Wanita tanah ?

periuk tanah

(Err….Tie tak jumpa gambor wanita tanah, periuk tanah pun jadi laa…..ekekeke…..)


Maklumat di bawah ni Tie cedok dari blogĀ  Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus

Wanita berunsur Tanah

Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:


* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami. (Alhamdulillah…….)


* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah. (Syukur…..)


* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang. (Harap-harap begitu laa…..)


* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami. ( Errr…….ye ke …? :P)

Psst : IniĀ  hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.


i) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan (Tie anak yang pertama)
ii) Air – kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas (hubby anak ke 3)
iv) Angin – keempat, kelapan, kedua-belas

Kalau nak tahu selanjutnya sila ke blog Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus

Suka-suka je tau….!!

Psst – Entry ni hanyalah untuk memotivasikan diri ……..