Pembelot

Waaakakakaah……!!

Sebenarnya Tie ingat nak berhenti je dari blogging. Entahlah…. ada sesuatu yang buat Tie rasa kesal . Adakah makcik ni terlalu sensitif? Hmmm….mungkin gak..!!

Sedang Tie mengodek2 pc ni (dgn hibanya…), tetiba je terpikat dengan Mr WordPress !! Nampaknya makcik ni telah menjadi pembelot, kih kih….!! Janganlah terkejut.

Kali ini makcik ingin bertukar citarasa, dari blogspot kepada wordpress. So…tak jadi nak berhenti dari blogging…kih kih !! Adakah diriku sudah nanyuk ?? Hu hu…………

cartoon_animated_mouse

Sebenarnya Tie tak terniat pun untuk menjadi warga wordpress ni.  Dulu memang selalu fikir wordpress tak sesuai bagi makcik yang kekurangan ilmu.

Eh……ini bukan nak ngaku dah pandai….! Apakah yang membuatkan Tie tetiba terpikat kat En WordPress ? Haa…..tak lain tak bukan kerana commenting systemnya….keh keh….ada threading laa…..

Sekarang dah boleh reply comment macam jenis disquss, intense debate dll….., tanpa menunggu lama. Jadi, lepas ni, harap2 tak de yang merungut susah nak komen, ek…!

Memang mengujakan! Semua comment akan selamat di sini. Dan dengan susah payah (sampai berpinar2 mata nih!) Tie copy paste semula sebahagian kecil komen2 terkini teman2 dulu. Tie amat sayang betul kat komen2 tu.

Theme ni Tie rembat je. Tak ada pilihan laa….Sakit kepala ooii !! Terpaksa telan panadol 2 biji (bukan pil tido !) Ada banyak lagi benda yang Tie tak tahu ni. Nanti nak mintak tolong dari sifu2 tu….he he… Hmm…sapa ek ? Cepat ! Angkat tangan !!

P/s : Sapa2 yang tak ada nama kat blogroll tu, jangan kecik ati pulak. Makcik ni dah keletihan…. tak larat nak tulis satu2. Nanti Tie tepek laa…. sabor, ek !

happy

81 Comments (+add yours?)

  1. at0k
    Apr 08, 2009 @ 21:11:54

    haha jap2.
    tampan keee?
    harha

    Reply

  2. wexeeda
    Apr 09, 2009 @ 00:24:25

    comment threading mmg satu kelebihan… uish pembelot, kasar bunyinye… ubah fikiran, best skit kut… hehe…
    p/s cam wex ckp, tiada tekanan disini.. hihi

    Reply

  3. Kujie
    Apr 09, 2009 @ 07:03:19

    Tie

    morning……….mmg dah agak dah Tie akan tukar wp

    hehehe….dashbord dia senang kan….. sistem komen pun senang..boleh nampak segala data. Kejap je ni..lama2 nnt mahir lah

    Reply

    • Tie
      Apr 09, 2009 @ 07:07:36

      Morning…….hi hi….

      Tie tak sangka betul…… macam mana Jie boleh tahu ?? Perasan kat avatar tu, ek ??

      Sebenarnya nak tunggu lama lagi, tapi jari ni gatal betul nak gi komen kat blog2 tu….susah nak kawal laa….

      Harap2 Tie terus kekal kat sini. Tapi kalau blogspot buat komen jenis threading, tak tahu laa…..takkan nak berpatah balik, kot…. 😆

      Reply

  4. cintacukulet
    Apr 09, 2009 @ 07:49:02

    salam kak tie…hehe ingatkan tak nak blogging dah..rupa-rupanya kat sini dia bertapa ya hehe..chaiyok2 kak tie 😀

    Reply

  5. fiezabaiduri
    Apr 09, 2009 @ 08:02:40

    salam..

    wah, ada rumah baru..
    susah nak berenti kalau dh ‘terjebak’ dlm dunia ni.
    nak nak pulak segala kemudahan ada depan mata.hehe..

    kak Tie, nama bai tak de kat tepi tu..
    errr..sudi ke letak nama bai?huhuhu

    ape² pon,..teruskan brblogging dan terus berblogging.hehe..

    Reply

    • Tie
      Apr 09, 2009 @ 08:10:41

      Tu laaaa…….

      Tak boleh henti blogging………hu hu….

      Nanti akak tepek nama tu…… rasa2nya tak lama lagi makin slim le jejari ni…. 😛

      Reply

  6. khas lysha
    Apr 09, 2009 @ 08:15:21

    ingatkan apa la yg dibelotkan sgt tu.. bunyik mcm masalah negara jer.. ekekekek

    Reply

  7. Adila
    Apr 09, 2009 @ 08:23:41

    hihihihi ingatkan siapa yg belot tadi 😛
    ni bkn belot.. tukar arah je hehe

    hensem betul tikus tu 😛

    Reply

  8. nazilyn
    Apr 09, 2009 @ 08:44:12

    salam…
    emm… mcm takde jer…

    Reply

  9. sally
    Apr 09, 2009 @ 09:10:42

    laa..ingatkan apa tadi, berubah hati, majuk… ingatkan majuk ngan cik abang..hahahaha
    tipah tertipu rupanya..

    Memula pindah rumah baru, biasalah..nanti lama2 Tie mesti bijak dan kreatip hias rumah baru.. tahniah! tadek maknanyer pembelot tuh..ubah selera jer..hehehe

    Reply

    • Tie
      Apr 09, 2009 @ 09:37:01

      Kah kah ….!! Ada gak yang tertipoo……. 😛

      Tu laa……..baru pindah ni, memang macam2 nak bubuh. Tapi Tuan tanah ni kedekut sikit. Tak boleh nak renovate. Kena guna je apa yang dia bagi…hu hu…..

      Reply

  10. sally
    Apr 09, 2009 @ 09:12:08

    oohhohooo…gambau apa yg kuar tuhh.. kobao ke ruse?

    Reply

    • Tie
      Apr 09, 2009 @ 09:38:06

      Eh…..entahlah….. Kalau nak gambor comel, kena sign in jadi member wordpress laa….. bolehlah melaram nanti…kih kih…. !!

      Reply

  11. maza
    Apr 09, 2009 @ 09:30:22

    Uiks…..

    nasib baik ado si Kujie tu ha, kalau tak…kempunanlah ekau nak meraso komen PEDAS tahap Berapi sakan….

    huhhu

    den baru jo pindah ke blogspot…..tak sampai setahun pun, ekau dah melompek kek sini…..huhuhu

    kenapolak ek ekau lompek kek sini?

    huhuhu….

    Reply

    • Kujie
      Apr 09, 2009 @ 09:33:05

      haipppppppp…guna nama kita tu…25 persen!

      Reply

    • Tie
      Apr 09, 2009 @ 09:40:43

      Ooo….pokcik Maza baru sampai….!!

      Tertinggal ketapi ko ??

      Kita mokcik comel saja lompat kat sini… malu nak dok dekat2 dengan pokcik ooii…… 😳

      Maza, komen kat sini tak payah nak tunggu loading lelama….. dan ia takkan ilang pun… Tak nak mai pindah sebelah rumah ko ??

      Reply

      • maza
        Apr 09, 2009 @ 10:33:57

        aderk.. kalau pakat asyik pindah jo, jagung den kat kebun belakang rumah tu ha, tak sompek nak membesar….. tak sompeklah jawab eh nak meraso….

        huhuhuu

        tak polah, den malas nak pindah2 nie….sebab eh, den memilih itu kekal kek sesuatu tompek…..nak jadikan station..

        bilo eh anak2 dah bosar, boleh tunjukkan apo bapak eh nak posankan….tak pun tau asal usul kejadian waris keturunan…..

        biar dio tahu, betapo encemnya den, dan berapo ramai dari anak yang tak reti bercakap, sampai anak daro kepado makcik2 tombam2 dgn jejari buncit iteww dok melepak kat tompek den…..hehehhe

        Reply

        • Tie
          Apr 09, 2009 @ 10:37:34

          Oooitt !!

          Kita jejari bak batang serai…!!

          Comel lagik !! Waakakakah…!! :mrgreen:

          Elok la dok setempat. Jangan ikut makcik ni… Nanti tercicir bulu roma tengah jalan…….kih kih ….!!

  12. ain
    Apr 09, 2009 @ 10:11:07

    oooooooo….kak tie tukar umah ekh. tak pe le…asal x stop blogging. hihi

    Reply

  13. Abang Long
    Apr 09, 2009 @ 10:34:18

    Nak menjadi pembelot ? Hahahaha …. jangan jadi penderhaka kepada tuhan sudahlah ….hihihihi

    Reply

  14. maza
    Apr 09, 2009 @ 10:35:57

    Tapi memang botul lah kan, rumah ekau yg lamo tu, kalau nak komen, sikit punyalah lambek…dan payah…huhuhu

    den pun takut juga jadi perkaro yg samo kek blog den tu ha…..nanti bizness den terganggu lak….

    budak2 nak beli asikrim lamo malas nak singgah tak pun tulis komen…….

    huhuhu

    Reply

    • Tie
      Apr 09, 2009 @ 10:42:03

      Tu laa…………… Tie perasan…..nak komen kat blog Maza pun nak kena loading 2-3 kali……..

      Jangan nyesal lak, nanti kalau bisness lingkup kenalah tutup kedai…. hehe……

      Sementara komen tu tak banyak lagi, eloklah pindah kat sebelah rumah ni…. banyak lagi yang kosong…..ekekeke……….

      Reply

    • Kujie
      Apr 09, 2009 @ 15:44:57

      kalau nak pindah senang je..tak yah tempah lori kontena
      import je…kan tie
      smua ikut……………..dgn komen2 yg lama sekali dia angkut

      Reply

  15. joegrimjow
    Apr 09, 2009 @ 10:42:38

    blog tyme ade mase je

    Reply

  16. muhammadsayyid
    Apr 09, 2009 @ 11:09:59

    hish..suspendedisis betoi kak tie ni…huhu…takpe kak tie..selagi ada alternatif tak salah kalau nak lompat-melompat…mana tau org-org blogspot perasan blogger penting diorang cam kak tie ni tukar ke wp sebab tak puas hati kat blogspot..hehe..nanti-nanti ada kot perbaikan..hehe~

    Reply

    • Tie
      Apr 09, 2009 @ 11:14:49

      Oh…betul tu Sayyid. Blogspot sebenarnya boleh dihack supaya komennya jadi threading macam ni…. mudah nak reply dan buatkan tetamu rasa istimewa. Kak tie ada jumpa satu blog tu… tapi memang susah nak buat… kak tie buta IT, he he…

      Tak mustahil blogspot akan ada komen macam ni di masa akan datang. Mungkin kak tie akan berpindah balik ? Ish…. harap2 tidak. Kih kih ……….!!

      Reply

  17. shais
    Apr 09, 2009 @ 11:16:10

    ikut cita rasa kaktie…janji kaktie tak berhenti memblog.

    pernah juga terfikir dah beralih arah ke wordpress masalahnya malas betul nak menelek dan mengodek …tak pe saya rasa masih boleh bertahan lagi.

    Reply

    • Tie
      Apr 09, 2009 @ 11:24:04

      Ha ha…….toksahlah ikut perangai kak tie ni…..kak tie tak sesibuk shais…ada anak kecik dan ada hobi yang boleh buat duit. Kak tie ni tau perhabiskan duit je… dan tahu makan , kih kih ….

      Reply

  18. eira
    Apr 09, 2009 @ 11:17:03

    oh ye ke..
    best ke wordpress sis?
    huhueira malas mau tukar 🙂

    Reply

    • Tie
      Apr 09, 2009 @ 11:25:34

      Ho ho……selamat datang eira……… 😛

      WordPress sesuai utk sapa2 saja…. baru sedar ni. Dulu ingat susah sangat. Tak kenal maka tak cinta…. sekarang baru rasa wordpress ni cool….he he….

      Reply

  19. ima
    Apr 09, 2009 @ 12:19:51

    ooo rupa2nya dah beralih arah….tak kisahlah asalkan kak tie bahagia…dan terus berkarya dan juga tak lupa kan kita….hehehe

    Reply

  20. Mr perisik
    Apr 09, 2009 @ 14:41:15

    xsangka awk sggup tgglkan ktorg kt blogspot…sampai hatiii…huhu

    Reply

    • Tie
      Apr 09, 2009 @ 14:55:19

      Waaakakakah………..

      Kita tak de la tinggalkan selama lamanya…… masih melawat blogspot lagi… Ramai teman2 di sana….. he he…..

      Reply

  21. Kujie
    Apr 09, 2009 @ 15:45:56

    tie…ko perasan tak..kt sidebar tu…ade avatar cun

    hahaha..sapa erk…sapa erk….

    Reply

  22. suara
    Apr 09, 2009 @ 16:17:13

    Laaa… dah pindah rumah rupanya…
    Patutlah bila su click kat link yg su buat utk tie, tah sampai ke mana-mana je… huhu…
    nak kena update link la lagu nih.
    Dah pindah rumah ni… bila nak buat house warming? 😀

    Reply

  23. jentayutiara
    Apr 09, 2009 @ 16:55:44

    sy datang… sy datang…
    meramaikan majlis…

    bila nak pakai domain sndiri lak…

    Reply

    • Tie
      Apr 09, 2009 @ 17:12:27

      Ooo…….welcome……..welcome…!!

      Domain sendiri ?? Ho ho……jauh lagi tu…. tengah merangkak ni….kih kih ..!! 😛

      Reply

  24. MDFarid
    Apr 09, 2009 @ 19:19:17

    salam…

    Haiyyaa..patut manyak menyesal alituu..kita sepatutnya pindah sini..rupa2nya kak tie pula yg pindah dulu..

    Dah agak dah..kaki komen thread mesti berkenan kat WP punya…adoiila…

    Reply

    • Tie
      Apr 09, 2009 @ 19:24:42

      Salam……

      Tu laa…….kak tie suka comment jenis ini sebab malas nak jawab komen jenis biasa tu…kihkih…..!!

      Reply

  25. anyss
    Apr 09, 2009 @ 20:08:40

    Adoi laaaaa suspen je!

    Reply

  26. manje
    Apr 09, 2009 @ 20:59:05

    salam kak tie

    jgn lupe kite juga… penat dah cari kak tie tau…

    Reply

  27. OD
    Apr 09, 2009 @ 21:00:11

    Fulamak… ingatkan jadi siput rupanya jadi pembelot… ekekekeke… tak kisahlah, asalkan Tie bahagia. Habis, yang blog tu roll lagi ke atau nak bubuh link yang ni?

    Reply

    • Tie
      Apr 09, 2009 @ 21:12:13

      Kah kah ..!!

      Blog memori akan Tie buat jeruk.

      Tie nak tinggal kat sini…. nak komen senang. Tak payah tunggu lama lagi. 😀

      Reply

  28. Azman Ishak
    Apr 09, 2009 @ 21:50:05

    fuh.. jauh nye aku koment.. nak naik atas balik ni..
    sure letih nak panjat threat comment kat atas ni~

    ape ape pon… aku dulu same gak cam makcik ni..
    hahah.. aku jugak dari blogspot. terus jer he wordpress.

    selamat berkenalan… erk.. link xchange? boleh?

    Reply

  29. zulfitry
    Apr 10, 2009 @ 00:25:56

    bila nak ader hosting sendiri?

    Reply

  30. kin
    Apr 10, 2009 @ 02:32:38

    La…. k tie dah pindah rumah pulak… tak pe2..mana kak tie pegi, mesti saya ikut punya!

    Reply

  31. kin
    Apr 10, 2009 @ 02:34:28

    ish…kak tie tepek semula ke komen2 dan entry sebelm nih? wa…rajin kak tie yer!

    Reply

    • Tie
      Apr 10, 2009 @ 07:42:36

      Komen jenis disquss je yang kak tie tepek sendiri.

      Entry dan komen blogspot, boleh diimport dengan senang…. 😛

      Reply

  32. joegrimjow
    Apr 10, 2009 @ 03:19:52

    mmg bnyak sngt2

    Reply

  33. iu
    Apr 10, 2009 @ 03:26:58

    kak tie ni…suspen aje.. igt marah ngan sape.. hihihi.. teruskan berblog! 😉

    Reply

  34. sherry-norjane
    Apr 10, 2009 @ 09:36:59

    Salam Tie.

    Am looking forward betul to meet and sembang2 dengan Tie one day nanti.. from your writing, i can imagine Tie ni orang macam mana…jeng..jeng..hahah…so…bila nak jumpa ni..e-mail me your handphone no ,boleh..sharifah7@hotmail.com

    happy weekend.

    Reply

    • Tie
      Apr 10, 2009 @ 16:03:48

      Adoi…….

      Malu la kak !

      Tie ni nampak kecoh je dlm blog. Sebenarnya kalau Kak Sherry terserempak dgn Tie pun takkan perasan. Macam makcik kantin je, hi hi…..

      Tie dok kat ganu, tak pandai drive pun, buta warna…..ha ha…. konon2nya…
      Biasa hubby jadi drebar. Jadi kalau nak ke mana2 pon, mesti ada pengikut. Tapi kalau Kak Sherry tetiba nak ke tasik kenyir….. bolehlah transit kat rumah Tie ni. Setakat secawan kopi tu bolehlah Tie hidangkan….bukan kedekut, Tie ni house manager…elaun ciput je…. :mrgreen:

      Reply

  35. izan
    Apr 10, 2009 @ 10:43:11

    k tie,

    saspen je… selalu saya yang akhir tau… hihi

    nampak macam seronok je wordpress… zan nak cubala tukar satu hari nanti… nampak ringkas dan padat…. sempoi.

    ingat k tie betul2 nak berenti… rasa cam nak picit2 kan je tangan k tie ni… nanti tak da tempat nak bemanja-manja gitu….

    Reply

    • Tie
      Apr 10, 2009 @ 16:08:35

      Alaaa …..Zan……

      Kak tie ni tak terniat pun nak kamceng dgn Mr WordPress. Tetiba godek2 dan perasan komennya boleh threading…….

      Kak tie ni jenis nak mudah je….. senang nak balas komen kengkawan. Kalau Zan ada masa, cuba buat blog baru, dgn WP ni….. nanti bila dah pandai, boleh import semua isiperut dlm blog Zan tu masuk dlm WP. Senang je….. 😛

      Reply

  36. en_me
    Apr 10, 2009 @ 11:56:59

    syabas, selamat datang ke wordpress ittewww.. tau takperrr

    Reply

  37. Neeza
    Apr 11, 2009 @ 12:53:39

    laaa… ingatkan nape la lama tak nampak Kak Tie.. hari tu neeza pun busy sikit..

    neeza pun dah macam geram2 aje nak tukar ni.. tapi macam sayang pulak.. tengok lah camne.. in the mean time neeza nak backup rasanya blog neeza ke wordpress.. tapi tak sempat lagi nak buat…

    blogspot dah ngada2 la..

    Reply

    • Tie
      Apr 11, 2009 @ 13:48:13

      Ooo…..Kak tie pun busy gak. Dok betulkan mana2 yang ada . Tapi WP ni tak friendy pada bloglist tu… leceh kena tepek satu2.

      Tapi Neeze, nak isiperut blog lama tu memang senang…termasuk komennya sekali. Kak tie susah sikit sebab guna komen disquss dulu….

      Reply

Leave a comment