Home > Anniversary > Hari Ini Dalam Sejarah

Hari Ini Dalam Sejarah

February 22, 2011 Leave a comment Go to comments

 

Hari ini 22 February pada tahun 1992 yang lepas adalah hari pertunangan kita dengan abang (siapa lagi, ek?) Bila kita cakap kat abang , dia buat-buat tak tahu lak. Malu kita😆

 

Sebahagian dari hantaran kita masa bertunang dulu. Semuanya kita hias dan buat sendiri (tepek reben jer) kecuali kek dan sirih junjung.  Maklumlah kita ni anak sulong, semuanya kena buat sendiri termasuk ongkosnya sekali.

Kelakar bila tengok gambar ni, berbeza benar dengan hiasan hantaran zaman sekarang. Gambar kek dan sirih junjung kita tiadakan…. segan laa, hihihi…

.

.

.

Ini bukan cincin tunang. Cincin tunang tu dah hilang, kah kah  (ada ke patut?) . Inilah cincin batu delima kita beli gara-gara terpengaruh dengan biras kita (kat kelate tu). Masa tu trend beli barang emas second hand, ada berlambak penjualnya di kaki lima kedai di Kota Bharu. Orang sana suka batu zamrud (hijau). Kita minat merah, jadi kita pilih delima.

Cuma kita suruh dia belikan bersama dengan rantai tangan sepasang. Murah je harganya, kalau tak silap harga rantai tangan tu rm250 sedangkan yang baru (kita intai di kedai masa tu) dalam rm1000++. Sekarang  lagi berganda. Boleh pitam tengok!

Dah lama kita beli ni, masa baru kahwin lagi. Sampaikan jari batang serai ni dah tak muat daa….. rugi betul!  Hari-hari exercise jari pun tak jugak slim!

Err….. maaflah ya, Kita merapu sampai terasa macam tokeh kedai emas lak! Padahal cuma nak buat entri pasal tunang tu, ekekekeke…………….

 

 

  1. February 22, 2011 at 3:56 pm

    lelaki jarang ada yg ingat tarikh penting gitu.Yang taktau tarikh lahir anak, umur anak pun ramai. Asalkan dorang ingat siapa isteri dorang kira ok la tu kan😀

    • Tie
      February 22, 2011 at 4:49 pm

      Ooo…. ye la. Betul juga kata Juliet!

      Err….

      Ada pengalaman ke ?

  2. February 22, 2011 at 4:11 pm

    Tie…samalah cincin tunang kita pun dah hilang

    ada orang curi…kita tau sapa tapi malas arr nak bising

    pekerja abang juga…. dulu2 ramai pekerja dia
    kadang2 dtg ke rumah

    ( budak tu dah masuk pusat serenti pun…. )

    ada le juga 2-3 bentuk cincin zaman dara sunti dulu..tapi dah tak celuih

    hahaha….cincin tu mengecut tu…

    • Tie
      February 22, 2011 at 4:52 pm

      Tie tak pasti samada dicuri ataupun silap letak lalu terbuang.

      Kita ni asyik pindah je. Tu yang tak ingat.

      Tapi kan, tiap kali pindah ada je barang hilang. Heran juga sedangkan semuanya kita label dan kemas sendiri. Cuma orang lain tolong angkatkan.
      .
      .

      Memang sah cincin yang tak muat tu mengecut kan.. !!😆

  3. February 22, 2011 at 4:25 pm

    cemana ek exercise jari???adakah dgn menyuap makanan ke dalam mulut???hehehe

    • Tie
      February 22, 2011 at 4:53 pm

      Hari-hari kita online, jadi kira exercise jari la tu, hehe…

      Tapi suap makanan pun kira exercise juga, kan ??:mrgreen:

  4. February 22, 2011 at 4:26 pm

    kayteeze..alahi..mudanya lagi..akak dah ada anak dua dah tahun 1992 tu..

    • Tie
      February 22, 2011 at 4:55 pm

      Muda ? Ehehehe…. (sambil cuba kawal diri dari mengembang!)

      Kita kawin lewatlah Kak Erna, umor 26 tahun. Ambil masa 5 tahun untuk kenal abang,kah kah….!

  5. February 22, 2011 at 4:43 pm

    bila rantai tangan suami bagi saya tak pakai, mesti akan ada suara sumbang
    “dah tanak pakai ke?? kalau taknak jualll!”
    isk tak patut betul

    • Tie
      February 22, 2011 at 4:57 pm

      Depa jeles tu, dalam hati tu nak sangat rantai tangan macam adek punya, hahaha….

  6. February 22, 2011 at 4:59 pm

    tak letak gmbr kek dan sirih takpe. asalkan ada gmbr permpuan yg bertunang tu

    mana? mana?

    nak tengoooooookkkk

    • Tie
      February 22, 2011 at 5:19 pm

      Mama malu laa…

      Macam rupa bintang filem tahun 60an, hihihi……

  7. February 22, 2011 at 5:39 pm

    Best gak kan tgk gambar zmn bertunang dulu.. Masa sy bertunang semua hantaran sy buat sendiri juga. Termasuk hantaran pihak lelaki sy buat hehe. Teringat lak kisah syahdu masa bertnang dulu.. nasib baik jadi. dah beranak pinak pun sekarang kah kahhhh

    • Tie
      February 23, 2011 at 7:35 am

      Zaman dulu, kan… budget kecik, memang kena buat sendiri. Hehe…

      Ya, memang syahdu masa tu, tengok gambar dulu ada dah tak de lagi. Tinggal kenangan je.

  8. February 22, 2011 at 9:31 pm

    cincin yg dah mengecut tu, cuba pakaikan kat jari kelingking kaki.. mana tau, tiba2 magik lak, muat gitew.. hahahaha

    • Tie
      February 23, 2011 at 7:35 am

      Kalau pakai kat jari kelingking memang muat. Cuma nampak kelakor sebab ada permata, hehehe….

  9. February 22, 2011 at 9:48 pm

    letak cincin tu kat panas biar dia kembang hehe

    • Tie
      February 23, 2011 at 7:36 am

      Kalau boleh kembang dah lama kita buat😆

  10. Ctnik
    February 23, 2011 at 7:29 am

    Eh nostalgia sungguh gelang tu!mak kita ada gak.tp pes time dgr beli atas pasar.batu je kan?rasa kt pp pun ada jual batu tu.emas xkan?

    Kira adv la zaman ktie tunang hantarannya gitu.

    • Tie
      February 23, 2011 at 7:40 am

      Beli satu set la ct. Cincin tu rm150 kot, tak ingat lak. Emas… tapi bukan emas pound. Mungkin suasa, tapi warnanya macam emas 916. Kilat dan tak pudar pun.

      Hantaran tu palinglah simple. Bubuh je reben, hehehe…. Bakul buah tu mentua simpan sampai sekarang, kah kah… Masa tu orang sana jarang dapat bakul buah gitu.

  11. DrSinga
    February 23, 2011 at 8:58 am

    hari2 eksesais jari dengan makan…
    mana nak slim…
    .
    hehehehe……..
    lariiiiii……

    • Tie
      February 23, 2011 at 4:04 pm

      Ehehehe…..
      Abang kita pun dah sound tu:mrgreen:

  12. February 23, 2011 at 10:46 am

    Tie

    I pun dah tak boleh pakai cincin tunang. Bukan tak muat (boleh percaya ke?), tapi dah kena kebas orang.

    • Tie
      February 23, 2011 at 4:05 pm

      Eh…. ramai juga yang hilang cincin tunang ni ekk ? Heran kita….

  13. February 23, 2011 at 10:56 am

    nostalgia kanns.. ihiks

    • Tie
      February 23, 2011 at 4:05 pm

      Kita kan orang lama…🙂

  14. February 23, 2011 at 11:21 am

    Hmm barangkali batu delima itu boleh menolong…

    apa lagi kasik rendam dalam segelas air jarang, kendian selawat dan minum..
    mana tau, tiba2, tinggggg… terus boleh pakai cincin yg merajuk dan mengecil itu.. hahaha

    • Tie
      February 23, 2011 at 4:07 pm

      Batu delima tu buat lawa je Maza.

      Tapi ada jenis kayu yang boleh dibuat air tawar (entah betul ke idak). Kita dengor2 orang kata je…. Kayu teras apa entah…

  15. February 23, 2011 at 1:45 pm

    ha ha… saya tak ingat pun tarikh pertunangan saya. kena cek gambarlah, untung2 kat gambar tu ada tarikh… adusss… tak taulah en abang tu ingat ke idak… he he he

    alamak kak tie, ada orang same name lah ngan kita aida, so kita kasi tukar jadi aidaS… he he

    • Tie
      February 23, 2011 at 4:11 pm

      Kalian ni datang berdua rupanya, ekekeke…..

      Tak ingat tarikh tunang ? Hahaha…. rasanya en abang Aida tu lagi la tak ingat. Dia cuma ingat malam pertama tu jer (pernah tulis dlm blog dia dulu.. :P)

      Memang ada sorang lagi Aida, orang Johor. Kekadang kak tie keliru, tapi nasib baik ada gambor monster tu (AidaS warna pink ), boleh cam sikit, hihihi….

      • February 23, 2011 at 5:48 pm

        perkhh.. satu family berkampung kat sini.. hahahaha

        uiks! malam pertama. .hmmm?

        kena bukak balik kitab lama ni, tengok2 album gitew.. cari ilham.. ahaks..

        • Tie
          February 23, 2011 at 10:46 pm

          Baguslah tu, semoga melimpah ruah kasih kalian suami isteri, hi hi hi….

  16. zue
    February 23, 2011 at 4:29 pm

    selamat ulang thn pertunangan..walaupun dah lewat 1 hari.

    mmg klu di kenang zaman 90an mmg gelihatikan…mcm zue dulu brtunang dpat cincin emas berbatu belian puye le byk belian..belian yg x ori. org dulu2 kn suka ada batu yg besor2. masa tu abg kata harganya 350 je. zue x suka dgn cincin tu sbb jari zue dah halus jadi bila pkai nmpak besor je..

    org kelate suka mas…

    • Tie
      February 23, 2011 at 10:49 pm

      Terima kasih Zue,

      Fesyen banyak batu berlian, hihihi… memang kelakor tengok! Kalau ori tu tak pe jugak, ni orang kata permata swiss.. entah betul ke idak.

      Orang Klate suka fesyen gini, tapi orang lama laa.. Orang sekarang mungkin dah tukar selera kot. Kita dah lama tak sembang pasal emas ni dengan ipar duai.

  17. February 23, 2011 at 7:29 pm

    Memang la sejarah indah kak oooiii… Tahniah anniversary tu.
    Mcm abg kat sana, kawe pun pandai2 lupa tarikh pertunangan jugak..bulan mei ke ogos?.. errkkk!

    • Tie
      February 23, 2011 at 10:49 pm

      Hahaha…. Orang lelaki ni hanya satu je dia ingat..

      Bak kata Maza…

      Malam Jumaat !!

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: