Home > Halal Haram, Makan > Janganlah mudah lupa

Janganlah mudah lupa

Dengar cerita pengusaha kedai kopi kat keretapi Kluang tu sibuk panggil JAIJ untuk samak kedainya… Ada ke patut ? Kenapa tak samak je segala babi dan lepas tu bagi semua orang makan! Selama ini kita tak dengar pun tokey tu minta maaf pada pelanggan Melayu Islamnya.

Bukan ke mereka tahu orang Islam diharamkan makan babi, tulang babi, kulit babi dan sewaktunya. Ada ke bagi alasan lemak babi dari tulang yang dikisar tu dicampur dalam serbuk kopi dapat menyedapkan kopi tersebut.Dan dengan tanpa rasa bersalah menghidangkannya kepada pelanggan Melayu Islam setiap hari bertahun-tahun.

Manusia jenis apakah ini? Kita ni nak hidang daging lembu pada penganut agama Hindu pun tak sampai hati, ingat lagi masa sekolah dulu, time raya, kita siap cakap lagi kat kawan Hindu, “yang ni you tak boleh makan sebab daging lembu….”. Kawan kita tu terus angguk-angguk , faham!

 

Kepada semua Muslim di Kluang tu….. Adakah kalian nak sambung makan minum di kedai kopi tersebut selepas mereka menipu dan mempermainkan kalian hidup-hidup ?

Kemungkinan besar nanti, lepas mereka ‘samak’ kopi tu, mereka akan umum kopi mereka halal…. mungkin siap bagi diskaun lagi kot. Ye laa… selama ini sekurang-kurangnya separuh dari pelanggan mereka orang Melayu Islam. Tentulah mereka kerugian sekarang ni.

 

 

Categories: Halal Haram, Makan Tags: ,
  1. mamatz
    April 6, 2011 at 9:23 am

    mmg tak patut pon diorang nie .. langsung tak de keluarkan statement kt press mintak maaf atau menafikan .. terus senyap maksudnye mmg diorang dah tau lah tu kot.

    bukan setakat kt kluang, francies kluang station nie dah de merata2 tmpt dah mcm kt Ikano Power Centre, Jaya One PJ, 1 Utama, dan The Spring Kuching. Patutnya kite bakoo aje kedai2 nie .. kite bakoo aje .. hehehe

    • Tie
      April 6, 2011 at 9:30 am

      Tu la Cik, jangan masuk kedai bangsa tu. Memang tak halal pun, kopitiam pun sama, kak tik dah warning kat abang, hanya makan minum di kedai orang Islam je. Jangan ambil mudah tang makan minum ni. Nanti jadi darah daging kita, tu yang anak2 susah nak didik.. degil dan melawan. Asalnya kita yang beri mereka makan yang haram dan kotor.

      BUkan setakat kopi, segala makanan tu tak halal, kotor, ayam pun mereka takkan beli dari orang islam, mereka ambik dari bangsa mereka jugak. Takkan mereka sembelih, main pelangkong jer.

      Memang patut kena bakoo… kita bakoo reramai…:mrgreen:

  2. April 6, 2011 at 10:03 am

    maza sudah pangkah ini kedai.. tak mau! poorrahhhhhh..

    ini worang tak boleh percaya….

    • Tie
      April 6, 2011 at 1:31 pm

      Bagus tu. Jom pakat-pakat pulaukan kedai-kedai begini. Elok bancuh kopi sendiri, dan buat roti bakar. Bukannya susah sangat.

  3. April 6, 2011 at 11:39 am

    betullah depa ni tak prihatin langsung dengan pelanggan-pelanggan depa ni…
    tapi salah kita jugalah, nak makan main makan jer.. tak tengok pun ada logo halal ke idak, betul2 asli ke idak logo tu… apataknya, pekerja ramai melayu, yg duk makan pun ramai melayu… haa… masuk jelah, halal ni, ramai je melayu makan kat sini…
    huhuhu…. hailah, pandai toke kedai tu guna strategi pekerja melayu-Islam. Tulah kopi kat rumah tak mau minum, nak minum kat kedai juga, ha kan dah kena…. huhuhu….

    • Tie
      April 6, 2011 at 11:50 am

      Betul betul!

      MEmang salah kita. Dulu, kita tak berani nak makan kat kedai bukan Muslim. Tapi sekarang dah tak kisah. Tu yang mudah kena tipu.

      Kat Ganu ni pun ada gak kedai gitu, dan kita tengok orang kita tak segan-segan lepak kat situ. Siap bawak anak bini lagi. Macamlah tak ada kedai lain. Susah nak beri orang-orang kita ni kesedaran. Ke sengaja tak nak sedor…

    • April 6, 2011 at 7:00 pm

      aduhaii ini worang…

      mengikut aje montot maza… aderkkk..
      huhuhuhu

      kak tie, ini bukan pakatan tau.. entah bila masa dia terjongol kat sini, maza pun tak tau! aderkkk….

      hahahah

      psst: maza kekadang jerk terminum kopi di terkedai mamak.. ahaks.. volleh laling?
      hehehehe

      • Tie
        April 6, 2011 at 8:01 pm

        Kah kah kah….!

        Nasib baik ikut sampai sini. Kalau ke kedai kopi dara tu camna ? Alamat minum air suamlah tiap hari, haha….

        Maza, makan minum kat kedai mamak pun kena hati-hati gak, kena intai kat dapur tu, tengok kebersihannya… pura-pura gi tandas sambil mata scan mana-mana yang patut.

  4. aza
    April 6, 2011 at 12:57 pm

    t,dasyat kan..dulu sultan johor bawa keratapi pernag singgah minum kat situkan..kesian sultan dan vvip yang lain..patut le terkenal sampai masuk majalah 3..

    • Tie
      April 6, 2011 at 1:01 pm

      Kalau Tie la jadi Sultan, dengan kuasanya bagi pelempang je kat tokey tu. Geram lak bila terasa tertipu macam tu.

  5. April 6, 2011 at 6:19 pm

    dah rasa tak selamat nak makan dan minum kita ni..

    • Tie
      April 6, 2011 at 6:20 pm

      Nak beli barang kat supermarket pun kena belek dulu labelnya… susah, kan..

      • April 7, 2011 at 9:28 pm

        yelah kak..

        siap pesan pada anak2 kalau beli di sekolah.(penjaja luar sekolah)

        dah larang beli tapi biasalah budak2 ni.

        • Tie
          April 7, 2011 at 10:32 pm

          Budak-budak ni bila tengok kawan-kawannya terus lupa pesanan kita… tu yang susahnya.

  6. aza
    April 6, 2011 at 7:22 pm

    nasib baikkkk tie tak jadi sultan..he he..

    • Tie
      April 6, 2011 at 8:03 pm

      Tie taknak jadi Sultan…
      Tie nak jadi Permaisuri, kah kah….

  7. April 6, 2011 at 7:41 pm

    Tie..ya allah akak tak terbaca pulak ni..geramnya..geli..kembang tekak..
    kalau nak minum kopi jugak..carilah kedai melayu..
    nasib la seumur hidup akak tak minum kopi..

    • Tie
      April 6, 2011 at 8:05 pm

      Itu yang anehnya. Orang kita ni tak rasa was-was langsung minum kat kedai non-Muslim. Mudah sangat percaya, tu yang asyik tertipu jer.

  8. April 6, 2011 at 9:34 pm

    sy pernah beli kopi serbuk juga.. beri pd mertua.. org tua.. kwn2. balik kg minggu lepas diberitahu dah tak boleh minum. walaupun dh samak rasa mmg dah tk pergi lagi la lepas ni.

  9. April 6, 2011 at 9:54 pm

    Walaupun pernah duduk Kluang zaman kecik-kecik dulu, tak pernah pula singgah kat kedai ni walaupun pernah dengar kepopularan kedai ini.
    Memang tak patutlah mereka tu, tak menghormati sensitiviti agama lain.

    • Tie
      April 6, 2011 at 10:24 pm

      Orang kita kalau bab halal haram ni kurang perihatin…. jenis suka makan kat mana-mana pun tanpa rasa geli. Harap perkara begini dapat menyedarkan kita, termasuk Tie ni jugak….

  10. April 8, 2011 at 10:00 pm

    Ada ke samak? Patut jangan dibagi lesen niaga (apa perniagaan pun). Betul2 tak hormat agama lain.. Pui. Nasib baik kawe bukan yg jenis suka terjah makan kedai C.

    • Tie
      April 9, 2011 at 7:12 pm

      Itulah. Orang kita ni berlembut sangat. Tu yang asyik kena pijak jer.. Kalau kita tegur, orang kata racist laa…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: