Home > haiwan, Jenjalan, Kampung, kehidupan, Telur > Dikejar Jantan

Dikejar Jantan

February 27, 2011 Leave a comment Go to comments

Kelmarin kita ke rumah Mak De (mak sedara abang) dalam perjalanan ke satu majlis kenduri arwah di Bintang. Sawah padi sedang cantik menghijau. Terasa sejuk mata memandang walaupun dalam cuaca panas terik.

Bila kami nak beransur balik, tetiba je sijantan ni meluru ke arah kita. Terpekik-pekik kita ketakutan sedangkan semua orang hanya ketawakan sahaja.  Sampai hati mereka,😦

Nak tahu jantan mana pula yang berani ganggu isteri orang ni ?

Meh kita tunjuk!!!

.

.

.

.

 

.

Kita sempat snap gambar dia di sebalik pokok sambil  menyorokkan diri, hihihi…… Menurut Suria (sepupu abang), sijantan tu teruja tengok ‘Kak Tie’ kerana comel. Kah kah kah!! Terus kembang sekejap.

Maksud comel dia tu ialah kerana kita berbaju kurung lengkap dengan tudung manik-manik (maklumlah nak ke kenduri). Biasa kita datang pakai blouse and pants je.

Tak sangka ayam pun ada naluri pada yang cantik-cantik!! (Err… bukan kita yang cantik, tapi pakaian tu….)

.

.

.

.

Mujurlah ia terus je berlalu (dah sedar diri agaknya..) , tapi masih merenung kita lagi. Aderk !

.

.

.

.

.Ini kekasih dia. Buat tak tahu je walaupun ia berlaku didepan matanya. Memang sah tak ada perasaan  langsung!!:mrgreen:

.

.

.

.

 

Sebagai upah kerana lakukan aksi kejar mengejar (buat hiburan di tengahari), Mak De bagi kita sebutir telur ayam belanda (padan muka dia!) dan telur angsa. Hahaha….

.

.

.

~ Semua anak-anak ayam belanda dijual. Harga rm50 seekor.  Kalau 10 ekor, berapa tu ? Berbaloi juga bela ayam belanda ni.😆

 

 

  1. February 27, 2011 at 9:01 am

    assallam kayteeze..nasib baib kuat lari kan..kalau tidaaakkk.
    memang sah la jantan tu..sebab kejar orang pompuan..he he..
    biasanya yang suko mengejar ni.ayam beranak kecik je..

    • Tie
      February 27, 2011 at 4:36 pm

      W’salam Kak Erna,

      Sijantan tu memang minat kat orang yang pakai baju sedondon… tuannya yang kata. Dulu Tie pernah dikejar ibu ayam. Rasa semput kerana ketakutan, hihi…

  2. February 27, 2011 at 9:39 am

    garangnya ‘jantan’ tu.. ;p

    • Tie
      February 27, 2011 at 4:36 pm

      Tu yang takut😛

  3. February 27, 2011 at 9:44 am

    kau pakai baju merah ke tie hahaha..

    besar nya telur!!

    • Tie
      February 27, 2011 at 4:37 pm

      Kita pakai baju pink bunga-bunga.
      Kalau pakai baju merah sure lagi laju ia kejar.

  4. February 27, 2011 at 10:25 am

    sape suruh tunjuk kamera.. dia nak bagi posting istimewa..tu hehe

    • Tie
      February 27, 2011 at 4:37 pm

      Hehe, kita tak tahu yang dia nak masuk dalam blog ni!😆

  5. February 27, 2011 at 12:00 pm

    jantan terkejut lama tak tengok kak tie kot.. dia rindu tu..
    saya pernah kena kejar angsa kat rumah atok.. macam org gila lari terpekik..

    • Tie
      February 27, 2011 at 4:38 pm

      Kah kah…

      Tak dapat bayangkan Mulan lari macam orang gila,:mrgreen:

  6. February 27, 2011 at 2:31 pm

    MMG SAH.. itu ayam jantan (dan tak gay).. he he😀
    Kak Tie.. ada makanan kenduri tersangkut kat baju kot?.. sebab tu dia kejar..

    • Tie
      February 27, 2011 at 4:39 pm

      Kita belum pergi kenduri lagi. Singgah kat sana sekejap.

      Memang sah ia jantan, kan… !😛

  7. February 27, 2011 at 2:41 pm

    Tie, masa mula2 baca (belum tengok ke bawah lagi) tu nekcun dah agak dah mesti ada benda lain yang kejar Tie ni… kerana nekcun pun dulu pernah kena kejar camtu… tapi bukanlah ayam… lagi hebat… angsa jantan!… atok kata sebab nekcun masuk kampung pakai warna merah sedondon dari atas sampai ke bawah!.. Lepas tu tobat nekcun tak pakai warna merah lagi bila balik kampung mentua!… hehehe…

    • Tie
      February 27, 2011 at 4:44 pm

      Angsa jantan ?
      Aderk! Takutnya! Lehernya panjang, senang ia nak ketip!!
      Kalau Tie mesti meraung satu kampung!!!
      Waa…. bukan setakat angsa je suka baju merah, Tie rasa lelaki pun tertarik kat pompuan berbaju merah tau Nekcun..
      Selalu perasan reaksi lelaki bila tengok wanita bergincu merah, bertudung merah, atau berpakaian merah.:mrgreen:

  8. February 27, 2011 at 4:35 pm

    Tie

    Eksyen ek ayam belanda tu? Tie pasti ke ayam tu jantan? Nape tak flying kick aje? har3 *sekali sekala kena tunjuk bakat*

    • Tie
      February 27, 2011 at 4:45 pm

      Som, memang ia eksyen. Tuannya kata kalau tak ada orang, ia tak pun kembangkan bulu dan sayapnya tu. Tapi bila nampak Tie, terus menunjuk-nunjuk betapa handsomenya ia, kah kah kah..!!

  9. February 27, 2011 at 5:51 pm

    Sah ke ayam tu datang dari Belanda? Hehehe…Kak Long jarang jumpa orang bela ayam belanda. Kat kampung dulu, ramai bela angsa, memang pantang lalu, mesti kena kejar.
    Bestnya tengok sawah padi yang menghijau tu.

    • Tie
      February 27, 2011 at 9:37 pm

      Tak tahulah Kak Long… sejak kecik lagi orang gelar ayam belanda.. ada nama lain, tak ingat lak.

  10. nahmy
    February 27, 2011 at 7:01 pm

    alhamdulillah…bagus tu ada ‘ramai’ yg minat?

    • Tie
      February 27, 2011 at 9:37 pm

      Hehe… ye la tu…😆

  11. February 28, 2011 at 12:17 am

    agaknya dia kejar kekasih dia tu di belakang kat tie di sebelah motor honda tu ha… hehehehhe

    • Tie
      March 1, 2011 at 5:59 am

      Mana ada….

      Si jantan tu tertarik pada baju kita laa… hihi..

  12. February 28, 2011 at 4:37 pm

    tak hensem la si jantan tu.. ehhee besarnya telur angsa.. sepinggan besar tu ye kalo goreng

    • Tie
      March 1, 2011 at 6:00 am

      Kalau dibuat panggang tentu sedapkan jantan tu, kah kah..

      Telur angsa memang besar. Kak tie selalu gak makan.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: