Home > kehidupan > Tukar sekolah

Tukar sekolah

February 17, 2011 Leave a comment Go to comments

Wanie (form 4) dah bertukar sekolah ke sebuah sekolah premier (sama dengan Isha) di sini. Kita ambil keputusan ini sebab dia tak dapat sebarang tawaran ke MRSM mahupun SBP. Mungkin kerana persaingan sengit antara pelajar-pelajar perempuan. Pelajar lelaki mudah je dapat tawaran MRSM tu…. Tak pe laa.. Tak ada rezeki.

Sebenarnya dia berat hati nak tinggalkan sekolah lamanya. Maklumlah guru-guru dan pengetua sangat mesra dan dah jadi macam kawan lak. Namun, ia perlu demi untuk masa depannya kerana inginkan persaingan sihat di sekolah baru.

Walaubagaimana pun, kami benarkan dia menabur bakti buat kali terakhir dengan menyertai pertandingan catur mewakili sekolah lamanya sebagai kenang-kenangan… Sedih pulak kita !

 

.

.

 

Wanie berwajah serius. Gurunya terkejut bila Wanie berjaya mengalahkan pelajar ini yang dikenali sangat hebat bermain catur. KIta pulak yang kembang bila dengar kisahnya:mrgreen: Mungkin kerana pelajar ini tertekan dan nasib menyebelahi Wanie.

 

.

.

Dapat ranking no 3 peringkat sekolah-sekolah di Hulu Terengganu. Dapatlah mewakili pertandingan catur di peringkat daerah nanti. Cuma tak pasti samada dia akan bertanding. Dia agak terkilan kerana kawannya tidak bernasib baik…. Merajuk la tu.

 

 

Categories: kehidupan Tags:
  1. February 17, 2011 at 9:26 am

    Tahniah Tie…cerah masa depan
    Anak perempuan dgn anak lelaki lain kerenahnya..kita mak2 je yang faham

    • Tie
      February 17, 2011 at 10:41 am

      Betul tu Jie… anak lelaki dan anak perempuan ni sangat-sangat berbeza!

  2. February 17, 2011 at 9:38 am

    Tahniah Wanie!

    kalau dekat boleh mintak tolong ajar kan Along. Dia minat tapi saya tak reti..abahnya sibuk memanjang. seminggu dapat main sekali aje..kesian kat dia.

    • Tie
      February 17, 2011 at 11:16 am

      Reen… try game chess , ada banyak jenis. Untuk beginner memang sesuai. Wanie biasa berlatih dengan game jer.

      Kak tie biasa menang bila lawan dengan monyet , kah kah kah!!!

      Nama game tu ‘ Chessmaster Challenge “‘

  3. February 17, 2011 at 10:30 am

    tahniah wanie.. abg bangga dgn kehebatan wanie… *oppss.. abang lah fulaks. hehehe

    masa depan wanie, akan cerah insyallah, secerah kulitnya itew.. *opps, kelaut lagi.. hahaha

    psst: mau balik rumah cepat2, nak ambil besen besor, kasi tutup kepala sebelum ada worang bawa senduk… hahahaha

    • February 17, 2011 at 10:48 am

      ha… ketuk kak tie jgn tak ketuk… he he he
      hebat wanie main catur. bagi semangat sikit supaya masuk ke peringkat daerah tu. nanti ada rezeki boleh ke peringkat lagi tinggi pula..

      • February 17, 2011 at 4:42 pm

        alamak… bentara dalam dah datanglah…aderkkk

        cabuuutttt… grrrr,grrr,grrr

        • Tie
          February 17, 2011 at 5:30 pm

          @ Maza,

          Haha… malam ni kena denda cuci pinggan!

      • Tie
        February 17, 2011 at 5:29 pm

        @ Aida… hihihi….πŸ˜†

        Memang tiap tahun Wanie wakil daerah, tapi selalu tersangkut kat situ je. Ramai yang jauh lebih pandai, katanya.

    • Tie
      February 17, 2011 at 5:27 pm

      @ Maza,

      Amboi…. tersasul berapa kali tu ??

      Besen besor mana boleh muat cik maza ooii ?

      Ni kita bawak senduk, sudip dan kuali sekali. Kang kita buat rendang Maza ni baru tau, ekekeke….

  4. February 17, 2011 at 10:37 am

    Kalau ikut saya, saya lagi prefer sekolah biasa dari sekolah berasrama penuh walau MRSM sekalipun. Rasanya kualiti MRSM pun dah sedikit menurun serta bimbingan ibubapa amat perlu zaman ini sehingga at least 18 tahun (kot?).Thena again, Kak sure ada sebab tersendiri kan? Anyway congrats to Wanie sbb dapat tempat-3 dalam pertandingan chess. All the best di sekolah baru.πŸ˜€

    • Tie
      February 17, 2011 at 5:33 pm

      Hehe…. ingat nak suruh dia berdikari. Sebab tinggal di rumah ni asyik goyang kaki je.

      Dia belajar bila nak exam jer. Tengoklah, mungkin sekolah baru ni dia kena lebih usaha kerana saingan hebat dari classmates tu.

  5. February 17, 2011 at 10:42 am

    err kak, kita komen kat sini tadi masuk folder spam ke? mana pegi ehh?

    • Tie
      February 17, 2011 at 5:33 pm

      Haha.. memang dah masuk folder spam tu. Kita baru je bukak tadi.πŸ˜›

  6. February 17, 2011 at 1:01 pm

    ucapan setingi tahniah buat wanie..zue mmg x pndai main catur..beberapa kali ajar pun x leh masuk otak.

    keputusan yg bijak buat wanie utk ke sek premier..mcm zue ni masih lagi terkilan.

    • Tie
      February 17, 2011 at 5:36 pm

      Zue, kalau nak belajar kena start awal lagi, tika otak ni cergas.

      Tie dulu boleh juga main, tapi sejak akhir-akhir ni, jadi lembab pulak.

      Cuma Tie heran, ayah Tie yang umor 70++ tu masih boleh main chess … cuma selalu kena tipu dengan cucu sulong tu laa (sibujang kita).πŸ˜†

  7. February 17, 2011 at 2:23 pm

    Alahai mana le pergi 2 komen kawe pagi tadi tu. Kak tak approve ke?

    • Tie
      February 17, 2011 at 5:37 pm

      Kak tie dah approve laa….

      Sorry terlewat, tadi asyik main game, kah kah..!!

  8. ima
    February 17, 2011 at 3:56 pm

    tahniah buat wanie dan kak tie jugak..kerana punyai anak yang bijak…bukan saja bijak disek tapi bijak main catur lagi…kak tie jgnlah sedih..syukurlah dapat ke sek premier tu…senanglah dua2 anak satu sek…anak perempuan kat mana2 pun boleh belajar…tapi anak lelaki ni lain sikit…anak ima si aiman tu langsung tak pandai bersukan…tapi tak sangka lak dpt masuk mrsm pkp…abgnya si aizat tu setelah tahun kelima kat asrama baru pandai bersukan…sempatlah meraih empat lima keping medal…sebelum tu asyik dok nangis je kerja dia..manja betul.

    • Tie
      February 17, 2011 at 5:41 pm

      Ima, terima kasih laa..

      Kak tie cemburu kat Ima tau. Anak-anak lelaki semuanya tapi kira hebat laa.. boleh belajar di sekolah asrama . Anak kak tie sibujang tu 2 kali masuk asrama (Mrsm & Teknik) tapi tak lama, tak selesa katanya. Hampa kita.

      Mungkin dah tak ada rezeki kak tie. Kita sebagai ibu ni hanya hendakkan terbaik buat anak-anak.

  9. February 17, 2011 at 4:11 pm

    dah lama angie tak main chess ni. rasanya klu main ngan wanie, 2 minit dah kalah. ya. angie yg kalah.

    hihihi

    • Tie
      February 17, 2011 at 5:42 pm

      Jom main dengan mama nak ?

      Mesti mama menang, ekekekeke…:mrgreen:

      Ada game chess online, cubalah mengasah minda. Orang pandai main chess ni pandai susun strategi, dan ingatan juga kuat.

  10. February 17, 2011 at 4:22 pm

    main dam pun saya tak lepas apalagi nak main chess.

    • Tie
      February 17, 2011 at 5:43 pm

      Juliet, try main online , main dengan kts tu… cuba laa….

  11. February 17, 2011 at 4:47 pm

    sekolah kat mana2 pun takpa asalkan boleh bg tumpuan dgn baik….work smart wanie.

    • Tie
      February 17, 2011 at 5:44 pm

      Betul tu Ieda. Thanks !πŸ˜›

  12. February 17, 2011 at 8:40 pm

    tak pa k tie… harap2 nanti lepas spm akan dpt twrn lain pula… mungkin lebih baik. saya pun tingin gak nak main chess tapi iwan kata “ibu tak yah main lah …” huhu…tabley paham smpi lar ni…

    • Tie
      February 18, 2011 at 4:52 pm

      Izan, budak-budak cepat dapat main chess ni. Otak mereka mudah terima. Kita ni dah berserabut dengan hal-hal yang lebih ‘penting’. Tu yang susah nak faham dan ingat, hehe….

  13. February 18, 2011 at 2:50 pm

    kagum kagum.. catur ni bukan calang2 orang dapt main.. kena sabar, peka, alert, plan… huish.. bagus kak.. asah bakat dia..

    – tiny sampai hari ni tak penah hayat menang ngan cik abang.. semedangnya kena kepong dan KING kiok!.. hahaha..

    • Tie
      February 18, 2011 at 4:53 pm

      Anak-anak kak tie start main chess ni sejak kecil lagi, cuma tak berapa pandai laa… setakat wakil daerah je, haha…

  14. February 18, 2011 at 9:27 pm

    wahhh syoknya menang.. tahniah utk anak akak. secara jujurnya sy mmg tak reti main catur. mungkin sbb tak minat maka tak pernah belajar main catur.

    • Tie
      February 19, 2011 at 4:03 pm

      Kak tie tahu sikit-sikit je.. tapi sekarang langsung blur. Mesti selalu praktis la Aida….

  15. February 19, 2011 at 5:14 am

    Salam kak Tie,
    Bagus permainan catur ni.. utk bina strategi dsebagainya… Tahniah Wanie!πŸ™‚

    • Tie
      February 19, 2011 at 4:03 pm

      Betul betul betul… Nanti Ijan ajar Mikael main catur lak, ekk.

  16. February 19, 2011 at 6:30 am

    sbp best psl boleh main lg byyyyyyyk heeee~
    tu bagi sy la hihihi

    sy xreti main chess
    tahniah wanie!!! terer laaaπŸ˜€
    adik sy minat chess tp bila sy try main kalah je, so sy xmain dah la ekekekekek~

    • Tie
      February 19, 2011 at 4:04 pm

      Itu la Adila, Sekolah berasrama ni banyak aktiviti, boleh masuk pelbagai jenis kelab.. Dah tak ada rezeki.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: