Home > Uncategorized > Salam

Salam

September 12, 2011 Leave a comment Go to comments

Salam Aidil fitri semua. Lama tak jenguk blog ni sampai hampir-hampir terlupa passwordnya, hihihi…… Sibuk sikit makcik ni, mata dah nak rabun pun masih nak menjahit lagi. Bukan jahit baju tapi jahit felt craft tu… Tak sangka diriku yang tak suka menjahit tetiba bila dah masuk senja ni jadi minat laks….😛

Ni saja nak tunjuk sikit beberapa pasang telekung dan sepasang kain untuk dibuat baju kurung. Mana tahu ada yang berkenan untuk diri sendiri atau nak hadiahkan pada seseorang terutama mak atau mentua, kan….

Silalah belek, ya… jangan segan-segan nak tanya.

Kalau ada yang berminat email sahaja kat Tie… nanti Tie bagi no account, bila dah selesai buat payment, beritahu Tie, nanti Tie akan poskan… Harga setiap barang tidak termasuk kos penghantaran… iaitu pos laju, rm6.. dah naik sekarang ni.

Telekung 1 ni harganya rm6o sahaja. Tak termasuk kos penghantaran. Bolehlah hadiahkan isteri tu. Saja bagi surprise, kan… mesti dia suka..😛

.

.

Telekung 2 ni pun lawa. Sesuai bagi yang sukakan warna terang. Harganya juga rm60.

.

.

Kalau tak suka warna terang, boleh pilih yang ni Telekung 3. Boleh juga dihadiahkan pada ibu atau mentua… biasa orang tua sukakan warna begini. Harganya juga rm60 sahaja…..

.

.

Hmm… kalau tak suka juga cer tengok yang ini, Telekung 4… warna putih bersih. Mesti terpikat, kan… Harganya rm70 sahaja. Tentulah berkualiti, kan.. Diperbuat dari cotton chiffon kalau tak silap. Err… kita cuma tolong promote kat sini.

.

.

.

Telekung 5 ni yang terakhir. Kalau tak dapat pilih juga, rugilah… Hanya ada 5 pasang ni sahaja. Yang ini juga harganya rm70 . Nanti kalau berkenan, cepat-cepat book dulu ya… Takut melepas lak.

.

.

Haa…. ini kain pasang, siap dengan selendang sekali. Yang bertudung pun masih boleh berhias dengan selendang ni. Lawa tau..  Harganya cuma rm70. Kainnya bercorak batik. Hanya ada sepasang ni jer… Cepat lah book, nanti melepas lak.

.

.

  1. September 13, 2011 at 7:04 am

    salam tie. Lamanya membisu. Sibuk ek..

    • Tie
      September 13, 2011 at 9:13 am

      Salam Kakpah, Tie ada, sibuk sket je…😛

  2. September 13, 2011 at 8:41 am

    assalam tie.lamanya menyepi..selamat hari raya maaf zahir dan batin
    akak berminat jugak dengan telekung cuma nak tahu..jenis kainnya telekong tu..tengok rupa berminat..cuma nak tau jenis kain..

    • Tie
      September 13, 2011 at 9:15 am

      Assalam Kak Erna, Selamat hari raya, dan maaf zahir batin dari Tie gak. Tuannya kata kain tu jenis cotton chiffon. Tie memang suruh dia beli jenis cotton supaya selesa dipakai.

  3. nahmy
    September 13, 2011 at 1:27 pm

    bole jd ‘telekung cinta’ ni….

    • Tie
      September 15, 2011 at 2:26 am

      Tentu sekali. Pemberian telekung kepada orang yang dikasihi akan mengeratkan hubungan silaturahim, insyaallah.
      Err…. tak teringin nak hadiahkan pada isteri yang tercinta tu ke? Tak rugi pun ada banyak telekung ni… terutama bila ada tetamu nak tumpang solat, ada extra boleh dipinjamkan.

  4. zue
    September 14, 2011 at 10:55 am

    selamat hari raya tie…lama betul x dgr citer dari tie. rupanya tuan rumah sibuk.

    wah cantik2 belaka telekung tu dah harganya pun boleh tahan murah sbb sebelum puasa itu hari zue ada beli 2 psg telekung..biasa le nak terawih kan nak yg baru..sulamnya sikit dan harganya rm 75 itu pun beli 2 psg baru dia bagi harga tu.

    nanti2 zue nak juga order dari tie…skrg ni dah lari dari budget🙂

    • Tie
      September 15, 2011 at 2:29 am

      Selamat hari raya, Zue,
      Tie agak sibuk sikit2. Tapi tetap jenguk blog teman2 cuma tak berkesempatan nak tinggalkan komen…

      Kalau zue minat, Tie boleh simpankan. Telekung ni tak banyak…

      Tiap kali raya, memang selalu lari dari budget, biasalah, tetamu yang datang lebih dari hari biasa… tak pe, kehadiran tetamu tu membawa rezeki pada tuan rumah😛

  5. September 19, 2011 at 8:45 am

    Sibuk dgn bisness ke Kak?… asyik lupa blog jer.. he he😉 Kawe pon confius Kak Tie guna blog mana skrg? Kat FB pon jarang2 dah.. BW pon jarang2 gak…. Apa-apa pun sebelum bulan Syawal menghilang, bagus kawe taipkan di sini Selamat Hari Raya, maaf zahir batin + salam hari Malaysia merdeka….😀

    • Tie
      September 19, 2011 at 9:22 am

      Sibuklah juga. Selamat hari raya, maaf zahir batin dan salam merdeka juga😛

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: