Kita cuma nak kongsikan beberapa keping gambar yang sempat suami snap ketika berada di sana. Kita tak ikut sebab anak bersekolah. Lagipun tak gemar melancong berkumpulan… . Suami pergi atas undangan boss.
.
Mula-mula mereka jenjalan di Ranau… Terdapat beberapa buah gerai di tepi jalan. Buah-buahan , sayur-sayuran dan hasil produk IKS banyak dijual. Tak pasti nama buah yang hijau tu. Macam Nona, …. ke memang nona ??
.
.
Haa… Macam-macam ada. Hasil kerajinan penduduk tempatan di sini.
.
Yang kelihatan daun tu kerepek bayam. Kerepek ubi tu yang petak.
.
Kuih cincin tu rangup. Sedap jugak mengunyah sambil blogging! 😆 Tak sedar abis di tangan. Lepas tu rasa sengal gigi lak. Aderk!!
.
Udang kering dan Ikan kering. Tanda harga udang kering sekilo tertulis rm58. Abang terkejut. Bila menawar, terus turun separuh harga!!
.
Err…… alat music apakah ini? Gamelan ? Kita cuma pandai ketuk-ketuk kuali jer.
.
Masa untuk belek-belek mutiara! Walaupun tertulis harga rm850, bila abang tawar, senang jer dia turun ke rm450. Jadi, kalian kena tawar menawar. Jangan main beli je. Harga sebenarnya mungkin sekitar rm200 kot. Biasa peniaga ambil untung sekurang-kurangnya 2 kali ganda harga asal.
.
.
Mutiara pelbagai saiz. Mutiara air tawar lebih murah dari mutiara laut. Dan yang asli tentulah lebih mahal dari cultured pearls (kita tak ingat dlm BM). Kita dah warning kat abang, tak payah beli…. sebab tak minat. Kalau emas kita angguk seribu kali .. 😆
.
.
Fridge magnet dan rantai mutiara. Tak pasti samada mutiara tulen.
.
Pelbagai barang hiasan diri. Kita cuma kirim kerongsang jer.
.
.
Rantai tangan ada banyak pilihan. Tapi, kita masih tak tertarik. Dah warning kat abang, tak perlu beli. Sebab yang ada dulu pun tak pakai.
.
Tips membeli di Sabah.
- Kalau nak beli cenderahati, lebih elok beli di pasar malam (dekat pasar Filipina) dari di pasar Filipina sendiri. Harga di pasar malam lebih murah, sedangkan barangnya sama jer.
- Kena tawar menawar walaupun nak beli udang kering. Peniaga di sini letak harga berganda-ganda, macam tak masuk akal.
- Harga bahan mentah (ikan atau udang segar) memang murah. Tapi bila makan di restoran, mahal betul. Kalau tinggal lama, lebih elok sewa apartment dan masak sendiri. Puas hati.
Kat sini ada Mall (One Borneo). Ada happy hour di mana masa tu semua barang dapat discount lagi (walaupun dah dikenakan discount)
Kesimpulannya, memang seronok abang shopping tanpa kita . Sebab tak ada orang nak larang dia membeli. Nasib baiklah naik flight. Kalau tak entah apa lagilah dia memborong…..
.
Apr 07, 2011 @ 12:13:49
Kalo dpt gi sana, mmg nk borong rantai tangan.
Apr 07, 2011 @ 12:20:10
Kirim kat Cik laa… dia kan nak ke minggu depan ?
Apr 07, 2011 @ 12:41:39
tie,nape la warning dia beli tu semua..biarkan lah..pas tu sedekahkan pada ‘orang’..tentuu..banyak pahale.cantik kan mutiara,tapi aza pun tak minat.macam t jugak,kalau emas…..hem hem..tadi tu jemput makan,timaksih lah ye..susah2 jerrr..
Apr 07, 2011 @ 12:59:30
Aza tak tahu abg tu, kalau dia start membeli, kalah kita orang perempuan. Gerun tengok! Macam nak meniaga!! Kekadang bila gi shopping, dia dan anak-anak bawak troli tu ke sana ke mari… bila kita nak bayar, macam-macam ada dalam tu. Siap pakat dengan budak-budak tu….
Apr 07, 2011 @ 12:43:37
tie,nape tak ikut..tak minat melancong berkumpulan?..aza teringin nak pegi tau sabah dan serawak..nanti kite pegi nak..
Apr 07, 2011 @ 13:02:12
Tak seronok jenjalan dengan orang yang tak rapat dengan kita, lebih-lebih lagi kita ni macam kera sumbang, hehe… (salah sendiri gak, tak aktif dlm persatuan kaum ibu tu)
Abg dah janji nak bawa nanti, gi berdua jer…. kah kah… entah bila la kita nak gi honeymoon. Tahun ni masuk 19 tahun kita jadi suami isteri, ekekeke……
Apr 07, 2011 @ 15:24:10
sonoknyerr gi sabah bahh.. ehehe
Apr 07, 2011 @ 17:47:15
Nanti kita nak gi pulak, hehe..
Apr 07, 2011 @ 15:42:36
yg mcm buah nona tu kat sini pun ada kan, tapi taktaulah rasanya mcm mana.
kerepek bayam ada dijual kat sini tapi kekdang tu dah lemau,tak sedap langsung.
Apr 07, 2011 @ 17:48:11
Eh.. Juliet,
Kerepek bayam tu memang dah lemau. Kak tie makan macam nak tercabut gigi ni!! 😛
Apr 07, 2011 @ 16:06:29
Alahai… Kak Tie pindah lagi ye…
Tak pe… tak pe… asalkan kak tie bagitau nak pindah mana, tak perlulah su susah payah menjejak kasih…
Sabah… org kata seafood kat sana best. Su berangan nak pegi makan je, shopping tu, letak nombor yg ke berapa tah…
Apr 07, 2011 @ 17:50:17
Oh, malu la Su. Kak tie rasa boleh menang award, blogger yang paling kerap pindah, ekekeke……….
MEmang seafood kat sana best, besor dan segar. Cuma mahal sikit la bila makan kat restoran ni.
Apr 07, 2011 @ 17:10:12
tu bukan alat gamelan lah kak tie..
tu kan gong tu.. dia susun berbaris2.. alahai macam piano gak lah..
hahahahha
Apr 07, 2011 @ 17:53:30
OPOCOTT!!!!
Gong ??
Ye ke ?
Kita mati-mati ingat gamelan……. hihihi….
.
.
Bukan ke gong tu yang tergantung sebijik diketuk bila ada something wrong somewere???
Apr 07, 2011 @ 19:19:11
eh ya ke?
laaa maza pun tak tahu.. .
hehehehhee…
Apr 07, 2011 @ 22:33:35
Err… bila nak belanja ABC ?
Haus lak musim panas ni…
Apr 08, 2011 @ 22:07:18
alahai makcik pakcik nih… tanya la org KK.. he he.. Tu Kulintangan la kak.. 😀
Kenny G selalu main dulu.. 😀 😀
Apr 10, 2011 @ 20:28:37
rasanya itu bukan gong, kalau kat brunei di panggil “Guling tangan” anda boleh lihat di youtube seperti link di bawah ini
Apr 10, 2011 @ 21:14:31
Waaa……
Terima kasih Amee….
Kak tie tak tahu lak boleh bubuh youtube dalam komen ni, kah kah..!!
Apr 11, 2011 @ 21:28:13
wah.. canggih volleh tepek utube… lepas ni volleh ler maza menjawab dgn tepek video maza d’encem hero malaya gitew.. hehehe
Apr 07, 2011 @ 17:29:48
wahhh…cantiknya perhisan mutiara tu. geram tengok…nak kumpul duit banyak2 bulan 7 nanti nak bercuti kat sabah. aina suka kumpul barang2 macam tu tapi tak juga suka pakai…
Apr 07, 2011 @ 17:55:15
Tu laa, Cantik bebenor. Nak gi sabah bulan 7 ? Nanti kalau ada extra ticket pergi balik, boleh sedekah kat kak tie, ekk…. nak gi jugak!! 😆 Kak tie boleh tolong pilihkan….
Apr 07, 2011 @ 19:37:17
kuih2 tu!!! mmg xpnah tgk!!
ape yg paling sedap? nak rasa jugak!!
Apr 07, 2011 @ 22:35:35
Semuanya jenis jajan… bolehlah kalau nak ngunyah-ngunyah sambil buat kerja. Nak kata sedap tu… err… rasa biasa-biasa jer (bagi tekak kak tie)
Apr 08, 2011 @ 22:04:35
biasak je tgk kuih tu.. 😀
Apr 09, 2011 @ 19:09:59
Biasak ekk? 😆
Apr 07, 2011 @ 21:25:54
Kak Tie,
lama tak makan nona siam.
kita samalah kak.
suka brooch-brooch dan brooch aje.
*mutiara yg kirim kat kakak 3-4 tahun lepas tak buat-buat pun lagi… ;0)
Apr 07, 2011 @ 22:37:15
Tu la kan… brooch ni kita guna tiap hari, tak rugi pun beli banyak.
Kak tie pun ada mutiara dulu, tapi hilang lak, tak sempat nak buat rantai tangan… lupa letak kot.
Apr 07, 2011 @ 21:45:56
Teruja pulak tengok gambar-gambar tu. Kak Long pulak, kalau ke pasar Filipina tu, mesti memborong macam tak ingat, walaupun bila sampai rumah, bukan pakai sangat pun.
Kuih cincin tu, hahaha, kak Long kurang minat. Lebih suka unplang (tak ingat eja macam mana), keropok yang bulat-bulat tu…
Apr 07, 2011 @ 22:38:11
Ooo….. unplang namanya. Tie tanya abang, tapi dia tak ingat nama. Kuih cincin tu keras gak, rasa nak sengal gusi ni….
Apr 08, 2011 @ 00:11:26
wah.. nampak sangat makcik nak bertukar nenek dah.. gigit pakai gusi tandanya gigi dah luruh.. kuang, kuang, kuangggg….
hahahhaha
Apr 09, 2011 @ 18:46:15
MAZA……!!!!
Jagajaga…! Kang kita senduk dari jauh ni…!!
Apr 10, 2011 @ 20:36:15
kuih cincin kat Sabah tu ada yg keras selalunya dari papar dan ada yang rapuh selalu nya dari bongawan, terpulang pada selera masing masing, bagi Amee, Amee suka yang rapuh.
Apr 10, 2011 @ 21:18:03
Yang rapuh memang sedap. Kat Brunei pun ada juga, ya Amee ? Kalau yang keras tu terpaksa celup dalam air baru boleh makan, hehe…
Apr 10, 2011 @ 22:18:10
Iya Kak Tie…kat Brunei juga ada kuih cincin ni tapi Amee kurang suka soalnya jenis yang keras. Setakat ini cuma di Sabah aja yang pernah Amee rasa ada yang rapuh, tapi susah juga cari yang rapuh ni, kebanyakkan yang di jual jenis yang keras.
Kak Tie – Nanti Amee buatlah entri makanan di Brunei tu…. Kak tie teringin nak tengok.
Apr 08, 2011 @ 22:03:49
Wah hebat la abg tu. 2 ari kat sana.. mcm-mcm dia dah tahu dan sempat snap mcm2 gambar. Ada potensi jd reporter yg terulung di Malaysia.
Psstttt… sapa nak kuih cincin boleh order. .. harga dan kos penghantaran boleh runding 😀
Apr 09, 2011 @ 18:47:43
Ismail, Abang kita dah biasa ke sana… Tak kira entah berapa kali, atas tiket kerja. Kita je yang belum pernah pergi.
Kak tie tak larat nak makan kuih cincin tu. Rasa nak tercabut gigi (masih lagi ada gigi tau..!!).
Apr 09, 2011 @ 22:52:47
gitew.. lain kali kalau dpt ikut abg.. He he minatk dia bawak pi makan seafood. Dtg Sabah, kalau tak makan seafood.. alahai cam tak lengkap lah… 😀
Apr 09, 2011 @ 21:39:45
hi kak..
alat music tu kalau dalam bahasa dusunnya dipanggil ‘Kulintangan’ dan selalunya akan dimainkan kalau ada sesuatu majlis. semasa pesta kaamatan atau majlis2 kahwin selalulah alat ni dimainkan.
setiap daripada alat tu kalau di’pukul’ akan menghasilkan bunyi yang berbeza. kalau yang terer main, pasti kagum nengok ketuk2 semua alat tue..
heeeeeeeeee..
Apr 09, 2011 @ 21:57:32
Kulintangan….. haha…
Kak tie baru tahu tadi. Terima kasih Dearie…. nanti bolehlah share apa-apa yang menarik di Sabah tu. Err… kalau ada pearls yang comel-comel tu bolehlah pos ke sini, ya… 😆
Apr 09, 2011 @ 22:57:16
Saya pernah dengar org main lagu pop pakai kulintangan.. he he..
Lagu Siti pun ada.. 😀
Apr 10, 2011 @ 08:57:25
Lagu Siti?
Wah….. best jugak!
Apr 09, 2011 @ 22:05:57
ooo.. kat sini rupanya tie ye..
Apr 10, 2011 @ 08:57:58
Alaahai kakpah, rasa macam dah berpuluh kali pindah..
Apr 10, 2011 @ 06:44:20
Hi Tie, wow! Really beautiful pics. And I really enjoyed looking at the pics of the displays.
Its pics like yours that brings back my memories…..
Thanks for the memories.
Have a nice day.
Lee.
Apr 10, 2011 @ 08:58:42
Hi Uncle Lee…
Terima kasih kerana sudi singgah di sini.
Gambar guna handphone je.
Apr 11, 2011 @ 16:43:22
lama betul tak rasa kuih cincin tu. sedap! dedulu selalu makan .. sbb roomate org sabah
naaaaak!
errrr.. dah abis?? smpi ati mama! 😛
Apr 11, 2011 @ 17:25:01
Eh….?
Ingat Angie tak suka…
Sebab tu mama abiskan..
Alhamdulillah….
May 26, 2011 @ 20:08:12
First time datang sini..Tadi missz search kat google tentang orang yg minat kumpul FM.
Minat kumpul FM, kan? So, kena tengok kat sini:
http://misszgardenlittleshop.blogspot.com/
4 FM hanya RM10!!! Murah dan cantik..
Selain FM, keychain and tempat gantung kat hp n kereta pun ada… Belilah untuk dirisendiri atau untuk dihadiahkan kepada yang tersayang…Mesti diorang happy, sebab semua kat little shop MiSsZ ni, comei2 belaka..
Jenguk tau little shop MiSsZ!! Thanks!!