Dah jumpa

Dah berbulan kita cari benda ni.

Tapi, dengan tidak disangka-sangka, kita jumpa di kedai biasa di sini 😛

.

.

.

.

.

.

.

Err…. bukan untuk  kuku tau. Tapi untuk cantikkan kerongsang dan dapat buatkan ia lebih tahan lama. Maklumlah kerongsang murah, hehehe….

Selain dari itu, Clear Nail Varnish ni ada banyak lagi kegunaannya.

Antaranya:

  1. Menambahkan jangka hayat dan mengilatkan barang perhiasan seperti manik2, batu permata pada accessories (subang, cincin, rantai tangan, kerongsang),
  2. Boleh lekatkan sampul surat  (kalau tak ada gam.)
  3. Memudahkan benang dimasukkan dalam jarum, dengan menitiskan varnish ni, kemudian gentel hujung benang hingga ia mengeras.
  4. Menjadikan belt buckles  dan butang baju  sentiasa berkilat dan baru. (mengelakkan oxidation)
  5. Sapukan pada benang butang baju, mengelakkannya dari tanggal atau putus.
  6. Sapu pada hujung tali kasut, ia akan buatkan nya tahan lama
  7. Sapukan pada bahan logam contohnya butang, screw (penutup mangkuk tandas) atau pemegang zip pada bag.. supaya ia tidak berkarat atau pudar warna, atau tidak tercabut (screw). Sapu screw cermin mata pun bagus supaya ia tidak longgar.
  8. Sapukan pada labels terutama bekas-bekas di dapur, supaya ianya kalis air atau  sapukan pada alamat sampul surat yang penting terutama musim hujan.

dan banyak lagi, jika kalian kreatif.

Antara kerongsang ‘mahal’ kita……. 😆

.

* Info di atas kita cilok dari sini .

.

27 Comments (+add yours?)

  1. zino
    Apr 16, 2011 @ 08:46:35

    bersinar2 la jadi nya lopeh cuci hehe

    Reply

  2. Ismail N
    Apr 16, 2011 @ 13:45:01

    aik cam ne nak komen ni? betul2 topik wanita hari ini.. he he.. Cantik keronsang tu. Kalau kasi si dia tu.. sure suka punya.. 😀

    Reply

  3. DrSam
    Apr 16, 2011 @ 14:15:35

    terimakasih tip-tip menarik tu tie. oleh kerana tidak pernah berinteraksi sangat dengan varnish tu tak berpeluang pula mencuba ‘aplikasi’ selain dari kuku 🙂

    p/s: tolong email alamat tie jika berminat menyertai projek tu ya. tq

    Reply

    • Tie
      Apr 16, 2011 @ 17:43:47

      Haha… kena ada sebotol. Boleh bubuh kat butang logam pada beg atau jeans..

      .
      .
      .
      Tak sabor lak nak kutip air hujan, kah kah…!!

      Reply

  4. maza
    Apr 16, 2011 @ 14:33:20

    errkkk…kalau dibuat menegangkan kulit mokcik dan nenek menegang dan berkilat lagi volleh?… hahahhaha

    Reply

  5. mulan
    Apr 16, 2011 @ 15:36:19

    ohh… gitu cara nya… tqs kak tie kongsi ilmu..

    Reply

  6. Adila
    Apr 16, 2011 @ 16:22:08

    ehhhh xpnah sy tau pun psl ni
    mnarik! thanks utk info ni kak tie! 😉

    Reply

  7. kak erna
    Apr 16, 2011 @ 16:45:44

    Tie..kat mana jumpa tu..nak beli jugak la..akak pun nak cantik kan keronsang.
    tapi lambat tau la tie..kalau tidak agaknya selamat cermin akak..

    Reply

    • Tie
      Apr 16, 2011 @ 17:49:13

      Kak Erna, biasa dijual bersama pewarna kuku yang pelbagai warna tu, kat shopping complex… atau kedai2 alat solek ni. Err.. kalau cermin calar atau retak sikit boleh sapu jugak.

      Reply

  8. Kak Long Mawar Merah
    Apr 16, 2011 @ 18:56:11

    Dulu masa sibuk dengan brooch dari Korea tu, memang sentiasa guna benda ni. Sekarang dah jadi semakin malas pulak sebab kalau dah tercabut, ada peluanglah nak tukar yang baru.

    Reply

  9. aida
    Apr 17, 2011 @ 11:48:15

    wahh bagus la kak Tie.. nail varnis jenis lain pun boleh guna ke..

    Reply

    • Tie
      Apr 17, 2011 @ 13:16:54

      Ada banyak jenama. Tie beli jenis ni sebab tiada pilihan. Beli yang clear, pastu beli polish remover sekali, senang nak cuci kalau terkena pada kuku.

      Reply

  10. Ijan
    Apr 19, 2011 @ 04:06:05

    Salam Kak Tie,
    Suka baca tips pasal nail varnis tu.. especially bab letak kat benang tu… macihhh…mmuahhh! 🙂

    Reply

  11. Zakiah humaira
    Mar 12, 2012 @ 12:25:46

    benda tu boleh kilatkan semula keronsang? Dah cuba…. tak mau pun,guna yang mahal punye ke?

    Reply

    • Tie Ganu
      Mar 12, 2012 @ 13:11:28

      Zakiah, ia sebenarnya sejenis cat clear. Kalau asalnya kerongsang tu dah kusam, tak bolehlah nak kilatkan. Sebaiknya utk keronsang baru, utk kekalkan sinarnya sahaja. macam spray cat kereta yang clear tu.

      Reply

  12. azlina
    Dec 08, 2014 @ 21:33:27

    As Salam Sis. Tksh jmpe juga info ni… cuma nak tau jika sapu pd batu brooch nnt batu shinning tak… takut jadi kusam sbb dia cam gam kan… tksh

    Reply

Leave a reply to Tie Cancel reply