Dengki

February 27, 2011 Leave a comment Go to comments

Entri luahan hati……

.

.

Kita ni dah habis sabar dengan orang-orang begini. Masa kita mengandung anak kedua tu, anak sulong baru je umor 9 bulan. Macam-macam kita dikutuk. “Degil, tak nak ikut cara mereka berpantang dulu, sebab tu cepat ‘lekat’ “.  Pergi mana-mana berderet bawak anak-anak kecik, orang kata macam keretapi. Padahal cuma 3 orang ni jer.

Tapi sekarang, anak-anak cepat besar, dah tak nak ikut kami ke mana-mana pun. Jadi bila hanya kita berdua suami isteri ke sana ke sini bagai pasangan kekasih(memang pun!), kita disindir-sindir pula.

Ada ke patut kita digelar  Mak Datin ??

Aderk ! Sakitnya hati bila hal-hal kecil yang peribadi begini pun nak dijadikan bahan cerita. Salah ke kami berdua ke hulu dan ke hilir tanpa membawa anak-anak? Dah naik bosan bila soalan yang sama diutarakan.

“Berdua sahaja ke ? Anak-anak mana ? Amboi… jadi mak datin dia….. “

Kita dulu tak pandai nak rancang beranak macam kalian yang 4-5 tahun jaraknya. Anak sulung dan anak kedua bezanya setahun setengah. Yang bongsu je beza dekat 3 tahun.

Jadi kalian janganlah cemburu bila semua anak-anak kita semua dah  remaja. Sedangkan kalian masih lagi dok berdukong dan bergelumang dengan pampers tu…….

 

~ Kalau kita betul-betul jadi Mak Datin, macam mana ??? :mrgreen:

.

.

.

~ Kalian tu ditujukan pada yang menyindir-yindir kita, bukan kalian yang membaca ni, tau!

.

  1. February 27, 2011 at 10:50 pm

    k tie .. adatlah tu… zan pun kemana2 berdua juga..:D lagi org kata lagi zan senyum … tanda kita bahagia… Alhamdulillah…

    • Tie
      February 28, 2011 at 8:22 am

      Heran la Zan. Kak tie tak de pun nak sibuk hal-hal peribadi mereka.

      Kenapalah diri kak tie selalu jadi bahan cerita. Adakah kerana kak tie ni ‘orang luar’ ?

      • nurul
        February 28, 2011 at 9:48 am

        biasa la org kak..ms skolah dulu tak bagi kawan dgn laki org kata gatal..ni dah besar sket sibuk tanya bila nak berlaki..bila dah berlaki sibuk tanya bila nak beranak..bila dah beranak sibuk tanya bila nak beranak lagi..kalau anak rapat kata kita keretapi ekspress plak anak berderet2..kalau tak beranak pun dikata org gak macam2 hal..semua yg kita buat tak betul di mata org..dulu kita selalu gak ikut mak ayah org kata mak ayah kita nak tunjuk anak dara kat org..mentang2 cun + pandai (kebetulan =) ) konon nak menunjuk..bila dah tak dibawak kata kita sombong plak tak nak jumpa org mentang2 blaja tinggi..PENGAJARAN: jgn peduli apa org kata..nanti kita yg sakit jiwa..

        • Tie
          March 1, 2011 at 6:03 am

          Terima kasih Nurul, atas komen yang panjang lebar ni😛

      • March 3, 2011 at 9:07 pm

        kak tie… macam tu lar hidup bermasyarakat .. x semua sama mcm kita. hendak tak hendak kena terima juga … nawaitu kita kehendak kita … dahulukan. senyum pada semua orang x bermakna kita kena buka mulut pada semua orang… dengar cerita orang tak bermakna kena simpan dan ikut cara orang.

        kita diam dan biarkan masuk kiri keluar kanan. kita buat apa yang terbaik utk kita.

      • Tie
        March 3, 2011 at 9:11 pm

        Zan,
        Kak tie memang diam dan senyum je. Tu yang makan hati sebab entah berapa kali dok ulang ayat sama.

        Ni yang kak tie luahkan di blog, tak dapat nak ngamuk depan mereka, hehe…

  2. February 28, 2011 at 12:14 am

    fuhh.. selamat. ingatkan maza tadi.. heheheh

    psst: dah rezeki Tuhan, kan.. ambik jerlah.. karang, durhaka kat laki lak kan..hahahhaa

    ahaks.. maza yg memandai.. hehehe

    • Tie
      February 28, 2011 at 8:24 am

      Maza, kalau maza berada di tempat kak tie, tentu rasa berserabut.

      Tiap kali jumpa mesti tanya soalan yang sama. Sedangkan anak-anak kak tie memang dah tak mahu ikut kami pun. Takkanlah nak paksa. Masing-masing sibuk dengan tugasan sekolah laa…

      • February 28, 2011 at 3:25 pm

        buat lantak kat dema aje..
        buat tak tahu sudah..

        biar dia jeles gitew.. heheheh

  3. nahmy
    February 28, 2011 at 7:43 am

    pheww!!…berderau baca entry ni…nasib baik ada disclaimer “kalian tu bukan yg membaca blog ni”. takpe kak…sabar-sabar…

    • Tie
      February 28, 2011 at 8:25 am

      Ehehehe…. mujur kita teringat nak letak disclaimer tu:mrgreen:

  4. February 28, 2011 at 8:04 am

    takut lak nak komen nih.. sabar kak.. saya pun selalu hulu hilir berdua jugak.. tapi belum lagi dipanggil datuk nih..😀

    • Tie
      March 1, 2011 at 6:03 am

      Eh… janganlah takut. Kita tak marah pun , hehe…

  5. February 28, 2011 at 8:42 am

    Untung ada anak muda2 yer…blom sempat tua anak dh besar. time2 ni lah nak honeymoon slalu^_^

    • Tie
      March 1, 2011 at 6:04 am

      Sekarang ni barulah rasa lega sikit. Anak-anak dah boleh berdikari.😛

  6. February 28, 2011 at 9:55 am

    memang susah nak bagi semua orang puas hati… kita rasa tak buat salah pun… rupanya ade jugak orang sakit hati..

    • Tie
      March 1, 2011 at 6:05 am

      Kak tie tak suka menarik perhatian orang. Tapi, mereka ni memang selalu je cari pasal. Malu betul, jumpa je kak tie mesti panggil mak datin, depan orang lain lak tu. Issshhh…. sabar je la…

  7. February 28, 2011 at 11:00 am

    TAHNIAH!!!! KAK TIE ADALAH PEMENANG ‘LIGAN NOMBOR’….check e mel.

    btw: aminkan saja bila org kata kita mak datin..mana tau kan…setiap kata2 tu adalah doa..hehe

    • Tie
      March 1, 2011 at 6:06 am

      Terima kasih Ieda,

      Kalau boleh tak nak jadi Mak Datin. Lagi berserabut hidup ni..:mrgreen:

  8. February 28, 2011 at 11:42 am

    Laa…akak ni lagi ramai berderet….sekali masuk kedai semua mata memandang….siap kira lagi tu..
    masa hari raya, agak nya risau mereka lihat kami datang…yelah..dok kira berapa duit
    yang akan hilang…
    lama lama budak2 pun dah mau ikut lagi..apa lagi rumah yang laser2 tu…
    sekarang pandai plk tanya..kenapa anak2 tak bawak…kenapa datang berdua..
    akak jawap senang jer..anak tak mau ikut….

    Peduli jer mulut orang macam ni…baik kat mulut jer..hati dia busuk..asyik mencari silap orang jer…

    • Tie
      March 1, 2011 at 6:08 am

      Kak Ezza,

      Dalam dunia yang semua orang dah berpelajaran ni masih lagi ada orang yang berfikiran sempit. Kita ni teringin nakkan hidup aman tanpa hasad dengki. Sesama agama pun masih simpan perasaan busuk hati.

  9. DrSinga
    February 28, 2011 at 12:32 pm

    yang berkata itu adalah mereka yang jeles..
    sebab tak boleh jenjalan berdua macam Tie !!
    biorkan je !!

    • Tie
      March 1, 2011 at 6:09 am

      Memang kita sedar, mereka tu jeles. Kah kah kah….!!!

  10. February 28, 2011 at 4:26 pm

    saya doakan moga satu hari nanti kaktie jadi makdatin tapi masa tu jgn pulak lupakan kami.

    • Tie
      March 1, 2011 at 6:09 am

      Ish… Juliet ni..

      Bila jadi mak datin, tanggungjawab pun bertambah. Takut juga tau!!!

  11. February 28, 2011 at 4:40 pm

    hohohhhh ada2 je la diorg ni kan kak. ada je yg tk puashati. biarlah mereka Kak Tie. pedulikan org2 itu.. janji kita happy satu family.

    • Tie
      March 1, 2011 at 6:11 am

      Selagi kak tie berada jauh dari mereka, kak tie macam biasa je. Tapi bila terpaksa berhadapan dengan puak-puak yang berfikiran negatif ni, aderk…. panas hati dibuatnya..

  12. ima
    February 28, 2011 at 7:34 pm

    assalam kak tie…biasalah tu kak tie,ima pun selalu gak diaju soalan yg sebegitu…rasanya bukan sebab kak tie ‘org luar’..tapi mungkin dah memang begitu cara mereka nak beramah mesra…jgnlah kak tie ambil hati…sabar je…hihi

    • Tie
      March 1, 2011 at 6:14 am

      W’salam Ima,

      Insyaallah Ima, kak tie cuba buangkan yang keruh tu. Sekarang ni abg lak panggil kak tie mak datin, adoi laa….

  13. February 28, 2011 at 9:32 pm

    Dunia ni penuh dengan manusia pelbagai ragam. Doakan aje mereka tu bahagia supaya tak ada masa nak dengki dengan kebahagian orang lain.

    Semoga panggilan tu jadi doa buat Tie dan kalau jadi Datin betul-betul nanti, apa lagi, buat pulut kuning jamu dia orang.

    • Tie
      March 1, 2011 at 6:14 am

      Ehehehe…..

      kalau kak long nak makan pulut kuning, bila-bila je Tie boleh buatkan,😛

  14. March 1, 2011 at 10:42 am

    sah2 depa jeles gitu… bior kan.. janji kak tie bahagia sokmo2..

    • Tie
      March 1, 2011 at 3:28 pm

      Insyaallah… kak tie bahagia ni, hehe..

  15. zareda
    March 1, 2011 at 11:58 am

    kak tie

    rileks.. eloklah tu dipanggil mak datin, mana tahu kot kot masin mulut dorang hehhe..

    ala kak jangan fikir sangatlah.. biasalah manusia…

    • Tie
      March 1, 2011 at 3:29 pm

      Err… tak mau jadi datin. Tak sesuai, hihi…

  16. March 1, 2011 at 6:46 pm

    Tie
    Diorang tu tak faham fasa kehidupan kot? ehemm..

    Sejak dua menjak bila hubby cuti, I suka aje jenjalan gi makan berdua2an (dah anak2 ada kerja/hal memasing). Sebulan sekali bila korum famili cukup, barulah keluar makan sama2.

    • Tie
      March 1, 2011 at 10:04 pm

      Bukan tak faham, Som…

      Cuma dengki.

  17. March 2, 2011 at 11:43 pm

    lomantik kan ?
    tu yg buat diorang jeles..

    *ni yg nak eksport anak2 ke kampung cuti sekolah ni kak !
    hehehe..

    • Tie
      March 3, 2011 at 3:02 pm

      Haha…. sesekali bila dah tinggal berdua ni terasa macam baru-baru kahwin🙂

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: