Bukan Jelmaan Toyol

Oktober 8, 2010

Tie pernah menceritakan kisah kehilangan wang sebelum ini. Pelbagai reaksi Tie terima. Ada yang bersimpati, ada yang memberi bermacam saranan untuk mengatasinya dan ada juga yang memandang rendah terhadap Tie sekeluarga. Ye laa… seolah-olah kami ni tidak mengamalkan ibadah dengan sempurna. Siapalah kita, kan….

Buat pengetahuan semua, bukan kami sekeluarga sahaja yang mengalami masalah begini. Ada yang jauh lebih alim dan warak lagi (dari pandangan Tie ) pun kecurian. Ada juga yang tak berani bersuara kerana takut ahli keluarga sendiri dituduh melakukannya..

Begitulah sifat manusia, bila ada orang dalam kesulitan, ada juga yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkannya, bukannya membantu. Dan lebih sedih lagi, sampai huru hara anak-anak  dipukul,  kerana disangkanya mencuri wang ibubapanya.

Setelah beberapa lama, kami selidik dengan bantuan seseorang, juga dengan ikhtiar sendiri, barulah Tie tahu. Yang mencuri wang kami bukannya Jin yang menjelmakan dirinya sebagai toyol (budak kecil bogel yang berwarna hijau tu).

Jin yang diarahkan mencuri wang kami adalah kepunyaan seorang wanita yang tinggal berdekatan. Tak tahulah samada dalam quarters ni, tapi yang pasti, dia mulakan operasinya lebih kurang 2 tahun yang lepas.

Jin yang dibelanya ini ada 2 ekor. Ia boleh mengubah rupa bentuknya kepada anak-anak kita  dan kadang kala dalam bentuk dirinya yang hodoh (malas agaknya).

Jin ada banyak kelemahan. Jadi, janganlah kita terlalu takut padanya. Yang penting kita kena yakin yang Allah sentiasa membantu kita yang dalam kesulitan.

Mula-mula untuk mengelakkan wang dari dicuri, Tie ikat getah dahulu. Masukkan dalam sampul, simpan dalam tempat tertutup, dalam peti ais.. dan entah apa lagi.. Tapi setahu Tie, toyol hanya mencuri sebahagian wang , bukan semuanya seperti yang Tie alami. Kerana itu Tie yakin Jin kepunyaan makcik keparat ni lebih teruk dari Jin Toyol.

Kali terakhir kami kecurian ketika bulan puasa yang lepas. Wang sebanyak RM200 lenyap di siang hari, kemudian RM300 hari kemudiannya. Not RM10 dan RM5 pun dicurinya. Tak pasti lak tentang not RM1…. Dalam poket seluar atau baju yang kita pakai pun boleh lesap.

Satu hari Tie tergerak hati untuk menggunakan jarum. Tie pinkan jarum kepada wang dan dompet seperti di bawah. Kekadang Tie pinkan pada bantal kecil, atau apa-apa benda pun. Semua not Rm100. Rm 50 , Rm10 dan Rm5.

.

.

 

Haa… nampak kelakar kan. Tapi setakat ini  kami tidak kecurian lagi. Syukur Alhamdulillah. Kami dah tahu kelemahannya. Ia tidak boleh ambil wang yang ‘dilekatkan’ pada sesuatu yang tidak boleh dibawa pulang ke tuannya. Cuma satu je keburukan cara begini. Duit Tie semuanya ada lubang kecil dan dompet Tie semakin buruk, ekekeke…….

Suami lagilah kelakor. Tiap kali balik dari tugas dia akan keluarkan not bernilai RM10 ke atas dan pinkan pada langsir rumah. Bila dia nak keluar barulah dia simpan dalam wallet.  Dia tak sanggup nak cucuk jarum tu dalam wallet dia, sebab punggungnya tercucuk jarum dulu, hihi..

Mesti kalian hairan, mengapa Tie simpan banyak duit, kan ? Sebenarnya tak banyak pun, dalam 2-3 ratus je. Tie dah terbiasa ada duit di rumah ni, suami jarang ada, anak-anak masih bersekolah. Jadi, kenalah sediakan wang untuk kecemasan.

Sekarang ni masalah wang sudah selesai. Harap-harap kami sekeluarga sentiasa dilindungiNya. Kami tahu, makcik jin keparat tu sedar usaha kami tapi kami tetap akan melawan dengan cara kami tersendiri dengan bantuan Allah.

Antaranya ialah sentiasa berzikir. Makhluk ni halus, jadi ia boleh meresap dalam tubuh kita. Tie sentiasa berzikir terutama sebelum tidur dan sambil berehat.

Jin suka menyerupai ular, dan pernah datang ke rumah kami beberapa kali. Macam mana nak tahu ular itu jelmaan jin ? Senang je. Kalau ular itu lari bila dihalau, menunjukkan ia adalah jin. Kalau ia melawan, menunjukkan ia adalah haiwan.

Jin ni patuh pada peraturan. Ia akan masuk rumah melalui pintu. Kalau kita pulang lewat malam, bacalah ayat kursi 3 atau 7 kali sebelum masuk. Kalau tak ia akan turut sama masuk rumah. Tujuan kena baca berkali-kali adalah kerana ia suka datang berulang. Jadi bila dah baca banyak kali, ia akan boring dan beredar… hihi..

Ada banyak lagi kisah yang akan Tie kongsikan di sini. Insyaallah, tujuannya untuk memberi sedikit pengajaran kepada diri sendiri.

~Oh ya, sebaik-baiknya amalkan pembacaan surah albaqarah ……

 

  1. Kak bee
    July 30, 2012 at 9:14 pm

    Hmm menarik baca cerita tie…. memang benar apa yg tie alami tu pernah terjadi pada kami. Adakalanya anak2 jadi mangsa kerana dituduh mengambil duit tu. Ada satu kali tu duit seribu hilang dari poket yg dibaju dalam almari, kami tuduh anak mengambilnya, rupanya di alih ke tempat lain…

    Hari ni saya nak cerita pengalaman anak yg berniaga air… selalu dapat lah dalm 120 rm sehari,walaupun air gulanya takhabis.
    Hari ni pelik sikit… air gulahabis tak cukupan tapi duit dapat rm90 sahaja…. mungkin ada yang nakalkan mereka… esok saya akn bercuti dan melawat tapak perniagaan mereka di bazzar ramadhan….

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: