, anda perlu lah mencari ilmu pengetahuan bagaimana menternak ikan keli yang dapat menghasilkan pulangan yang lumayan dan pelajari bagaimana kegagalan penternak lain sebagai pelajaran kepada anda untuk mengelakkan anda daripada mengulangi perkara yang sama. Jikalau anda memang betul – betul berminat untuk menjadi penternak ikan keli yang berjaya , klik pada link ini —->http://peliharaanikankeli.blogspot.com/

    Reply

  31. mat
    Mar 27, 2012 @ 11:51:20

    dulu kampung saya memang la ada limbat ni…tp la dah takda…mana nak cari benih dia ya…nak bela juga..rasanya sdap dari keli..

    Reply

    • Tie Ganu
      Mar 27, 2012 @ 11:53:07

      Kampung mana tu? Sini ada kat ulu ganu.. tapi tak pasti kat mana.. hubby yang tau bab2 ikan ni..

      Reply

    • mohd apih sudin
      Dec 26, 2013 @ 16:26:16

      salam..saya menjual ikan keli limbat..segar..dan ditangkap dari sungai atau paya..bukan jenis ternakan kolam..harga rm 9.50 sekilo boleh nego..saiz 4-5 ekor sekilo..penghantaran disediakan mengikut lokasi..saya di kemaman..hubungi saya 0145150398 sudin

      Reply

  32. Hisham
    Nov 08, 2013 @ 14:33:43

    salam,bleh bagi contact no hubby u tu x…nk ajak g mancing,hehe

    Reply

  33. Sarah
    Dec 14, 2015 @ 20:14:30

    Kalau siapa nak ikan ni pergilah ke Kg Ulu cheka disitu sangat bnyak dalam masa 1/2 jam kita boleh kail ikan ni hampir satu beg beras 10 kg dengan hanya 1 kail sahaja, kalau x percaya cubalah pergi , Kg Ulu Cheka jerantut Pahang.

    Reply

  34. Azmi
    May 04, 2020 @ 23:29:55

    saya masa kecik selalu melukah limbat dalam hutan di melaka. sekarang wetland dah x ada.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: