Bukan penyakit biasa

Bila kita jatuh sakit, contohnya demam, batuk atau selsema, perkara yang terlintas di hati ialah berjumpa doktor dan makan ubat. Itu telah menjadi kebiasaan walaupun sebelum makan ubat semestinya kita dengan otomatik membaca bismillah dan bertawakal kepada Nya.

Kami ada satu pengalaman .. Suatu hari adik sakit kerana masalah penghadaman. Sakitnya biasa sahaja, lalu dia dibawa ke hospital. Tapi sakitnya tidak berkurangan malah bertambah teruk lalu dirujuk ke hospital pakar.

Keadaan adik amat menyedihkan, menjadi kurus cengkung hinggakan rasa sedih bila melihatnya. Tie balik menjenguknya dengan menaiki bas dari Terengganu ke Kota Tinggi…, sebab mak asyik talipon meminta pendapat dan menyatakan kerisauannya.

Walaupun dah bermacam ubat, dari hospital pakar dan pharmacy, penyakitnya tak berkurangan pun. Dalam pada itu, mak buat air tawar untuknya. Hanya dengan membaca alFatihah dan berselawat, dia memberi adik minum  sebelum dia ke tempat kerja.

Tengahari tu, mak terlelap sebentar. Ketika itulah dia bermimpi sekumpulan orang hitam (tak pasti kaum apa) datang masuk dalam rumah dengan membawa asap. Mak terkejut dan buat air tawar lagi untuk adik.

Setelah beberapa hari, adik merasa selesa dan penyakitnya bertambah kurang. Pada suatu malam mak bermimpi tentang orang hitam lagi. Orang hitam itu mengadu kesakitan. Mak pula bertanya sakit apa, tapi ia tidak menjawab.

Sejak peristiwa itu, adik semakin pulih dan sihat hinggalah sekarang, alhamdulillah.

Sebenarnya kami tak tahu apa yang terjadi, tapi kami amatlah bersyukur, penyakit adik sembuh dengan izin Allah. Mungkin kerana doa dan usaha ikhlas dari seorang ibu , hanya dengan membaca alFateha dan berselawat sahaja penyakit ganjil adik pulih.

Tie pula pernah sakit bahu (kanan) berbulan-bulan. Mula-mula ingatkan kerana tidur (muatan berat kot, hihi). Entah macam-macam ubat Tie sapu untuk meredakan kesakitan, berurut dan makan ubat. Tapi tak berkesan. Akhirnya teringatkan usaha mak dulu.

Jadi Tie bacalah selawat, surah alfateha dan tiupkan pada bahu yang sakit. sambil menggosoknya. Dengan perlahan-lahan, bahu Tie hilang sakitnya (tanpa Tie sedari, sebab sibuk sangat dengan urusan rumah) . Tetiba je teringat yang bahu Tie dah baik, hihihi…. Kalau tak, nak sental  periuk  dan kuali pun tak boleh, sakit ooii…!!

Dan pengalaman dengan anak-anak, dulu masa budak-budak tu kecil, sering diserang demam panas dan asthma. Kekadang nak nangis sebab hilang ikhtiar . Tiap malam, Tie guna minyak gamat, gosok dan urut belakang anak sambil berselawat dan membaca surah-surah pendek..  Selain dari tu sentiasa memohon perlindungan dariNya setiap kali selepas solat.

Sekarang ni, keadaan mereka jauh lebih baik, alhamdulillah. Dan jarang sekali dapat sakit. Syukur kepada Allah.

Kiranya ahli keluarga kita sakit berpanjangan atau anak kecil menangis tak henti, cubalah apa yang Tie usahakan. Insyaallah dengan izinNya penyakit itu akan sembuh seperti sediakala. Rasanya doa dari kita (ibu, bapa atau anak) lebih mujarab dari orang lain, kan…..😛

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: