Home > Anak > Tak cukup susu atau tak cukup amanah

Tak cukup susu atau tak cukup amanah

Wanie nampak, makcik dinning hall tuang susu dalam jag, pastu dituangkan air hingga penuh. Kira kandungan susu lebih cair…. dalam 50-50.

Kita boleh bekalkan wanie susu, beli susu kotak. Tapi, kita tak faham, kenapa makcik dan pekerja kantin tu, yang sah-sah orang Melayu lagi Islam  menipu dan mencuri untung.

 Kenapa tak ada perasaan bersalah, atau sekurang-kurangnya merasa belas pada anak-anak yang makan dan minum apa yang mereka hidangkan.

At least, fikirkanlah keberkatan hidup kita. Tak takut pada Allah ke ?

* Kes susu hanyalah sebahagian dari tindakan tidak jujur mereka.

Categories: Anak Tags: ,
  1. May 18, 2011 at 8:07 am

    ish.. tak patut.
    kakpah perasan kan, kalau kita beli santan pun santan tu tak pure. dah campur ngan air gak.

    • Tie
      May 18, 2011 at 8:43 am

      Itulah. Kenapa orang jadi macam tu, ekk? Suka tipu-tipu ni.

  2. mamatz
    May 18, 2011 at 9:33 am

    mmg kak tik .. semuanya ada kepentingan .. berita hari nie, susu 1Malaysia yg diedarkan percuma tetapi hanya utk pelajar sekolah luar bandar sahaja .. kenapa perlu ada kelas2 tertentu? .. dan di fahamkan susu 1Malaysia ini dikeluarkan oleh negara korea dan mendapat sijil halal, tetapi kenapa mesti luar negara? .. adakah sebab tender yg dibagi oleh syarikat dari korea lebih rendah dari tender dari syarikat di malaysia atau duit “kopi” yg dihulurkan lebih tinggi? .. atau pegawai2 yg menguruskan tender ini mahu ke korea utk makan angin dgn duit kerajaan tetapi menggunakan alasan mahu survey harga susu di sana dgn menaiki flight 1st class dan hotel 5 stars.

    sori kak tik .. terkeluar jauh giler topik hehe.. tapi mmg dah angin satu badan baca berita sekarang nie.

    • Tie
      May 18, 2011 at 10:08 am

      Dari Korea ? Biar betul!!

      Pelajar luar bandar ni bukannya semuanya orang susah. Ramai yang ambil kesempatan.

  3. May 18, 2011 at 9:44 am

    tergamak betul diorang ni.
    kan ke nak bagi budak2 makan tu…

    • Tie
      May 18, 2011 at 10:08 am

      Asyik fikir nak untung je, Reen…

  4. DrSinga
    May 18, 2011 at 11:19 am

    wani tak report ke?

    • Tie
      May 18, 2011 at 11:37 am

      Dah kot…. banyak kali buat aduan, tunggu guru ambil tindakan, entah bila laa…

  5. May 18, 2011 at 12:15 pm

    ..makcik kantin melakukan demikian mengikut arahan sahaja tu..

    atau pun harga susu sudah melambung, gula juga dan minyak!
    Jadinya rasionalisasi subsidi memberi kesan seperti ini..

    susu yg dibekalkan terpaksa dicairkan agar semua merasa.. ahaks..

    (telahan maza yg lantun-lantun)

    • Tie
      May 18, 2011 at 12:38 pm

      Arahan dari siapa Maza ? Ni tender tau. Kerajaan bagi duit, mereka hanya masak dan bekalkan mengikut menu yang disediakan. Harga susu mahal pun, bayaran ikut harga semasa. Masa mintak tender bukan main lagi, bila dah dapat pelajar jadi mangsa.

      Mereka ni tak amanah. Nak untung lagi. Makanan yang diagih kepada pelajar seciput,tapi anak sendiri diberi lebih (ada pelajar tu, mak dia kerja kat situ) sedangkan ada banyak lagi yang lebih. Lebihan tu mereka makan dan angkut balik… takkan ini arahan kerajaan kot?

      Err…. kalau maza jadi pakcik dewan makan, dan anak maza salah seorang pelajar di sana, adakah Maza akan mencedok lauk untuknya lebih dari pelajar lain ? Halal ke yang lebih tu? Sedangkan semua ibu bapa bayar untuk makanan mengikut kemampuan masing-masing, tapi pengusahanya dapat bayaran harga sebenar termasuk untung.

      Yang kita nak tekankan di sini adalah sikap. Sikap tidak jujur di kalangan orang kita sendiri terhadap pelajar-pelajar sebangsa dan seagama.

      • May 18, 2011 at 12:56 pm

        makcik kantin ikut arahan boss dia lah.. majikan dia.. huhuhu….

        bab ciduk makanan tu maza kurang maklum..
        tapi kalau betullah yg mereka lakukan itu begitu, sungguh tidak amanah gitew….

        aduan harus dilakukan terutama kat PIBG, Pengetua.. mau serious lagi PPD. ahaks…

        tumpang lalu, anak2 maza dan maza sendiri tak pernah masuk boarding skool.. kurang cerdik agaknya.. ahaks.. heheheheh

        • May 18, 2011 at 10:12 pm

          tak ler gak tuduh majikan dia gak Maza..kena siasat dulu kes ni. Mana tahu makcik tu beroperasi sendiri-diri.. songlap susu extra..:D
          Tapi yg hairannya, nape ler buat terang2 depan budak2 ehhh.. musykil kawe. Sembunyilah di bilik semnbahyang ke..😆

          Kak tie – Kebetulan Wanie masuk dewan makan agak lewat. Dia ternampak makcik tu campur susu (dari kotak) dengan air dalam jag.

  6. May 18, 2011 at 12:58 pm

    psst.. baru perasan cantik watermark tu.. memang sesuai sangat sehh.

    entah bila lah maza nak bikin sendiri watermark.. aderkkk!.. hehehhe

    • Tie
      May 19, 2011 at 6:28 pm

      Kak tie rasa Maza lebih mahir buat watermark tu.

  7. nurul
    May 18, 2011 at 2:11 pm

    entah la…taktau nak kata apa..nurul dulu dok asrama beli susu kering je bancuh sendiri..sekolah tak pernah bagi minum susu..tapi makan best..pengetua tegas..sebelum pelajar makan pengetua rasa dulu..kalau K.O. memang kena lesing dengan dia..memang kena hentam la tender kantin asrama tu..

    yang atas tadi salah email..=P

    • Tie
      May 19, 2011 at 6:19 pm

      Sekarang ni menu dah lain, upgrade sikit. Ada susu dan cornflakes(tapi jenis koman nyer). Susu dari kotak (macam kat atas tu) tapi dicampur lak dgn air , tak tahulah kot2 ada ditulis dlm tender, hehe…

      Petang ada kuih, 2 jenis, satu manis, satu savoury. Menu supper, tak ingat lak. Nak ikutkan makan di dinning hall tu mewah, cuma diberi dalam kuantiti yang sikit, pilih kasih, lebihkan kepada pelajar lelaki (yang tukang bagi perempuan muda, jenis gelenyar, sampai ustat asyik beristighfar jer). Mungkin tindakan dalam proses… entahlah.

      Pengetua, ustat ada makan kat situ. Tapi, biasalah, bila ada tetamu, mesti suasana jadi lain….

  8. May 18, 2011 at 7:17 pm

    assalam tie..betul kata kak pah..bukan susu je..santan pun dah tak ori..

    • Tie
      May 19, 2011 at 6:20 pm

      Assalam Kak Erna,

      Kat sini okay lagi bab santan tu kot… entahlah, Tie biasa guna santan kotak.

  9. May 18, 2011 at 9:13 pm

    salam kak.

    Hari ni manusia semakin materealistik dan berjiwa kapitalis. apa sahaja produk termasuklah air nira, santan , madu lebah sudah tidak lagi ‘suci’. Pasti ada bahan lain( terutamanya air)yg dicampur.

    • Tie
      May 19, 2011 at 6:21 pm

      Haa… betul tu. Tak ramai yang jujur dalam perniagaan. Mereka lupa, hasil yang mereka dapat jadi haram bila menipu.

  10. May 18, 2011 at 10:14 pm

    dia ingat susu getah ke nak main campur-campur.. isk isk isk..
    kawe ni asyik sebut susu getah ni entah nape ler.. dah lantun-lantun cam Maza gak.. aisk bahaya nie..

    • Tie
      May 19, 2011 at 6:23 pm

      Mail, susu getah?

      Haha…. kita lupa lak nak tanya pada mentua harga getah sekarang.

  11. May 19, 2011 at 12:44 am

    Perbuatan yang tak wajar. Selalunya pihak pentadbiran dan Pibg memang ada buat ‘sport check’, tapi mungkin masa ada lawatan, mereka tak buat. Boleh buat aduan dan pasti pihak tertentu akan bertindak.

    • Tie
      May 19, 2011 at 6:24 pm

      Spot check mungkin ada. Lagipun ada guru yang makan sama. Tapi, biasalah, orang begini licik, kan…

      Dah buat aduan, cuma tunggu tindakan.

  12. May 19, 2011 at 2:20 am

    ni kes sendiri mau ingat
    td sy ada exam
    org dpn sy bawak masuk nota dlm exam
    kes meniru dlm exam la ni

    ingatkan lagi tambah umur lagi cerdik pandai…
    xtau la nak ckp camne kan
    bijak cara lain…

    jgn ikut mcm diorg dah la

    • Tie
      May 19, 2011 at 6:25 pm

      Itulah Adila. Kesedaran itu penting. Tak perlu ada undang-undang atau peraturan bila semua orang tahu akan tanggungjawab masing-masing.

  13. May 19, 2011 at 10:50 pm

    Tidak patut berlaku mencairkan susu dengan menambah air. Kesian anak-anak sekolah di tipu oleh perniaga kantin yang tidak jujur

    • Tie
      May 20, 2011 at 10:54 am

      Susu tu memang dah cair, ditambah lagi air pulak… Baik minum air kosong je, kan…

  14. nurul
    May 20, 2011 at 9:52 am

    berita terbaru kosmo hari ni..harga susu naik 5-6% mulai jun..adoi dah la nurul kena minum susu selalu..

    • Tie
      May 20, 2011 at 10:56 am

      Alamak!
      Kalau macam tu kena bela lembu susu laa…. tak sabor nak pindah dok kampung, pagi2 boleh ajak abang tolong perah susu lembu @ kambing. Nanti kak tie jual kat Nurul, ya…. ori lagik!

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: