Home > Uncategorized > Hanya sebagai ingatan

Hanya sebagai ingatan

January 5, 2011

Sememangnya setiap kali result exam keluar, perkara yang sama berlaku. Ibubapa pasti memberi habuan kepada anak-anak mereka yang berjaya. Tie rasa ia adalah satu penghargaan dan dorongan supaya mereka akan berusaha lebih gigih lagi.

Tak kisahlah apa jenis hadiah, ada yang beri RM beribu-ribu, ada yang beri motor dan ada juga yang hadiahkan notebook sebagai ganjaran. Itu adalah kemampuan masing-masing.

Cuma Tie agak terkilan bila anak mereka memberitahu rakan-rakan sekolahnya. Kekadang kita lupa, dan anggap perkara ini remeh. Tapi tidak kepada anak-anak remaja yang lain. Tidak semua orang mampu dan bertuah seperti anak kita.

Jadi, sebagai ingatan, beritahulah anak kita agar merahsiakan pemberian tersebut , atau sekurang-kurangnya ajarlah anak kita tentang sikap merendah diri.

Kami belum beri apa-apa lagi kepada Wanie. Setakat ini belum mampu sebabΒ  perbelanjaan persekolahan baru bermula. Tapi kena ingatkan ayahnya juga, takut terlupa nanti kecik lak hati Wanie tu.

Hadiahnya sama seperti apa yang abangnya terima (sebab resultnya sama), tak boleh lebih ataupun kurang. Isha dah dapat, sesuai dengan taraf UPSRnya, hehehe…..

.

.

.

.

Err…….

Aci tak kalau kita beri Wanie 20 ribu…………..

Categories: Uncategorized Tags: ,
  1. kak ct
    January 5, 2011 at 11:03 am

    Salam…

    Aci atau Tata atau Pati atau Ayya..

    sepatah kata Tie..

    Ikut kemampuan masing-masing

    • Tie
      January 5, 2011 at 12:52 pm

      Hihihi…
      Sudah tentu ikut kemampuan sendiri, cuma budak-budak ni mula la rasa cemburu bila kawannya dapat hadiah diluar jangkaan, haha..

  2. January 5, 2011 at 11:12 am

    Tie
    Kalau 20K rupiah sama harga dgn apa yg Isha dapat, jwbnya ACI (aci2 bukak pintu, heheh). 20K rupiah tu = berapa ringgit?

    • Tie
      January 5, 2011 at 12:55 pm

      Sat….
      .
      .
      .
      .
      20,000.00 IDR = 6.83495 MYR , ekekekeke….. Adoi, boleh pitam cam gini!

  3. January 5, 2011 at 12:13 pm

    janji ade ganjaran ..xkisah la mahal ke murah, hal ini akan menyemarakkan lagi semangat anak2..

    • Tie
      January 5, 2011 at 12:56 pm

      Insyallah. Setiap usaha mesti ada habuannya.πŸ˜›

  4. January 5, 2011 at 12:33 pm

    anak akak Hani ada tanya pasal hadiah…akak cakap pun cakap macam kamu gak…

    antara permintaan nya….camera cannon dslr- sah lah kami tak mampu…kasut jenama supra…rasa nya ok lah tapi kena tunggu bapak nya bonus ler…hahaha

    • Tie
      January 5, 2011 at 1:01 pm

      Camera dslr ?
      Uwaaa….. macam ni kena puasa dulu la Kak Ezza, hi hi…

      Kasut jenama Supra tu, beli je buatan Vietnam, RM250++ kot.

  5. January 5, 2011 at 12:39 pm

    tq kak tie~πŸ™‚

    • Tie
      January 5, 2011 at 1:16 pm

      πŸ˜†

  6. January 5, 2011 at 1:19 pm

    betul kata Tie..

    dalam bab memberi ganjaran ini maza adakalanya terlalu berhati2.. takut perkara berbangkit seperti Tie rakamkan di atas…

    huhuhu

    terima kasih kerana membawa ingatan ini…

    • Tie
      January 5, 2011 at 1:29 pm

      Maza, sebenarnya tak kisahlah nak beri apa pun, itu hak ibubapa. Cuma, kita kena ingatkan pada anak tu, jangan diheboh-hebohkan atau bermegah-megah. Cukuplah untuk diri sendiri.

      Ada di kalangan anak-anak yang tidak bernasib baik, kerana ibubapanya tak mampu. Contohnya siPolan dapat RM50 untuk straight A’s tapi kawannya dapat RM500 untuk beberapa A’s je, jadi tentu siPolan tu rasa tidak adil . Ada yang balik rumah mengamuk, kerana malu dengan apa yang dia terima. Entahlah, budak-budak fikirannya cetek. Kita sebagai ibubapa kena beri panduan.

  7. ima
    January 5, 2011 at 2:03 pm

    Kak tie,
    minta sikit duit 20000 ribu tu, nak bagi kat aiman. Kesian dia, bapa dia bagi 20 ringgit je. tapi aiman tak kesah…..

    • Tie
      January 5, 2011 at 2:17 pm

      Ima, hahaha….
      Baguslah Ima, Aiman tak kesah, ekekeke…. alhamdulillah.

  8. January 5, 2011 at 4:02 pm

    Amboi gurau dia tu…..
    kecik ati org indon nanti kak. Dah lah diorg kalah bola ari tu..πŸ˜€

    • Tie
      January 5, 2011 at 4:06 pm

      Ooo… ye ke ?
      Alamak ! Mintak maaflah kiranya ada orang Indonesia yang baca ni, ya.
      Tang bola tu, memang dah rezeki kita, hehe… Penat kita bebel malam tuπŸ™‚

  9. DrSinga
    January 5, 2011 at 4:08 pm

    20000 ribu rupiah…
    boleh beli topap 5 hinggit!!

    • Tie
      January 5, 2011 at 6:54 pm

      Hehe….. sekejap je abis tu!

  10. January 5, 2011 at 4:45 pm

    saya dulu pun dapat ganjaran bila result exam cantik. terpksalah studi bebetul.

    • Tie
      January 5, 2011 at 6:55 pm

      Tu laa… kena rajin study baru dapat imbuhan, hihi..πŸ˜›

  11. January 5, 2011 at 5:34 pm

    saya tak pernah dapat apa2 dari mak @ bapak untuk semua peperiksaan besar tuuu

    sebab faham kita bukannya keluarga berada nakkan barang yang mahal2..

    tapi adela jugak rasa iri hati bila tengok kawan yang resultnya tak seberapa dapat hadiah kemain beso

    • Tie
      January 5, 2011 at 6:57 pm

      Haha….

      Itulah yang cuba kak tie sampaikan. Tahu la kita tak de hak nak pertikaikan kemampuan ibubapa sekarang ni, cuma kena ingatkan anak tu, betapa bertuahnya mereka.

  12. January 5, 2011 at 7:07 pm

    Sampai hati nak bagi Wanie 20 ribu tu? Kalau guna duit kita dua ribu pun cukuplah hehehe

    • Tie
      January 5, 2011 at 10:02 pm

      Hehe… mau tak botak kepala kita dibuatnya!!

  13. January 6, 2011 at 7:47 am

    hadiah pada anak merupakan perangsang. kena ikut kemampuan tapi bagi yang mampu rasanya tak perlulah bagi yang mahal-mahal. Nanti mengajar anak tu menjadi riak dan mengharapkan ganjaran mahal sebagai upah. Cukup-cukup je lah..
    betul tak tie…

    • Tie
      January 6, 2011 at 3:20 pm

      Betul la kakpah. Biarlah ganjaran yang setimpal, kan.. walaupun kita tak ada hak nak ajar ibubapa yang mampu ni. Kita cuma kasihankan anak-anak yang melopong dengar rakannya yang khabarkan habuan yang dia dapat.

  14. January 6, 2011 at 11:55 am

    betol.. biarlah berpada2 & jelas kan pada depa apa makna nya hadiah tu.. sbg peransang utk lebih cemerlang.. jgn lah berlebih2 sgt kot..

    • Tie
      January 6, 2011 at 3:22 pm

      Kekadang kita faham ada ibubapa yang terlalu ghairah atas keputusan exam anaknya.

  15. January 6, 2011 at 4:49 pm

    tiny tak penah dpt hadiah apa2 walaupun dok naik pentas amik anugerah segala bagai.. dari UPSR sampai ke Master nih… sebab.. mak ayah kata.. result dan sijil tiny tu adlh utk diaorg.. hadiah utk penat lelah diaorg hantar tiny ke sekolah supaya berilmu..

    Mak ayah kata:
    “ILMU TU UTK TINY, KEPUTUSAN DI SIJIL TU UTK MAK AYAH”.. jadinya, semua org dh dapat hadiah masing-masing..

    tiny takmau ajar anak dgn hadiah.. boleh tak ye kaktie?.. di zaman semua ibu bapa dok gah bg hadiah yg ‘kelaas- kelaaas’ kt anak mereka.. huhuhuhu..

    • Tie
      January 6, 2011 at 4:56 pm

      Alhamdulillah Tiny, berkat dari ibubapalah kita berjaya, kan…
      Kak tie kalau boleh tak nak manjakan anak dengan hadiah bagai. Tapi, susah nak terangkan pada budak-budak ni. Rakan-rakan masing-masing dok sibuk cerita apa yang mereka dapat. Orang dewasa lak sedap-sedap tanya, “ayah, mama bagi apa ?”

      Anak-anak kita yang pada awalnya okay jadi stress…. kita pun jadi stress gak! Tapi kami tetap bagi ganjaran, yang memadai laa.. ikut kemampuan, itupun dengan penerangan panjang lebor.

  16. January 8, 2011 at 10:10 pm

    Masa sekolah dulu, Kak Long tak dapat hadiah daripada emak atau ayah setiap kali dapat nombor satu,sebab kata mereka, nanti hujung tahun kan dpt hadiah daripada pihak sekolah walaupun mereka dua-dua bekerja. Tapi dapat hadiah tali pinggang sebab dapat nombor tiga. Bila dah dewasa, baru sedar, kenapa arwah mak buat macam tu.
    20,000…ok gak, nanti kak Long tambah rp 10,000 lebih pergi Indon ari tu, hehehe..

    • Tie
      January 9, 2011 at 8:19 pm

      Hehehe….
      Cara orang dulu didik anak memang berkesan, tapi kita orang-orang dulu pun terima je, tak ada masalah. Sekarang ni tak semuanya boleh dipratikkanlah kak long. Dengan pengaruh rakan-rakan sebaya, ada kalanya kita sebagai ibubapa ni rasa tertekan juga. Bak kata apek kedai tu, “Manyak susah lo…”

  1. No trackbacks yet.
Comments are closed.
%d bloggers like this: