Steamboat ala Johnny's

Boss kita teringin nak makan steamboat. Jadi kita sediakanlah bahan-bahan tu untuk dinner malam nanti, πŸ˜›

.

.

.

Semuanya kita dah basuh dan simpan dalam fridge sementara tunggu waktu makan. Lupa lak nak beli kangkong atau sawi ! Sup steamboat tu biasanya kita guna perencah bee hoon sup atau mee hoon sup Adabi. Rebus je air dan bubuh sepeket. Kalau nak rasa bilis tambahlah ikan bilis yang ditumbuk lumat. Garam boleh ditambah ikut rasa.

.

.

.

Sementara sos pedas tu kita guna perencah tom yam Adabi jenis pes ni. Bancuh dengan sesenduk air, 2-3 ulas bawang putih (tumbuk lumat), 1 sudu cuka, 1 sudu gula dan masaklah hingga mendidih dan pekat.

 

 

Kemudian bubuh hirisan daun ketumbar dan bijan yang disagai. Kita biasa dah tersedia bijan yang disagai dalam petisejuk. Kalau nak bubuh kacang tumbuk@ mesin pun boleh. Boleh tambah lada kecik jika suka pedas.

 

Nanti malam baru nak makan, jadi….. kalian boleh mula bayangkan sekarang, hehehe….. πŸ˜†

 

 

20 Comments (+add yours?)

  1. aida
    Feb 24, 2011 @ 18:25:56

    sedap!!.. saya laki bini suka sgt.. tp anak2 tak suka. kalo nak mkn ni biasa time anak2 gi sek.. sblh petang jln2 cari mkn dgn husband. lain kali boleh buat sendiri. TQ bg resepi utk sos pedas tu.. mmg tk pernah buat pun.

    Reply

    • Tie
      Feb 24, 2011 @ 18:39:22

      Hehe… kak tie lupa nak tayang udang tadi, ada sedang kedinginan dalam peti sejuk.

      Anak-anak kak tie yang perempuan tu suka makan. Yang lelaki tu suka western food. Ngada-ngada lak!

      Sos pedas tu kena bubuh daun ketumbar baru menjadi. Pastu rasanya kena tambah lada kecik.

      Reply

  2. Ismail N
    Feb 24, 2011 @ 18:59:25

    aduh masuk blog masterchef…lapar kawe jadinya. Cancel plan nak diet. Kalori tinggi kak. Dr dah marah banyak kali πŸ˜€

    Reply

  3. fazemy
    Feb 24, 2011 @ 20:54:03

    Macam yong tau fuu klw makan cenggini. Kalau buat kuah tomyam lagi sedapppp…slurpppp. Saya pun baru makan steamboat smlm.:))

    Reply

  4. izan
    Feb 24, 2011 @ 20:55:18

    kak tie,

    yang putih panjang2 tu apa …. kalau buat sayur biasa sedap tak… ada nampak selalu.. tapi tak tau nak masak camane..

    Reply

    • Tie
      Feb 24, 2011 @ 21:35:33

      Itu enoki mushroom.

      Boleh buat sup atau goreng bersama sayur. Tapi masak last sekali kemudian terus angkat dan hidangkan. Ia cepat masak dan lembut. Sedap tau Zan.

      Reply

      • izan
        Feb 25, 2011 @ 20:13:55

        k tie buat sup campur apa fishball ke … kalau goreng pulak campur sayur apa … ok sok pagi zan pi beli … try rasa. selalu takut nak cuba..

        Reply

        • Tie
          Feb 25, 2011 @ 20:32:16

          Bolehlah Zan. Bubuh dalam sup tomyam pun boleh. Tapi kena ingat bubuh masa nak angkat. Kalau tak ia lembek je.

          Sayur campur, kobis, carrot,bunga kobis,kacang peas, rencah hirisan ayam sikit.. kira sayur omputih laa.. baru sesuai.

          Jangan takut nak cuba, masak sikit jer..

  5. zino
    Feb 24, 2011 @ 21:30:16

    belum masak lagi dah nampak sedap hehe

    Reply

  6. ima
    Feb 24, 2011 @ 22:59:01

    assalam kak tie…

    amboi lajunya blog kak tie sekarang…tak sempat ima nak kejar…tapi tetap kena tengok jugak…w/pun ketinggalan bas…hihi

    menu ni ima sekeluarga suka sangat..terutama ima n suamilah…dah lama tak makan..

    Reply

    • Tie
      Feb 25, 2011 @ 08:29:40

      W’salam Ima.

      Haha… kak tie tulis bila ada cerita je. Kalau tak, jadi silent reader je, πŸ˜›

      Nanti kak tie nak belajar buat sos yong tauhu lak.

      Reply

  7. kakpah
    Feb 25, 2011 @ 08:44:18

    kpah suka kuah tomyam..
    malam ni pun ingat nakk makan steamboat gak.. sama pulak menu kita ek.

    Reply

    • Tie
      Feb 25, 2011 @ 08:50:44

      Memang Tie sediakan sos tomyam tu, berasingan sebab sibujang tu tak suka pedas.

      Sedap, KakPah… boleh makan sambil tengok tv, hehe..

      Reply

  8. maza
    Feb 25, 2011 @ 10:28:43

    maza bercadang di hujng minggu ni mahu berkehmah di PD.. lepas pasang khemah kami menjamu selera dgn steam boat yg itew. hehhee

    kira kita buat sendiri dgn stove dan tong gas bawa dari rumah lor.. hahaha

    Reply

  9. Azrina3.7
    Feb 25, 2011 @ 19:05:41

    kenapalah saya tak terpikir nak buat camni kak tie ?
    boleh cuba nanti…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: