Diganggu lagi

19 Mac 2011

 

Setelah beberapa bulan kami guna taktik pin duit pada benda benda seperti purse, bantal dan lain-lain…… wang mula hilang semula. Nampak gayanya makcik keparat tu dah upgrade jin-jinnya .

Kami jadi bingung semula. Nak minta bantuan orang yang sebelum ni tak boleh kerana dia dah pindah. Fikir punya fikir, kami cuba simpan dalam freezer lak. Memandangkan freezer tu tidak boleh dimasuki udara, jadi kira masuk akal jugak, kan… haha..

Setakat ni, dah lebih 2 bulan wang kami tak terusik. Cuma bila kami cuai, letak sekejap di atas meja ke, atau dalam purse, memang lesap begitu sahaja.

Tie adakalanya diganggu dengan mimpi-mimpi binatang, dan kekadang sampai mengigau ketakutan. Walaupun jarang, ianya biasa berlaku bila Tie tak sihat, demam dan sebagainya. Kerana di kala ini antibodi tak kuat, jadi benda-benda halus begini mencari peluang. Dan ia juga datang mengganggu bila terlalu letih hingga terlupa nak berzikir sebelum tidur.

Kami sebenarnya dah bosan dengan keadaan ‘berhantu ini. Suami pernah memberitahu sahabat karibnya. Rupa-rupanya ada salah seorang sahabat suami arif tentang benda-benda halus.

Suatu hari suami talipon beliau, berikan alamat rumah ni dan ceritakan masalah kami. Beberapa hari kemudian, beliau beritahu memang ada ‘toyol’ di kawasan rumah ini. Beliau menasihatkan agar kami menyimpan wang dengan mengikat rambut pada wang. Belit-belitkan jer sambil selawat sebanyak 44 kali….. Sementara beliau mencari jalan untuk menghapuskannya…..

Hmmm…. nampak gaya kena guna rambut kita laaa… Rambut abang pendek sangat. Aderk…….

Jadi, buat masa sekarang kami terpaksa  tunggu hasilnya nanti….

Sabar je laa…………….

 

.

 

.

  1. maya
    February 15, 2016 at 6:33 pm

    salamualaikum,

    selamat malam, saya ada masalah tentang gangguan di rumah yang menyebabkan pecah belah antara family. Malah, ayah dan emak saya pernah bawa bomoh datang ke rumah sampai terjumpa banyak paku di rumah. Tetapi, nampak gaya semakin banyak pula gangguan yang mereka ini memang benar munculkan diri di dalam rumah ketika berseorangan dan membuat bunyi bising apabila malam. Selalu jugak kelihatan seolah olah ada asap putih berada di depan pintu.

    Perkara ini telah berlaku 19 tahun dan tetap diganggu, saya mohon jika ada seseorang yang boleh dirujuk untuk membantu masalah ini.

    Terima kasih

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: