Home > Jenjalan > Jenjalan keliling Kuala Terengganu

Jenjalan keliling Kuala Terengganu

Err……

Satu pagi, kami berdua (bakal datuk dan mak datin, :P) ke jeti shahbandar sebab nak ambil ikan kiriman dari orang pulau.

.

.

Inilah Jeti Shahbandar. Ada satu lagi jeti di Merang , disediakan bot-bot (package ke pulau Redang). Di sini disediakan feri. Ramai juga pelancung sibuk nak beli tiket.

.

.

.

Sebelum ke pulau kena baca apa-apa yang patut.

.

.

.

Ini bukan feri, tapi bot penambang. Untuk penduduk di seberang takir berulang alik ke bandar KT, tambang one-way rm1 jer…..

.

.

.

Haaa………. Inilah feri yang kita tunggu-tunggu. Bukan nak naik, tapi nak ambil ikan yang orang kirim dari Pulau Redang. Sempat juga budak tu buat peace kat kita! Ingat nak masuk Metro agaknya, kah kah..!!

Lepas ambil ikan (tak perlu lah nak tunjuk, sebab dah banyak kali tayang pemberian orang pulau ni ). kita pusing-pusing keliling bandar, ya.

.

.

Ini Kampung Cina. Dah pun digazetkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.  Kawasan ni sibuk betul.

.

.

.

Yang ini belakang Kampung Cina tadi, ditambak menjadi waterfront. Tempat ni cantik tapi masa kita datang penuh dengan sampah. Agaknya pihak yang berkenaan belum sempat membersihkan  (kita singgah pagi lagi…)

.

.

Tempat begini kena maintain betul-betul, sayang, sebab banyak rm yang dibelanjakan. Rasanya kalau kami berdua ke sini waktu malam tentu romantik, kan ?? :mrgreen:   Jom… siapa nak join ?

.

.

Bila dicat putih, nampak exclusive  pulak!  Tempat ni berdekatan dengan pasar payang. Senang nak parking. Jadi kita ajak abang singgah, ingat nak cari baju tidur, kah kah….

.

.

Errk ! Jumpa batik sutera bling-bling!! Ditepek harga rm450. Bila kita tanya, adik tu cakap boleh kurang sampai rm250. So, pandai-pandailah kalian menawar, ya. Jangan main beli buta je…..  Sorry gambar blur. Camera kita buat perangai lak.

 

Dapatlah beli baju batik abang 2 helai, yang ada tu kena gigit lipas! :P   Baju tidur ada…. malu nak tunjuk, ekekeke………

 

.

  1. March 4, 2011 at 2:18 pm

    Negeri pantai timur, Terengganulah yang paling kerap saya pergi…dan sangat2 suka. Mewah dengan makanan dan saya suka bau ikan kat jeti😛

    • Tie
      March 4, 2011 at 4:11 pm

      Kalau dibandingkan dengan Kelantan, Ganu mahal sikit makanannya. Tapi, kat sini kalau nak makan ikan celup tepung , minum air nyior, sambil hirup udara segar tepi laut….. memang best laa.. Terutama kat airport tu.

  2. March 4, 2011 at 2:55 pm

    Makin expert kawe dgn negeri Terengganu walaupun tak pernah pergi.. he he.. Semuanya thanks pada Kak Tie…Org sana suka warna putih ke kak? Sana sini macam byk color putih aje😀

    • Tie
      March 4, 2011 at 4:12 pm

      Tak tahulah samada orang sini suka warna putih. Tapi, kak tie memang suka warna putih, suci bersih gitu.

  3. March 4, 2011 at 2:56 pm

    huish.. cantiknya permandangan… first time pergi terengganu masa first year kat UiTM.. last pergi masa treasure hunt fisrt year kerja..

    waaaa.. lamanya tak pergi.. teringin la nak pergi…
    leh nk shopping kt batik bling bling tu..

    • Tie
      March 4, 2011 at 4:13 pm

      Tiny, bawak rm seguni, baru boleh borong kat pasar payang tu.:mrgreen:

  4. March 4, 2011 at 3:00 pm

    last ke terengganu sampai ke chukai je.. KT dah lamaaaaaaaaaaaa sangat tak pegi

    • Tie
      March 4, 2011 at 4:14 pm

      Laa….. lain kali terus je ke KT. Rugi tau tak borong batik sutera kat sini, hehe..

  5. March 4, 2011 at 3:13 pm

    meleleh tgk batik sutera😀

    • Tie
      March 4, 2011 at 4:14 pm

      Kak tie pun sama😛

  6. ima
    March 4, 2011 at 3:23 pm

    bestnya jalan2…ima ni selalu gak melintasi bandar KT tu…tapi tak pernah singgah ke pasar payang tu…

    • Tie
      March 4, 2011 at 4:15 pm

      Ima, sekarang ni dah senang nak parking, kat belakang kampung cina ni.. dalam gambar tu.

  7. March 4, 2011 at 3:53 pm

    maza berangan nak gi Pulau Redang tu.. hmm. bila agaknya boleh sampai ya? hehehehe

    tak lama lagi musim candat ni.. tontulah lagi ramai org pergi ke KT, kan?
    hehehe

    • Tie
      March 4, 2011 at 4:17 pm

      Maza, sekarang kos dah naik. Kalau naik feri macam kat atas tu dari Shahbandar dalam rm100 seorang. Kalau guna package (sekali dgn bilik dan kos feri) rm450 (minima) sekepala. Boleh start menabung sekarang:mrgreen:

      • March 4, 2011 at 4:43 pm

        gulp! errrr.. naik pelampung dari jati Shahbandar tu volleh?

        sambil2 tu gak bawak back pack siap khemah..

        hehehe

        • Tie
          March 4, 2011 at 4:47 pm

          Waakakaa……

          Bolehlah kalau nak naik pelampung, sampai ke pulau bidong! Boleh snap-snap tempat-tempat bersejarah.,😆

  8. zue
    March 4, 2011 at 4:37 pm

    kali trakhir pegi terengganu thn 2008…rombongan pengantin 1 bas sekolah.
    adik dpt suami org seberang takir.

    utk pulau redang thn 2000…teringat ‘kakak’ waktu tu trkencing dlm seluar sbb lama sgt dlm feri.

    • Tie
      March 4, 2011 at 4:50 pm

      Biasa naik feri dari jeti shahbandar tu ambil masa 1 jam setengah sampai pulau redang.

      Kalau dari jeti Merang (nanti kalau ada peluang kita tunjukkan tempatnya), naik bot laju, kira2 45 minit je.. Kita pernah naik… seronok lak, tak terasa lama pun.

  9. March 5, 2011 at 7:51 am

    k tie,

    terengganu mmg cantik zan nampak lebih teratur dan bersih. bestnya .. zan sbnrnya nak tanya tang masjid terapung tu .. bnyk crta yg kita dengar tapi tuk menengok sbg pengetahuan bagus juga. ikan goreng tepung … sedap tu .. cicah soh biasa tu ke ..

    • Tie
      March 5, 2011 at 8:05 am

      oo… Nak tengok masjid terapung tu ekk? Nanti, ya. Kalau ada masa kak tie ajak abang sightseeing kat sana. Kak tie dah banyak kali pergi, rasa pernah solat sekali .. err.. lupa lak.

      Ikan celup tepung tu cicah dengan sos kopok laaa… sedap, terutama ikan pari.

  10. March 5, 2011 at 3:47 pm

    Cantikkk..dah 20 tahun tak ke Terengganu.

    • Tie
      March 5, 2011 at 8:11 pm

      Mailah sini..😛

  11. March 5, 2011 at 4:30 pm

    lama tak jalan KT tu… rindu pulak… tak sampai ke bandar…

    • Tie
      March 5, 2011 at 8:12 pm

      KT dah bertambah maju, tau.😛

  12. March 6, 2011 at 12:32 am

    Tak sempat nak ke tempat2 tu minggu lepas huhuhu

    Takpe. InsyaAllah kami nak datang lagi.

    • Tie
      March 6, 2011 at 8:55 am

      Cubalah berehat di Pulau-pulau di sini… Kita dah lama tak pergi.

  13. nanie
    July 7, 2011 at 2:11 pm

    salam, nak tanya camne nak g jetty shahbandar ni? kami dr JB nak ke pulau redang n kami disuruh tunggu kat jetty shahbandar, then kat area jetty ni ada disedaikan car park x? selamat n brapa caj yg dikenakan? terima kasih🙂

    • Tie
      July 7, 2011 at 2:20 pm

      Salam…

      Jetty Shahbandar terletak di sebelah Pasar Payang .Dalam bandar Kuala Terengganu… Ada tempat parking…. Tak tahu berapa chargenya… nanti boleh tanya orang kat situ. Tempat parking berpagar, rasanya selamat kot.. sebab ada pengawal jaga, dan ada ofis kat situ.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: