Home > Berita, Makan > Baru sedar ?

Baru sedar ?

February 11, 2011 Leave a comment Go to comments

Ekoran dari berita bulletin utama di TV3 tadi………..

 

Kita dah lama perasan. Bilangan produk IKS di hypermarket dan supermarket tertentu sangat terhad . Kekadang sakit hati bila kita letih mencari produk yang terjamin kebersihannya di sana.

 

[Selain dari produk Aqila, kita juga suka sos pencicah cap Masjid, MH Mohd dan entah apa lagi, tak ingat lak!]

 

Sejak tinggal di pantai timur, ada banyak produk yang memikat hati kita seperti sos pencicah, sos cili, sos ikan bakar, rempah-rempah dan banyak lagi.

 

[Kita biasa guna sos ikan bakar jenama Aqila, tapi tak jumpa cari lak. Yang ini rasa lain sikit]

 

Kita tak faham kenapa produk-produk begini yang tinggi mutunya  tidak diberi peluang untuk bersaing. Kerana itu keputusan untuk menetapkan sekurang-kurangnya 30% produk IKS di hypermarket adalah sangat-sangat dinantikan.

 

[Kerisik ni sangat-sangat praktikal. Banyak masa dan tenaga kita dapat dijimatkan, hehe….)

 

Dan mungkin, pihak yang bertanggungjawab perlu mengkaji semula produk2 makanan dari China kerana ada di antaranya mengandungi bahan plumbum dan pengawet yang merbahaya terutama dalam telur masin dan makanan jeruk.

 

 

Categories: Berita, Makan Tags: , ,
  1. February 11, 2011 at 10:02 pm

    setuju tu kak tie.
    kat sini lagilah…
    kebanyakan keluaran co beso-beso

    kena tunggu ke pantai timur barulah jumpa.

    rempah ikan bakar kak tie ?
    nampak nau jakunnya saya…
    hehehe..

    • Tie
      February 11, 2011 at 10:17 pm

      Itu la…. masa mula-mula sampai sini, kak tie pun jakun. Nasib baik abang sangat-sangat memahami wife dia. Dia pun rajin belikan untuk kita cuba, hehe…

  2. February 11, 2011 at 10:13 pm

    Tempat kawe lagilah tak jumpa produk2 cam nih… Iklannya pun payah, apa lg bayangannya.

    • Tie
      February 11, 2011 at 10:19 pm

      Kak tie bila balik rumah mak di Johor, mesti bawa balik produk2 pantai timur ni. Terutama nisay (palm sugar @ gula melaka), sos pencicah dan sos ikan bakar. Mak suka…😛

      • February 12, 2011 at 1:02 am

        Kak Tie, tu pun ada org tuduh negeri2 pantai Timur mundur segala segi.. dan ada hati pulak sesetengah org yg kononnya hebat dari negeri lain yg pengusaha di kawasan paling ramai Melayu itu tak ada potensi untuk maju…

        apalah yg didengkikan sangat dgn mereka itu ya.. huhuhu

        • Tie
          February 12, 2011 at 6:41 pm

          Maza, sejak kita bersuamikan orang Klate, tiap kali balik sana, mesti jakun. Pergi pasar macam kanak-kanak riang. Semua benda nak diborong. Orang Kelantan dan Ganu bussiness minded. Dan sangat2 peramah dan pemurah. Bila beli di pasar, mesti mereka bagi lada kecil segenggam… tak payah beli.

          Tapi. bila Tie ke pasar di Kota tinggi, terasa sangat betapa sombongnya (hampir kebanyakannya) peniaga orang kita (Melayu pulak tu). Sampai tengking2 dan sindir pulak bila kita tanya harga barang… padahal kita saja nak uji samada boleh tawar atau tidak. Malu kita tau…..

        • February 14, 2011 at 12:35 am

          pasal org Johor tu memang maza pernah terkena…

          tu hari makan kat R&R Pagoh, awek muda jauh beza bayanya tanya maza dgn nada yg kurang senang, “NAK APA!”

          aduhaiii… bahasa lambang bangsa.. berniaga pn gitew juga…

          kalau geli pun panggil nama abg, atau pakcik ke, apasalahnya bertegus seperti, “boleh saya bantu encik?”

          aduhaii.. bangsa kita, kan Tie kan.. huhuhu

  3. February 11, 2011 at 10:52 pm

    sy sokong usaha pihak kementerian, berilah peluang kpd produk iks kita, dah lama terpinggir, tahu2lah kan… sapa yg pegang ekonomi malaysia, sudah lama kita dianak tirikan [macamlah aku pun adalah pengeluar iks , blog ada ler… ;)]

    • February 12, 2011 at 1:03 am

      blog juga boleh diketegorikan sbgi industri perniagaan juga.. kalau kena gayanya, boleh kaya kita.. hahhaha

      • Tie
        February 12, 2011 at 8:43 am

        @Maza,

        Kalau kalian berdua kaya, jangan lupa kat kita lak, tau!!

    • Tie
      February 12, 2011 at 8:42 am

      @ Maksu, sebenarnya dah lama kerajaan telah laksanakan dasar sasaran 30% tu, 7 tahun lalu, tapi tak sampai 10% pun produk IKS diberi peluang berada dalam pasaraya2 besar ni. Mungkin pihak berwajib tidak tegas dalam memastikan dasar tersebut diberi perhatian.

  4. February 12, 2011 at 12:57 am

    maza amat setuju perenggan yg bawah sekali itu.. produk makanan dari China! huhuhu

    sedapatnya janganlah nak harapkan gomen enroll force untuk hypermarket membekalkan 30% barangan IKS tempatan.. sepatutnya mereka itu sedar dan sama2 membantu… yg senang belakang hari, mereka juga.. kan?

    • Tie
      February 12, 2011 at 8:49 am

      Kak tie selalu belek-belek produk dari China tu, ada yang labelnya lebih teruk dari produk2 IKS kita (mutu produknya tak nampak bagus pun), tapi … macam mana boleh berada di hypermarket, ekk.

      Err… kita tahu sebabnya, tapi tak boleh tulis kat sini. Kang dicop racist lak!

  5. February 12, 2011 at 8:03 am

    produk-produk IKS tempatan tidak kurang mutunya jika berbanding dengan produk-produk impot dan jenama hebat lain. malah ada yang lebih bagus. cuma peluang bersaing perlu dipertingkatkan oleh yang berwajib. jika kena gaya memang banyak yang boleh diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa pun.

    • Tie
      February 12, 2011 at 6:27 pm

      Mereka ni (pengusaha IKS) perlu diberi pendedahan. Dan Pihak yang bertanggung jawab harus lebih tegas, dalam memastikan dasar2 tersebut dilaksanakan.

  6. February 12, 2011 at 10:23 am

    Tie, di sinipun susah nak dapat produk-produk macam tu.
    Apa kata Tie buat kerjasama jadi pengedarnya melalui blog ni?

    • Tie
      February 12, 2011 at 6:29 pm

      Hehe… Bukan tak nak, tapi Tie tak boleh drive. Selalu bergantung pada abang. Sedangkan nak urus semua tu perlu ke sana dan ke mari.:mrgreen:

  7. February 12, 2011 at 12:44 pm

    kayteeze..sos aqila ni memang tak jumpa kat sini..
    akak pernah beli masa pi terengganu..sedap cicah dengan keropok goreng..

    • Tie
      February 12, 2011 at 6:30 pm

      Kat ganu dan klate ni ada pelbagai jenis jenama. Sos Aqila tu salah satu jenama yang dikenali di sini. Tie biasa cicah dengan popiah sebab malas nak buat sosnya sendiri, hihi….

  8. ima
    February 12, 2011 at 6:10 pm

    kak tie…bestnya kalau ima dpt rempah ikan bakar tu…tak pernah jumpa lagi setakat ni…agak2 kat kelate ada tak…bila balik kg ima selalu beli sos pencicah..tapi keluaran lain lah…mmg sedap..

    • Tie
      February 12, 2011 at 6:33 pm

      Ima, kat kelantan pun tak ada laa… BIasa kak tie bawak balik dari Ganu bila nak masak bakar2 ikan ni. Adik2 ipar dan mentua suka. Lagi pun senang sangat. Cuma lumur je sos tu pada ikan segar, tabur sikit dengan daun kunyit yang dihiris halus. Pastu balut dengan aluminium foil atau daun pisang. Bakar atas arang atau kayu api. Perah limau kasturi sebelum makan. Best betul.

      Dulu kak tie pernah nampak produk Aqila sos ikan bakar di Jusco JB (tingkat bawah tu)… Tapi tak tahulah sekarang ada lagi tak.

      Adik kak tie dan mak pun suka. Tiap kali balik kena beli lebih… Bakar ikan pari atau kerang pun sedap!

  9. zareda
    February 13, 2011 at 12:46 am

    selalunya produk iks ni terhad kat kawasanluar bandar aje.. kawasan bandara dan bandaraya makan ler produk industri besar which is kita pun tak tahu cara proses tu cxam ne…

    • Tie
      February 14, 2011 at 8:00 am

      Kak tie rasa mereka(pengusaha pasaraya besar) sengaja sekat produk IKS kita tu, takut kita akan lebih maju kot.

  10. February 13, 2011 at 4:16 pm

    kerisik kelapa!!!! memang neeza suka guna kalau buat rendang… tapi dah habis.. nak kena tunggu balik malaysia😉

    • Tie
      February 14, 2011 at 8:03 am

      Neeza, ada yang dalam paket(nanti kalau jumpa kak tie tunjukkan) , tapi tak ingat keluaran pengusaha muslim atau tidak. Boleh mintak ahli keluarga neeza cari dan poskan… kak tie pernah nampak kat supermarket local… kat ganu ni.

  11. February 14, 2011 at 7:19 am

    Salam tie…….. kita mesti sokong keluaran bangsa kita ……. Bangsa cina tak pernah kompromi nak sokong kita….so….. jom….hidup melayu…… hahahahhahaa…….

    • Tie
      February 14, 2011 at 8:04 am

      Ehehehehe…………

      Amboi.. terang-terang Chekdee ni, ekekekeke……😆

      Ni mesti pernah ada pengalaman, kan..

  12. February 14, 2011 at 12:46 pm

    Haah. Patutnya perbanyakkan produk IKS ni kan.

    • Tie
      February 15, 2011 at 5:54 am

      Produk dah banyak, cuma peluang untuk bersaing tu seolah-olah di sekat…

  13. February 14, 2011 at 3:13 pm

    Tie, nekcun pun memang setuju sangat ngan saranan tu. Infact, selama ni nekcun pun selalu dah pi sendiri ke mana-mana yang ada IKS product untuk cari bahan makanan seperti barang-barang frozen food yang kita tahu sahih2 tentang halal haramnya. Macam cili sos tu… nekcun selalu gak dulu kirim kat staff di T’gganu bila2 mereka turun KL kerana sosnya memang sedap berbanding sos-sos yang berlambak di hypermarket tuh…

    Kalau hypermarket pun, nekcun selalu pi kat Mydin ajer sebab dia utamakan hasil orang Islam dan sahih ke Halal annya. Product IKS pun memang dah ada banyak kat Mydin.

    • Tie
      February 15, 2011 at 5:56 am

      Betul tu Nekcun. Kat Mydin ada banyak produk IKS… cuma kita jarang pergi sebab selalunya ramai sangat pengunjung… susah nak perking dan nak beli..

      Frozen food kat Ganu ni pun ada produk dari IKS… biasa dijual di mini market , orang kita laa… Sos buatan sini agak manis sikit, hehe….

  14. February 14, 2011 at 11:44 pm

    Salam Tie…Yang mengkagumkan cklah kala berkunjung ke Kelate dan Ganu….adalah ‘produk tempatan’ mereka. Sos Pencecah, kain batik, keropok, budu, keropok….antara yang wajib beli, kerana tiada di tempat lain.

    • Tie
      February 15, 2011 at 5:58 am

      Salam ckLah,

      Betul, kalau Tie ke pasar di Kelantan dan Ganu, memang banyak benar nak diborong. Dah tinggal di sini lebih 10 tahun pun ada lagi produk yang kita belum cuba.😛
      .
      .
      Err…. ckLah makan budu ???

  15. zahrim
    January 13, 2013 at 11:22 am

    Gannu….negeri ku,bini orang selangor tapi sekarang ni dia lak lebih dari aku pasal makanan ganu….balik ganu pikir nok makan je,,,ha ha ha ganu memang best gannu kita,,,

  16. fadlishah
    July 14, 2013 at 3:38 pm

    salam sy ada mnjual pes ikan bakar habeeb’s….lokasi kilang di rompin……gerenti puas hati….400g hnya RM5 shja…..kalu order 10 ke atas harga boleh kurang lagi…..kalau brminat boleh pm sy di facebook delishah88@yahoo.com.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: