Home > herba, Pengetahuan > Madu lagi……

Madu lagi……

Haa……..semua orang tahu khasiat madu lebah ni. Tapi tahukah anda madu dari bunga tertentu akan mempengaruhi khasiat , rupa dan rasanya ?

Honey comb yang Tie dapat ni adalah dari pokok kelapa sawit. Tak pasti dari bunga manakah yang menghasikan madu ini…… Tak berani nak tanya cik lebah, he he….Rasanya manis sekali dan sedikit cair. Hmmmm…… sedap tau…!! Madu yang paling sedap yang pernah Tie rasa . Hubby kata durian sedang berbunga… mungkinkah dari bunga durian…?

(pokok tualang –link)

Berbeza dengan madu yang diperolehi dari pokok yang lebih tinggi seperti pokok tualang di hutan balak tu… Rasanya sedikit pahit , bau sedikit masam dan warnanya pulak lebih gelap. Akan tetapi madu dari pokok tualang adalah antara yang terbaik di dunia. Ia dihasilkan oleh lebah sialang….dengan bunga2 hutan. Tentulah khasiatnya juga tinggi……

He he….. sejak dok ganu ni dah pandai makan madu… Madu dari pokok tualang tu lebih mahal . Sesuai dengan khasiat dan kepayahan utk mendapatkannya. (pokok tualang tu tinggi ooii!! ) Dulu harganya RM20 sebotol (botol sos). Tak tahu la harga sekarang. Lama tak beli.

Hmm…….nak buat apa dengan sarang ni, ek ? Boleh buat lilin ke ? Sebenarnya Tie kagum dengan bentuk hexagonnya. Begitu teliti sang lebah membuat sarangnya. Sama bentuk dan ukuran. (lebih kurang la tu…)

P/s : Hari ni Tie kekurangan idea. Nak komen pun macam blur. Entah2 termakan semut tak ?? Issh….harap2 tidak……..hu hu…


679756vtql6ozj6a.gif Blue Floral image by cateyberry

Categories: herba, Pengetahuan Tags: , ,
  1. April 10, 2009 at 5:46 pm

    Sumpah!

    Aku ingatkan tadi cerita madu poligami…..huhuhu, sekonyong2 segera datang terutama yg bercerita itu ialah makcik jejari sliming serai Tie ini…..

    Terasa ingin gak tahu apa yg diceritkan…..lalu bagaikan kerbau dicucuk hidung, bertubuh gagah berketak2 tetapi mengikut tali ditarik ke rumah Tie….hehehhehe

    dan bila sampai….ALAMAK! Aku dah terkena…… tersenyum sendirian….

    (psst: apa macam cerpen maza kali ni, wokay tak? wakakakkak)

    • Tie
      April 10, 2009 at 5:54 pm

      Waaaakakakakah!!

      Sungguh tidak ku sangka. Cempedak menjadi nangka !

      Tie tak de niat pun nak buat tajuk menjerat ni ! Memang betul2 innocent !!

      Tak terfikir pun pasal poligami tu, kih kih…!! Apa……. kaum XY ni memang sentiasa dok pikir benda ni je ke ?? Ish..ish…..(sambil menggelengkan kepala !)

  2. April 10, 2009 at 5:47 pm

    betul kata RMN (http://www.celikhuruf.blogspot.com/), tajuk kekadang boleh menjerat pembaca….huhuhu

    huhuhuhuu

    • Tie
      April 10, 2009 at 5:55 pm

      Ha ha ha…….

      Rupa2nya begitu mudah nak menjerat sorang pokcik ni…..:mrgreen:

      • April 10, 2009 at 7:15 pm

        nawaitu sahaja aku buat2 innocent jer itu….kerana Tie…..

        wakakakakak

  3. ain
    April 10, 2009 at 5:48 pm

    saya pulak tak suka madu. hubby n anak2 je yg suka..setiap kali batuk2 they all akan mkn madu. Alhamdulillah..mujarab.

    • Tie
      April 10, 2009 at 5:57 pm

      Betul tu Ain, madu boleh ubatkan batuk, selsema dll…..

      Jangan madu macam pokcik Maza tu katakan , sudah laa…..keh keh ..!!

  4. April 10, 2009 at 6:05 pm

    hari tue, tetibe adek wex msg, “akak, mkn madu sblum masuk kelas, senang glucose naek ke otak, mudah sikit nk serap ilmu”… smgt tul dia suruh org beli madu.. hihi
    waktu pagi, letak sikit madu kat hujung lidah sambil selawat. satu lagi mkn kismis. Insyaallah, tak lah beku hotak kte pagi2, tak lah blur je…hihi

    • Tie
      April 10, 2009 at 6:09 pm

      Ooo…….terima kasih Wex !

      Kak tie akan amalkan…… Moga2 tak blur lagi…..hu hu…….

  5. April 10, 2009 at 6:33 pm

    jenguk jenguk wordpressπŸ˜€

    • Tie
      April 10, 2009 at 6:40 pm

      Ho ho…..jemputlah masuk….😳

  6. OD
    April 10, 2009 at 8:50 pm

    Sama macam Maza… ha ha ha. Sudahlah aku fobia pasal ular yang nak patuk anney tu… huhu. Kalau Tie nak tahu, kat sini sikit punya mahal ke honeycomb. Kalau tak silap opah, 250gm kot, dia orang jual sampai berbelas-belas dollar. Tak kuasa aku nak beli sebab mahal sangat. Cekik darah betul dia orang ni. Nantilah, balik ke Mesia nanti, kita jolok sarang tebuan… he he he.

    • Tie
      April 10, 2009 at 8:58 pm

      Waakakakah……

      Pokcik Maza tu bukan main excited, OD pulak phobia……………kelakar betul…!!

      Ooo….kat sini, hubby memang baik dgn org kampung (ala2 bodek la tuh ). Jadi senanglah nak dapatkan bekalan bahan2 mentah begini….Tak tahu lak honey comb pun ada dijual. Ingat madu je….he he…

      Eh….OD dok kat Australia ke ? (makcik ni asyik blur je…)….. Nanti kalau nak gi jolok sarang tebuan tu, beritau lah dulu. Tie nak ambik video……kih kih ….!!πŸ˜†

  7. April 10, 2009 at 9:13 pm

    tak sangka kat pokok sawit pun lebah buat sarang..huhu

    • Tie
      April 11, 2009 at 6:40 am

      Hmm……..kak tie pun baru tahu….hi hi…

  8. April 11, 2009 at 1:18 am

    madu…hoho..nape la poligami di sebut madu….walaupun tak semua manis..mungkin khasiat cam madu kot sebab tuh kasi nama madu..hehehehe

    syd jarang makan madu…tapi tetap suka kalau ada..rasulullah juga suka madu~

    mai belog cek mai..kita tengok sunset~hehe

    • Tie
      April 11, 2009 at 6:43 am

      Madu baik utk minda dan kesihatan tau….

      Toksak pikir pasal poligami tu…….. perjalanan masih jauh… :mrgreen:

  9. April 11, 2009 at 9:52 am

    Tie..sy baru beli minggu lepas…dari pengutip sendiri..kira dijamin asli 100%.

    2 botol – RM 160. – besat botol kicap kipas udang yang besar tu…lebih kurang 600ml kot.

    mahal tapi rasa selamat..beli dgn org yg kutip sendiri

    • Tie
      April 11, 2009 at 10:15 am

      Wow..!!

      Mak datok ! Mahalnya……!!

      Biasa yang mahal jenis madu dari pokok tualang tu… banyak khasiatnya. Sebab lebah tu buat madu dengan bunga2 hutan.

      Tie kurang makan madu, sebab hubby kata kalau makan ubat, tembikai, cendawan dan entah apa lagi, tak boleh makan madu… Takut terus padam…. Orang kampung ni banyak pantang larangnya… Tie terpaksa ikut je…sebab takut pulak…kih kih…!

  10. April 11, 2009 at 10:47 am

    asal ternampak honeycomb ni.. teringat masa kecik2 dulu ikut bapak gi solat jumaat kat masjid shah alam… lepas abih solat gi bazar depan tu.. bapak soh try makan honetcomb tu… tekstur macam kerepek lemau.. hehehe..πŸ˜‰

    • Tie
      April 11, 2009 at 10:57 am

      Oh ye ke…??

      Kak tie tak makan pon honey comb tu…. cuma isap madunya je..he he…

  11. April 11, 2009 at 10:47 am

    saya mula suka mkn madu ni sejak dtg sini…rasa madu kat sini mcm sedap sikit. Selalu mkn dgn roti bakat tau pancake..mkn mcm tu aje tak sukalah pulak. sekarang kami selalu beli kat sunday market , ada sorang pakcik jual. biasa beli madu dr pokok ‘gum tree’…

    • Tie
      April 11, 2009 at 10:59 am

      Madu Australia memang manis dan kurang masam. Dulu kak tie selalu beli…. makan dengan roti. Memang sedap…he he….

      Oo…pokok gum tree pun ada sarang lebah ek. Agak2 koala tak takut ke panjat pokok tu ?? kih kih….

  12. jentayutiara
    April 11, 2009 at 11:07 am

    madu byk khasiat … penwar bg penyakit gak.. ms batuk berpanjngan sy amalkn minum dgn limau.. dulu ada en3 psal nie kn…

    eerrrrr sy berpoligami tidak bermadu…

    • Tie
      April 11, 2009 at 11:11 am

      Ooo….asal sebut madu je terus ingat yang lain, ek….kihkih…. Sabor je laaa…

  13. April 11, 2009 at 11:13 am

    Salam..wah…saya ingat ni kisah madu lain………….hu3

    • Tie
      April 11, 2009 at 11:32 am

      Salam………

      Kih kih ……. tu laaa……..orang lelaki ni pantang disebut Madu..!!πŸ˜›

  14. April 11, 2009 at 12:56 pm

    kak tie, kawan neeza makan sarang madu tu.. neeza pernah gak makan.. tapi macam tak leh telan.. sekadar gigit dan buang macam tebu kot..

    baru neeza tahu lain pokok lain color.. maknanya tak betul la kalau orang kata, madu asli color gelap.. madu tak asli color terang kan.. sebab kalau lain pokok, colornya memang terang…πŸ™‚

    • Tie
      April 11, 2009 at 1:50 pm

      Tu laa….. lain jenis lain rupanya.. Ada cair, ada pekat, ada masam sikit…he he..

  15. April 11, 2009 at 1:45 pm

    madu lebah ghupernyerrr.. ihihi

    • Tie
      April 11, 2009 at 1:51 pm

      Laa…….maaflah sebab membuatkan en_me fikir madu lain…….kih kih …!!😳

  16. dyg
    April 11, 2009 at 5:20 pm

    ye ye kak tie dah on air balik! (^_^) hehe..saya suka minum madu, hari tu lecturer saya jual madu khaula, memang kaw-kaw rase madu. tapi kalau tengok sarang lebah kat pokok tu memang tak suke, takut kene sengat…

    • Tie
      April 11, 2009 at 6:18 pm

      Hi hi……macam betul je… Mekasih kerana sorakkan kak tie..!

      Baguslah minum madu. Otak cergas , senanglah nak score…he he… Kak tie pun takut sarang lebah…lebih2 lagi tebuan..hu hu….

  17. April 13, 2009 at 2:05 pm

    madu memang sedap..manis mcm gula..

    Bermadu memang tak sedap. tersiksa jiwa dan raga!

    • Tie
      April 13, 2009 at 2:12 pm

      Huuaaaa………..kah kah …!!

      Kalau semuanya cukup, macam mana ??πŸ˜†

  18. kin
    April 15, 2009 at 4:28 pm

    kak tie, saya teringat kat anak saya nih, nabhan…sekrg ni tgh musim dia tengok cerita bee movie. Ari2 nak tengok bee movie je kejenye…sampai 2,3 kali sari. Suka sgt dia ngan bee yg ‘pollen job’ tuh! Bee yg tu la yg dok sedut nectar dr bunga tu kan? hehehe..Hmmm.. saya biasa gak minum madu…tak la jadi amalan, sekali sekala.Tp, tak penah tengok sarang lebah dari dekat la kak tie. Apa tekstur dia ye..lembut ke keras?

    • Tie
      April 15, 2009 at 4:33 pm

      Hmm…honey comb tu macam plastik pun ada…. tak boleh nak gigit, liat je…

      Kak tie isap je madunya… tapi perlahan2… Takut tersedak. Bahaya kalau tersedak, tak boleh nak nyawa nanti…hu hu…

      Elok bagi anak2 minum air madu pagi2… dapat buangkan lendir dan kahak. Campur dengan susu pun bagus…. πŸ™‚

  19. May 1, 2009 at 11:38 am

    ok! bulan nak kongsi satu ilmu tentang madu… madu lebah jer!! bukan madu yang lain-lain tau!! ilmu ni memang mujarab!! pada satu hari, seorang sahabat datang menemui Rasulullah s.a.w mengadu tentang sakit perutnya… Nabi s.a.w suruh makan madu.. lepas tu datang lagi menemui Rasulullah s.a.w dan sakit perut lagi.. Rasulullah suruh makan madu lg untuk kali ke2.. lepas tu dia datang lagi mengadu sakit perut lagi.. Rasulullah suruh makan madu lagi… datang kali ke4 mengadu sakit perut lagi… sabda Rasulullah ” bahwa perut itu tidak sakit.. kerana jika benar sakit, selepas 3 x sahaja, insyaallah sembuh.. apa yang saya telah cuba ialah.. saya betul-betul sakit perut disebabkan angin yang mencucuk hingga ke ulu hati… selepas makan sebanyak 3 x, alhamdulillah hilang sakitnya.. itu jaminan Nabi s.a.w.. makan kali permata, biar dan tengok.. kalau tak reda juga sakit, makan lagi sehingga 3 x.. apa-apa aje penyakit dalam perut… cubalah.. sebab ini bukan sebarangan jaminan!!

    • Tie
      May 1, 2009 at 12:20 pm

      Sakit ulu hati tu macam gastrik je… kak tie dulu selalu kena, tapi tak pernah cuba makan madu.

      Terima kasih la kerana susah payah tulis kisah tu… he he…πŸ™‚

  20. March 28, 2011 at 10:44 am

    kwsn mercang ‘musim duit’

  21. ban ras
    February 10, 2014 at 5:32 pm

    saya pon pengamal madu , dan mendapati bahawa ianya berkesan alhamdulilah ,,, cuma benarkah madu ini boleh mengobat pelbagai penyakit ..?

    • February 10, 2014 at 6:59 pm

      Insyaallah… seeloknya campur sesudu dlm air suam/susu… lebih selamat, kalau minum pekat2 gitu takut tersedak, bahaya… Biasa minum sebelum tidor, waktu malam, amalkan tiap malam, Kak tie dah terlupa nak amalkan.. malam ni nak start semula laa…πŸ™‚

  22. ban ras
    February 10, 2014 at 8:31 pm

    terima kasih tie

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: