Home > kehidupan > Lelaki

Lelaki

Sebenarnya kita rasa bertuah bila dapat suami macam abang. Masa mula-mula berumah tangga, dia tak ada masalah membeli bahan-bahan mentah di pasar. Tak perlulah kita nak ikut sama. Buat je senarai, dia akan pulang lengkap dengan ulam sekali.

Dia kenal segala jenis ikan , samada yang masih segar atau ‘ikan kotak’. Memang tak kena tipu punya, hihi. Cuma bab sayur je dia tak mahir. Jadi, kita lebih suka beli sendiri.

Kita terkejut bila nak siang ikan. Tengok semuanya dah tak ada perut! Rupanya dia suruh tokey ikan tu siangkannya, haha. First time tahu boleh suruh tokey ikan buat gitu. Agaknya abang ingat kita tak pandai menyiang!!

Err……

Entri ni bukan nak puji-puji suami Tie ni.

Cuma nak ngadu sikit………..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Inilah akibatnya bila suruh sibujang tu beli bawang. Dapat daun bawang free lagik!! Adoi laaa………………………….

Kita dah serik suruh dia beli telur. Sampai rumah mesti ada yang pecah sebijik dua. Tak pun retak seribu….

Sabor je la bakal isteri dia!!! (tapi… ada ke orang nak kan dia ???):mrgreen:

 

 

 

 

 

Categories: kehidupan Tags: , ,
  1. March 6, 2011 at 10:56 am

    assalamualaikum kaktie. bertuahnya akak, suami pandai membeli barang di pasar. cik abe kakchik pun ok kalau ke pasar tp sejak dia keje sepenuh masa ni kakchik kena ke pasar sendiri. tapi tak kisahlah, kakchik dpt ke pasar dgn ummi seminggu sekali.

    huhu, anak bujang akak tu kena belajar dengan abahnya tu.

    • Tie
      March 6, 2011 at 5:50 pm

      W’salam Kakchik.

      Alhamdulillah…. abe kakchik pun sama, ek. Mungkin minatnya sama kot.. (makan), hehe.. gurau je Kakchik.

      Itulah, sibujang tu macam tak ada tokoh je macam ayahnya.

      • March 7, 2011 at 10:38 am

        Suami kakchik dah kontrol makan sekarang kak. Dulu perutnya maintain tapi tahun ni dah mula naik sikit. Tu yang dia kontrol tu takut jadi buncit hehe.

  2. March 6, 2011 at 10:59 am

    wakakaka….

    kak tie, entry suami itew sungguh terharu.. terkanangkan arwah ayah, tapi dia semua jenis ikan dan sayur dia tahu… selalunya dia jinjing aje bahan2 dapur dan mak hanya tahu masak.. hehehe

    tapi maza, aderkkk.. ikan jacket dgn bilis tau ler. ahaks..

    Untung kak tie, kan.. huhuhu.. ada worg tu tak reti nak hargai laki dia…. kesian..

    psst: si bujang itew harus selalu pergi ke pasar dgn kak tie.. hahaha.. maza tatkala umur baru putus hinggus pernah di suruh beli ajinomotor terjadilah fulak belacan.. hahah

    • Tie
      March 6, 2011 at 5:52 pm

      Ayah Tie pun pandai juga. Kalau dia nak makan masakan tertentu, siap semuanya dia beli. Cuma masaknya je dia tak tahu, hehe…

      Maza kena belajor la. Senang nanti.

      Kita kena sentiasa menghargai sesama pasangan kita. Kalau tak siapa lagi, kan….😛

      .
      .
      .
      Putus hingus ?
      Aderk! Mujur kita tak terjatuh dari kerusi ni……:mrgreen:

  3. March 6, 2011 at 11:37 am

    Salam tie…. hahahaha…. anak bujang tie ker?? ….kalau dia ikut perangai suami tie…sure extra untung………hahahah….ini sure ikut tie ni….hahahhaah…..gurau jer. Tak apalah tie……nanti dia dapat isteri yang sesuai dengannya……. bahagia ada berbagai-bagai cara.

    • Tie
      March 6, 2011 at 5:57 pm

      Haha, mungkin gak! Tie dulu tak berapa mahir. Malah suami lebih pandai beli barang-barang basah ni.

      Harap-harap begitulah Chekdee.. Masa depan ni kita tak dapat nak telek.😛

  4. nahmy
    March 6, 2011 at 5:29 pm

    insyaAllah. cuba tanya hubby dulu…dia masa kecik camna?? mungkin tak byk tapi sikit2 tu ada gak camna si’bujang’ tu….

    • Tie
      March 6, 2011 at 5:58 pm

      Waaakkakaa…

      Kalau ya pun dia takkan ngaku punya.

      Jangan-jangan Nahmy dulu macam tu tak ??😆

  5. March 6, 2011 at 5:31 pm

    Assallam tie..
    akak pun sama..lagi la.senarai pun tak buat..apa yang dibwak balik itu la yang akak masak..

    • Tie
      March 6, 2011 at 6:00 pm

      W’salam Kak Erna.

      Haha.. bertuah, kan kita. Harap-harap ada suami yang kurang pandai tu belajarlah membeli. Untuk kebaikan diri sendiri dan family gak.

      • March 7, 2011 at 2:06 pm

        uiks.. maza pandai membeli gak..
        beli kat kedai mamak.. volleh?

        hahahah

  6. March 6, 2011 at 6:58 pm

    Tie..kat sini ikan yang kita beli boleh suruh penjual bersih kan..senang sikit tau…

    tang bawang tu, bukan budak lelaki jer yang beli camtu..yang pompuan pun sama…

    • Tie
      March 6, 2011 at 7:01 pm

      Kak Ezza, Kat sini suami Tie ni ramai yang kenal, maklumlah orangnya peramah. Lagipun tempat ni kecik, macam pekan koboi… Tie segan kalau nak suruh penjual ikan tu bersihkan. Tapi, kalau abang rajin menunggu, memang dia sendiri yang suruh (masa kita tak ikutlah).

      Ooo… ingat budak lelaki je yang tak pandai beli bawang, hahaha..

  7. March 6, 2011 at 8:14 pm

    Kak Tie,
    kita panggil ikan ais utk ikan kotak tu…

    hehehe…
    dah boleh letak dalam sup daun bawang tu.
    Anak bujang kak tie tak nak susah2kan mama utk beli lah tu…

    • Tie
      March 6, 2011 at 8:46 pm

      Reen, kekadang malas nak suruh sibujang ni. Tapi, ada ketika dia pandai juga.

      Hari tu suruh dia beli kentang. Bawa balik yang besor-besor.Suka lak kita, senang nak kupas.

  8. March 6, 2011 at 8:37 pm

    ok lagi si bujang tu boleh tlg beli brg di kedai kak. Nanti lama-lama expert ler dia. Bab bawang ni kawe pernah tertipu sama kedai supermarket dulu. Ye ler mcm si abang tu, kawe pun tak ler cekap sangat bab sayur ni (ngaku)😀 . Ingat nak tolong wife supaya tak perlu kupas bawang, jadi belilah bawang yg dah siap kupas dalam plastik. Alahai kedai penipu kak. Dia tlg kupus sebab nak potong daun bawang yg dah tumbuh. Masa beli kawe tak sedar.. dah bukak plastik baru nampak bekas daun bawang kena potong…

    • Tie
      March 6, 2011 at 8:49 pm

      Haha… Tu la, jangan percaya penjual ni.

      Kalau nak beli bawang,buah atau benda-benda mudah lupus ni kena pilih sendiri. Kalau kita suruh pilih, mesti dengan kulit-kulit bawang ke apa pun dia timbang.

      Suami Tie cerewet sikit kalau beli barang ni. Dia tegur penjual tu kalau tak puas hati. Kita pulak yang malu sebab abang tu berkira sangat (padahal memang patut pun).

  9. March 7, 2011 at 10:07 am

    Tie

    Samalah dgn bujang kita. Masa dia darjah 3 sampailah dah besar panjang, kita selalu berdebar2 bila suruh dia beli telur. Kalau dulu, ada jer retak sebijik dua tapi sekarang dia plak buat joke kat kita .. belum apa2 dia kata kejap nak check, pecah ke tak. Haishhh… kadang2 terhibur dibuatnya, kadang2 nak lepuk jer..

    • Tie
      March 8, 2011 at 8:54 am

      Hehe…. betul la. Kekadang lucu lak dengan gelagatnya tu.😛

  10. DrSinga
    March 7, 2011 at 3:14 pm

    kikikikikiiiiiii………
    ok apaaa…….
    boleh buat sup..
    bawang ada..
    daun bawang ada….

    • Tie
      March 8, 2011 at 8:54 am

      Ye ye…. nanti nak tunggu giliran Dr lak, ya… :mrgreem:

  11. ROSE PURPLE
    March 7, 2011 at 4:50 pm

    nak mencelah juge la tie..dh lama xmenyebok..Allah dah bagi pasangan yg adil rasanyer..cam Rose, suami xtau ape2 pasal marketing, so Rose kena masuk campur, jadi tiap kali nak beli barang2 dia kena bawak Rose..xdelah asyik kena tinggal kat umah aje, alasan..abe nak gi beli barang..hehehe
    Pasal anak Tie tu nnti insyaalah Allah akan ketemukan pasangan yang independent untuk dia.amin..

    • Tie
      March 8, 2011 at 8:56 am

      Haha. betul tu Rose.

      Ada ketika abg perlukan kita bila nak beli sesuatu, contohnya baju dia. Dia memang tak pandai nak pilih bab tu.

  12. March 8, 2011 at 4:45 am

    hehehehe daun bayang free!
    sy plak… ada yg sy reti pilih, ada yg tak

    hari tu tok suruh blikan petola
    mmg xtau mcm mana nak pilih
    xnak la kan terbeli yg dah tua hehe

    • Tie
      March 8, 2011 at 8:57 am

      Err…..

      Kak tie pun tak reti nak pilih petola ni. Terung pun sama. Susah nak bezakan yang tua dengan yang muda.

  13. nurul
    March 8, 2011 at 9:55 am

    nurul dulu mak suruh amik serai nurul g amik daun serai..ingatkan kita makan daun..rupanya kena amik isi dia..

    pastu bila mak suruh amik daun kunyit dgn pandan nurul buat la macam serai tadi..pegi la korek sampai ke isi bawah nun..siap akar2 sekali..dgn kudrat zaman kenit 2 memang la terasa sangat susah nak makan ni..sekali tunjuk kat mak naik pitam la mak menengoknya..

    terpaksa la memasak semua yg ade kaitan dgn pandan..sampai boleh buat bunga rampai lagi sebeb byk sgt daun pandan..memang rumah sangat wangi dlm seminggu 2..

    tapi 2 zaman nurul belum kenal ABC sangat lagi..boleh diampunkan..

    • Tie
      March 8, 2011 at 10:02 am

      Waaakakaka…..

      Adoilah, sakit perut kak tie ketawa! Boleh geng dengan anak kak tie yang bongsu tu. Kak tie suruh dia ambik daun pandan, dia pergi ambik daun pokok hiasan depan rumah tu. Jenuh kak tie bagi ceramah dan buat demo sekali!!

      Hmm.. nampak gaya kak tie kena ajar anak2 tu, asyik sibuk dengan homework tu yang tak kenal barang2 dapur ni.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: