Home > Uncategorized > Sains dan Matematik kembali dalam BM

Sains dan Matematik kembali dalam BM

January 10, 2011

Anak-anak kita ada masalah. Terutama bagi Isha (form1) yang sejak dari awal lagi belajar maths dan sains dalam English. Katanya sekarang ni tengah tunggu buku teks maths dalam BM (kata gurunya). Gurunya dah mula mengajar , dalam BM. Dia merungut, susah nak faham.

Begitu juga dengan Wanie (form 4). Gurunya beri latihan dalam BM sedangkan buku teks dalam English. Mana tak bengong dibuatnya! Setakat ni gurunya ada yang mengajar dalam English (subjek Bio), ada yang campur-campur(fizik) dan ada yang guna BM sahaja(kimia). Katanya SPM nanti (2012) dalam BM. Adoi laa…. mama baru tahu, ketinggalan zaman rupanya kita ni.

Mamanya – Kasihan melihat anak-anak jadi bahan experiment. Bukannya senang nak ubah minda yang telah diset dalam bahasa tertentu. Kalau nak ubah pun tunggulah batch English stream ni habis. Buat aniaya je……….

Kementerian Pendidikan – Tolonglah. Fikirkanlah semasak-masaknya sebelum buat apa-apa keputusan. Yang menjadi mangsa adalah anak-anak bangsa sendiri. Err…… ke mereka tak  pernah fikir pun ?

.

.

.

.

Novel KOMSAS  Wanie ni agak menarik juga. Time kita dulu mana ada KOMSAS ni.

Categories: Uncategorized Tags: , ,
  1. January 10, 2011 at 11:35 pm

    KOMSAS? aderkk apa tu? huhhu

    maza sempat belajar novel, cerpen dan drama.. itu pun dlm subjek kesusasteraan melayu.. erkk. almaklumlah maza org sastera plus perdagangan gitew..hehehe

    psst: maza dan adik maza dan sekarang anak maza yg sulung menjadi produk experimental juga.. huhuhu..

    • Tie
      January 11, 2011 at 10:55 am

      KOMSAS tu…. err…. lupa lak! Wanie dah pergi sekolah, hehe…

  2. bcp
    January 11, 2011 at 3:51 am

    kak tie… kita lgi pening….tak alamipun tumpang pening…kita rasa 3 thn lgi sistem ubah balik..last2 bangsa melayu makin layu…pasal jd bhn uji kaji..adeiiii….bhasa apapun..sama je.esk2 nk futher study UK/US,susah pulak…pasal dh melekat melayu term tu..terkedek2 pulak nk lulus exam sini.huuuhhh….

    why msia why?ritu,zaman kiat belajar sekolah dulu ok je…even lam b.melayu,takdelah konfius tp kan yg ruginya bila tgk eng term,fail.hihihi

    • Tie
      January 11, 2011 at 10:56 am

      CT, Yang memeningkan ni pihak yang berwajib suka tukar-tukar ikut suka-suka, aderk!. Kita confuse lak!

  3. January 11, 2011 at 10:50 am

    Pity the kids kan. Wish this remains.

    My son in Std One now…kena ambil either Chinese or Arabian language pulak! And it’s compulsory! We chose Chinese…

    • Tie
      January 11, 2011 at 10:59 am

      Love,
      Kak tie tak tahu lak kena ambil 2nd language. Kalau gitu tak perlulah teruskan Sek Jenis Kebangsaan tu, kan… Harap-harap taklah separuh jalan macam science dan maths in English sebelum ni.

  4. January 11, 2011 at 11:58 am

    BULATkan tekad. Demi agama, bangsa dan negara. Kita turunkan harga Barang Naik.

    • Tie
      January 11, 2011 at 12:02 pm

      Err…..
      Terima kasih Abang Long !!😛

  5. January 11, 2011 at 12:29 pm

    cikgu2 pun mesti pening gak. mak sedara pun pening gak bila anak sedara tnya homework. alahai

    .
    .

    • Tie
      January 11, 2011 at 1:06 pm

      Ya , betul tu.

      Yang menjadi mangsanya guru dan pelajar. Bukannya tak suka belajar dalam BM. Kita dulu dalam BM gak, tak ada masalah di U. Yang menyukarkan bila belajar separuh jalan dalam Eng, kemudian tukar pula dalam BM. Terms dalam maths dan science tu yang buat anak-anak kita keliru. Bila tukar dalam BM, tak sama…

      Homework? Mama dah tak boleh tolong….😦

  6. January 11, 2011 at 1:00 pm

    ish sgt susah la tukar2 bahasa ni
    adik sy form 3 skrg, blaja dlm english
    so kalau dia xtau, dia tanya sy, sy jwb dlm bahasa sebab sy blaja dulu2 dalam bahasa hihihihihi

    sy sendiri pun rasa susah bila tukar bahasa ni, ni kan pulak budak2
    buat pening je
    tak salah pun blaja dlm english
    senang nak cari references kalau xphm
    berlambak nak google pun

    • Tie
      January 11, 2011 at 1:13 pm

      Form 3 dalam English, ekk? Kira okaylah tu, sebab dari Form 1 lagi dalam English.

      Anak kak tie belajar dlm Eng sejak dari Form 1 gak, tapi bila masuk form 4 kena tukar balik ke BM… susah baginya nak sesuaikan diri. Kena belajar bahasa2 teknikal yang baru…

  7. January 11, 2011 at 4:57 pm

    org atasan hanya pandai mengarah dan semuanya harus dilaksanakan dan keputusannya harus baik. yg pening cikgu dan pelajar.

    • Tie
      January 12, 2011 at 6:27 am

      Err…..
      Tetiba teringin nak jadi orang atas!😆

  8. January 11, 2011 at 10:52 pm

    Entah le Kak, elok2 dalam BI tukar balik ke BM. Kasi untung publisher buku aje. Bagus2 budak2 yg lemah english dapat extra class english, kena balik bhs Malaysia. Saya mmg dari dulu tak setuju Sains dan Maths balik kepada BM. Bukan tak mahu mendaulatkan bhs. Cuma kebanyakkan budak2 kita mmg dah petah pun cakap BM. Yg lemah adalah BI dan BI penting zaman ni..😀

    • Tie
      January 12, 2011 at 6:41 am

      Pihak kementerian ni tak consistent dalam membuat keputusan. Nanti bila ada yang membantah, terus tukar dan ikut cara lain. Satu lagi tiap kali ada menteri baru yang memegang jawatan tersebut, maka berubahlah sistem pembelajaran. Macam tukar baju je.. senang benar!

      • January 12, 2011 at 7:24 pm

        Abis dulu punya Menteri Pendidikan – ada yg dah jadi Ketua Pembangkang dan ada yg tak aktif politik lagi.. he he..

  9. ima
    January 12, 2011 at 1:00 pm

    betul tu kak tie…dlm pemerhatian ima begitulah lagaknya menteri…asal ada je pertukaran menteri..mesti akan ada perubahan yg dibuat…masing2 kononnya nak tunjuk pandailah kan…tapi apa yang jadi?…

  1. No trackbacks yet.
Comments are closed.
%d bloggers like this: