Home > Berita > Kota Tinggi dah banjir

Kota Tinggi dah banjir

Kita talipon mak malam semalam. Risau juga, walaupun rumah mak boleh dikatakan selamat dari banjir. Kita takut bekalan makanan terputus.

Mak kata kat sana sejuk. Jadi kita suruh mak pakai stokin. Hujan dah berkurangan namun adik yang tinggal bersama dah dicutikan lebih awal kerana air dah naik di bandar Kota Tinggi.

Di sini kita nak kongsi beberapa gambar yang diambil pada 1hb Feb 2011. Gambar-gambar ini kita dapat dari blog Nadzirah dengan izinnya.

.

.

Jalan di tengah-tengah bandar ni  dah  jadi sungai.

.

.

.

.

.

Err…… harap-harap kali ini tak ada la buaya yang sama-sama meronda.

 

Mak kata, ikan keli banyak. Ramai orang teruja cari ikan. Orang kampung dari batu 25 telah pun berpindah ke kawasan perumahan yang berdekatan dengan tempat tinggal mak.  Harap-harap air semakin surut.

Terima kasih kepada Nadzirah kerana berkongsi info mengenai banjir di Kota Tinggi ini.

 

 

 

 

Categories: Berita Tags: ,
  1. February 2, 2011 at 9:07 am

    Siapa yang tak risau kan kak?
    Mintak-mintak tak seburuk tahun 2006 dulu.

    Kena tukar nama tempat tu kot kak.. Kota Tinggi jadi Kota Rendah. hehehe.. *gurau je kak.

    • Tie
      February 2, 2011 at 9:41 am

      Haha…. memang tak padan dengan nama, kan…🙂

  2. February 2, 2011 at 9:33 am

    kat sudah dua hari menampakkan sinar matahari, alhamdulilah….

    Kluang juga dilaporkan semakin pulih.. syukur..
    mudah2an semuanya selamat dan tiadalah kerosakan harta benda hingga boleh menjadi papa.. huhuhu

    • Tie
      February 2, 2011 at 9:42 am

      Alhamdulillah. Mudah-mudahan air cepat turun, dan tiada lagi yang kehilangan nyawa.

  3. February 2, 2011 at 10:58 am

    harap keluarga kak tie tak terjejas dek banjir tu.. moga semua2 nya selamat disana & di mana2 pon..

    • Tie
      February 2, 2011 at 12:25 pm

      Parents kak tie okay, taman perumahannya agak tinggi. Tapi tetap risau, sebab suasa tentu tak selesa, mak mengadu sejuk. Memang kota tinggi tu sejuk.

  4. February 2, 2011 at 12:00 pm

    alhamdulillah semuanya dah beransur pulih.. semoga kejadian lama tidak berulang kembali…

    sekarang nie matahari mcm ngah main ‘tolak-tolak’ ngan awan mendung.. hahaha..

    cuaca memang sejuk.. kami tidur pun xpakai kipas.. hehehe..

    • Tie
      February 2, 2011 at 12:38 pm

      Terima kasih Nadz, kak tie rasa lega sikit. Kita ni jauh, mak dan ayah tu agak berumor. Tu yang rasa risau.

      Matahari dah keluar, ekk? hehe… syukur….

      Kat Kota Tinggi memang sejuk. Kita bila balik mandi kejap je, tak tahan, ketar gigi, ekekeke………

  5. February 2, 2011 at 12:10 pm

    fuh..masih teringat2 meredah banjir kat jitra bulan sebelas yg lepas….seram..

    • Tie
      February 2, 2011 at 12:32 pm

      Ish… takutnya.
      Kak tie takut air, sebab tak pandai berenang.

  6. February 2, 2011 at 12:18 pm

    bandar kota dh dipenuhi air ye kak Tie.. musim cuti camni tentu ramai yg nak balik kg sudah tergendala perancangan. harap cepat la surut. kg mak sy pn banjir juga.. tp rmh tk kena sbb atas bukit.

    • Tie
      February 2, 2011 at 12:33 pm

      Itu laa…

      Cuaca semakin baik. Harap-harap air semakin surut. Kpg Aida di mana ?

      • February 3, 2011 at 11:41 am

        kg sy ni paloh, kluang

        • Tie
          February 3, 2011 at 3:01 pm

          Oh, Kluang….

          Kita pernah tinggal di sana selama 3 tahun.. Sempat beranak lagi kat sana, ekekeke……..

  7. February 2, 2011 at 2:28 pm

    sama-samalah kita berdoa semoga banjir ni cepat surut. Risau mengenangkan jika bekalan makanan terputus. Kita yang nak tunggu makan tengahari tak siap lagi ni pun dah tak tahan rasanya… Semoga dimudahkan Allah segala urusan mereka yang ditimpa musibah. amin

    • Tie
      February 2, 2011 at 9:24 pm

      Mudah-mudahanlah Aida.

      Malam ni kat Ganu hujan la pulak. Ingat cuaca dah makin baik. Nanti nak call mak untuk perkembangan selanjutnya.

  8. DrSinga
    February 2, 2011 at 2:32 pm

    kita doakan tak jadik macam 2006

    • Tie
      February 2, 2011 at 9:25 pm

      Insyaallah…..

  9. ima
    February 2, 2011 at 4:12 pm

    kak tie…semoga banjir diikota tinggi cepat surut…kat pg ni pun sejuk sangat belah pagi…tapi alhamdulillah kaw umah ima tak kena banjir…

    • Tie
      February 2, 2011 at 9:27 pm

      Haaa…. tu laa.. Kak tie tertanya-tanya tentang Ima kat sana.

      Agaknya air banyak meresap dalam tanah tu, sebab tu suhu turun.

  10. February 2, 2011 at 10:19 pm

    Semoga keadaan akan segera pulih seperti sediakala. Kesihan tengok mangsa banjir, tempat yang dulu banjir sikit-sikit pun dilanda banjir agak besar kali ini.

    • Tie
      February 3, 2011 at 3:02 pm

      Tadi call mak, dia kata cuaca dah okay, cuma air kat bandar kota tinggi tu tak surut. Macam dalam mangkuk je… nak kena sedut keluar ke sungai baru boleh surut.

  11. February 4, 2011 at 11:46 pm

    Alamak Kota Tinggi banjir..mcm mana la agaknya keadaan Kota Rendah?😀
    Ok la joke aside, mudah-mudahan ramai yg terselamat dan keadaan pulih seperti sediakala dengan seberapa segera.Insya-allah…

    • Tie
      February 7, 2011 at 7:24 am

      Dah ok sekarang. Cuaca pun cerah….

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: