Promo sikit

Baru-baru ini Tie ‘jumpa’ dengan tokey kedai Big Eyes Shop iaitu Shais . Terpikat betul dengan beg comel anaknya lalu terus tempah beg ni khas untuk anak bongsu Tie. Buat pertama kali Tie shopping online, tu pun dengan blogger yang Tie kenali sejak tahun lepas lagi.

Shais ni memang kreatif. Dia boleh buat pouch sling, ring sling, tote bag dan lain-lain barang craft. Boleh tengok kat kedai online dia di Big Eyes Shop.

.

Beg Comel Big Eyes Shop

Inilah beg comel yang Tie beli. Ooo…..jangan direnung alas meja tu. Tuan rumah sibuk blogging sampai terlupa nak tukar yang lain, ekekeke……..

Sebaik saja buka package dari Pos Express, Tie terus cuba dan mencuba….. Sampai sibujang tu kata, ” Napa tak beli 2  ma…..?”  ” Eh, mama testing aje laa………!!!” Waakakakaa………. malu sebentar!!

Bila sibongsu tu pulang dari sekolah, waa……..bukan main teruja lagi dia.  Senyum sampai ke telinga !

.

.Pencil Case, Hair Clip

Oleh kerana Tie bagi duit lebih dari harga asal (kes mesin Maybank tu tintong) Shais kirim pencil case ini untuk nilai duit yang lebih tu. Dia pun tak boleh nak transfer online. Tie suruh sibongsu tu simpan untuk tahun depan.

Dalam hati berkata, kalau dia tak nak, mama nak guna untuk simpan barang2 makeup. Hehe… Tapi dia terus ambil . Langsung punah harapan mama.  Hair clip orange tu free gift. Dapat ke dia jugak !! Beruntungnya jadi anak bongsu, ya…..

.

.

55 Comments (+add yours?)

  1. akak
    Oct 21, 2009 @ 17:08:21

    Tie,
    Anak sulong dan anak bongsu memang banyak untung…
    Anak sulong dapat semuanya baru.. pram, car seat, kerusi makan, stroller..
    anak bongsu (kalau jaraknya jauh sangat dan barang tadi dah rosak…) beli lagi yang baru. Mulanya ingat menbazir, tapi siap pikir, takpa… nanti simpan kat cucu…

    Reply

    • Tie
      Oct 21, 2009 @ 17:55:05

      Tu laa…. Tapi, masa Tie dulu, tak de pun rasa special. Mungkin mak dan ayah tak mampu. Anak-anak sekarang beruntung. Kita pulak yang jeles, hehe…

      Reply

  2. juliet
    Oct 21, 2009 @ 17:09:49

    cantiknya beg tu. sesekali kalo mama nak pinjam buleh juge,hehehhehe.

    Reply

  3. fazemy
    Oct 21, 2009 @ 17:17:00

    Wahhh comel2…kdg2 geram tgk brg budak2 zaman skrg ni..comel2..rasa nak pakai jugak. Untung erk jd anak bongsu(^_^)

    Reply

  4. ima
    Oct 21, 2009 @ 17:50:29

    waaaaa!!!!! kak tie…ruginya ima tak de anak pompuan…tengok benda2 cam gini…memang terliur habis…cantiknya kak tie…huhu

    Reply

    • Tie
      Oct 21, 2009 @ 17:57:59

      Oooo…..Ima kena start buat baby baru tau… mana tau dapat princess pulak kali ni, hehe… Nanti kak tie tolong jampi!! Pooh Pooh!!

      Reply

  5. Kak Long Mawar Merah
    Oct 21, 2009 @ 17:56:59

    Kak Long pun berkenan gak…
    Kalau pakai anak murid gelakkan tak?

    Reply

    • Tie
      Oct 21, 2009 @ 17:59:03

      Kalau anak murid gelak, kak long sumbat je mulut mereka dengan kapur, ekekeke…. tetiba kaklong jadi famous satu sekolah!!

      Reply

  6. Abang Long
    Oct 21, 2009 @ 18:02:12

    Beg itu sesuai untuk pretty girl bukan untuk pretty women … hahaha

    Reply

  7. nekcun
    Oct 21, 2009 @ 18:51:08

    Cantik beg yang warna pink tu!… kalau cucu nekcun nampak mesti dia nak!… jenuh pulak nekcun nak kena mintak kat anak bungsu Tie!.. hehehe…

    Reply

  8. maza
    Oct 21, 2009 @ 19:04:45

    kesemua koleksi anak maza ialah lelaki! huhuhu

    erk! ada kena mengena ke dgn artikel hari ini ek?
    kuikuikui…

    Reply

  9. Zymazara
    Oct 21, 2009 @ 19:06:29

    Sgt comelllllll……..sgt sesuwaiii utk Kak Tie.
    Huhuhu

    Reply

    • Tie
      Oct 21, 2009 @ 19:44:48

      Eh…. zyma dan maza ni datang berdua sekali ke ? Waaakakaaa………

      Err….kalau Zyma pakai, sah2 orang ingat budak sekolah sesat. Kak tie tak boleh pakai, nanti orang kata mokcik dah tebiat!

      Reply

  10. ain
    Oct 21, 2009 @ 19:59:09

    comelnya bag tuu!!! klu nmpak wani ni, dia gtee suka gak!!!

    Reply

  11. syayassir
    Oct 21, 2009 @ 21:40:27

    memang suka dengan hasil kerja kak shada (shais)
    suka promote kat kawan2, terutamanya pouch sling dia tu..
    memang berbaloi-baloi… hehehe

    Reply

    • Tie
      Oct 22, 2009 @ 18:41:53

      Ha ha …. pouch sling tu memang tak sesuai dengan kak tie. Tak de apa yang nak dikendong, ekekeke……….

      Reply

  12. Kakak
    Oct 21, 2009 @ 22:14:23

    Uwa…saya pun tak ada anak perempuan untuk tempah pouch sling tu…
    Beg tu memang cantik…

    Reply

    • Tie
      Oct 22, 2009 @ 18:44:35

      Kakak, tu bag sling. Pouch sling tu untuk baby… sejenis baby carrier. Boleh tengok dalam blog Big Eyes Shop.

      Reply

  13. Adila
    Oct 21, 2009 @ 22:33:01

    wahhh!!! sgt comel!!!!
    sy pun nak tp mcm tak ngam la plak dgn imej sy

    aiseh~
    nak kena jadi ayu la camni hihihi

    Reply

  14. abu muaz
    Oct 21, 2009 @ 23:28:12

    Cantikkkkkkk. Tapi beg dirumah banyak sangat dah. Tengoklah dulu kalau nak order nanti.

    Reply

  15. Kujie
    Oct 22, 2009 @ 05:56:36

    oooo..nak pergi window shopping kat situ kejaplah Tie
    kot2 ada yg berkenan

    Reply

  16. iza~de~bintang
    Oct 22, 2009 @ 08:28:46

    Comelnya 🙂 Waa kalau masuk shop dia semua eye jadi big yer Kak Tie ekekek
    boleh lah pi jalan2 cuci mata jugak.

    Reply

  17. Blog Resipi
    Oct 22, 2009 @ 08:43:43

    Ala comeynye.. kaler pink lak tue…. untung betul anak2 bongsu nie… jeles i.hihihih

    Reply

  18. Mak Su
    Oct 22, 2009 @ 16:43:23

    shais memang kreatif, tabik hormat kat dia

    Reply

  19. Tie
    Oct 22, 2009 @ 18:57:06

    Hehe… rasa cemburu pada kebolehannya, kan…

    Reply

  20. shais
    Oct 22, 2009 @ 19:01:23

    terima kasih kak tie…tak tau nak cakap apa ….tetiba je lidah kelu:)

    baru jap ni terperasan …..comelnya kak tie (avatar dah bertukar)

    Reply

  21. nrina
    Oct 23, 2009 @ 11:52:32

    wah..finkkaror lagi hahaha..

    cantiklah..saya ni nasib baik anak lelaki..kalau anak pompuan..mesti mama dia je sibuk shooping brg anak hehe..

    Reply

  22. azacun
    Oct 23, 2009 @ 12:54:06

    tak pernah lak beli online,takut kena tipu..tapi kalaubelow rm 20 ke,tak pe la kan.kalau ti boring,boleh jait sendiri ni,pas tu wat bisnes online..ha ha

    Reply

    • Tie
      Oct 23, 2009 @ 14:02:14

      Ooo….Aza…

      Lama betul tak dengar khabar. Sibuk sangat ke sampai tak de masa nak online ni ?

      Tie ni tak pandai jahit. Kalau jahit pun tak sabor nak cepat siap. Tie cuma suka makan2 je, hehe… Aza tak tengok ke gambar anak adik Tie yang ketiga tu ? Ingat tak pada Cik ? Tu la anak dia…. Senang2 antorlah email kat tie, nanti Tie boleh antor gambor terkini…. shh….

      Reply

  23. maza
    Oct 23, 2009 @ 20:20:47

    ala Tie, kenapa tukar gambo avatarnya.. elok lah tu gambo yg baru tu.. kata org barulah ada perubahan gitew.. heheheh

    asyik gambo klasik tu aje, engak mantopp gitew.. huhuhu

    wink! wink! wink!.. hehehe

    Reply

    • Tie
      Oct 24, 2009 @ 07:26:33

      Hehe… sebenarnya tak terfikir nak tukar avatar pun. Tapi, bila belek2 gambor yang ada ni, terus edit dan bubuh dlm profile. Rasanya gambor ori tuan rumah ni lebih mesra….ekekeke…. Tu gambor terbaru tau !

      Jangan dok renung lama2… Tie malu !! Waaakakakaa…….

      Tie nak rehat kejap dari blogging.. kejap je. Sibuk dan letihlah sikit. Maklumlah, tulang dah reput. Nanti bila ada cerita baru, Tie update laa..

      Reply

  24. cheryna
    Oct 24, 2009 @ 12:23:18

    aduuuiishhh..cantik dan beruntungnya anak bongsu kak tie…sha jugak tak dpt…hokhok..hok…

    nywayz kak tie, sha nak tanya…ada yang sha anta kat kak tie tuh dah dapat?

    Reply

    • Tie
      Oct 24, 2009 @ 15:33:07

      Adoi Sha….

      Kak tie rasa terharu sangat2 !! Rasa surprised betul !!

      Baru dapat tadi, tu pun anak yang terima dari posmen. Kak tie sekarang ni sibuk sikit. Tak dapat nak rempit kat blog Sha dan teman2 lain. Terima kasih banyak2, ya Sha.. Kak tie amat menghargainya. Hari ni walaupun penat, hati rasa ceria tau !!

      Terima kasih sekali lagi…. 😛

      Reply

  25. LOL-Pearls
    Oct 24, 2009 @ 13:26:46

    Memang kreatif dan lawa…

    Reply

  26. cpj
    Oct 24, 2009 @ 17:11:25

    cantiknya, comelnya…Jom tenguk pelamin hijau kat rumah cpj…ekekekekeee

    Reply

Leave a reply to Mak Su Cancel reply