Home > Jenjalan, Uncategorized > Jenjalan masuk bukit

Jenjalan masuk bukit

February 22, 2011 Leave a comment Go to comments

Entah apa la tajuk ni, kita bantai je.

Jumaat lepas, abang ajak ke rumah sahabat lamanya, nun jauh ke dalam bukit dari Telemong. Cuaca panas gak, tapi kita maintain ayu jer, hehehe…

Rupanya nak tengok kolam ikan yang sahabatnya usahakan. Tanah ni dia beli, tak ingat berapa ribu. Beli tanah haram dulu, pastu daftar, jadi tanah sendiri. Issh… mudah sangat!

 

Mereka suami isteri menternak ikan tilapia, baung, patin, entah apa lagi.Β  Yang tak seronoknya kecurian tetap juga berlaku di sini, waktu malam. Dia nak bagi sepetak kolam kat abang. Tapi kos nak selenggarakannya lebih rm100 ribu. Terus bisu kita !!

.

.

.

Mereka ni tak kedekut macam kita . Kalau boleh nak bagi sebaldi. Tapi, kita ambil sikit jer. Sebab anak tak ramai, hihihi…….

.

.

.

Inilah sebahagian ikan tilapia yang mereka beri. Terlompat-lompat, suka lak tengok! Balik rumah terus bakar dengan sos ikan bakar Adabi yang baru tu. Okay jugak rasanya.

.

.

.

Yang ini ikan baung. Ada 3 ekor ni je. Yang lain dalam kolam besar, payah nak ambik. Kita dah masak gulai daun kesom (asam pedas stail Johor).Β  Alhamdulillah , nikmatnya….πŸ˜›

.

.

.

Mereka juga ada menternak kambing. Kita snap gambor dari jauh je. Takut kena kejor, hehehehe….. Walaupun dalam hati dah berangan rupa mereka dipanggang atau dimasak briayani !!!

.

.

.

Bapak kambing ! Kambing jenis Boer, besarlah jugak. Hampir-hampir sebaya dengan kita, ekekeke…….

.

.

.

Anak kambing ni comel. Kita cuba nak kidnap, tapi dia lari kepada ibunya. Tak berani nak kejar, takut ibunya sepak, hihihi….

.

.

.

~ Semalam dapat berita gembira, tapi dalam masa yang sama rasa berdebar. Kena tunggu minggu depan baru kita boleh cerita.πŸ˜†

 

 

  1. February 22, 2011 at 9:44 am

    Kagum dengan usahawan yang berbudi pada tanah dan sumber alam ni. Lebih respect dari usahawan kat bandar2 tu. Memang mencabar perniagaan mereka. Banyak perkara yg harus di pikirkan – bencana alam (banjir, kemarau dsb), penyakit, pelanggan dll. Tahniah kepada kawan abang awak tu..πŸ˜€
    Wah syoknya makan ikan… dah penat control ayu, tak dapat bawa sikit ke daging kambing balik rumah? … keh keh keh..

    • Tie
      February 22, 2011 at 12:28 pm

      Orang begini sangatlah rajin. Tak kenal penat pun. Tapi semuanya kena ada modal. Abg kak tie minat, cuma kena selesaikan rumah yang sedia ada ni dulu. Hutang keliling pinggang, hehehe…. Tak berani nak buat pinjaman lagi.

      Dia pernah offer nak bagi kambing, masa tu abang kita sibuk sangat, sampai terlupa. Habis semua kambing2nya 400 ekor tu mati kerana silap teknik menjaganya (abg dia yang beria nak bela dulu)

      • February 22, 2011 at 2:06 pm

        adoi 400 ekor mati??? berapa ribu nilainya tu? Saya takut bab tu lah Kak Tie. Pengalaman berniaga mengajar saya agar berhati-hati bila nak bisness.

        Kalau saya nak buat benda2 cam ni pun – MESTI pergi kursus dulu dan belajar dgn sifu. Kalau setakat baca buku tak cukup.

        • Tie
          February 22, 2011 at 2:15 pm

          Abang dia kaya…. tak terasa ruginya tu.

          Kambing cepat biak, dia tak sediakan tempat yang cukup. Kena cepat jual atau asingkan yang dah matang tu.. jadi tak terkawal . Atau kot-kot ada sumbang mahramπŸ˜›

  2. February 22, 2011 at 9:46 am

    tilapia fresh…goreng garing2 sedap sangat..

    • Tie
      February 22, 2011 at 12:29 pm

      Kak Tie memang nak goreng hari ni.πŸ˜›

  3. February 22, 2011 at 9:51 am

    Seronoknya pergi kolam ikan camni. Suka tgk ikan terlompat2 tu..

    • Tie
      February 22, 2011 at 12:29 pm

      Memang seronok Emy, tapi cuaca panas betul.
      Rasa macam cair sikit kak tie, hehe..

  4. February 22, 2011 at 9:53 am

    best nya ikan fresh.. patut la ikan mahal… kos selenggara pon mahal..

    ada jgk orang curi.. jahat betol..

    • Tie
      February 22, 2011 at 12:49 pm

      Memang mahal kos tu, tapi hasilnya berganda !

      Orang ni tak kira apa pun nak curi. Ayam kak tie kat kampung tu pun kena curi. Susah betul , kan…

  5. DrSinga
    February 22, 2011 at 10:07 am

    tak baik kidnap anak orang eh kambing !!!

    • Tie
      February 22, 2011 at 12:30 pm

      Susah nak kawal diri:mrgreen:

  6. February 22, 2011 at 10:31 am

    Tie

    Seronok juga jenjalan kat tempat cam tu. Nak nak dapat buah tangan, hehe.
    Ikan baung tu isinya halus ke Tie? *cakap nih sbb hubby kata gitu*

    • Tie
      February 22, 2011 at 12:33 pm

      Abang kita ni mesra alam. Kenal ramai yang ada kebun dan penternak. Dapat juga tumpang hasilnya, hehe…

      Ikan baung memang isinya lembut. Kita bukannya tahu sangat hal-hal begini. Abang je yang arif sebab dia minat.

  7. February 22, 2011 at 11:00 am

    err.. maza boleh bela kambing, tapi nak sembelih atau nak korbankannya.. aderkkk…

    tapi makan kambing suka lah fulaks. ahaks.. hehehe

    • Tie
      February 22, 2011 at 12:33 pm

      Nanti, kalau kita dapat kambing tu, kita nak tayang kat Maza, ekkπŸ˜†

  8. February 22, 2011 at 1:11 pm

    Seronok bila tengok org yg berjaya dlm bidang pertanian ni. Saya pun minat juga tapi takde tanah huhuhu.

    Telemong kat Pahang ke kat mana tu?

    • Tie
      February 22, 2011 at 2:18 pm

      Telemong kat Kuala Berang. Tapi daerah bukit tu dah masuk sempadan Setiu.

      Kalau tinggal di sini, senang je nak cari tanah, cuma kena ada modal dan ambil kursus dulu. Pekerja pun kena cari yang mahir. Kalau tak rugi je nanti.

  9. zareda
    February 22, 2011 at 2:31 pm

    alahai talapia bakar.. nyum nyum…

    • Tie
      February 22, 2011 at 4:47 pm

      Kat sini memang orang suka buat tilapia bakar….πŸ˜›

  10. February 22, 2011 at 5:36 pm

    kolam ikan terang benderang tu pn ada juga org nk curi ikan ye kak Tie.. pencuri mmg tak tau takut la kan.. tak tau malu. berkenan pulak tgk anak kambing tu.. nampak putih bersih je bulu dia

    • Tie
      February 23, 2011 at 7:42 am

      Memang ada orang curi. Tak larat tuannya nak hambat. Biasanya mat-mat gian.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: