Home > kehidupan > Selawat dalam kehidupan kami

Selawat dalam kehidupan kami

February 15, 2011 Leave a comment Go to comments

Salam Maulidur Rasul kepada kalian yang dikasihi.

Pagi ini tetiba je nak buat entri mengenai selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Teringatkan betapa kasihnya Baginda terhadap umatnya sedangkan kita pula masih tidak sedar diri dan hanyut dalam keduniaan.

Kita dibesarkan oleh ibu yang sentiasa berselawat. Apa-apa masalah, mak akan berselawat, samada buat air tawar (bila sakit lambat sembuh), bila kaki bengkak tetiba, bila dalam ketakutan dan lain-lain lagi.)

Ayah pula hampir tiap malam akan bercerita kisah nabi, dan kami adik beradik akan mendengar khusyuk sambil mulut terlopong (kita la tu…)

Kita yang antara insan paling penakut dalam dunia, sentiasa berbekalkan selawat (ketika menghadapi guru tergarang di sekolah), selawat sampai kering tekak kerana terlalu takut padanya. Dan hasilnya   jadi teacher’s pet pulak, ekekekeke…………

Dan bila kita menghadapi temuduga (sampai sejuk kaki tangan) selawat sampai pucat lesi, hinggakan boss kita (dapat kerja la tu) yang menggerunkan tu terus tukar watak bila bercakap dengan kita ( soft spoken dan senyum-senyum), kah kah kah!!!

Ketika kita sedang kesakitan hendak bersalin, berselawat (mak pesan) sampai tertidur… sedar-sedar, misi nak sorong ke bilik bersalin.. alhamdulillah.

Selawat membersihkan hati dan  selawat adalah penawar dalam kehidupan kita. Kerana itu, walaupun sesibuk mana urusan kita, janganlah kita lupa berselawat setiap hari.

 

 

 

(Al Ahzab : 56 )

Di dalam hadis Rasulullah juga ada menyatakan tentang kelebihan selawat ini yang bermaksud:

“Orang yang paling mulia dan lebih utama, di sisi-Ku pada hari Kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat keatas-Ku” ( Imam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya b Syarafuddin An-nawawi, T.Th : 316 )

 

Kita copy paste dari

http://www.restu.com.my/fadhilat_selawat.htm

 

~ Selamat Berselawat😆


Categories: kehidupan Tags: ,
  1. February 15, 2011 at 7:42 am

    salam Maulidur Rasul kak tie…
    InsyaAllah kita terus perbanyakkan selawat keatas Nabi kita Muhammad SAW. Dan cuba ikut sunnah2 beliau…tanda kasih dan cinta kita. InsyaAllah.

    • Tie
      February 15, 2011 at 12:05 pm

      Insyaallah Suzi…😛

  2. DrSinga
    February 15, 2011 at 10:36 am

    salam MaulidurRasul Tie!!

    • Tie
      February 15, 2011 at 12:06 pm

      Salam Maulidur Rasul Dr….😛

  3. February 15, 2011 at 11:24 am

    mari sholawat…

    entry yg best,..

    • Tie
      February 15, 2011 at 12:06 pm

      Maza, Mailah dapur Tie tu.

      Kita baru je siap buat nasi hujan panas dan opor ayam merah !!!

  4. February 15, 2011 at 4:24 pm

    moga kita di kalangan mereka yg mendapat syafaat Rasulullah..

    • Tie
      February 15, 2011 at 5:07 pm

      Insyaallah.. Itulah yang kita inginkan🙂

  5. Ctnik
    February 15, 2011 at 4:47 pm

    Kak tie,bru kini ct tau nape ktie sukar tido mlm psl rajin berselawat jiwa mg hidup di waktu mlm.bila nk jd jiwa hidup ni,tp mg berkesan selawat dan zikir ni.

    Masa ct keje awal pagi buka pintu dh baca kursi,3qul,zikir ya matin smpi tiba di bus stop.alhamdulillah,xde sapepun usik kita.malah xdepunkjadian pelik berlaku.if not,takut sgt psl kuar kul 5 pagi.

    Selain tu kaktie kata zikir dan selawat bgus masa bersalin tu mg betul sgt pasal Allah yg mampu tlg kita ari tu kan.

    Zikir jga buat kita tenang.takyah susah2 duk nyanyi,buat zikir jd nyanyian lg bgus.sb tu kita selalu teringt masakn mak kita kan psl mak msk ada zikir,kita msk ada lagu rock.hihi.tp skrg dh ubah da,amlkn zikir

    • Tie
      February 15, 2011 at 5:14 pm

      Ct, oooo….. kak tie baru sedar,patutlah asyik terbangun tengah malam, ekekekeke………… Mak kak tie pulak sekarang ni kul 3 – 4 subuh dah bangun…

      Ct tau tak, masa kak tie kerja dulu, kena jalan jauh sikit sebelum sampai ke bus stop. Kak tie berselawat dan makin laju bila nampak anjing atau lelaki yang rupanya mencurigakan. Alhamdulillah, tak pernah berlaku apa-apa yang tak baik pun.

      Kak tie teringatkan kata mak, masa kita nak bersalin, syaitan akan berusaha nak halang anak yang bakal dilahirkan, sebab ia tak suka bertambahnya umat Islam. Tu yang berzikir dan berselawat… jadi Syaitan lari berbatu-batu, hihihi….

      Memang zikir menenangkan. Kekadang sambil rehat-rehat, kita ambillah tasbih sambil berzikir. Fikiran kusut pun jadi terlerai dan aman.

  6. ima
    February 15, 2011 at 7:31 pm

    salam Maulidur Rasul buat kak tie juga…jom kita pakat2 perbanyakkan selawat keatas Nabi Muhammad SAW..

  7. February 16, 2011 at 10:33 am

    Salam maulidur rasul kak tie.. belated… lambat sikit bila time cuti si baby tu melekat kat bapanya.. Tak leh bukan laptop langsung😀

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: