Home > Pengetahuan > Produk Kesihatan

Produk Kesihatan

Tak habis-habis menggeledah barang-barang dari Langkawi ni. Nak buat macam mana ? First time jumpa!

Kali ini kita nak kongsi beberapa jenis produk yang rasanya perlu ada dalam rumah, paling tidak  salah satu darinya laa……

Sila telek betul-betul, ya.

.

.

.

.

Kita sukakan baunya. Macam nak makan lak rasanya, haha….  Sabun ni dikatakan dapat mengubat penyakit kulit seperti kudis, gatal-gatal, ruam, kaki berair dan lain-lain.

Eh ! kita tak ada masalah dengan kulit tau. Kaki pun tak berair!!!. Abang saja je beli. Satu pek ada 6 kotak. Kita nak bagi Mek dan Mak sorang satu kotak. Selebihnya kita punya, ekekekeke………………. Bertuah kan ada anak menantu begini ?:mrgreen:

.

.

.

.

Yang ini pula pelbagai jenis balm. Balm gamat , balm serai, balm gamat, balm serai…  aderk, pening lak! Baik untuk luka, gigitan serangga ,  lenguh sendi, sakit kepala, selsema dan banyak lagi. Sesuailah untuk orang-orang yang dah berusia. Err……… kita muda lagi !😛

Yang ini pun kita akan bahagikan kepada Mak dan Mek sorang sebotol. Kita punya 4 botol, hihii……. Pandainya adek bagi harta!

.

.

.

.

Hah! Bila nampak krim susu kambing ni  terus try, sapu sikit kat pipi. Tetiba rasa pedih , panas dan berangin, lalu baca info yang tertulis di belakang botol tu.

Adoi laa……

Bukan untuk licinkan kulit! Krim ni sebenarnya untuk melegakan batuk, bengkak-bengkak badan, lenguh-lenguh, kencing malam, melecur, mencairkan lemak (yang ini kita suka!) dan banyak lagi….. Biasa guna untuk baby untuk elakkan kembung perut. Mujur kita sapu sikit jer.

Abang beli kerana boss dia sarankan. Katanya produk ni bagus. Ada 5 botol. Seperti biasa, mak dan mek dapat seorang satu botol, hahaha…..

Oh… lupa lak. Kita taklah kedekut sangat. Kita akan beri mereka seorang 2 botol minyak gamat, tau…..😛 Yang lebih tu simpan 2-3 botol, dan beri juga pada sesiapa yang kebetulan singgah rumah kita, hehehe….

.

.

.

~ Kita baru je call adik di Kota Tinggi. Dia kata air di bandar kota dah naik, mujur sempat lari balik dari tempat kerja (boss dia yang suruh) tengahari semalam.  Mak ke kedai yang berdekatan untuk menambahkan stok makanan di dapur.

 

  1. February 1, 2011 at 8:52 am

    obat kuat tak der ke? oppssss

    hehehehe

    • Tie
      February 1, 2011 at 9:21 pm

      Amboi….

      Memang nak kena pulas telinga pakcik nih!

  2. February 1, 2011 at 8:53 am

    psst: dgn info yg jelas dan pembahagian harta yg timbang taranya agak adil juga itu, kalau tie pergi meniaga obat-obat tontulah ramai yg tergoda… boleh kaya cepat ni..

    hahahaha

    • Tie
      February 1, 2011 at 9:22 pm

      Ooo… ye ke ?

      Hihihi……..
      .
      .
      .
      Err… Maza ni gi mana ? Dah balik kampung ke ? Tak naik air ke ?

      • February 1, 2011 at 10:57 pm

        masih lagi kat rumah….

        esok baru dikira final count down mahu pulang ke kampung makan besar atau tinggal sahaja di sini sambil menengok-nengokkan arnab jiran sebelah berbangsa Tiong Hwa itu.. huhuhu

        • Tie
          February 2, 2011 at 7:35 am

          Kalau jadi balik tu, hati-hati laa…

          Semoga selamat sampai.

  3. February 1, 2011 at 9:23 am

    nak singgah rumah kak tie boleh ?

    kekeke…

    krim susu kambing tu kat sini ada tak kak ?
    tang-tang mencairkan lemak tu dah mencairkan hati lah.. haha..

    • Tie
      February 1, 2011 at 9:24 pm

      Mai laa…..
      Nanti kak tie beri cokelat Daim seketul, minyak gamat sebotol, ekekeke….

      Krim susu kambing tu first time tengok.
      Tapi Reen nak buat apa ? Rasanya tak perlulah nak cairkan lemak tu.. Kang tinggal kulit dan tulang jer, hihi…

  4. DrSinga
    February 1, 2011 at 9:35 am

    hoih!!!!
    sib baik tak melecur muka!!!!!!!
    heheheeeeeeee…..

    • Tie
      February 1, 2011 at 9:25 pm

      Kita cepat-cepat basuh muka!:mrgreen:

  5. February 1, 2011 at 10:04 am

    banyak nya memborong boleh jual kat uptown tu hehe

    • Tie
      February 1, 2011 at 9:26 pm

      Ehehe…. beli lebih sebab ahli keluarga abang ramai. Anak buahnya pun ada bahagian masing-masing.

  6. February 1, 2011 at 11:52 am

    kak tie ni… baca lah dulu.. nasib krim tu tak kuat sangat..

    geram jugak tengok semua produk langkawi tu.. menarik je..!! nak cari bam gamat la.. senang bawak jalan sbb bukan cecair macam minyak gamat.. takut tumpah..

    • Tie
      February 1, 2011 at 9:27 pm

      Ye laa…
      Lain kali kak tie baca dulu😛

      Bam gamat tu bagus juga. Dalam handbag kak tie ni macam-macam ada. Boleh bukak farmasi!

  7. February 1, 2011 at 12:09 pm

    Bijak..sungguh bijak. Semua produk gamat adalah terjamin kualiti dan keberkesanannya dengan cara penggunaan yg betul😀 . Di Langkawi ada tempat-tempat yang khas menjual pelbagai hasil produk gamat semata-mata seperti yg hubby Tie beli tu. Salah satu tempat tu ialah Nusantara.

    • Tie
      February 2, 2011 at 7:37 am

      Kak tie memang suka produk-produk begini. Rasa selamat tanpa was-was. Suci dan bersih, hehehe……

  8. ima
    February 1, 2011 at 3:44 pm

    wahhhh tiga hari dok geledah belum habis lagi…itu menunjukkan betapa banyaknya barang yang di beli abang kak tie tu…sebab dia tahu adiknya pandai bahagi harta tu…hehehe

    • Tie
      February 2, 2011 at 7:37 am

      Uhuk! Uhuk!

      Terbatuk-batuk bila baca komen dari Ima, ekekeke……..

      Eh… Tempat Ima tak naik air ke ? (tukar topik!)

  9. February 1, 2011 at 3:50 pm

    Banyak stok lagi tak kakTie…
    😀

    • Tie
      February 2, 2011 at 7:38 am

      Ada la jugak, sementara menunggu peluang nak pergi lagi, hihi..

  10. February 1, 2011 at 4:42 pm

    tak sah kalau ke langkawi tak beli produk gamat kan?

    • Tie
      February 2, 2011 at 7:42 am

      Betul betul betul!!!

  11. February 1, 2011 at 6:02 pm

    minyak gamat tu elok utk ruam lampin jugak..my little bambam guna tu ja.

    • Tie
      February 2, 2011 at 7:43 am

      Ye laa… Dulu kak tie pernah guna untuk anak-anak.

  12. February 1, 2011 at 6:41 pm

    asyik utk mak dan mek

    .
    .

    utk angie mana??

    coklat pun takpe. hihihi

    • Tie
      February 2, 2011 at 7:44 am

      Alamak!

      Mama lupa laa… ekekekeke……

      Cokelat ada lagi! Banyak lagi.
      Mehlah sini, nanti mama bagi seketul.

  13. February 1, 2011 at 6:57 pm

    mujur tak sapu byk kan minyak tu.. mau pijorr kepanasan.. lainkali kena ikut pesanan penaja… ahaha

    • Tie
      February 2, 2011 at 7:45 am

      Ehehehe……..

      Ingat bila baca krim susu kambing semuanya untuk kecantikan, kah kah…!!

  14. February 1, 2011 at 11:22 pm

    kak ti,dh pos da..hope smpi next monday ok?Kak tie,bgus sabun tu,sesuai utk org yg ada ezcema kan.leh cuba utk anak ct nanti.

    Wah,…sengja pancing ct suh blik cpt2 ye…hihihihi

    • Tie
      February 2, 2011 at 7:49 am

      Terima kasih CT. Kak tie akan tunggu abang posmen tu dengan senyum simpul, waakakaa…..
      .
      .
      Oh, kak tie tak terfikir lak untuk ezcema. Nanti kak tie nak suruh sibongsu tu try. Sabun tu lembut tak rasa pedih pun.

  15. February 1, 2011 at 11:39 pm

    banyaknya minyak angin..hehe..sabun tu macam best je kak..teringin nak gi beli.

    • Tie
      February 2, 2011 at 7:52 am

      Sabun tu memang baguslah Solehah. Kalau gatal-gatal, guna je, tak pedih , pastu terus tak gatal lagi.

  16. February 2, 2011 at 9:05 am

    sy suka bam gamat
    bau bessssssss~
    tp tak panas sgt je😦
    dulu2 ye la boh sikit mmg melompat kekekeek
    skrg dah xde effect wakakakaakak

    • Tie
      February 2, 2011 at 9:49 am

      Senang, kan bila ada ubat gini. Kak tie ni memang minat sejak dulu lagi. Kat rumah ni dah macam kedai ubat, haha..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: