Home > Uncategorized > Rindunya..

Rindunya..

September 25, 2013 Leave a comment Go to comments

Bila baca post2 yang lama, juga komen2 mesra dari kawan2 yang tak pernah kenal, tetiba rasa rindu…. rindu pada semua yang tak pernah jemu bertandang di sini.

Tak lama lagi usia Tie meningkat 47 tahun… kekadang rasa masih muda, dan kekadang pula rasa cukup tua..

Tapi yang pasti, anak sulong Tie tak lama lagi akan bertunang… insyaallah bulan 11 ni..

Sungguh tak sangka.. Tie masih rasa muda, masih nakal-nakal manja…. dah pun nak terima menantu..

Mula2 agak terkejut bila sibujang menyuarakan hasratnya. Ya laa.. memang kita tahu, dia dah lama berkawan dengan dia , sejak sekolah lagi, rasa dah lebih 3 tahun.

Mungkin dah sampai jodoh…. dan jika tak ada aral, tahun depan majlis nikahnya..

Jadi , ni dah nak masuk bulan 10, nanti sibuklah kita nak siapkan hantaran tak seberapa ni.. Oh, ya.. sibujang tu belum kerja lagi, baru nak abis kolej, tapi dah lama simpan duit.. katanya guna duit dia (hasil bisness sambilan dia dan kerja part-time).

Kita risau, nanti bila dah kahwin, kerja tak ada lagi.. dia pulak cakap, bila kahwin nanti ada la rezeki…. amboi… pandai pulak bab tu..

Ok laa… mama redha dan restui… mama selalu doakan yang baik-baik buat anak-anak. Semoga kalian bahagia nanti, insyaAllah…

~ Err… nanti dah kahwin nak dok mana? “Dok dgn mama laa… kan anak kesayangan mama…”

-Pengsan!!

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: