Home > Kampung, tumbuhan > 3 hari di kampung

3 hari di kampung

Tie sekeluarga pulang ke kampung Kelantan pada malam Jumaat lepas. Err……. tiada apa2 yang menarik berlaku dalam perjalanan, hi hi… cuma geramkan seorang pemandu tu yang suka main2 tukar lane. Rasa nak cucuk je punggung keretanya, ekekeke………..

Oh ya… Nekcun…., bukan merisik, tetapi dirisik !! Shh…… Nanti boleh cerita bila projek perintis Tie berjaya. Hi hi… sejak jadi mokcik ni, makin ‘laku’ pulak ! Mentua dan ipar inginkan bantuan Tie untuk majlis penutup mereka. Kembang kempis pulak idung ni. Tapi tak boleh cerita banyak-banyak. Kalau ada rezeki, Tie akan kisahkan di sini. Tunggu akhir bulan depan, ya.  Sabor…….

.

.

pucuk ubi, terung, kacang parang, lada kecil

Sebelum balik tu Tie sempat intai-intai keliling rumah atap biru . Banyak habiskan masa di rumah mentua, jadi bila nak balik baru teringat nak jenguk kebun. Kutip pucuk ubi sebab teringin nak masak sayur lemak. Kacang parang tu sedap digoreng je… Lada kecil tu Tie ambil sikit . Ada banyak lagi. Tinggalkan yang selebihnya untuk mentua, hehe…

.

.

Setelah selesai packing, kami ke rumah mentua adik Tie. Adik ipar sedang berpantang di sana. Jadi, untuk melepaskan rindu pada Damia, Tie cium dan peluk puas-puas… walaupun rasa tak puas pun.

Napalah rupa maklong macam nak tidor… hehe….

.

.

Damia - 18 Oct 09

Rupa Damia dah berubah sikit. Dia sedang enak lena di pangkuan maklongnya, hehe… Sila abaikan jari-jari montok tu , ya….

~ Nanti Tie akan mula rempit ke blog teman-teman.

.

.

  1. ain
    October 19, 2009 at 8:04 pm

    wahhh..menuai hasil kebun ye kak!!! serononya dpt mkn hasil tanaman sendiri. sy kat umah ni ada gak tnm ubi. sampai la ni, baru2 kali petik. asyik tebang, tumbuh lg, tebang lg..tumbuh lagi.hehehehe

    psst..tembamnya damiaaaa!!!

    • Tie
      October 20, 2009 at 7:39 am

      Damia dah kurang tembam sikit. Tak sempat nak tengok dia celik mata. Asyik tidor je.

      Kak tie dah banyak kali rasa ubi di rumah atap biru tu. Gambarnya ada tapi lupa nak tepek.

  2. October 19, 2009 at 8:37 pm

    waduh,,cumil sungguh bayi tesebot,~

    • Tie
      October 20, 2009 at 7:39 am

      Ehehehe…. Ada rezeki nanti bolehlah timang baby sendiri, ya…. Tapi bukan sekarang!

  3. October 19, 2009 at 9:09 pm

    abgdin suka sayuran kampung!

    eh…pemandu yg tak berhemah tu kena ajar skit…bahayakan pengguna jalanraya yg lain.

    • Tie
      October 20, 2009 at 7:42 am

      Ooo… Tie tahu, kat kebun abg din tu memang bermacam2 jenis sayur ada.

      Kat Ganu dan Kelantan ni, ramai yang suka main2 pandu kereta. Potong ikut kiri, pandu kat lane kanan slow macam siput..dan macam2 lagi. Tapi bukan semuanya ….kang ada pulak yang marah, hi hi….

  4. October 19, 2009 at 9:16 pm

    Salam Kak Tie……

    Itu jari-jemari montok milik Akak ke?? Alahaiiiii,comel la. Meh sini nak pinjam 8 tahun, boleh tak???

    Wahhhhh,sayur warna warni tuuhhhhh. Best kalau buat sayur goreng campur…..
    Errkkkkkk,ok ke buat cenggitu?
    🙂

    • Tie
      October 20, 2009 at 7:43 am

      Err…mana yang comel ? Jari jemari kak tie atau Damia ?? Waaakakaa…..

      Kalau nak goreng campur tu tengok jugalah jenis nya. Takkanlah pucuk ubi tu nak goreng ? Hi hi…

  5. October 19, 2009 at 9:35 pm

    amboi nyenyak btul si kecik tu lena dlm dakapan yg montok juga😉
    lebat btul rambut dia ye…bila nk bercukur tu

    • Tie
      October 20, 2009 at 7:45 am

      Memang Damia nak bercukur hari tu. Kak tie tak sempat nak tengok sebab nak balik cepat. Kat sini biasanya hujan petang, lebat sungguh. Takut pulak dan membahayakan ketika driving tu..

  6. cpj
    October 19, 2009 at 9:44 pm

    syoknya balik kampung, tak syok bila dicabar di jalan raya…jangan kira syok atau tak syok bila jumpa saudara mara, kerana itu tuntutan yang boleh merapatkan ikatan saliturrahme…ekekekeee… jari montok tapi comel! secomel bayi yang comel…

    • Tie
      October 20, 2009 at 7:47 am

      Err…comel ke ? Uwaaaa……..

      Mentua kata macam batang serai, tapi lebih kepada ubi kayu je, ekekeke………

  7. October 19, 2009 at 10:20 pm

    sgt bes blk kg lg2 bile ade baby..bile la wanie nk dpt ank buah br lg???hehehhehe

    • Tie
      October 20, 2009 at 7:48 am

      Hi hi… tak pe, esok2 bila ada rezeki Wanie boleh produce sendiri, waakakakaka….

      Tapi, kena cari suami dulu, yek!

  8. ima
    October 19, 2009 at 10:41 pm

    amboi kak tie!!!bestnya…setiap kali balik kg ada saja hasil tuaiannya…cam gini barulah seronok…kan.hehehe

    alaa kak tie…sayangnya ima tak dapat nak tengok jejari montok yang memangku damia tu…tentu comel,secomel si damia tu…betul tak???…

    • Tie
      October 20, 2009 at 7:51 am

      Waakakakaa……

      Kak tie ni sibuk gak. Sekarang ni fikiran dah mula ligat. Kena cari idea dalam internet. Nanti bila dah terhasil, kak tie cerita laa.. Sekarang tak berani, sebab takut tak menjadi.

      Oh ya, Ima tak ada princess lagi kan ? Apa kata tahun depan cuba lagi… mana tahu ada rezeki ? Ima muda lagi, hihi…

  9. October 19, 2009 at 11:09 pm

    alololo.. comelnye baby damia tu… gebu! gomol2 cium2 sampai die terjaga hehe

    • Tie
      October 20, 2009 at 7:51 am

      Insyaallah, ada rezeki nanti Mrs Azmi boleh gomol baby sendiri, ya…hehe…

  10. October 19, 2009 at 11:21 pm

    masak sayur lemak jgn lupa postkan sini skit~
    kak tie tak kesian ke kat sy ni….

    lagi best kalau tlg suapkan skali hihihi

    • Tie
      October 20, 2009 at 7:53 am

      Ekekeke….. alaa…. kalau kak tie suap, mesti rasa tak sedap.

      Err…..teringin nak tengok Adila makan bersuap di meja pengantin….hi hi.. (pokcik tu mesti nak interframe, kan ?)

  11. October 19, 2009 at 11:38 pm

    hati2 memandu..kalau leh dicucuk belakang kete dan kete kita tak terjejas tu takpe jugak hehe..

    comellah baby tu..tak sabar nak suruh baby dlm perut saya ni keluar hehe..

    • Tie
      October 20, 2009 at 7:54 am

      Nrina ada berapa bulan lagi ? Kak tie pun tak sabar nak tengok baby nrina… mestilah comel macam abang2nya..er termasuk mamanya sekali laa…

  12. October 20, 2009 at 12:51 am

    alahamdulillah.. selamat pulang ke pangkuan rumah di hulu terengganu.. huhuhuh

    maza pun sama geram dgn org yg suka cucuk2 dan tukar2 lane ni.. huhhu
    rasa nak pancitkan aje ke empat2 tayar keta dia tu ha.. kanzzzz

    • Tie
      October 20, 2009 at 7:57 am

      Hehe…

      Maza tau, kita boleh rasa perbezaannya bila di jalan raya Johor dan Ganu @ Kelantan. Kalau kat Johor, semua orang yakin nak drive dan arah yang dituju. Tapi di sini, kena sentiasa hati2. Kekadang tetiba je dia corner atau henti.. boleh dapat sakit jantung!

  13. October 20, 2009 at 1:03 am

    Usih lada kecik tu memang best….. Masak meggi taruk lada tu memang terangkat…. mintak skit bole ?? ha ha….. Kat kemaman biasanya lada cam tu hanya dijual oleh mokcik2 kat tepi je pergi lewat skit mesti abis…..

    • Tie
      October 20, 2009 at 7:58 am

      Lada kecik tu @ lada budu, pedas betul. Boleh berasap telinga! Kak tie jarang guna, biasa suami makan dengan budu, hehe…

      • October 20, 2009 at 11:42 pm

        Orang yang makan budu pasti perlukan lada yang pedas…..

  14. October 20, 2009 at 3:10 am

    Sudah dimasak ke pucuk ubi tu…Tp saya kalah @ alah dengan pucuk ubi..boleh kena sakit perut…atau pucuk ubi indon lain dengan pucuk ubi malysia?..entahlah..Masak lemak cili padi tu…lawan dengan ikan apa?…best sudah pasti…Selamat kembali Kak Tie.

    Bye n salam

    • Tie
      October 20, 2009 at 8:00 am

      Tengahari ni baru nak masak pucuk ubi tu. Nak ratah je, hehe…

      Kalau masak lemak cili padi, lawan dengan ikan keli goreng berlada pun best! Cuma kak tie kurang makan ikan sungai.

      Semoga Ahbond sentiasa selamat di seberang tu…

  15. October 20, 2009 at 5:50 am

    Comel si bayi. Comel lagi jari – jemari yang menyentuhnya …

    • Tie
      October 20, 2009 at 8:01 am

      Waaakakakaa….. Jari-jemari tu dah dimamah usia pun….

  16. October 20, 2009 at 7:29 am

    Klate kat mane kampungnye tu Kak Tie, kut dekat ngan kampung kite, leh la ajok skali nnti…

    • Tie
      October 20, 2009 at 8:02 am

      Klate tu kampung suami, Alor hijau, selising. Sekurang2nya sebulan sekali kami balik, ada rumah sendiri (atap biru) di sana, dekat dengan sawah. Kak tie asal dari Johor….

  17. October 20, 2009 at 7:30 am

    huh, balik kampung mkn ulam. besnye

    • Tie
      October 20, 2009 at 8:03 am

      Tentulah best !

  18. October 20, 2009 at 7:51 am

    tak pernah makan goreng kacang parang.
    skang dok tertanya2 macam mana rasanya.

    * cepatnya damia besar? uiiikkkk….

    • Tie
      October 20, 2009 at 8:03 am

      Kacang parang tu liat sikit. Kak tie rebus sekejap, potong kecil2, kemudian goreng macam sayur campur… Rasanya lemak. Sedap tau!

  19. October 20, 2009 at 9:35 am

    Salam Tie…
    Seronoknya menuai hasil di kebun tu…
    Lena sungguh Damia di pangkuan Tie.

    • Tie
      October 20, 2009 at 1:34 pm

      Damia tu tidor tak sedar-sedar. Entah bila la dapat berjumpa lagi.

  20. October 20, 2009 at 12:03 pm

    Salam Kak Tie,
    saya pun suka pucuk ubi..
    memang sedap..
    xsabar nak balik kampung..

    jom rempit..

    huhu..

    • Tie
      October 20, 2009 at 1:35 pm

      Eh…Pearl pandai makan pucuk ubi ? Waaaa……

  21. October 20, 2009 at 1:29 pm

    k tie

    gebunya damia… segebu tangan yang memeluk damia…. psssttt… collagen ke hihihi syyyyttt…

    • Tie
      October 20, 2009 at 1:36 pm

      Collagen ?

      Asli tu…..ekekekeke……..

  22. October 20, 2009 at 1:30 pm

    alalalalah tembamnyaaaaa Damia🙂

    • Tie
      October 20, 2009 at 1:36 pm

      Baru 21 hari…. dah rindu kat dia laa…

  23. October 20, 2009 at 2:20 pm

    comelnya….boleh ler ajor pakai sling …kihkih

    • Tie
      October 20, 2009 at 8:21 pm

      Hehe…. nanti suruh bibiknya, ekekeke……

  24. kin
    October 20, 2009 at 7:25 pm

    comel la jam tangan dan rantai tangan tuh🙂.

    • Tie
      October 20, 2009 at 8:23 pm

      Err….kecik je, abang kata tak boleh beli besar-besar. Nanti malas nak buat kerja, waakakakaa…..

  25. October 20, 2009 at 9:52 pm

    Macam-macam sayur ada.
    Nampaknya jimatlah belanja dapur untuk seminggu.
    Begitulah nikmatnya berbudi pada tanah kan?🙂

    • Tie
      October 21, 2009 at 8:57 am

      Hehe… Tie memang suka sayur. Kalau masak sayur je pun tak pe, tapi suami dan budak2 tu komplen kang…

  26. October 20, 2009 at 10:08 pm

    Terima kasih singgah dirumah buruk saya.

    • Tie
      October 21, 2009 at 8:58 am

      Sama-sama….😛

  27. iza
    October 21, 2009 at 8:39 am

    waaa banyak makan sayur sbb tu tangan yg menggendong tu gebu ja..awet mudo lah kato kang ahaha.
    masak sayur ape hari ni kak tie?🙂

  28. Tie
    October 21, 2009 at 8:59 am

    Err….gebu ke ? Ingat kek je yang boleh gebu, ekekeke……

    Kak tie nak goreng kacang parang tu. Tapi kena celur dulu. Takut sengal gigi. Gigi ni dah haus laa.. kuat sangat ngunyah, hi hi…

  29. October 21, 2009 at 10:36 am

    Tie… seronok kalau dapat cium baby yek!.. nekcun pun memang suka sangat cium baby, nak pulak yang baru mandi, bau harum badan depa tu memang menyentuh perasaan. Nekcun selalu pelok dan cium cucu nekcun yang dah 5 tahun tuh… tapi bila dah besar gitu, tak mahu dipelok cium selalu… malu pulak kononnya!…

    • Tie
      October 21, 2009 at 4:35 pm

      Ha ha… dah 5 tahun umornya ? Eloklah suruh parents mereka buat baby baru, khas untuk nekcun, hi hi….

  30. October 21, 2009 at 1:39 pm

    Su tak penah makan kacang parang. Tak tahu bagaimana rasanya…

    • Tie
      October 21, 2009 at 4:36 pm

      Rasanya lemak, Su… Sedap !

  31. October 21, 2009 at 1:40 pm

    Kacang parang tu macam tak pernah tengok je… Ish… nak kena cari ni.

    • Tie
      October 21, 2009 at 4:36 pm

      Tak tahu la samada dijual. Kak tie dapat benihnya dari kawan suami. Tu yang terus tanam di kampung.

  32. October 21, 2009 at 3:29 pm

    Salam: dah lama tak jengok blog you, sejak berpindah, saya pun tak dpt. berita. Ok salam dari Pak Cik.

    • Tie
      October 21, 2009 at 4:37 pm

      Salam pakcik,

      Nanti Tie gi intai blog pakcik pulak, ya..

  33. October 26, 2009 at 8:53 am

    Tie :
    Klate tu kampung suami, Alor hijau, selising. Sekurang2nya sebulan sekali kami balik, ada rumah sendiri (atap biru) di sana, dekat dengan sawah. Kak tie asal dari Johor….

    ic… rumah atap biru yg dalam gambo tu kat selising la ye? kiut molek.. huhuhu😀

    • Tie
      October 26, 2009 at 10:04 am

      Hmm…boleh la…

      Rumah tu ada problem sikit. Kena tipu oleh kontraktor yang dulunya sahabat baik suami. Orang lain terpaksa sambung pembinaannya. Senget pulak tu. Dah nasib badan.

      Pernah ke Selising ke ?

      • October 31, 2009 at 5:54 am

        selising tu lalu sokmo tiko nok kelik Kota Bharu. samada selising terus melalui melor @ masuk jalan selising-kok lanas. Cuma alor hijau tu masuk ke dalam kan? simpang kanan kalau lalu jalan dari selising ke kok lanas. kan3?

  34. October 26, 2009 at 6:00 pm

    comel je jari2 montok ituuu😛

    baby tu sangat gumuk pipinya.. mahu cubittttt!😛

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: