Home > Bincang > Gula

Gula

Dicedok Dari Utusan Malaysia

Eksport gula melalui darat dihentikan, elak penyeludupan

03/08/2009 11:26pm

PUTRAJAYA 3 Ogos – Kerajaan tidak akan membenarkan eksport gula melalui jalan darat bagi membendung kegiatan menyeludup gula ke negara jiran yang bersempadan dengan Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kastam Diraja Malaysia dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) telah bersetuju untuk memperhebatkan pemantauan mereka bagi menghentikan aktiviti itu.

“Kita dapati negeri-negeri yang mempunyai sedikit masalah bekalan gula seperti Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Kedah dan beberapa kawasan di Sabah, semua bersempadan dengan negara jiran yang harga gula jauh lebih mahal berbanding Malaysia.

“Setelah berbincang dengan wakil pengusaha kilang-kilang gula hari ini, pengusaha berkenaan bersetuju tiada lagi eksport gula melalui jalan darat. Ini bermakna sesiapa sahaja yang membawa gula menyeberang sempadan (negara), walaupun sekilo, akan dikira sebagai penyeludupan,” katanya pada sidang akhbar di sini. – Bernama

Gula oh gula……. Tragedi gula berulang lagi. Gula kita diseludup ke negara jiran oleh orang2 yang pentingkan keuntungan. Tie belum lagi intai kat kedai ni… kalau gula dah habis, mesti parah . Gula kat dapur ni ada sikit je…

Tak lama lagi bulan Ramadhan menjelma. Tentu gula semakin banyak diperlukan. Terutama bila nak sambut raya… Takkan nak buat cookies dengan garam ? Waakakaa…… memang teruk laa… Penyeludup bermaharajalela, pembekal dan pemborong…err…harap mereka tak main sorok-sorok, ya.

Hmm….siapa tak buat kerja ? Atau siapa pula yang cari bala ? Gula oh gula……. selalu jadi mangsa.
.
Psst- Tie kurang guna gula dalam masakan. Biasa guna gula melaka @ gula kabung @ nisay…… kurang manis, tapi tetap sedap.
.
.
Psst – Ingat tak entry intai seluar dalam tu ? Haa…. ada orang cari intai baju dalam pulak !! waaakakaaa………. memang dah bengong agaknya…..
.
.

  1. August 5, 2009 at 10:27 pm

    biasalah tu tie. Bila dah nak masuk bulan puasa je, gula takde lah, tepung tak cukuplah. Tu tanda2 nak naik harga gaklah tu.
    Orang pantai timur ni kluat bergula kan tie.. Kakpah pernah oder kuetiau di restoren kat kota baru. rasanya mak ai… manis.

    • Tie
      August 5, 2009 at 10:31 pm

      Eh…tak tido lagi ? Tie ingat nak tutup pc ni..

      Memang orang kat sini kuat gula. Ada ke bubuh gula dalam mee sup ! Boleh pitam ni..

  2. August 5, 2009 at 11:18 pm

    Sekarang ni mmg m`jadi masalah……asal je nak puasa…gula, tepung, minyak takde. Yg lagi hairannya, gula negara kita dijual di Thailand dgn harga RM2.10 utk 1 kilo. Nak tak nak, kena beli jugak….

    TESCO Alor Star pun dah k`habisan gula……dalam sekelip mata je. Masalah k`tiadaan gula dah jd semakin m`runcing dan ramai org m`rungut. Jika tak salah sy, SATU org hanya d`benarkan m`beli 1 bungkus gula (yg 1 kilo punye).

    Kak Tie…..nampak gayanye, tahun ni kita b`sahur dan b`buka dgn air mati (air kosong). Hihihihi. Tapi ada hikmah di sebalik k`jadian begini. Kita boleh jauhi penyakit kencing manis gituuuuu. Bagus utk kesihatan. Tapi kurang gula pun boleh bw penyakit. Hmmmmmm…..

    Di rmh sy dh ada b`berapa bekas HONEY (madu) sbg p`ganti GULA. Ini pun kekdah yg dpt selamatkan k`daan semasa ketiadaan gula di musim perayaan. Hehehehheh…….

    Cepat pegi serang KB Mall ke atau mana2 pasaraya yg ada jual HONEY. Ngehhhh 3x……

    • Tie
      August 6, 2009 at 6:41 am

      Untuk guna hari2 tu tak de la banyak….. tapi bulan puasa ni mungkin nak buat kuih sikit, atau minuman manis….. Dan orang yang meniaga makanan tu, tentulah terpukul…… hmm…

      Kak tie pun ada honey…. ekekekeke……….

      • August 6, 2009 at 8:19 am

        Sy baca dlm KOSMO online ari ni punyer…..gula ditemui di Pengkalan Kubor,Tumpat. SELUDUP la tuuuuu kekdahnyer…..byk tauuuuu. JELES aiiiii. Huhuhuhuhu….

        • Tie
          August 6, 2009 at 12:35 pm

          Penyeludup tu macam perompak je… tak fikir gula tu untuk masyarakat malaysia… harga gula negara lain mahal… jadi mereka ambil kesempatan laa….

  3. Kak Long
    August 6, 2009 at 12:45 am

    Wah, masalah kekurangan gula ya!
    Apa kata kita andaikan yang kempen “kurangkan gula dalam minuman, tambah manis dalam senyuman” tu dah berjaya. huhuhu…

    • Tie
      August 6, 2009 at 6:45 am

      Memang dah lama Tie buat air kurang manis, hehe…..tak de masalah. Cuma nak raya ni, lecehlah…. nak guna gula untuk buat air tetamu gak!

      Err…harap2 harga minyak dan tepung tu stabil….

  4. August 6, 2009 at 1:01 am

    Ya btulll gula dah tak ada kat alor setar ni. Ptg tadi balik dari ofis trus ke kedai yg selalu sy shopping brg2 dapur…rak tmpat gulanya KOSONG!!! Bila sy tanya katanya esok ada kot…u mai beli esok lah. Yg sebenarnya stok gula kat umah masih ada tapi biasa la tebiat kita ni suka “panic”…

    • Tie
      August 6, 2009 at 6:46 am

      Kak tie belum tengok kat kedai lagi… Malam ni nak balik rumah atap biru. Tengoklah kat kedai tu, ada tak gula….hu hu…

  5. ain
    August 6, 2009 at 5:27 am

    cerita yg sama setiap kali ramadhan menjelma!!! bagai ada pihak yg spt mengambil kesempatan aje.

    • Tie
      August 6, 2009 at 6:51 am

      Rasa-rasanya begitu laa….. Sorok barang, lepas tu jual mahal….. silap2 kak tie juga terpaksa sorok beberapa stok gula kat dapur, ekkekeke……

  6. August 6, 2009 at 6:14 am

    Ini tanda² nak puasa…. bukan sekali memang tiap tahun macam tu…nasib baik saya kurengggggggggg sikit guna gula.

    • Tie
      August 6, 2009 at 6:52 am

      Hehe…. dah nasib…. Cuma bimbang berlarutan je… mungkin raya tahun ni makan sekut tawar, kih kih ….

  7. August 6, 2009 at 8:50 am

    kak tie yg maness teww.. sbb tu la hubby panggey ‘adik’ kannns.. ammvoiii

    • Tie
      August 6, 2009 at 12:26 pm

      Memang betul !! waaakakaaa….

  8. zareda
    August 6, 2009 at 8:50 am

    kurangkan gula le nampaknya.. zar pun tak shopping grocery lagi.. kami ni gula sekilo pun 2-3 bulan baru habis makan..

    • Tie
      August 6, 2009 at 12:27 pm

      Zar tiga beranak je… tak pe laa….

      Kak tie ni 5 beranak… tu pun kurang juga guna gula…cuma kena sedia untuk tetamu je..

  9. August 6, 2009 at 9:15 am

    sy pun x tau kat penang ada masalah kekurangan gula sampai tgok berita…hehe…

    • Tie
      August 6, 2009 at 12:27 pm

      Sekarang ni kat tumpat kelantan ada penyeludupan gula. Gerenti kat klate kekurangan gula. Kak tie nak balik nak terjah, ekekeke….

  10. kutaksempurna
    August 6, 2009 at 9:28 am

    alamaaaaakkk..

    camane angie nak buat kuih raya ni?? order dah banyak terima..
    huhuhu😛😛
    hihihi… sila jgn percaya

    .
    .
    .
    .
    rindunya dgn mama…
    errr… bila nak hantar cookies ke sini …😛

    • Tie
      August 6, 2009 at 12:29 pm

      Aaiik ?

      BIla masa Angie pandai buat kuih ?

      Kuih sipun pun tak pandai, hihi….

      .
      .
      Angie gi mana ? Ikut mat bangla lagi ke ?

      Lain kali bawak balik gula, ek. Mama nak buat cookies…. sekarang ni guna garam je… Angie nak tak ?

  11. August 6, 2009 at 1:29 pm

    sistem penyamapaian dan penguatkuasaan sentiasa menjadi masalah dan duri dalam daging..

    demikian jugalah penyeludupan ini tentunya ada kaitan dengan syarikat gergasi dan solo pengeluar gula negara ini! Apa sudah berlaku wahai raja Gula Msia,?

    sudah berbuih kita perkatakan perlukan alternatif lain utk atasi masalah ini. atau AP gula perlu diperluaskan dan kilang gula kalau perlu ditambahkan terutama utk keperluan domestik..

    tetapi Gula masih dimonopoli oleh sorg taukeh Cina mr. Kwok! Antara lelaki terkaya di Malaysia…

    sedih dan perit juga mengenangkan nasib dibuli ditanah air sendiri. huhu

    tapi bagi maza, elok jugalah gula berkurangan, dan harga pun meningkat. Mereka yg berpenyakit diabetis tentu mendapat rahmat dari peristiwa ini.. atau sekurang2nya menggalakan mereka yg sihat tidak tercebur sama dlm kancah dunia diabetic gitew. .huhuhu

    apa kata anda?!

    • Tie
      August 6, 2009 at 3:36 pm

      Banyak sangat kelemahan dalam pentabiran negara kita ni….

      Maza, jom kongsi bukak kilang gula ! Tie tau maza takkan curi2 makan gula, sebab penyakit tu, hihi.. gurau je laa…

      Tie memang kurang guna gula, tapi bila time puasa ni, kena buat air manis… walaupun tak terlalu manis….

      • August 6, 2009 at 11:31 pm

        Kanda Maza…..

        Kita ni umpama pelarian dlm NEGARA sendiri yg dikatakan SATU MALAYSIA. Kebykkan pemimpin kita m`amalkan AMALAN RASUAH. Bila RASUAH b`leluasa, cenggini la jadinya. RAKYAT sekali lagi m`jadi VICTIM.

        Rasuah sana, rasuah sini. Suap sana, suap sini. Politik semakin KOTOR dgn adanya pemimpin yg m`amalkan dasar rasuah. Lepas ni kompom minyak akan naik lagi…. lepas tu tambang lak ikut naik….cukup masa kerajaan laungkan EKONOMI negara merosot, rakyat perlu BERJIMAT-CERMAT. Kita mmg dah sehabisnya b`jimat cermat, tapi hak kita sbg rakyat telah dinafikan.

        • Tie
          August 8, 2009 at 8:23 pm

          Sabor Zyma ooii…!!

          Kang naik darah pulak daa……….ekekeke…..

  12. Tirana
    August 6, 2009 at 3:08 pm

    Saya jarang beli gula..sebab ahli2 rumah ni tak suka pada benda2 manis..hehehe

    • Tie
      August 6, 2009 at 3:36 pm

      Eloklah tu, satu amalan yang sihat.😛

  13. August 6, 2009 at 4:28 pm

    tgk rak gula kat tesco=O
    tgk kat giant=O kat kedai runcit=0.minum teh tanpa gula hari2 buleh sembelit ye,hehe.

    • Tie
      August 6, 2009 at 4:32 pm

      Hihi…minum air suam je laa…. wajah pun jadi cantik berseri, ekekeke…

  14. August 6, 2009 at 6:38 pm

    bila nak raya ni biase la kak tie…gula, ayam ngan telur sure ade problem punye kan!

    • Tie
      August 8, 2009 at 8:20 pm

      Hmm…….

      Tak lama lagi, telor pulak, ya…

      Kak tie tak buat kuih raya tahun ni, nak balik raya johor, hehe..

  15. August 6, 2009 at 8:26 pm

    kat sini gula banyak. Tak tahulah dari mana diorang import.. sebab tak nampak pulak pak arab tanam pokok tebu huhuuuuuu..😀

    • Tie
      August 8, 2009 at 8:21 pm

      Ooo…ye ke ? mahal ke Neeza ?

  16. j M
    August 6, 2009 at 9:22 pm

    tetibe teringat kuih apam GULA hangus… sedap nyee..ekekek

    • Tie
      August 8, 2009 at 8:21 pm

      Mak Aaii !!

      Budak bertuah ni asyik ingat makan le pulak !

  17. August 6, 2009 at 9:33 pm

    kat ganu gula banyak lagi hehehee

    • Tie
      August 8, 2009 at 8:22 pm

      laa….lupa pulak nak beli gula tadi…hu hu….

  18. August 7, 2009 at 11:39 am

    salam,

    sini ada gula diperbuat dari sejenis ubi..

    • Tie
      August 8, 2009 at 8:24 pm

      Salam…

      Rasanya sama juga ke ?

  19. nahmy
    August 7, 2009 at 11:48 am

    tertindas lagi golongan pengguna oleh sbb si peniaga nak untung byk…

    • Tie
      August 8, 2009 at 8:25 pm

      Kita nak buat macam mana, ya ?

  20. August 7, 2009 at 11:53 am

    saya ni bila dengar gule nak kene catu barulah sibuk nak beli padahal sebelum tu tak heran pun..bukan selalu gune hehe..

    takat simpan nak buah teh o kalau ada tetamu yg datang je..

    • Tie
      August 8, 2009 at 8:26 pm

      Samalah dengan Kak tie….

      Tak sedar gula kat rumah dah nak abis…….

  21. August 7, 2009 at 2:19 pm

    tu la kan.. hari tu pun sy cari gula pegi sampai dua tiga kedai
    semua dah habis gula..
    isskkkk~

    • Tie
      August 8, 2009 at 8:27 pm

      Ini yang buat pengguna semakin panik, mesti ramai yang cuba beli gula lebih dari biasa.

  22. August 7, 2009 at 2:49 pm

    tak baikkan peniaga2 nie buat mcm nie semata2 nak naikkan harga gula..yang jadi mangsa pengguna…tiba jer musim2 perayaan masalah nie mesti timbul..memula gula..pasni tengokla..banyak lagi barang yang akan hilang di pasaran…

    • Tie
      August 8, 2009 at 8:28 pm

      Err…..jom kita bukak kedai runcit !

      Kak tie gerenti, takkan sorok gula , ekekeke……….

  23. ima
    August 7, 2009 at 5:21 pm

    bukankah senyuman kak tie semanis gula….jadi tak yah lah pakai gula untuk memasak…..kak tie senyum je semasa memasak, mesti masakan tu manis.

    • Tie
      August 8, 2009 at 8:33 pm

      Ish…. tak de la ima….. (malu2 sambil nyorok dalam saji!)

  24. August 7, 2009 at 5:22 pm

    salam… biasalah masalah yang sama juga timbul bila dah nak sampai bulan ramadhan tak lama lagi hari raya… tapi menteri yang bertanggungjawab dengan yakinnya beri tahu bekalan gula diseluruh negara mencukupi tapi masih ada juga pengguna yang gelabah tak tentu pasal sampai beli gula berkampit-kampit yang mencari keuntungan dan pentingkan diri sendiri tu lagi teruk… bilalah nak sedar…

    • Tie
      August 8, 2009 at 8:37 pm

      Memang gitulah masyarakat kita.

      Walaupun dah ada gula kat rumah tu, masih lagi nak beli gula berlebihan kerana takut kekurangan bekalan.

  25. August 7, 2009 at 11:29 pm

    he he he…kak tie, samalah n3 kita. milla pun baru jer merungut pasal gula, lepas tu gi tepek kat dlm blog. gula dah takde kat kuantan ni….nak bulan puasa dah kan. tak lama lagi naiklah regenya pulak kan kan kan…lagu tu lah tiap2 tahun!!!!

    • Tie
      August 8, 2009 at 8:39 pm

      Nanti kak tie gi tengok.

      Baru balik dari kampung klate ni… pc ni pulak buat hal…. lambat pulak loadingnya…hu hu…

  26. August 9, 2009 at 8:43 am

    tie perlis ada ladang tebu luas saujana mata memandang tp gula tak ada gak…

    • Tie
      August 10, 2009 at 2:44 pm

      Ooo…… gitu ke ?

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: