Home > Uncategorized > Anak lelaki manja ?

Anak lelaki manja ?

Ishh….. macam boleh jadi begini? Ada segelintir anak-anak lelaki (termasuk sibujang kita tu) tak tahan tinggal di asrama. Walau nampak ganas sekali pun, bila masuk asrama je, seminggu dua dah merayu nak balik.

Macam-macam alasan diberi. Makanan di dinning hall tak sedap la, ayam ada ulat ke, ikan goreng keras macam kayu laa….. Sibujang kita tu, dapat bertahan 2 bulan je di MRSM. Lepas tu demam. Tiap minggu jadi penunggu di klinik. Sampaikan guru-gurunya berpesan, kalau nak balik, balik laa…. pastu datang semula. Kah kah kah…

Ni ada sorang lagi anak bujang dari sekolah berasrama lain di sini (anak sahabat abang yang tinggal di Klate). Dia dah mula homesick! Bawa dia balik sini (dapat outing separuh hari), bagi dia main fb sepuasnya. Kesian lak kita. Mesti asyik ingatkan mama dia. Takut pulak dia bertekad nak balik macam sibujang kita dulu.

 

.

( Time melawat kena dengar report dari Wanie…. adoi laa….)

 

Kelmarin kita busy layan anak-anak instant (tambah seorang dari Klate, sorang lagi teman karib Wanie bersama adiknya, tak termasuk Wanie dan Isha! Aderk !!). Ingat kalau mereka dapat outing lama sikit boleh bawa jenjalan di Tasik Kenyir.

 

. ~ Err……….. mama pun nak outing jugak!!! :mrgreen:

 

.

Categories: Uncategorized Tags: ,
  1. pB
    March 27, 2011 at 2:45 pm

    yang no tiga pB tu pun tiga minggu pertama tiap tiap malam telefon nangis nangis.
    pukul 1 pagi pun telefon pB lagi….

    sedia sangat

    • Tie
      March 27, 2011 at 6:18 pm

      Betul la pB. Kenapa ekk? Kita yang dengar jadi sayu lak.

  2. March 27, 2011 at 3:12 pm

    2 minggu? Kak saya time skul dulu.. pergi kursus 3 hari di asrama.. 1 hari aje saya tahan.. hari kedua.. cabut balik rumah😀 . Nasib baik time kat UM tak balik rumah. Mungkin kalau dekat, balik jugak tu keh keh keh..

    • Tie
      March 27, 2011 at 6:17 pm

      Pergi kursus 3 hari pun tak tahan ? Adoi laa…. kenapa teruk sangat? Kah kah ….

      Anak kak tie yang lelaki tu okay lak kalau ada camp…. cuma tak tahan kalau belajar di asrama. Asyik ingat rumah jer.

  3. March 27, 2011 at 6:05 pm

    anak manja mak la tu.. hehee… tapi kesian jugak kalau depa ni dok cakap nak balik duduk rumah je..

    • Tie
      March 27, 2011 at 6:15 pm

      Dah jadi trend sekarang. Girls pun ramai yang tak tahan tinggal di asrama. Entahlah… kita risau juga.

  4. March 27, 2011 at 6:06 pm

    kak tie, nak email.. nak baca entri missing me..

    • Tie
      March 27, 2011 at 6:14 pm

      Dah antar password. Check email tu….

  5. March 27, 2011 at 6:50 pm

    kat asrama kan semua kena buat sendiri…budak lelaki mana suka.makan plk takleh nak request2…bukan manja cuma tak tough…hihi

    • Tie
      March 28, 2011 at 7:03 am

      Memang ada di antara mereka ni malas nak urus diri sendiri Tinggal di rumah semuanya ibu yang sediakan.

      Tapi kan… sibujang kita tu, walaupun dah ada misai dan janggut 2-3 urat, masih lagi tercari-cari mamanya jika kita ‘hilang’ beberapa minit. Sibuk tanya ‘Mana mama…’

  6. March 27, 2011 at 8:41 pm

    Salam,

    Alahai…anak omak…… hahahaha….omak nyer jaga dia dengan baik…masak yang sedap-sedap jer…sebab tu dia selalu teringatkan omak kesayangannya tu……. cute gitu

    • Tie
      March 28, 2011 at 7:05 am

      Chekdee….. ada bezanya anak perempuan dan anak lelaki. Anak perempuan ni lebih cepat matang.

  7. March 27, 2011 at 8:47 pm

    assalam tie..betul la..anak akak dulu tahan sebulan je..tu pun hari2 pukul 6-6.30 pagi dah talipun mambil menangis..
    lepas sebulan..talipun lagi siap dengan mintak ampun mintak maaf..waaa..masa tu kelam kabut akak,,hari tu jugak uruskan pindah sekolah dia..
    sekarang ni sekolah dekat rumah je..

    • Tie
      March 28, 2011 at 7:06 am

      Tu la kan…. kita sengaja tak manjakan dia. Tapi dia pulak nak manja-manja… aderk! Kekadang rasa geli bila dia suruh kita suapkan makan. Tengok misainya… adoi laa….

  8. March 28, 2011 at 1:49 pm

    tiny punya alasan utk kelaur asrama lagik power, tak main la cerita pasal lauk dinning hall… tiny ckp kat mak ayah ~ “tak larat la pegang bnyk jawatan.. dah la jawatan kt persatuan tu pon berlambak, ni nk kena jadi Ketua Asrama lagik.. tension ah.. dh la tawon ni nk amik SPM.. kalau mak ayah nk tiny duduk asrama jugak, mmg tiny buat semua subjek dapat result MERAH!.”..

    terus esoknya ayah mengadap pengetua minta KELUARKAN anaknya yg sorang ni dr asrama.. kehkehkeh..

    … saya sayang rumah mak ayah saya.. bilik saya.. meja study saya.. dan yg penting saya sayang ibu dan ayah saya.. berada di rumah adalah CUKUP SEMPURNA INSPIRASI utk saya belajar… kuikuikui…

    buleh camtuh?.. hahaha

    pssttt… nak le paswednyer!… buleh? buleh? buleh? hihihi…

    • Tie
      March 28, 2011 at 1:54 pm

      Kah kah..!!

      Cerdik! Cerdik!!

      Kalau semua pelajar macam Tiny ni, alamat tak laku la sekolah sbp atau mrsm tu, hehehe…..

      Err…. kak tie rasa , kan… yang penting bila sekolah dekat rumah ni, tak perlu fikir nak mendobi tu….😛

      • nurul
        March 28, 2011 at 2:15 pm

        sekolah nurul dulu pun ada dobi. tapi laki kan semua nak orang buatkan. dulu sekolah kat penang. ada member lelaki tu setiap minggu mak dia datang dari KL lagi bawak baju bersih dan siap iron. kalau dobi kat sekolah masih perlu iron sendiri.sah2 nurul reject laki camni.kalau dah kawin semput bini nak buat semua.

        • Tie
          March 28, 2011 at 5:08 pm

          Itulah, kak tie baru sedar, lelaki ni sebenarnya lebih manja dari kita orang perempuan. Tu baru budak lagi.

          Nurul tak tahu, ada yang bawa sifat manja ke alam rumahtangga. Memang lecehlah sikit. Tapi, kalau dah jodoh, terpaksa terima juga. Kita balas dengan manja jugak laa… hehe…

  9. March 28, 2011 at 5:35 pm

    oke thanx kasik me baca protected entri tewww.. akak tie cool oke😉

    • Tie
      March 29, 2011 at 6:29 am

      Cool ?

      Ehehehe…..😛

  10. March 28, 2011 at 6:05 pm

    Tie,
    Pelajar-pelajar Kak Long pun cam tu. Baru masuk seminggu dua, dah tak tahan duduk asrama. Macam-macam alasan diberinya kat mak ayah masing-masing. Kesian mak ayah dah keluar belanja banyak masa nak masuk dulu tu, padahal dia orang juga yang pilih sendiri. Tapi, bila dikaji betul-betul, majoriti, jawapan ikhlas mereka, di asrama semuanya terkawal, tak boleh tengok TV bila suka, tak boleh bangun tidur suka hati, dan yang paling penting bagi mereka, tak boleh main game dan nak FB tiap hari.

    • Tie
      March 29, 2011 at 6:32 am

      Itulah kan….

      Duit banyak abis. Kak tie dah merasa. Kita pulak nak nangis!

      Anak-anak sekarang memang terlebih mewah tak kira lelaki atau perempuan. Dah biasa dengan suasana di rumah, boleh akses fb tak kira waktu.

      Bila masuk asrama, semuanya terkawal. Ada yang rindu nak gi swimming lagik! Aderk!

  11. March 28, 2011 at 10:08 pm

    budak lelaki kalo manja memang terlebih dari yg perempuan…
    jaga2 lah bakal wife dia..tiap minggu balik umah mama..
    heehheee..

    • Tie
      March 29, 2011 at 6:35 am

      Betul Izzah,

      Ada yang terbawa-bawa perangai manja tu walaupun dah beristeri.

      Asyik-asyik nak balik jumpa mak, nak makan masakan mak. Kesian wife dia. Sakit sikit pun paksa mak datang rumah dia… (kita ngumpat adik kita tu, ekekeke…. kalau dia baca ni lagi bagus!) Harap-harap anak kak tie tak macam tu. Kalau tak memang nak kena sekeh!!

  12. ima
    March 28, 2011 at 11:06 pm

    assalam kak tie…setuju sangat…anak lelaki memang manja terlebih…pengalaman ima dengan lima anak lelaki…terutama anak sulung…maklumlah anak pertama…agaknya kami terlebih manjakan dia…

    • Tie
      March 29, 2011 at 6:38 am

      Ima, hehe…

      Luculah Ima, Ima ada 5 orang lagik! Sabor aje laa…. Esok-esok jenuh Ima buat syif pergi berkunjung ke rumah mereka. Atau tiap minggu semuanya nak balik.

  13. March 29, 2011 at 4:24 am

    slagi boleh manja, of course manja habis2an hehehehe😛
    kasi chance la😛
    masuk uni mmg konpem tak dok rumah dah
    – errrr ade ke kes masuk uni pun nak lari jugak? heeeeeeeee~

    opps rsnya ada kan… err matrix kot? ala2 asrama mcm skolah jgak kan?

    • Tie
      March 29, 2011 at 6:40 am

      Eh.. kat uni pun masih lagi yang gitu, tapi taklah ramai. Kak tie masih ingat lagi, ada seorang classmate tu, (tapi pompuan), nampak sedih sangat. Rupanya nak balik. Agaknya hubungannya terlalu rapat dengan ibubapanya. Kesian jugak.

  14. DrSinga
    March 29, 2011 at 9:38 am

    wani dah ada basikal ?🙂

    • Tie
      March 29, 2011 at 11:15 am

      Basikal memang dari dulu ada, tapi dia malas nak bawak, sebab geng dia tak dak basikal.

  15. zue
    March 29, 2011 at 11:13 am

    mmg betul anak lelaki ni mmg manja trlebih sudah.
    mcm zue adik bradik ppuan ada 7 org. lelaki 2 org..puyelah masa dulu2 mak bukan main manjakan 2 abdul ni..naik mnyampah kita org..smpailah ni..klu 2 abdul ni ada apa2 masalah cepatnya org tua zue bantu. klu anak ppuan…mesti di jwpnya kau rang kan ada suami…sabor je lah.

    • Tie
      March 29, 2011 at 11:17 am

      TIe setuju !!
      Tu yang Tie kalau boleh taknak manjakan sibujang tu. Cuma, dia pulak yang ngada-ngada… eee… geli lak terutama bila dah mula naik misai ni,:mrgreen:

  16. March 29, 2011 at 1:04 pm

    ceh! apa daa… buat malu kaum jer.. hahahhaa

    patut pun maza dolu2 tak pernah masuk assrama.. kalau masuk, agaknya setengah hari dah pengsan.. hahahaha

    • Tie
      March 30, 2011 at 8:46 pm

      Haha….. memang Maza ni sah tidur bawah ketiak emak!!!

      • March 31, 2011 at 2:18 pm

        uiks.. tak lah.. kat lengan jerk… bawah ketiak masam.. ahaks…

        hehehhee

        • Tie
          March 31, 2011 at 8:33 pm

          Haa… dah agak daa….😛

  17. nahmy
    March 29, 2011 at 2:13 pm

    biasale tu kak. saya dolu masa mula2 pon homesick gak terutama bab makan…ooohhh. tapi lepas kena sapaan oleh awek-aweks…kurang sikit jadinya. pastu sampai mak bapak dtg kampus sbb nak tahu hidup ke mati kita nih…hehehe

    • Tie
      March 30, 2011 at 8:50 pm

      Waaakakaka……

      Betul tu, lelaki ni bila masuk uni nampak jer aweks, terus hilang homesicknya. Kita paham benor perangai siswa-siswa ni… kah kah..!!

  18. March 29, 2011 at 6:14 pm

    hehehe.. lucu pulak baca kisah anak2 ni… teringat adik lelaki kita yg menangis jugak takmo duduk asrama masa form4 dulu.apa penyakit la yg ada kat hostel sampai budak2 ni tak mau pegi. heheh😀

    • Tie
      March 30, 2011 at 8:51 pm

      First, mereka ni malas nak urus kain baju.
      Kedua sebab tak boleh nak request tang makan.
      Ketiga sebab tak dapat nak manja-manja dengan mak.
      Dan sekarang ni sebab tak boleh nak online macam biasa.:mrgreen:

  19. Nono Fara
    March 29, 2011 at 6:21 pm

    HOHO… Biasalah tu. Dulu lepas PMR dapat offer pergi MRSM Kuching tapi sbb takmo duduk asrama saya tak pergi. Hehehe…

    • Tie
      March 30, 2011 at 8:53 pm

      Hehe… itulah, sebab tak boleh nak manja-manja dengan nenek tu.

      • April 1, 2011 at 8:54 pm

        hehehe tau tak pe😀 buah hati intan payung nenek tuuuu.. mana leh jauh. dah besar sikit baru ok heheh

  20. March 30, 2011 at 11:57 am

    alahai..kesian pulak.

    dah bercerita pada Along tentang sekolah baru Wanie hari tu. Bagi semangat sikit sebab sains subjek faveret Along.
    Tak nak sebab takut rindu kata dia… hehehe..

    • Tie
      March 30, 2011 at 8:54 pm

      Awal-awal dah tolak, ekk.. Kalau gitu tak boleh nak paksa laa.. Takut dia lari balik nanti.

  21. March 31, 2011 at 8:34 am

    T

    Hujung minggu lepas kita gi lawat Ganu. 2 hari jer sempat jjcm pastu dah balik. T duduk which part of Ganu??

    • Tie
      March 31, 2011 at 8:34 pm

      Kita dok kat Kuala Berang, bandor kecik Tasik Kenyir. Banyak ke memborong ?

  1. April 2, 2011 at 8:27 pm

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: