Home > buah, Pengetahuan, Rezeki > Nona Manis

Nona Manis

Beberapa minggu yang lepas, Tie temui buah nona di blog Kenari. Tiba-tiba mengidam nak makan pulak. Jadi terus minta belas ikhsan abang untuk mencarinya. Kebetulan seorang sahabatnya mempunyai sebatang pokok nona yang sedang berbuah, lalu memberi kami 2 biji buah nona ni………

Rasanya manis sekali. Tie simpan biji-bijinya untuk ditanam di rumah atap biru tu nanti.

Inilah rupanya bila dibelah. Isinya seperti isi buah durian belanda. Tapi lebih manis. Tie dapat tahu buah ni agak besar di Taiwan. Dan isinya lebih berjus.
.

Buah Nona (custard apple) atau nama sainsnya Annona squamosa, merupakan sejenis buah yang boleh dimakan dan dijual dipasar tani. Kulit buahnya berbonggol dan mempunyai banyak biji. Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah. Pokoknya  boleh tumbuh hingga  6-8 meter tinggi.

Buah biasanya bulat atau bujur, berbonggol-bonggol, 6-10 cm keratan rentas dan seberat 100-230 g. Isi buah boleh dimakan, putih sehingga kuning cair, menyerupai dan rasa seperti kastad. Bijinya tersebar dalam isi buah; perang hingga hitam, sepanjang 12-18 mm, dan keras berkilat.

Secara tradisi, buah nona sering diperam di dalam kepuk beras sehingga masak. Inilah kali pertama Tie merasai buah nona. Balik nanti nak eksyen kat mak, ekekeke…….(mak pun tak pernah makan)

.

.

  1. August 4, 2009 at 4:47 pm

    laaaa….kak tie nape tak kabo. kat rumah mak mertua milla ada sepokok. boleh pos ke kak tie. tengah lebat berbuah tu…nak kena peram dlm beras baru leh makan. sedap & manis.

    pssst kak tie…milla pun mkn buah nona ni bila duk area pantai timur ni. dulu2 tengok gambor jer…

    • Tie
      August 4, 2009 at 4:55 pm

      Ooo…ye ke ? Manalah kak tie tau… memang musim nona kot… buah tu naik lembik sebab terlalu masak.

      Kak tie tak pernah pulak nampak di Johor…. Mungkin buah2 kat pantai timur ni jenis extinct kot.

  2. August 4, 2009 at 5:43 pm

    best kan buah nona nieh! kongsi brape org nieh kak tie? anak2 pon makan jugak ke?

    • Tie
      August 4, 2009 at 5:49 pm

      Kak tie makan sebiji, yang sebiji lagi kongsi 3 orang, ekekeke…. Mama mesti dapat lebih tau !!

  3. August 4, 2009 at 7:07 pm

    Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sungguh tak makan buah ni
    entah dah lupa mcm mana rasa dia

    • Tie
      August 4, 2009 at 7:23 pm

      Ooo…sedaplah Jie…

      Tapi rupanya macam prehistoric je, ekekeke….

  4. August 4, 2009 at 7:17 pm

    Kak tie….sedap kan rasa buah nona tu…mkn sebijik tak puas.. Nnti kak tie semai biji tu dan tanam, bila dh berbuah bleh la kami smua pi berkelah kat umah atap biru kak tie tu ;))

    • Tie
      August 4, 2009 at 7:25 pm

      Tu laa…tak sabor nak balik tanam.

      Nak bahagi kat ipar2 tu… jadi bila berbuah nanti taklah berebut2, hehehe….

      Nak berkelah ? Boleh… tunggu kak tie pindah dulu..nanti boleh buat barbeque .

  5. August 4, 2009 at 8:07 pm

    kecik2 selalu makan buah nona ni.. orang sebelah rumah punya hehee.. main petik aje sebab pokok tu meloyot ke rumah kami.. memang sedap sangat.. neeza suka betul..🙂. dah besar ni tak lah pulak makan.. ada nampak jual tapi takde feel pulak nak makan.. hmmmm,,

    • Tie
      August 4, 2009 at 10:02 pm

      Belum sampai seru kot, hehe….

  6. August 4, 2009 at 8:10 pm

    apa?…ngidam?…..jeng jeng jeng

    • Tie
      August 4, 2009 at 10:03 pm

      Kak tie ni memang selalu mengidam…. dah bertahun2…ekekeke….

  7. August 4, 2009 at 8:23 pm

    Alahaiiii … Abang long pun tak pernah rasa ……

    • Tie
      August 4, 2009 at 10:03 pm

      Nanti kalau jumpa kat pasar tani tu cubalah beli…. manis tau !

  8. August 4, 2009 at 9:10 pm

    kita tak pernah pun makan buah nona nih..memula tengok gambar ada rupa mcm buah enam-enam…

    • Tie
      August 4, 2009 at 10:04 pm

      Buah enam2 tu buah katak puru kan ? Tie tak makan buah katak puru… macam masam je…

  9. August 4, 2009 at 9:21 pm

    dah lama tak jumpa cik nona ni hehe.. kalau kat kampong dulu banyak la…

    • Tie
      August 4, 2009 at 10:05 pm

      Bolehlah cari….. makan ramai-ramai….hihi…

  10. ain
    August 4, 2009 at 9:27 pm

    saya pun lum pernah makan buah nona ni kak, so kiranya saya sekapal ngan mak kak tie ler..hehe

    • Tie
      August 4, 2009 at 10:05 pm

      Laa…. kak tie nak gak naik kapal…tak pernah naik ni…ekekeke….

  11. ima
    August 4, 2009 at 10:51 pm

    alahai kak tie…w/pun ima ni asal pantai timur
    tapi tak pernah merasa lagi buah nona ni…kalau
    rasanya macam durian belanda, itu ima sukaaaaa!!!

    • Tie
      August 5, 2009 at 6:48 am

      Rasanya manis. Durian belanda ada masam sikit…

  12. iza
    August 4, 2009 at 11:29 pm

    huih lama sungguh tak makang buah ni..hehe.. rasanya kalau tak salah manis sangat, tu yg tak berapa suka hehe.. nanti kena cari kot nak ingat balik camna rasa dia hehe

    • Tie
      August 5, 2009 at 6:49 am

      Memang manis….🙂

  13. Tirana
    August 5, 2009 at 2:55 am

    Saya pernah makan sekali buah ni…memang sedap. Payah beno nak cari buah tu kat sini..Tak pernah nampak pun kat atas pasar tu..Agaknya kena cari kat pasar malam kot.

    • Tie
      August 5, 2009 at 6:49 am

      Tak tahu la di Kl tu…. di pantai timur ni ada… tapi tie sendiri tak pernah tengok kat pasar.

  14. August 5, 2009 at 9:25 am

    tie.. tanam sy nanti sy nak g petik…
    sedap buah tu tp lama tak makan..

    • Tie
      August 5, 2009 at 9:57 am

      Memang nak tanam…. tak dapat balik lagi…

  15. August 5, 2009 at 9:39 am

    Masa kakpah kecik dulu ada pokok nona di belakang rumah. Sedap dan manis rasanya. Sekarang ni dah jarang nampak buah ni.

    • Tie
      August 5, 2009 at 9:58 am

      Ye ke ? Tak cukup baja kot…

  16. August 5, 2009 at 9:42 am

    nak jugak kak tie! memang sedap buah ni..🙂

    • Tie
      August 5, 2009 at 9:58 am

      Dah abis la….ekekeke…..

  17. August 5, 2009 at 1:50 pm

    dulu masa kekecik selalu dapat makan buah tu..
    skrg ni..nak cari huhu..amatlah susah..
    nasib baik tak ngidam buah tu..kalau tak, mana ler hubby nak cari hehe..

    • Tie
      August 5, 2009 at 2:09 pm

      Eh…jangan ngidam nrina ooii…. memang susah nak dapat ni. Kak tie ni pun kebetulan ada pokok yang berbuah tu..

  18. nekPP
    August 5, 2009 at 10:04 pm

    nyanyi yerk mokcikkk…

    nonaaa nonaaaa
    zaman sekaranggg
    tak boleh ditegurrrr
    tak boley dilarang! hey

    bajuunyaa pendek…
    ekeke…
    montang2 laaah nekpp baru nak beransur pulih demam..

    teringin plaks ktie oiii nak makan buah nona tuh!!!!

    • Tie
      August 5, 2009 at 10:24 pm

      Amboi….boleh nyanyi lagik!

      Tak sihat ekk ? Tie masih lagi batuk2 dan sakit kepala laa…. Rasanya dah sepapan Tie telan panadol tu, hu hu…

  19. nekPP
    August 6, 2009 at 8:51 am

    uittt..JGAN TOLAN PANADOL MOKCIKK OIII
    pantang larang nekpp tuhhh…
    carik ler ubat lain selain panadol!!!
    hehe tanya si zyma pakar amyway itew ahaks..

    nekpp demam dah kebah..alhamdulilah
    tinggai batuk mengongkong aje!! tekak sakitttt

    take care!

    • Tie
      August 6, 2009 at 8:55 am

      Tak boleh ?

      Napa ? Napa ?

      Tak halal ke ?

      Dah bertahun Tie telan…hu hu… napa tak siapa pun yang beritau ?

  20. Blog Resipi
    August 6, 2009 at 11:57 am

    Kite tak pernah mkn gak buah nona nie… durian belanda tu pernah la. kalo isi dia dekat2 nak sama musti lah sedap nie…

    • Tie
      August 6, 2009 at 12:23 pm

      Kalau terjumpa, cubalah makan… tapi jangan dok ngidam pulak… susah nak cari ooo….

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: