Ubat batuk

Err…… makcik ni bukan nak jual ubat batuk tau !! Cuma, rasa musykil, tentang ubat batuk ni. Anak Tie ni ada asthma. Biasanya ia bermula dengan batuk. Batuknya macam tak lepas je. Sebab saluran pernafasannya menjadi sempit, dan banyak mucus.

Masalahnya bila dibawa ke klinik (kerajaan), doktor akan beri ubat batuk yang warna gelap tu. Seperti gambar di bawah. Ubat batuk jenama Bena ni memang dah lama digunakan oleh hospital kerajaan. Sejak Tie tinggal di Johor lagi.. (tak tahu la selama mana ) . Ada lagi jenama lain, tapi kandungannya sama laa… Diphenhydramin, rasa masin sikit.



Ubat batuk jenis ini bukannya boleh memulihkan batuk asthma. Ianya hanya menghentikan batuk dan ini boleh memburukkan keadaan pesakit asthma. Tie dapat tahu bila ke klinik pakar (swasta) . Doktor tu merungut kerana pesakit asthma tidak boleh diberi ubat batuk sebegini (warna gelap/hitam). Katanya semua doktor sepatutnya tahu hal ini.

Hmm……. macam mana, ekk ? Takkan makcik ni nak pergi ajar doktor2 di klinik dan hospital kerajaan tu ? Hu hu….. silap2 kena halau balik pulak……!!

Kerana itu Tie bagi dia ubat batuk khas untuk asthma iaitu jenama Salmodil (tentu ada jenama lain), beli di farmasi seperti di bawah. Warnanya jernih, pinkish sikit. Dan bila dah minum ubat ini, tak perlu guna inhaler. Ia mengandungi Bromhexine iaitu agen mucolytic yang digunakan untuk merawat masalah pernafasan yang berkaitan dengan mucus yang berlebihan (untuk cairkan kahak).


Pernah tanya pada HA (masa tu tak de doktor), dia kata hanya ubat batuk jenis hitam je yang ada. Dia pulak tanya dari mana dapat jenis expectorant yang ada Bromhexine tu…. Akhir sekali, dia beri jenis pil (sama fungsinya dengan Salmodil, ada Bromhexine); biasa hospital hanya bekalkan jenis ni…. Tapi yang peliknya  doktor tu tetap bagi ubat batuk jenis hitam tu… dan cakap tak perlu minum jika bimbang asthma makin teruk. Boleh ke cakap gitu ? Mujurlah mokcik ni pernah dinasihatkan agar menjauhi nya dari anak yang asthma tu.

Tie harap sekurang-kurangnya  seorang doktor dapat memberi sedikit info tentang ini.  Mungkin dapat perbetulkan kiranya Tie tersilap faham.

Oh ya, berbalik dengan ubat batuk hitam tu (Bena atau Nilco dan lain-lain), anak Tie beritahu, ada beberapa orang budak2 sekolah (masa di asrama) main tunggang je sebotol ubat batuk ( yang ada Diphenhydramin) tu bila balik dari klinik! Err…………. kira dadahlah tu. Tie minum 2 sudu pun dah tak boleh nak bukak mata ; kalau dah sebotol…. hu hu… tentu boleh terbang agaknya…..

Rasa-rasanya pegawai perubatan harus perihatin tentang hal ini. Hanya beri prescription ubat batuk jenis ini kepada yang betul2 memerlukan je……. Kalau tak, ramailah anak-anak kita yang kekhayalan di sekolah asrama tu……….. mak bapak tak ada, siapa nak pantau ?

Uhuk ! Uhuk !!

Psst – Suara terkini Tie agak romantik laa…. boleh nanyi lagu rock !! Waaaakkakaa……….

.

. pss

79 Comments (+add yours?)

  1. ain
    Aug 05, 2009 @ 10:11:57

    selama ni pun…saya sekeluarga guna ubat batuk kale itam tu je. may be sbb tak de yg asthma. tak tau pulak, klu ada asthma, ubat batuk nyer lain2 pulak. heran ye cam ne doktor kerajaan tu tak tau!
    tipical doctor kerajaan!!!!

    Reply

    • Tie
      Aug 05, 2009 @ 10:24:09

      Mungkin bekalan ubat batuk untuk asthma hanya dalam bentuk pill…..cuma ubat batuk itam tu senang sangat nak diberi pada pesakit..walaupun tak memerlukannya.

      Reply

  2. Neeza
    Aug 05, 2009 @ 11:05:29

    tak suka sangat ubat batuk hitam tu. Daripada makan ubat tu, lebih baik makan pil. Sebab tu neeza malas jumpa doctor kalau batuk. Dia mesti bagi ubat batuk hitam.. biasanya doctor tanya kan, batuk berkahak ke tak? lain jenis ubat batuknya. Kalau doctor tu jenis hentam keromo je, mesti dia tu tak pas pereksa.. tahu nak buat duit je.. huhuuu..

    Reply

    • Tie
      Aug 05, 2009 @ 14:15:40

      Memang ada jenis2 ubat batuk.

      Biasanya terdapat tiga jenis batuk yang sering dihadapi oleh kebanyakan kita.

      1. Batuk berkahak disertai dengan gangguan pernafasan.
      2. Batuk tanpa kahak disertai dengan gangguan pernafasan.
      3. Batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan.

      Yang hitam masin (diphenhidramin) tu meredakan batuk, yang mengeluarkan kahak tu ada guaifinesin…contohnya…

      Reply

  3. ezzaaziz
    Aug 05, 2009 @ 12:32:31

    akak masih lagi kenangan ubat batuk jenis hitam ni…

    dulu masa zaman akak kerja dulu..akak batuk dengan teruk nya..gatal kat tekak pulak ….pi klinik doktor bagi ubat batuk jenis hitam ni..(jenis yang kena haram sekarang ni .)
    sebab tak tahan asik batuk terkongkong terkong ni akak telan sebotol..konon konon nak cepat baik…tak sampai setengah jam,..akak rasa ngantuk sangat dan badan ni rasa dah melayang layang…..antara sedar dan tidak…..masa tu kat opis….kawan suruh baring kat store…lena habis tu sampai time balik kena kejut kan…hahahah

    Reply

    • Tie
      Aug 05, 2009 @ 14:17:33

      Laaa….. kak ezza ni.. bahaya betul laa. Nampaknya macam kes Tie telan pil tido dulu, ekekeke……

      Lain kali jangan buat gitu , kak ezza kan ada asthma. Jangan minum ubat batuk itam tu. Takut tak sempat nak mengucap nanti…hu hu…

      Reply

  4. syayassir
    Aug 05, 2009 @ 13:22:11

    saya tak tahu la pulak jenis ubat2 batuk ni..
    tapi, pernah juga makan ubat batuk banyak2 sebab tak tahan gatal tekak..
    tapi, tak ngantuk2 pun.. 😛

    ada juga ubat batuk yang minum dua sudu je terus rasa macam nak terpejam mata… banyak jenis kan? 😛

    Reply

    • Tie
      Aug 05, 2009 @ 14:20:05

      Kena ikut dos yang betul. Kalau tekak gatal, sekarang ni ada jenis gula2.. Tie tak tahan bila nak tido, jadi hisap fisherman friend yang tiada kandungan gula tu (lemon), kalau tak reput lak gigi….

      Tapi kena gi check laa….

      Reply

  5. ummumishkah
    Aug 05, 2009 @ 13:41:37

    nice info sharing kak tie, tie pun ni baru tahu ni..

    Reply

  6. nrina
    Aug 05, 2009 @ 13:43:31

    ntahlah…saya ni kengkadang pun tak paham dgn doktor ni semua. Semua doktor macam tak sama pendapat.

    macam kes mak saya tu..kalau 10 doktor yg rawat..10 kali tukar ubat. malas dah nak pk pasal ubat yg sentiasa bertukar..baiknye tidak pun..lagi sakit tu ade ler..

    tapi ubat batuk mmg best hehe…
    saya ni kalau batuk..tak payah ler pakai sudu amik sukatan ubat..terus minum kat botol tu jugak..satu hari boleh habis sebotol..batuk tak elok jugak..

    Reply

    • Tie
      Aug 05, 2009 @ 14:29:01

      Biasanya ubat tu lebih kurang sama cuma lain jenama. Ataupun doktor beri ubat yang lebih kuat dosnya, ataupun kurang.

      Kak tie ni bukan doktor. Kang kena marah pulak kerana memandai-mandai.

      Eh..jangan minum ubat batuk ikut suka hati. Ia boleh menjadi racun sekiranya pengambilannya tidak betul. Terutama pada kanak2 dan yang memboyot tu… hati2 lah Nrina…

      Reply

      • nrina
        Aug 05, 2009 @ 21:07:50

        mmglah berlainan dos tapi setiap kali jumpe doktor kat hospitallah..apsallah dia tak tetapkan sorang doktor je jadi tak ler doktor tu kene tengok dokumen yg tebal utk kaji semula ape sakit mak ni..

        pasal ubat batuk tu..tu citer masa saya batuk dulu..alhamdulillah skrg ni takde ler batuk cume pedih hulu hati je bila makan terlalu byk..jadi kene makan sikit2 tapi kerap..

        Reply

        • Tie
          Aug 05, 2009 @ 21:11:52

          Hospital kita ni tak cukup doktor laa… Dulu, masa kat Johor, ada doktor dari Ceylon…tak bestlah, macam tak mesra je…

          Pedih hulu hati ? Gastrik ke ? Atau angin biasa..? Kak tie memang ada gastrik. Dan memang kena makan sikit2… tak boleh makan benda yang terlalu masam…bila dah kena gastrik, nyesal tak guna laa…hu hu….

  7. Adila
    Aug 05, 2009 @ 14:58:17

    sy dulu2 slalu guna yg inhaler je
    skrg ni dah lama xkena asthma balik hehe nasib baik!

    dulu2 psl ubat tu kot tangan asyik menggigil je haha
    side effect amik dos tinggi? ntah la kan.. hehe
    tp mmg lega la lps guna inhaler tu bler kena asthma attack ngeee~

    skrg pun sy still simpan satu kot2 tetiba dtg balik
    arap2 dah xde la.. kot ngee~

    psl ubat batuk tu.. xtau la sy hehe

    Reply

    • Tie
      Aug 05, 2009 @ 15:54:23

      Mestilah ada kesan bila tak ikut dos yang diberi… bahaya tau..

      Biasa orang asthma ni ada allergi. Kalau tahu allerginya, senang nak kawal.

      Reply

      • Adila
        Aug 05, 2009 @ 20:22:29

        tp yg masalahnya tu, benda yg xleh mkn byk2 tu yg saya balun plg byk hehe

        time sy kecik2 dulu slalu kena pesan jgn mkn tembikai byk2..
        tp last2 telan sesuka hati psl mmg feveret eheheheh~

        Reply

        • Tie
          Aug 05, 2009 @ 21:07:27

          Memang budak2 Asthma ni suka benda yang dilarang. Susah nak menjaganya…

          Sekarang Adila dah besar… mesti pandai jaga diri…

      • maza
        Aug 06, 2009 @ 13:35:04

        maza alergic pada pompuan cantik jer! terus kena asmara.. eh! asthma. huhu

        camner tu?.. huhhu

        Tie – Ooo…senang je ubatnya….. Suruh ayang pulas telinga sampai panjang !

        Reply

  8. chekdenoor
    Aug 05, 2009 @ 15:07:44

    waduh…cam ni…kita pengguna pun kena gak belajar perihal ubat-ubatan ……ukhussss….. susah gakkan bila dah ramai yang jadi doktor tapi tidak seperti yang diharapkan…… cam mana tu ya

    Reply

  9. kuina
    Aug 05, 2009 @ 16:38:02

    ramai org guna ubat batuk sbgai ubat tido..sbb tu diharamkan.
    ubat hitam tu selalu dibekalkn oleh hospitl gomen… tp sy lebh suka makan jenis pil…

    bagus la tie.. selidik pasal nie kekdang kita nie pakai terima minum aje..

    Reply

    • Tie
      Aug 05, 2009 @ 17:47:27

      Ia diharamkan ? Tapi masih senang didapati. Budak2 sekolah ni senang2 dapat sorang sebotol….

      Tie pernah makan jenis pil, tapi tak berkesan pulak..hu hu…

      Reply

  10. cheryna
    Aug 05, 2009 @ 17:20:57

    kak tie pon sakit tekak ke! sha baru nak elok…tp skang dok luar…sakit balik…maybe sha kena try ubat kak tie nieh sbb ubat doktor tak jalan…

    Reply

    • Tie
      Aug 05, 2009 @ 17:50:10

      Sakit tekak, kak tie guna ubat hisap macam donut tu…kat klinik kerajaan dah abis, kak tie beli kat farmasi… kira dah reda sikit. Tapi suara masih lagi serak2 basah…hihi..

      Ubat batuk yang jernih tu untuk asthma je… Jangan makan sebarangan. Elok berbincang dgn ahli farmasi..(kalau taknak jumpa doktor)

      Reply

  11. irfat
    Aug 05, 2009 @ 17:31:33

    fuhh,danger ah zaman skarang,,
    mnurut kaji slidik, doktor adala org paling dipercayai ole masyarakat,,
    tapi, bile jd cenggini,,cemane pule ye,,huhu

    Reply

    • Tie
      Aug 05, 2009 @ 17:54:06

      Sebenarnya bukan semua doktor gini, malah kekadang HA disangka doktor. Tadi HA prescribe panadol bagi anak kak tie (11 tahun) makan 2 biji sekali (dos utk dewasa).

      Nasib baik kak tie dan suami perasan… jenuh ahli farmasi tu call balik…. macam nyanyok je HA tu… ubat selsema pun beri dos yang sama dengan dewasa… Adoi…kalau terkena pada orang yang tak tahu menahu, tentu lah haru…..

      Reply

  12. maza
    Aug 05, 2009 @ 17:34:54

    syndrome penenang perasaan rakyat yg sedang sakit.. itu lah yg boleh maza gambarkan..

    Adakalanya hospital gomen tidak ada ubat yg specific disebbkan budget dan bekalan ubat2an yg terhad… semuanya bergantung kepda pengarah hospital dan kementerian kesihatan…

    malang lagi mereka yang dari kampung dan hospital luar bandar, mereka acapkali terabai.. kadang2 lain sakit nya lain pula ubat yg diberi.. seperti kaki patah dibagi ubat batuk juga.. sbb plaster simen dah habis.. jadi untk tenangkan hati dan perasan pesakit, bagi ajelah ubat batuk.. gunannya utk reverse psikologi .. huhuhu

    maza sendiri pernah alami kondisi seperti itu.. ubat yg mujarab dan efektif tidak ada di hospital gomen,.. lalu digunakan ubat generic atau adakalnya ubat campuran …

    MAZA fikir sudah sampai masanya kita memperjuangkan KESIHATAN & Produktiviti rakyat ini. Kalaulah menara setinggi KLCC boleh dibina, kena hospital dan kemudahan perubatan terbaik tidak boleh disampaikan kpd rakyat yg pembayar cukai juga?

    Kalaulah Putrajaya berbilion ringgit, lebuh raya yg menjalar, jambatan ketiga di Johor, bail out company, boleh dilakukan, kenapa faedah utk keselamatan dan kesihatan tidak diberikan perhatian khusus dgn menambahbaikannya ke seluruh negara. Bukan hanya tertumpu kepada sesetengah tempat semata.. cth di KL dan Putrajaya….

    Kalaulah pasaraya, kelab malam, padang golf diraja, majlis keramaian negara boleh diperuntukan.. kenapa tidak diutamakan kepada menambahkan bilangan doktor dan doktor pakar? Berilah mereka gaji yg lumayan kerana kepakaran mereka.. berilah galakkan anak2 utk menjadi ahli sains dan doktor! daripada hanya menjadi ahli tukang salak, atau politik atau makan tidor sahaja..

    Kekadang geram sunggu melihatkan senario yg ada di hospital di negara ini!

    jadinya, masa PRU 13 ataupun ketika perhimpunan agong partai politik semalaya ini, kita perlu usulkan isu keselamatan sosial dan kesihatan sejagat. Kita perlu tambah bilangan pakar, doktor, misi2 cun2… juga ubat2an, hospital dan yg sewaktun dgnnya. huhuhu

    maza: adakalanya radikal juga orgnyer.. heheheh

    Reply

    • Tie
      Aug 05, 2009 @ 18:02:22

      Entahlah Maza,

      Dulu, zaman Tie remaja, ubat hospital kerajaan ni bagus betul. Tie pernah kemalangan, diberi ubat untuk kulit ni, terus okay…. cepat baik.

      Tie dah lama tak pergi ke klinik kerajaan. Biasa ke klinik swasta atau beli di farmasi je. Sebab dah faham sikit2 tentang ubat2an ni.. Oleh kerana bimbangkan selsema babi, Tie saja bawa anak dan suami (mcmlah Tie yg drive) untuk mendapatkan rawatan. Supaya, kalau ada apa2 kes pun, kita sudah ada rujukan. Tapi yang merawat cuma HA atau Med Asst. Tu yang mengecewakan.

      Kerana dah terbiasa layanan mesra doktor swasta merawat, jadi bila berdepan dengan dia ni rasa macam orang bodoh je… Dia diam, tanya macam nak marah, macam berlagak pulak. Sabor aje laa…

      Lepas tu ubat yang diberi, tak memuaskan hati. Mintak krim untuk allergic, tapi diberi krim baby…. macamlah kita ni tak sekolah. Mungkin hospital kerajaan dah kekurangan bekalan ubat kerana kes selsema babi ni, tapi pihak yang berkenaan kenalah perihatin. Kesian pada masyarakat yang tak mampu untuk ke klinik swasta tu….

      Oh ya…. tengok HA tadi… tak guna pun mask. Dia lagi batuk2 pulak ! Ingatkan kebal, ekekeke…..

      Reply

      • maza
        Aug 06, 2009 @ 13:33:46

        hmm rasanya hospital tu dan HA dia tu ada masalah mental.. tekakan atau stress berlebihan kekadang menghapuskan kewarasan..

        satu lagi, biasanya mereka yg diluar lingkungan pusat bandar, memang perangai dia org mcm tu.. tak perihatin.. menganggap org kampung tak perlu dilayan seperti org VIP di bandar.. kerana mereka tak ada kepentingan gitew..

        tapi dia pun jangan lupa. asal pun dari kampung gak dan bertelanjang gak!…

        (maza: geram dengan sikap sesetengah penjawat awam di Hospital yg tak perihatin dan berhati perut!)

        Reply

    • Kak Long
      Aug 06, 2009 @ 01:03:52

      Bahaya tu kalau salah ubat…
      tapi memang selalu tengok student dapat ubat yang sama aja..
      Mungkin itu ubat yang terbaik dan boleh menjadi ubat pada banyak penyakit. Hmmmm tak pasti sebab dulu lupa nak belajar tentang ubat-ubatan…

      Reply

      • Tie
        Aug 06, 2009 @ 06:49:49

        Tak de ubat batuk lain di hospital melainkan yang hitam tu….. kecuali kalau untuk penyakit tertentu.

        Entahlah, sesetengah anak2 melayu kita ni kurang matang, asyik nak suka dan main je. Tak fikir tentang keburukan minum ubat batuk tu …

        Reply

  13. maza
    Aug 05, 2009 @ 17:37:51

    Kekadang maza terfikir sendirian, pergi manakah duit2 yg kita bayar (cukai) digunakan.. sedangkan kesihatan diri kita dan rakyat terabai dgn sewenang2nya..

    siap adakala tu, kita pula menjadi mangsa .. kena marah dgn nurse lah, dapat ubat yg tidak sepatutnyer lah, layanan ala-kadar lah.. huhuhu

    WE NEED IMPROVEMENT IN HOSPITALIZATION AND TREATMENT.. huhuhu

    WE NEED THE RIGHT DRUG FOR THE RIGHT PAIN.. huhuhu

    Reply

    • Tie
      Aug 05, 2009 @ 18:06:10

      Ooo….tak payah fikirlah duit2 cukai tu… bukan kerja kita, hihi… buat sakit kepala je…

      Bila pesakit diberi ubat yang salah, memang menyedihkan. Lebih2 lagi pesakit tu tak tahu langsung mengenai ubat2 ni….

      Reply

      • maza
        Aug 06, 2009 @ 13:36:41

        wakakaka.. oleh keran maza pembayar cukai di LHDN termasuklah cukai jalan, pintu, kubur dan sebagainya.. memang amat concern hal bab2 ini gitew. huhuhu

        almaklumlah amanah diberi gitew. heheehhe

        psst: kalau sedekah lain citer…….wakakaka

        Reply

  14. Pearls
    Aug 05, 2009 @ 18:32:17

    salam kak Tie..
    Info penting nie..
    sepatutnya hal cenggini, pihak doc lebih tahu..
    ni bukan menyembuhkan nie..
    memudaratkan ada..
    adedede….
    mujur pegi klinik swasta..

    Reply

    • Tie
      Aug 05, 2009 @ 18:34:54

      Sebenarnya kak tie lebih suka jika ada seorang doktor atau ahli farmasi datang komen kat sini. Malangnya doktor yang kak tie kenal, sibuk pulak.

      Reply

      • cidimidi
        Sep 07, 2009 @ 15:15:24

        Salam.. kak tie tak mahu cuba herba? adik sy pun ada asma masa dia umur 4 tahun. tapi da lama tak kena. baru nie da umur 14, lepas pergi kem dan berhujan, berendam dalam air lama, mcam nak kena balik. Kebetulan kami dah tahu daun herba yang baik untuk legakan batuk.. Sesuai juga untuk org berhenti merokok. Daun lemuju/ bangun-bangun dan selasih. Boleh juga diolah dengan pudina. Tambahan herba tertentu sekiranya ada masalah lain.

        Reply

  15. morash
    Aug 05, 2009 @ 20:01:19

    Saya pun ada athma, pernah mendapat rawatan di hospital pakar. Memang doktor pakar tu bagi ubat batuk yang warna jernih

    Reply

  16. INTAN
    Aug 05, 2009 @ 20:38:17

    sy x pnh mkn ubat batuk…klu batuk+demam…g klinik…dpt ubat..yg penting MC..ubat wat koleksi…pastu minum ais..tu ubatnya..hehe…

    tp klu ada asma ni..bahya le kan…

    Reply

  17. suzi
    Aug 05, 2009 @ 20:48:33

    saya memang payah mkn ubat lagi2lah ubat batuk..huhuhu. kecik2 mak tunggu dan paksa dah kahwin ni lakilah pulak.
    kat sini rasanya selalu kami beli ubat batuk yg warna jernih tu je…
    kalau dulu kat m’sia, selalu doktor bagi ubat ikut keadaan batuk…berkahak ke tidak dll.

    Reply

    • Tie
      Aug 05, 2009 @ 21:00:57

      Ooo….kat Australia mesti lebih ketat kawalan ubat tu…

      Kat malaysia ni biasa ubat batuk warna itam… warna merah pulak biasa untuk kanak2… Yang jernih tu susah nak dapat.

      Reply

  18. Zymazara
    Aug 05, 2009 @ 21:48:13

    Salam Kak Tie…..

    **Ubat batuk?? Tak sukeeeeee.Huhuhuhu. Sy boleh LALOK dlm masa 3-5 minit walau minum sedikit (1 sudu kecil)……LALOK sampai 2 hari. Huuuuuu,tak nak la.

    One of my clients (ahli farmasi), pernah ckp kat sy yg ubat-ubatan di hospital gomen hanya seperti ubat yg dijual di kaki lima……

    Baru2 ini sy demam selsema dan batuk, makan ubat dari hospital gomen……2 weeks berlarutan selsema dan batuk tu.Hingus dan kahak pun dah jadi mcm warna cendol.Akhirnya,sy minum air green tea suam. The next day, selsema sy kurang dan terus hilang.

    Akak tie, take care ye.

    Reply

    • Tie
      Aug 05, 2009 @ 22:19:44

      Lalok ? Waaa….. kelakornya…. Allergik la tu. Tak boleh makan ubat batuk.

      Minum green tea, ya …. tapi pahit laa… Kak tie tak suka pahit, hihi…

      Reply

  19. nekPP
    Aug 05, 2009 @ 22:00:46

    wahhhhhhhhhhhhhhhhh syabassss doktor mokcikkk tie..ekeke..
    mekasih ler yaa kongsi bersama info yg agak penting nih!
    anak nekpp pon ada asthma..ubat batok lain..kale putih kekadang
    tapi sekarang kurang amek ubat batuk
    nekpp bagi sejenis pil yg direkemen oleh teman kat dubai
    brand Amyway..NUTRILITE…

    1. CHEWABLE NATURAL C
    2. CHEWABLES

    kalau anak2 ada sintom2 nak deman ker..selsema ker..
    cepat2 bagi..insyAllah..mkn mcm ubat biasa..mkn 3 kali sehari..
    setakat nie..alhamdulillahhh

    ingin tahu selanjutnya..mokcik kena lah carik pakar2 dari amyway..
    mintak penjelasan yg lebih mendalam! hehe..

    sangat betui mokcik oii..terjadik kat nekpp..
    dulu2 masa nekpp tolan aje ubat batuk itam tu
    masa tengah drive kate..harus kena langgorrr!!!
    alhamdulillah..kecekapan pautan stering keto tuu dpt dikawal rapi..ekekeeee
    Alhamdulillah selamatttt
    masa tu nak amek anak2 balik ngaji..
    dek kerna fobia..kalau batuk..wajib tak makan ubat batuk! ahakss
    nyonyot ajer extra strong strepsils ker fisherman ker..kahkahkah..
    boley giteww doktor mokcikkkk…

    Reply

    • Tie
      Aug 05, 2009 @ 22:22:57

      Hi hi…memang hari ni mokcik nak jadi doktor, shhh…….

      Chewables tu vitamin, ekk ? Kalau tubuh cukup sihat, memang penyakit takut nak datang, hehe…

      Ooo…memang sah2 nekpp tak baca info kat botol tu. Tak boleh drive kalau telan ubat batuk. Nanti tetiba tertido kat stereng tu, ekekeke…

      Kak tie pun makan strepsils…. bila batuk, hisap yang untuk batuk tu… biasa menjadi.. Memang kayalah tokey strepsil, kan…ekekeke….

      Reply

      • Zymazara
        Aug 05, 2009 @ 23:51:43

        Akak Tie…..

        Sy pun mcm NekPP…
        Sy p`guna setia barangan AMWAY. Segala bagai….skin care, home care, car care, kitchen care…..AMWAY mmg take care. Muahahahahah. 🙂

        K`semua barangan buatan atau keluaran AMWAY dibuat diteliti dan ada pakar2 mahupun saintis yg mahir utk segtiap satu product AMWAY. Ronaldinho, international football player, juga adalah p`guna barangan AMWAY, t`utamanya NUTRILITE (utk food supplimentaries).

        Sy d`besarkan dgn AMWAY je,Akak. Biarpun ramai yg kata AMWAY ni penyumbang utama k`jatuhan agama ISLAM….sebenarnya itu adalah salah. Hampir 26 tahun sy guna…..semua product nya adalah HALAL, SUCI dan BERSIH. Sy tidak m`ragui. Anyway, kita juga boleh generate INCOME yg hebat dgn AMWAY. Yg pasti,HALAL.

        Tabung Haji telah m`jadi pelabur t`besar dlm sykt AMWAY. Dan kesemua aset seperti warehouse mahupun HQ AMWAY di M`sia mahupun di negara2 lain dibina serta d`bangunkan tanpa sebarang HUTANG. Maknanya sykt ni mmg established dan telah lama b`diri megah di dunia hanya dgn b`mulanya dari sebuah rumah kecil di ADA, Michigan.

        Erkkkk, melalut panjang la pulak sy ni. Akak masuk dlm http://www.amway2u.com. Pandainya sy promote……hahahahahha.

        Sy dah nak tido……sudehhhhh. Bonne nuit!!! Good nite!!

        Reply

        • Tie
          Aug 06, 2009 @ 06:42:23

          Ooo…….duta amway rupanya…hehe…

          Nantilah…kak tie cari product kesihatan tu… sekarang ni dah semput. Budget dah lari….

  20. Zymazara
    Aug 06, 2009 @ 00:00:59

    Chewables tu baik dikunyah…..Insya Allah,anak2 akan sihat seperti sedia kala. Apa pun, ianya adalah sbg suppliment……utk menambah apa yg kurang dlm tubuh. Apa pun, bebas DADAH. Anak2 Akak Tie tak akan LALOK mcm sy. hahahahha…..

    Green Tea yg sy minum utk demam selsema dan batuk tu pun adalah dari AMWAY.

    Kak Tie mesti tension dgn sy mlm ni……semuanya AMWAY!! wakakakakakka…..

    Makan AMWAY, tido AMWAY, mandi AMWAY. Muahahahahaha….. 🙂

    Tapi, apa yg sy citer tu mmg benar,Akak. Tiada yg benar melainkan benar. 🙂 Pemeriksaan dgn DOCTOR mmg perlu….tapi food supplimentary juga penting. Pandai2 lah Akak m`cari kekdah yg bersesuaian dgn situasi Akak ye. Nak cuba AMWAY??? Muahahahhaha…..(adehhhhh,letih gelak dgn Kak Tie nihhhhh. Keras perut sy!!!)

    Reply

    • Tie
      Aug 06, 2009 @ 06:44:13

      Kak tie guna juga produk kesihatan…tapi bukan amway. Makan minyak ikan dan minyak habbatusaudah… baru je… sebelum ni budak2 tu makan vitamin je….

      Reply

      • Zymazara
        Aug 06, 2009 @ 08:40:54

        Sy tak pernah guna local product (I mean utk food supplimentaries, skin care, home care, car care, kitchen care). Pernah juga cuba2 nak merasai pengalaman gunapakai local product…..tak serasi dgn sy.

        Biar mahal b`ganda….takpe. Tapi kesucian, kebersihan terjaga. Yg penting HALAL!!!
        Product AMWAY disahkan HALAL,SUCI dan BERSIH oleh INFANCA (Islamic Food and Nutrition Counsil of America) dan JAKIM. Product keluaran dari sykt lain – sy tak tahu….sbb sy tak guna. Sila check kat sini : http://www.nutrilite.com/

        Biarpun ianya product dari Amerika, tapi kita kene fikir positif – kita amik MANFAAT product tu. Tak dpt bercuti2 dan makan angin di Amerika….tapi sy masih dpt merasai nikmat product Amerika. Wakakakaka….. 🙂

        Reply

  21. nekPP
    Aug 06, 2009 @ 08:46:28

    wahhh abih nko doktor mokcik tie..pakar dah mari dahhh..
    aper pon nekpp tompang sekaki ler yerkkkk…ekekeke..;p
    aper pon lebih baik mencuba dari tidak kannn..

    Reply

  22. Tirana
    Aug 06, 2009 @ 15:06:58

    Saya paling tak suka makan ubat batuk tu…macam mana la orang lain boleh telan satu botol..

    Reply

    • Tie
      Aug 06, 2009 @ 15:33:51

      Ubat batuk tu boleh buat ketagih jugak. Tie suka ubat batuk cap punggung berbulu….ekekeke… (cap kelapa laut!)

      Reply

  23. rozz
    Jan 21, 2010 @ 18:31:00

    kalau compare doktor swasta ngan doktor kerajaan lebih kurang cam compare epal hijau ngan epal merah la. yang keje kat gomen tu muda2 lagi. yang dah terror sume gi swasta pasal gaji dan persekitaran keje yang kurang stress. bayangkan doktor gomen tengok pesakit satu pagi je 100 orang. kat klinik swasta paling ramai pun 30-40 orang.

    Reply

    • Tie
      Jan 21, 2010 @ 18:41:02

      Memang betul tu.

      Stress gak jadi doktor gov ni. Bahan ubatan pun terhad. Walaupun begitu, ada juga ubatannya lebih baik dari swasta..

      Reply

  24. iwan
    Mar 23, 2010 @ 13:44:20

    salam saya dh lama menghidapi penyakit astma ni sejak dari kecil,dulu masa kecil sy selalu beulang alik turun naik dr hspital,stahun dalam 20 kali mmg teruk la tu,skrg ni dh berkurangan ckit stahun dlm 3x je,ade x penawar untuk menghilangkan penyakit astma ni?sbb nye sy susah untuk bersukan,angkat benda berat,terlalu banyak benda yang sukar sy buat jika dh terkena astma ni,saluran pernafasan tersumbat,sakit dada,x boleh mkn benda sejuk,kena sejuk,habuk,hama,asap(semua di atas mmg sensitif sangat)kena pulak skrg negara kita dijangkiti wabak H1N1,lg la sensitif bg pesakit astma ni so aktiviti terbatas la jugak,ni yang sedang runsing ni..kalau ada tolong berikan skit penjelasan..

    Reply

    • Tie
      Mar 23, 2010 @ 14:49:12

      Salam Iwan,

      Kak tie ni bukannya tahu sangat, tapi dari pengalaman anak-anak, penyakit asthma ni asalnya dari alahan. Kena tahu apa yang kita alah dan elakkannya.

      Dulu doktor ada beri ubat (mcm steriod je..) untuk elak dari dapat asthma, tapi tak berkesan. Kak tie kena beli inhaler kecik tu… kalau anak2 mula batuk sikit pun kak tie dah suruh guna inhaler tu.

      Kena pantang makan, jangan makan benda2 masam, kacang tanah pun boleh sebabkan asthma, chickadees…dll. Kalau batuk, jangan makan ubat batuk warna hitam tu. Nanti jadi lebih teruk. Lain-lain ialah bau-bau chemical (minyak wangi, minyak rambut, cat, spray ubat nyamuk dan byk lagi), merokok atau hidu asap rokok…, minum air ais, berendam dalam air lama sangat…. ish.. banyak laa…

      Anak-anak kak tie dah kurang dapat asthma sebab langkah berjaga-jaga ni. Biasanya kena asthma dari batuk yang dijangkit di sekolah. Kalau tak, tiada masalah. Tapi kalau bersukan kuat sangat seperti main badminton atau bola jaring, memang boleh buat dia semput. Jadi eloklah Iwan cuba elakkannya.

      Iwan kena tahu batasan diri sendiri. Kalau rajin, tulis benda-benda yang Iwan allergic. Supaya senang nanti. Kalau dapat selsema atau batuk, cepat-cepatlah guna inhaler supaya ianya tidak berlarutan. Boleh ceritakan masalah tu pada doktor. Tapi, hati-hati laa… bila guna ubat asthma ni (pil atau inhaler) kena ikut dos yang sesuai. Kalau terlebih dos, jantung akan cepat berdegup.. jadi ketar nanti, bahaya tu…

      Oh ya, cuba amalkan minum air madu setiap pagi atau malam sebelum tidur (madu campur susu pun okay).. ia dapat elakkan selsema dan buang kahak tu….

      Reply

  25. Adzhar
    Apr 21, 2010 @ 08:52:26

    Walaupun kajian / perawatan perubatan moden kini terdapat pelbagai cara dan ubat – ubatan , kami disini ingin
    berkongsi salah satu rawatan alternatif yang efektif tanpa sebarang kimia , sumber semulajadi , tanpa kesan jangka
    masa panjang dan terbukti dapat melegakan / meminimakan / mengelakkan serangan Asthma / Lelah kepada anda
    dengan masa singkat . Dalam kajian / testimoni yang kami perolehi setelah memasarkan produk ini , hampir 90 %
    pengguna berpuas hati dengan kesan yang diperolehi setelah mengikut prosedur / syarat – syarat yang kami
    telah tetapkan .

    Cara mengunakannya ( Wajib dilakukan oleh Pesakit ) :-
    – Perlu dipanaskan dahulu dengan menggunakan sudu/piring besi( 2 – 5ml ) bersama pemetik api pada suhu
    suam-suam kuku/suam.
    ( Peringatan : Jika tidak dipanaskan kesan penyembuhan tiada langsung dan ini adalah amat merugikan anda )
    – Sapu dan ratakan dari bawah dagu hingga ke leher/tengkuk dan sampai ke paru-paru/seluruh dada .
    – Peringkat permulaan perlu disapu 2x sehari selama 2 minggu berturut-turut.
    – Selepas lega ( bernafas dengan puas ) bolehlah diamalkan cuma 1x setiap 2 hari .

    Kesan penggunaannya :-
    – Pada peringkat permulaan ( 3 hari pertama ) mungkin telah terdapat kesan penyembuhan , terus mengguna .
    – Pesakit akan mengeluarkan kahak(lendir) setiap masa sehingga berkurangan.
    – Kahak(lendir) bersifat elastik(bergetah) akan keluar selepas 1-2 minggu penggunaan.

    – Selepas 1-2 minggu pesakit akan berasa lapang di dada dan mampu bernafas dengan puas.

    Pak Syeikh`s Asthma Therapuetics Oil
    Mobile : 013 3622787 / 012 6807379
    NATURALLY * CHEMICAL FREE *NO SIDE EFFECT * COST EFFECTIVE
    Manufacturer Address : 46 , Lorong 4 Desa Pahlawan Batu 4 , Mengkudu 68000 , Ampang
    Kuala Lumpur , Malaysia . Email : AsthmaLelah@gmail.com
    web: http://www.asthmalelah.blogspot.com

    Reply

  26. Ismail N
    Aug 03, 2010 @ 15:20:27

    Saya pun biasa pakai ubat nie cuma yg paling berkesan sekali di buat batuk adalah minuman coca cola yg di goreng bersama Halia… cubalah..

    Reply

    • Tie
      Aug 03, 2010 @ 16:50:38

      Adoi laa……

      Ismail ni, mula-mula baca ingat betul, rupanya nak kenakan kak tie, ekk ! Kang kak tie pulas telinga tu baru tau !!

      Reply

  27. feeza
    Oct 25, 2010 @ 13:51:52

    hi kak tie.. anak saya pun teruk asthmanye, umur dia baru 2 tahun.. kalau bernafas tu nampak la dadanye naik turun.. saya memang tak pernah pegi gomen spital ni.. selalu pegi mesti swasta klinik.

    Everytime visit, mesti dapat ubat jenis salbutamol ( pinkish color jugak ).. tapi rasa mcm tak memberi efect langsung kat anak saya..

    Kalau datang je asthma dia tu.. Ya Allah Tuhan je yang tau perasaan saya.. saya memang tak pernah bagi anak saya gun inhaler..

    Risau teramat risaula..

    Reply

    • Tie
      Oct 25, 2010 @ 16:12:12

      Salam Feeza,
      Kesiannya. Jenis salbutamol tu okay gak. Tapi kena beri ikut masa (semua ubat gitu).
      Ada banyak sebab ianya tak berkesan. Kat rumah ada orang hisap rokok tak ? Atau banyak habuk, bau-bauan minyak wangi atau spray ubat nyamuk, atau asap ubat nyamuk.. Asthma ni allergic pada benda-benda tertentu, ia mudah teransang.

      Sebenarnya inhaler tu membantu ia dengan lebih cepat dari ubat. Kalau dah teruk sangat, memang kena sedut tu, ada di klinik…
      Feeza kena berbincang dengan doktor cara terbaik untuk anak tu. Jangan dibiarkan. Kena tahu apa yang anak alahan dan elakkannya.

      Reply

  28. Azian
    Nov 02, 2010 @ 23:02:00

    salam,
    urgent ni kak tie
    anak saya terukasthma
    batuknyer tak boleh nak ckp
    puas dah cari salmodil ni tak jumpa
    boleh ke belikan

    t.kasih

    Reply

  29. sofie80
    Nov 21, 2010 @ 17:55:26

    tolong gatalnya lahir ku hari ni……batuk2 ada cadangkah ubat yamh terbaik…

    Reply

  30. Angin Selat Melaka
    Jan 13, 2011 @ 00:42:31

    Salam…
    Batuk jenis ni ada kaitan dgn pengumpulan lendir dan kotoran yg tersekat di sistem saliran dalaman badan (tekak terutamanya). Ia juga mengakibatkan gatal2 di sekitar kerongkong dan boleh melarat ke semerata muka. Cara efektif mencuci terdapat di:

    Ubat batuk berkahak dan tersekat

    Cube le tgk. Tq.

    Reply

  31. pearl
    Jan 26, 2011 @ 16:17:13

    salam,

    tie, nak tumpang tanya kat pharmacy mana ek beli ubat salmodil tuh sbb my mom pon asthma…dier mmg serasi mkn ubat salmodil tu..skang tatau mana nak cari sbb farmasi yang kiteorg slalu beli tuh kat seremban dah abis stok…huhhu..

    Reply

    • Tie
      Jan 26, 2011 @ 16:35:12

      Salam,
      Alamak. Kita kat Hulu Terengganu. Tak pernah lak ke Seremban. Tak boleh ke gi klinik yang terkenal atau Pakar? Biasa farmasi kat watson dan yang dalam shopping complex tu tak jual. Tie dah lama tak beli. Anak2 dah okay. Kita beli kat farmasi Aiman… local je. Tapi tak tahulah samada ada lagi. Kalau ada inhaler lagi baik… Cubalah mintak pandangan dari seorang doktor.

      Reply

  32. nur abdullah
    Apr 17, 2014 @ 15:59:25

    sy rasa betul… anak sy batuk x baik sejak masuk skolah 2014… baik 3ari dtg balik… paling lama free batuk pun seminggu,,, umur 5th… p klinik dok bg ubat bena tu la yg ats skali… lama2 sy mcm sangsi klinik ni sy p farmasi trus.. farmasian tu cuma tanya batuk hinggus ke batuk berkahak.. then sy kt berkahak… dia trus kasi ubat salmodil tu… skali mkn je ank sy x d batuk bila bangun pagi( sy bg mlm tu sebaik bli ubt tu) harga Rm6.90 je 30ml.. alhamdullilah… rasany klinik sj nak kita jd tetamu dia stiap minggu,,,mghabiskn duit je

    Reply

  33. Maktiri
    Aug 04, 2016 @ 02:23:46

    Betul dgn kenyataan puan ttg ubat batuk color hitam tak sesuai pada kanak yg ada masalah dgn sistem pernafasan. Salah seorg doktor di hospital swasta di kl juga pernah salah bg ubat pd anak saya. Anak saya tak tido satu malam. Bila minta nurse tukar, nurse suruh tunggu sampai pagi esok sbb kena tanya doktor. Masa tu admited sbb demam. So kalau ada sesapa yg recommend dktr tu, saya akan cuba nasihat supaya cari la dktr lain dan hospital lain.

    Reply

  34. Hamba Allah
    Apr 25, 2017 @ 20:17:10

    Minta maaf ya….saya nak betulkan sikit… Bena Expectorant bukan untuk menghentikan batuk. Kalau ada perkataan expectorant tu maksudnya untuk mengeluarkan kahak. Ubat yang jenis expectorant akan menyebabkan kita perlu batuk dgn lebih banyak untuk mengeluarkan kahak. Dan warna ubat batuk tidak bole digunakan untuk mengkategorikan jenis ubat batuk tu. Ada ubat batuk yang jenis menghentikan batuk (cough suppressant) pun warna hitam juga. Harap info ni dapat membantu.

    Reply

    • Tie
      Feb 06, 2019 @ 20:17:56

      Terima kasih sbb sudi kongsi info. Saya susah sikit nak hadam ttg expectorant dan supppressant. Maklumlah otak dah beku… kena baca slow2 dan byk kali.

      Reply

  35. ctrin
    Oct 20, 2017 @ 10:34:24

    tkasih kerana sudi share info..saya ada astma, baru ni pergi panel klinik.doc cuti depavali, ada doc ganti ja..sya selsema n batuk dia bagi ubat batuk bena expectorant ni..bila saya mnum sy lagi susah bernafas..kahak keluar hijau..tapi nafas sangkut..sb tu saya cari info ttg ubat batuk ni..doc ganti sepatutnya check info pesakit dulu sblum bagi ubat..tkasih ya cik tie untuk info..

    Reply

  36. LastDolly
    Jan 11, 2018 @ 10:57:54

    I see you don’t monetize your website, don’t waste your traffic, you can earn additional cash every
    month because you’ve got high quality content. If you want to know how
    to make extra money, search for: Mertiso’s tips best adsense alternative

    Reply

  37. Sanisah tepu
    Sep 17, 2018 @ 06:16:19

    Ya Allah kak.. Semlm anak saya batuk sy bg ubat ni.. Dia terus jadi tak bermaya, batuk memjadi2 sampai semput. Teruk jugak sampai masuk emergency hosp amik gas. Mlm terus demam. Tukar ubat.. Al Hamdulillah

    Reply

Leave a reply to Adila Cancel reply