Home > Makan > Santan atau susu ??

Santan atau susu ??

Kita biasanya beli santan kotak. Sebab susah nak ke pasar. Lagipun santan kotak ni senang nak simpan, nak guna pun bila-bila masa.

Cuma, harga santan sekarang, oooo….. mak datok! Punyalah ‘murah’ !!

Dulu sekotak kecik, tak sampai rm2. Tapi sekarang…..

..

.

.

Tahun lepas , dengan rm2.80 tu dapatlah kotak yang lebih besar…….

.

Kita ingat nak tukar penggunaan santan dengan susu. Agak-agak susu jenis mana yang sesuai? Susu cair atau susu segar?

Rasanya okay tak ? Kalau buat percik guna susu macam mana ?

Any idea anyone ?:mrgreen:

.

.

Categories: Makan Tags:
  1. May 13, 2011 at 3:10 pm

    sorry…i have no idea for cooking but i do have ideas for eating😀

    • Tie
      May 13, 2011 at 4:13 pm

      Hehe… Eating is much easier than cooking !😆

  2. pB
    May 13, 2011 at 3:26 pm

    SALAM

    hari ni blogspot mogok.
    tak leh buat entry baru ….

    pB tak pernah guna santan kotak.
    Rasanya sama ker dengan santan perah asli tu , kak Tie?

    • Tie
      May 13, 2011 at 4:13 pm

      Salam,

      Itulah, kak tie tak boleh bukak. Nak komen pun tak boleh.

      Rasanya sama kot. Kak tie dah biasa guna, tak boleh nak bezakan…

  3. May 13, 2011 at 4:42 pm

    saya guna hok ni la kak tie.. nak simpan santan fresh susah.. hubby kata ok je..

    huwaaaa…. blogspot takleh masuk lagi.. pesal la jadi lagu ni..

    • Tie
      May 13, 2011 at 5:56 pm

      Ye ke ? Kak tie suka guna yang kuning tu, err.. tak ingat jenama apa.

      Blogspot memang ada problem, dari semalam lagi. Tu laa… lepas ni cer pindah ke wordpress… hehe.. jadi jiran kak tie😆

      • May 14, 2011 at 12:43 pm

        oh yes.. hok kuning tu pon ok.. takleh memilih sgt sbb sini stok susah… pakat sentap apa yg ada.. adakala takdok langsung.. pilu….

        • Tie
          May 14, 2011 at 8:54 pm

          Kat sini, baru ada santan kotak ni. Sebelum ni, tak nampak bayang, cuma ada yang serbuk je. Lebih 2 minggu tau. Kita panik jugak!

  4. Azian
    May 13, 2011 at 5:35 pm

    Susu pun mahal juga 1 litre = RM5.60. Buatlah perbandingan. Susah sangat jadi tokey santan kelapa je la. Lagi manyak modal.

    • Tie
      May 13, 2011 at 5:57 pm

      Memang susu pun mahal.. Betul la, kat sini pun 1 lit harga gitu gak!

      Nak jadi tokey santan lama lagi. Pokok nyior baru je tanam kat belakang rumah kita di kg. Entah2 sempat ke merasa,😛

  5. May 13, 2011 at 5:37 pm

    susu cair pun mahal dek oii..pakai air jer senang…hahaha

    • Tie
      May 13, 2011 at 5:59 pm

      Err…. kalau pakai air, kita masak singgang dan sup je la ekk!!

      Aderk! Kekadang tekak teringin lak nak makan percik!!

  6. May 13, 2011 at 6:23 pm

    santan!!! susu xbes!!
    xde la beza sgt pun rasa kalau buat gulai guna susu
    tapi kalau masak bubur chacha, guna susu ganti santan… errrr xbes!!!
    buat gulai ke xguna santan or susu xde beza sgt pun rasa

    sy guna santan serbuk haha
    serbuk lg mahal dr yg tin😦
    tp kalau sy guna santan yg cecair siap2… mmg akan buang je nanti psl xabis guna hihihi

    • Tie
      May 13, 2011 at 8:54 pm

      Itu lah… Memang sedap santan.

      Santan serbuk memang mahal. Kat sana susu murah je, kan… orang kata elok guna susu sebab kurang kolesterol…

      • May 13, 2011 at 11:34 pm

        nak sodap ke nak murah nih?
        pikir.. pikir😀

        • Tie
          May 17, 2011 at 8:31 pm

          Nak sedap dan murah, haha…

    • May 14, 2011 at 11:33 am

      wah adila, I’m so impressed! U know malay cook very well…

      dah volleh dah nie..
      tinggal main kenyit2 mata dgn Prince Henry jerk… ahaks..

      • Tie
        May 17, 2011 at 8:32 pm

        Memang bertuahlah jejaka yang dapat menambat hati Adila. Pokcik tak perlu jeles , ekk!

  7. Ctnik
    May 13, 2011 at 6:53 pm

    Suu caur byk kolestrol.mentua ct ada sakit jntung doc xbg guna susu cair,susu segar ok.ct selalu wat kari xbuh santan.tp kena guna kari ayam adabi or selising.baba jd pahit

    • Tie
      May 13, 2011 at 8:56 pm

      Sekarang kat sini ada dijual susu cair kurang kolestrol, tapi rasanya lebih sedap guna susu segar kot. Serbuk kari baba tu kak tie tak minat, sebabnya ada cerita lain… hehe…

  8. May 13, 2011 at 7:30 pm

    Kak Long lebih suka santan asli.
    Susu gunakan juga, tapi susu cairlah untuk sesetengah masakan aje.

    • Tie
      May 13, 2011 at 8:57 pm

      Tie dulu guna santan asli. Tapi yang lecehnya tak boleh simpan, walaupun dlm freezer, rasanya bertukar laa… tak best.

  9. May 13, 2011 at 11:33 pm

    cuba try susu getah… boleh jadi tak?
    kawe masak2 ni alahai.. malu ehhh… tapi kalau makan… ehem ehem..

    • Tie
      May 14, 2011 at 12:31 pm

      Ni nak suruh kita padam ke ? Hihihi….

  10. May 14, 2011 at 10:17 am

    memang geram kak tie.
    saya prefer santan kotak aje. senang lagi pun
    tak cepat tengik macam santan fresh. Lainlah kalau buat bubur(weekend) baru guna yg fresh.

    brand yang sama ni dulu RM1.50 pun dapat.
    skarang kena carik yang murah aje ;
    mula-mula tak nak si ayam ni lagi tapi si ayam ni buat cantik kaler kuahnya… huhuu… redha ajelah..

    • Tie
      May 14, 2011 at 12:32 pm

      Kak tie dulu guna santan kotak M@S kalau tak silap, kotak warna kuning tu. Sebab ia lebih pekat…. Tapi yang ni pun okay. Ada yang jenis lebih cair, rasa rugi betul.

      Tapi…. sekarang ni harganya dah 2 kali ganda. Tu yang jarang guna santan…

  11. May 14, 2011 at 11:37 am

    Oh tak lama lagi pun, mungkin dah berlaku….

    harga susu dah naik silap2 sama mahal dgn santan kak tie..
    semuanya gara-gara harga komoditi dunia yg meningkat tinggi…
    walaupun digembar-gemburkan Ringgit semakin mengukuh berbanding Dolar Amerika, tetapi harga komoditi dunia lebih kuat kenaiktan peratusannya..

    Jadi, negara kita yg mengimport bahan2 tenusu ini turut terkena tempias.. terutama bila tarikan kos inflasi luaran berlaku dan subsidi gula di-resonalisasikan…

    …jadinya, terpaksalah tangan halus yg runcing itu rajin2lah memarut kelapa yg dipanjant dari pokok kelapa sendiri (kalau ada), untung2 dapat membantu negara mengurangkan inflasi, maza kira, ahaks…

    • Tie
      May 14, 2011 at 8:59 pm

      Memang mahal pun. Entahlah, kak tie dah bengong ni. Kat sini tak ada syarikat besor yang nak jadikan penternakan lembu tenusu secara kormesial. Padahal, pasaran agak tinggi. Yang sedia ada ni tak cukup laa…

      Kita kekurangan kelapa sebab produk santan kotak dan serbuk ni laa… Nak tunggu pokok kelapa matang dan berbuah memakan masa.. Tu yang kena import dari seberang.

  12. May 14, 2011 at 11:38 am

    Oh oh! tak lama lagi hari wesak, barangkali boleh tunggu kat pintu temple, mana tau ada saki baki org mau pecah kelapa lagi.. ahaks….

    • Tie
      May 14, 2011 at 9:00 pm

      Maza tunggulah depan kuil tu. Bawak guni sekali.

      Pastu kita bahagi dua, ekk!😆
      .
      .
      .
      Dulu, mereka tinggalkan je kelapa yang dipecahkan. Tapi, kini, mereka kutip balik laa…. hahaha…

      • May 14, 2011 at 11:17 pm

        lah ya ke?

        habis kalau sudah dihangkut bawa balik, dewa dia nak makan hapa?

        wakakakak

        • Tie
          May 17, 2011 at 8:33 pm

          Zaman sekarang tak boleh membazir. Dewa mereka mesti faham tu, hihi…

  13. nahmy
    May 14, 2011 at 12:00 pm

    rasanya susu nanti terlebik ‘lemak’ rasanya….cepat muak bila makan nanti. santan ok kot..

    • Tie
      May 14, 2011 at 9:00 pm

      Ada dijual susu rendah lemak… hehe…

  14. May 14, 2011 at 6:07 pm

    santan sekarang mahal sbb kelapa susah nak dapat. kat kuantan pahang, bnayak kelapa dibawa dari kelantan. kat bagan datoh yg terkenal sbg kebun kelapa malaysia pun tak mampu lagi nak bekalkan santan kt warga malaysia. Sebab santan mahallah nasi dagang pun dah tak selazat dulu. sorry lari tajuk pula komen saya ni, sepatutnya koemn ttg santan atau susu. heheh

    • Tie
      May 14, 2011 at 9:03 pm

      Seperti yang kak tie tulis sebelum ni, santan jadi mahal sebab kelapa ni digunakan dalam produk santan kotak dan serbuk. Dulu, masa tiada produk ni, kelapa berlambak, macam tak laku. Tapi kerana adanya produk santan kotak dan serbuk ni, permintaan meningkat, kerana produk ni tahan lama, tu yang kilang sentiasa perlukan bahan mentah ni.

  15. May 14, 2011 at 7:16 pm

    guna lah apo pun asal sodap hehe

    • Tie
      May 14, 2011 at 9:04 pm

      Haha…. janji sodap, ekk!😛

  16. aza
    May 15, 2011 at 7:53 pm

    apa la u all ni macam susah hati la,confuse la..sanatan,susu,santan,susu..ala makan kfc je lah…tak yah pening kepale..hi4x.tapi kan tie,aza ni tak kisah sangat sbb tak rajin nak masak,cuma kalau resepinya santan,tukar ke susu memang tak sedap…so fikir fikirlahh..

    • mazaaida
      May 16, 2011 at 12:20 am

      a’ah kan, mcm makan cendul santan digantikan susu.. ahaks..

      kurang kick katanya.. huhuhu

  17. DrSinga
    May 16, 2011 at 7:10 am

    saya tak pernah guna susu
    takut manis lak nasi lemak saya

    • Tie
      May 17, 2011 at 8:33 pm

      Ehehehe….. guna fresh milk pun manis jugak ke ?😆

  18. fshima
    April 21, 2012 at 5:28 pm

    Saya sudah tukar semua masakan saya dari santan ke fresh milk. Rasanya lebih kurang sama jemasakan saya

  19. fshima
    April 21, 2012 at 5:32 pm

    Fresh milk kurang lemak lebih baik dr santan sbb santan lemak tak tepu. Sayangilah jantung kita

  20. February 14, 2013 at 2:57 pm

    This particular blog, “Santan atau susu ?? Kaytieze’s Blog” ended up being perfect. I’m producing out a backup to clearly show my friends. Thanks a lot-Clyde

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: