Home > Adat dan budaya > Tanahairku

Tanahairku

Kalian tahu tak apakah yang selalu kita tunggu bila sedar dari tidor setiap pagi??

Cer teka…….

.

.

.

Bagi clue sikit…….

.

.

Haa…..

Setiap pagi… suara azanlah yang selalu kita tunggu…..

Kekadang bukan main clear lagi. Sangatlah suka! Tapi, kekadang sayup-sayup… sampai telinga ni macam mengembang seperti Mickey Mouse!! Aderk. Dan kekadang tak boleh dengar langsung…..

.

.

Tie harap, untuk masa-masa akan datang, kita akan terus dapat mendengar azan ni berkumandang setiap kali waktu solat. Bila mengenangkan nasib saudara-saudara kita di seberang tambak tu… sedih lak. Azan hanya boleh didengar dalam masjid, tau…. Walaupun dahulu bangsa kita ramai di sana, tapi kini Melayu hanyalah sebahagian dari golongan minoriti.. Kenapa? Carilah sendiri sebabnya.. kita malas nak cerita panjang….

Mesti kalian hairan, kenapa tetiba rasa bimbang?

Haa….. kerana kita begitu sibuk dengan urusan keluarga, kerja, sampai kita tak sedar…. apa yang berlaku sebenarnya. Kita nak beritahu sedikit rahsia….

.

.

.

 Oh… sorrylah. Tak jadi. Kita tak cukup berani. Aderk!! Kita bukan orang politik. Kita cuma makcik kantin.

Err… cuma satu je kita nak mintak.

Kalau nak sokong tu, sokonglah orang yang boleh jadi Imam kita atau sekurang-kurangnya yang boleh mandikan jenazah kita……….  Janganlah sesekali menyokong musuh Islam. Tak kiralah apa yang dia tuntut, semuanya ada muslihat disebaliknya. Allahu Akhbar!!

.

Categories: Adat dan budaya
  1. nahmy
    July 10, 2011 at 8:02 am

    kena jaga2 memilih ‘Imam’…samada utk solat yg 5 minit atau utk yg 5 tahun, mati esok kena jawab……

    • Tie
      July 10, 2011 at 3:29 pm

      Samada imam 5 minit atau 5 tahun, biarlah yang boleh dijadikan imam… Kalau dah perempuan, kafir lagi macam manalah nak jadi imam… apa-apa pun sebelum ikut mengikut, kena tengok ketuanya dulu.

  2. July 11, 2011 at 9:40 pm

    Kak Long pun bukan orang politik. Kak Long cuma cikgu kecik. Tapi Kak Long sayang negara Kak Long. Kak Long takut negara kita jadi seperti negara-negara tertentu. Kerana masalah dalaman, orang luar ambil kesempatan campur tangan. Janganlah sejarah berulang. Akhirnya yang menang jadi arang, yang kalah jadi debu.

    • July 11, 2011 at 10:03 pm

      Samalah dengan Tie. Macam orang lain, ada banyak perkara yang kita tak puas hati. Bukannya telan bulat2 apa yang dihidangkan. Tapi alangkah eloknya kita duduk berbincang, bukan nak tunjuk bertapa hebatnya kita terpekik terlolong. Kita tak sedar yang perbuatan itu merosakkan negara sendiri.

      Kita takut,yang nampak menonjol tu memang sah akan dijadikan boneka.. boneka orang Cha atau boneka Amerika… Tak mustahil , bila lihat pelakon terhebat tu… sangat2 menyeramkan. Seboleh2nya carilah pemimpin yang kita hormati dan percayai. Jangan main rembat je, nak ganti orang yang kita tak suka.

      Ada yang berdemo di Australia. Ibarat mengamuk di rumah orang… Orang luar tengok dengan rasa geli hati…. menunggu peluang untuk menjatuhkan kita.

      Setengah orang, bila tengok negara lain bergolak, berlakunya guling menguling, rasa sangat2 teruja. Rasa nak buat gitu dalam negara sendiri.

      Tak sedar kah mereka, seburuk-buruk hidup kita, kita masih mampu hidup dengan aman, mampu bekerja dan belajar , hidup mewah dan bersuka ria, ramai yang boleh shopping dan bercuti di luar negara lagi…. termasuk penganjur demo tersebut. .

      Seperti yang Tie tulis di entri yang lepas., dalam hidup kita kena ambil peluang. Miskin atau kaya , susah atau senang bergantung pada tulang empat kerat kita. Usaha itulah yang membawa kejayaan. Selebihnya kita bertawakal dan berdoa … (dan mintak subsidi lebih sikit)

  3. July 14, 2011 at 10:16 am

    Kalau kita tgk seluruh dunia pun Kak Tie, mmg org Islam la yang paling senang kena kelentong! Kawe pun tak tahu nape.. Mungkin sebab sebenarnya tak de sapa yg betul2 tahu apa ajaran Islam yang sebenarnya. Ustaz A kata 2 x 5 = 10, nanti Ustaz B kata salah ehhh.. 5 x 2 = 10; tiba ustaz C lak nyampuk dan kata 5 + 5 la = 10. Hmmm… payah cam nie. Mana tak setan2 selalu kasi main org kita. Lepas tu taksub dan fanatik lagi… Payah cam nie..

    • Tie
      July 14, 2011 at 12:57 pm

      Entahlah Mail, orang kita ni kalau dah suka kat seseorang tu, terus taksub bebenor… Tak boleh fikir lagi daa… Terus terima bulat-bulat.

      Kak tie ni nampak macam pro yang memerintah, tapi sebenarnya, kita terima yang baik jer, yang buruk, kita kais ke tepi., kita jadikan sempadan, jangan dok ikut. Tapi yang luar tu juga kita boleh terima… cuma, kalau kita nak buang semua yang ada ni, tentulah tak logik.

      Abis, siapa yang boleh ganti Najib? Anuar? Haji Hadi? Nik Aziz? Atau… Ambiga?? Waakakaa…. Semuanya bagi Tie tak boleh memerintah, semuanya akan jadi puppet nanti… sekarang ni semuanya ikut telunjuk DAP, yang senyap sunyi ketika demo tu… konon2 tak masuk campur, padahal sedang goyang kaki sambil tepuk tangan tengok orang kita siap solat atas jalan sambil bertasbih lagi… aderk… tasbih untuk Ambiga…. haha…

  4. July 15, 2011 at 10:04 am

    lama xdgr azan masjid…

    • July 15, 2011 at 10:30 am

      Bila berjauhan dari kampung halaman tentu rindukan suasana itu kan..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: