Home > Kampung, tumbuhan > Balik sebentar

Balik sebentar

Jumaat lepas kita balik  sekejap tengok rumah di Kelantan.  Balik berdua, malas nak angkut budak-budak tu, nak kejar masa. Sampai sana kul 8.30 pagi!!

Dah lebih 2 bulan tak balik. Takut rumah penuh sawang, jadi rumah berhantu lak,😛

.

.

Tengok-tengok, senduduk biru kita dah berbunga. Cantik pulak!

 

 

.

Pokok lada hitam baru je nak tumbuh. (mentua yang tanam)

 

 

.

pokok limau nipis dah mula mengeluarkan putik.

 

.

.

Pokok ciku pun sedang lebat berbuah.

.

.

.

Nenas pun ada

 

 

.

 

.

Ada beberapa batang pokok pisang kapas…..

 

 

 

.

 

 

Akhir sekali……

 

Kita nampak buaya biawak besar semasa nak balik…………

 

.

Biawak ni musuh ketat ayam. Habis ditelan segala telur yang dia nampak.

 

 

.

 

* Err……. dengar cerita setakat ini tiada lagi telur tiruan di Malaysia.  Risaulah jugak!

 

.

  1. April 11, 2011 at 5:57 pm

    ciku..!!!! lamanya tak makan ciku… ciku kat vietnam besor tau kak tie. kenyang makan sebiji..

    • Tie
      April 11, 2011 at 9:23 pm

      Besor mana Mulan? Ada besor bola tenis tak?

      • April 12, 2011 at 2:12 pm

        ada yg besor penumbok (tangan) jgk tau ciku kt vietnam tu.. kenyang makan 2 biji.. hehe..

        • Tie
          April 12, 2011 at 4:32 pm

          Ooo… ye ke? Bestnya. Ciku ni buah istimewa, kan.. rasa berbiji gitu.

  2. April 11, 2011 at 6:19 pm

    berbudi pada tanah pasti akan ada hasilnya…
    wahhh…ciku bestnya…

    • Tie
      April 11, 2011 at 9:24 pm

      Aina pun suka ciku, ekk ??

  3. April 11, 2011 at 8:50 pm

    warh bestnye..macam2 poko ade🙂

    senang betul klu duk berjiran dgn K’Tie nie…tak payah gi pasor hehe🙂

    • Tie
      April 11, 2011 at 9:25 pm

      Kalau Ezan berjiran dengan kak tie lagi best. Boleh gak mintak tolong kutip cili ke apa…😆 Oopps, lupa nak tepek gambor cili, haha..

  4. April 11, 2011 at 9:19 pm

    wah! betul2 balas dendam ni.. mentang2 ler maza siarkan gambar bunga yg tak berapa kerat.. sekali kak tie balun maza dengan gambar2 yg lagi hebat.. huhuhu

    jealous I u.. huhuhu

    uiks… besarnya biawak tuuu,… kalau boleh disembelih, mau 2 hari punya makan tu.. heheheh

    • Tie
      April 12, 2011 at 12:11 pm

      Maza, gambar ni guna handphone jer… Tak lawa laa…..
      .
      .
      .
      Laa… napa tak cakap Maza suka biawak. Kalau tahu tentu Tie bawak balik bagi Darling buat barbeque, hihihi….

  5. April 11, 2011 at 9:28 pm

    Salam Yong Tie, salam perkenalanan! Tima kasih ziarah blog Akak. Ni Akak ni rasanya. Waaah banyaknya pokok dan pokok buah. Bertuahnya. Rajin Yong. Kat kampong suami di Kg Deredebi, Laut Hitam, banyak pokok buah-buahan. Kalau free gi baca entry lama, ada citer pasal ladang hazelnut, pokok berangan, walnut, epal, anggur, jagung etc.

    • Tie
      April 12, 2011 at 12:12 pm

      Yong ? Ekekeke…. first time orang panggil yong….

      Wah… nanti Tie baca entri2 lepas tu. Sukakan pokok2 buah dan kekacang ni.😛

  6. April 11, 2011 at 9:30 pm

    alahai kawe balik kampung dah tak de lagi pokok ciku, limau nipis mahupun biawak besar.. Ayah tanam pokok bunga aje..😀

    • April 12, 2011 at 1:15 am

      aik! perli maza nampak? nak kena scoop ni?

      hahhahahaha…

      (gurau aje abg mail)
      lantun-lantun gitew.. hehehhe

      • Tie
        April 12, 2011 at 12:14 pm

        Maza,
        Ismail tu tak berniat nak perli laa…

        Dia cuma sindir sikit jer, kah kah…!!

      • April 12, 2011 at 7:12 pm

        alahai ni lah masaalahnya kalau selalu asyik bergurau.. Time kawe cakap yg benar pun, org lain ingat main-main.
        Betul Maza + Kak Tie, ayah kawe memang suka tanam pokok bunga. Nanti kawe buat entri satu pasal taman bunga ayah..😀

        Lebih canggih dari Garden of Eden tu (ha ha .. yg ni baru perli)😀 I’m sori.. jangan scoop ye…

        • Tie
          April 12, 2011 at 9:16 pm

          Okay, kak tie tunggu entri garden of eden ayah Ismail…😆

    • Tie
      April 12, 2011 at 12:13 pm

      Ismail, bunga sekarang mahal…. Boleh buat duit tau!!😆

      • April 12, 2011 at 7:14 pm

        dia tak minat jual… dia dah lama pencen tapi tak tahu duduk diam.. so dia buat taman bunga depan rumah untuk hiburkan hati dia. Dengan ibu baru meninggal last month, lagi penting lah taman bunga tu buat dia…

        • Tie
          April 12, 2011 at 9:16 pm

          Wah…. baguslah, ada taman bunga di rumah. Sejuk mata memandang. Kak tie pun ada impian begitu. Tu yang tak sabar nak tunggu abg pencen. Cuma takut bila pencen nanti, tulang dah reput, tak larat nak menyangkul lak!!

  7. April 12, 2011 at 12:40 am

    Wah, macam-macam ada!
    Paling suka bila tengok ada buah ciku.
    .
    .
    .
    Biawak besar tu boleh tangkap tau, lepas tu jual kat Maza. Mesti dia tahu apa nak buat! hhehehe

    • Tie
      April 12, 2011 at 12:15 pm

      Hahaha…..

      Itulah Kak Long, kita tak tahu lak Maza tu suka biawak. Kat kampung suami memang banyak biawak.😛

      • April 12, 2011 at 7:15 pm

        Tokek pun dia makan wakakaka…

        • Tie
          April 12, 2011 at 9:18 pm

          Tokek? Lepas google baru tau, tokek tu sejenis reptilia ala-ala cicak, hehe…

          Maza tu cannibal kot… err.. takut laa… silap-silap makan orang!!

        • April 13, 2011 at 3:55 pm

          citt.. hampeh korang.. hahahah..

          maza makan biawak dhab jerk.. tu pun bikin minyak.. minyak kuat!

          errr.. ada sesiapa mau? Kak Tie? Kak Long, Abg mail?

          hahahahhaha

          Kak Tie : Minyak Kuat ? Untuk apa ? Sessi Angkat Berat, ekk ?😆

  8. DrSinga
    April 12, 2011 at 8:59 am

    senduduk biru..
    orang kata boleh buat ubat kan?

    • Tie
      April 12, 2011 at 12:15 pm

      Dengar cerita gitu laa… tapi bila tanya abang dia tak nak cakap pun….

      Agak-agak ubat apa, ekk??

  9. April 12, 2011 at 11:16 am

    ingatkan sape ler tadi hehe..kak tie rupenye..lawaklah lawak tudung saji kat bawah tu hihihi…

    baguslah kak tie tanam mcm2..berbudi pd tanah ni mmg x rugi kan..

    • Tie
      April 12, 2011 at 12:16 pm

      Kak tie tanam separuh jer, yang lain-lain mertua dan abang yang tanam.😆

  10. April 12, 2011 at 3:07 pm

    jadi rumah berhantu nanti buleh disewakan kat penerbit filem seram sebab skang ni semua dok berlumba buat filem seram,masyukkk tu😛

    • Tie
      April 12, 2011 at 4:34 pm

      Bagus idea tu Juliet. Tapi kak tie takut orang lain lak yang buat filem kat rumah tu…. mat gian, hehe… kat sana ramai mat gian, rumah orang depa buat macam rumah sendiri. Aderkkk!!

  11. April 12, 2011 at 7:17 pm

    assalam tie..akak tak pernah tengok bunga senduduk tu..cantik la pulak..
    banyaknya buah2an kat rumah tie..
    ciku tu kalau dah masak sedap tu

    • Tie
      April 12, 2011 at 9:19 pm

      Ciku ni dah 2 kali berbuah. Tak padan dengan pokoknya yang ketot tu, hehe…

  12. Mus
    April 21, 2011 at 7:14 am

    cantik-cantik gambar tu..
    pasti seronok melohat kehijauan alam ini

    • Tie
      April 21, 2011 at 7:19 am

      Kita memang suka balik rumah sana. Rasa hilang masalah dunia kejap.

  1. April 13, 2011 at 8:45 pm
  2. September 25, 2011 at 10:25 pm

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: