Home > Uncategorized > Kisah tahun lepas (2)

Kisah tahun lepas (2)

Ok, mula-mula Tie buat lah apa-apa yang Isha suruh. Dia yang bagi idea. Buat keychain untuk digantung pada beg sekolahnya. Macamlah tak cukup berat beg tu nak dipikulnya..

Buat keychain domo, angry bird, ais kerim.. entah apa-apa laa… ikut jer apa yang budak tu minat. Kemudian kawan baiknya start order.. suruh bubuh nama. First time buat huruf ni terasa betapa seksanya. Lepas tu Isha suggest print jer huruf2 tu dari photoscape… dia cari font, downloadkan.. jadi Mamanya cuma tambah sikit kerja sikit dan print.

Ha… barulah nampak rupa huruf felt tu, haha… Sabor je laa..

Sebenarnya Tie tak sangka jadi bisnes makcik ni. Sebab kita ni kan pemalu.. manalah sanggup nak jual itu ini. Rasa nak sorok bawah saji jer. Tapi bila berkraft, terus lupa sifat malu ku…πŸ˜›. Order pula dari budak-budak, mereka tulis kat kertas, mereka lukis, design sendiri siap tulis warna yang diminati.. Jadi Makcik ni cuma buat, kirim kat Isha . Isha pun tetiba jadi glamour, kekadang bawa balik banyak jugalah pitihnya.. sampai kita pulak rasa takut. Takut cikgu marah laa…

Bila dah ada customers, timbul pulak masalah nak dapatkan barang mentah. Ajak abang buka acc maybank… belajar buat transaction online sendiri (test kat acc adik dulu…)… haha.. punyalah suka. Sebab dah rasa boleh berdikari. Cuma harus ku kawal nafsu , nak membeli online kuasanya terletak di hujung jari…πŸ™‚

Acc Maybank dah ada, jadi mudahlah nak beli craft supply ni, kerana kebanyakan barang-barang craft tak dijual di kedai…. Dan kena pandai cari supplier yang jual harga yang berpatutan, barang berkualiti dan servicenya tip-top. Memang sukar, tapi terpaksalah , trial and error.

Pelanggan Tie kebanyakannya offline, yang paling banyak order adalah dari sekolah Wanie… amboi.. mentang-mentang budak-budak SBP, punyalah canggih-canggih idea mereka. Terasa tercabar lak bila dapat order, dengan design yang kekadang susah la jugak nak merealisasikan… Tapi kepuasan mereka tu la jadi kepuasan diri Tie. selalu tanya Wanie untuk dapatkan feedback… Setakat ini alhamdulillah… Bak kata Wanie, mereka tu ‘menggelepor suka ‘.

Lama-kelamaan, sikit-sikit Tie dapat pelanggan online. Ada yang dari blogger sendiri, yang dah lama ‘kenal’ Tie. Tak tahulah samada mereka puas hati atau tidak, sebab kekadang tiada reaksi la pulak. Risau juga.. pada mereka ini, Tie ingin mohon maaf kiranya hasil kerja tangan Tie tidak sempurna.. memang Tie akui.. sebab Tie ni bukan pakar bab jahit menjahit atau berkraft.. mula tahun lepas bulan Julai… jadi baru jer 6 bulan kot.

Namun ada juga yang beritahu Tie betapa sukanya mereka. Alhamdulillah. Ada yang order untuk dihadiahkan pada sahabatnya… Pernah buat diary panda… rasanya itulah antara hasil terbaik Tie… sampai rasa sayang nak pos..πŸ™‚

Tapi, Tie takkan dapat hasilkan diari ini tanpa panduan customer itu sendiri… Warna , kedudukan huruf , dan lain-lain adalah kehendaknya. Agaknya tuannya rajin menulis tak, ekk….

.

.

.

Sambung lagi, ya… dah panjang pulak posting ni…

Categories: Uncategorized Tags: ,
  1. January 14, 2012 at 5:14 pm

    cutenya panda tu…. kak tie memang kreatif..!!!

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: