Home > Makan > Kekapis

Kekapis

Kenal tak benda ni ?

.

.

Saja nak tayang cutting board *kita yang baru, kah kah..!! (beli kat pengkalan kubor, murah sangat! Kalau boleh nak beli semua warna yang ada, :()

 

Dah lama tak jumpa kekapis @ scallop . Dulu selalu gak orang pulau kirim. Yang ini orang sedekah, kita nak beli tapi kerana hanya sedikit yang ada, pakcik tu bagi free jer,😛

.

.

.

Ni kita zoom sikit. Nampak tak ? Nampak tak ? Kita malas nak bukak and tunjuk isinya, sebab tak berapa lawa. Dulu kita rajin simpan kulitnya, kononnya nak buat hiasan, tapi lama-kelamaan malas pulak (macamlah tak tahu penyakit sendiri  :oops:).

Biasanya omputeh makan isi putihnya yang bulat tu, kita goreng berlada je, kalau kita buat stail mereka tentu tinggal sejemput, lagipun tekak ni macam tak boleh terima masakan macam tu.

Oh, Tie saja tak tunjukkan hasilnya. Takut kalian terliur lak. (padahal kita malu nak tunjuk masakan yang tak seberapa, hehehe…)

* Salah satu hobi Tie ialah mengumpul cutting board !

Categories: Makan Tags: , ,
  1. January 4, 2011 at 10:32 am

    Tie
    Kekapis —-> tapi kita baca kek lapis, heheh (kurang fokus sbb pakai spek sebelah bingkai dah patah. Ada yg baru, tapi kita setia pada yg satu, uhuk2).

    Bubur asyura jenis masin kita suka tapi ada sekali tu kawan beri bubur ayura manis yg dah likat … errkkk … tak tertelan so lamalah benda tu semunyik dlm fridge.

    • Tie
      January 4, 2011 at 5:03 pm

      Haha, Tie pun tengok macam tu gak! Spek Tie senget, sebab selalu sumbat gitu dalam handbag.

      Bubur asyura jenis masin (lemak ke ?), yang macam bubur tu (stail johor), Tie suka gak.. apa-apa bubur Tie suka. Orang sini bubur asyuranya macam kuih, boleh dipotong-potong.

  2. January 4, 2011 at 11:14 am

    haah…saya pun baca kek lapis tadi. hehe. Wahhh seafood la.

    • Tie
      January 4, 2011 at 5:04 pm

      Hehe… kita lak mula teringin nak makan kek lapis!

  3. January 4, 2011 at 12:45 pm

    seafood mahal tuuu

    • Tie
      January 4, 2011 at 5:05 pm

      Mahal kalau makan yang dah siap dimasak. Di pasar sini ada dijual sekali sekala, ikut musim kot.

  4. January 4, 2011 at 12:57 pm

    serious.. maza tak kenal binatang itu.. huhuhu

    ingatkan kuih pada awalnya.. rupanya binatang ek? hehehhe

    • Tie
      January 4, 2011 at 5:06 pm

      Sejenis shells…. kalau jenis dari negara barat, kulitnya lebih tebal dan besar. Mahal lagi!

  5. January 4, 2011 at 1:59 pm

    Tie

    akak nak kekapis dan cutting board tu, boleh tak?

    • Tie
      January 4, 2011 at 5:08 pm

      Err…. tinggal kulitnya aje la Kak Ezza, hehe…
      Cutting board tu satu set, ada sekeping kecik dan pisau satu. Nanti ajaklah PA gi ronda2 di Pengkalan Kubor , Tumpat, Kelantan. Siap RM seguni dulu, ya Kak Ezza😛

  6. January 4, 2011 at 4:09 pm

    kekapis itu bersaudara ngan lala kah?

    • Tie
      January 4, 2011 at 5:09 pm

      Lebih kurang gitu la, Juliet. Cuba google (scallop)….

  7. January 4, 2011 at 5:11 pm

    ingatkan kuih lapis tadikk.. ihiks

    • Tie
      January 4, 2011 at 6:48 pm

      Hehe… ramai yang ingat kek lapis je…

  8. zareda
    January 4, 2011 at 6:39 pm

    kak tie
    payah nak jumpa dah kekapis ni sekarang.. mahal reganya

    • Tie
      January 4, 2011 at 6:49 pm

      Zar, memang susah nak jumpa. Biasa orang beri je. Tak tahu lak harganya.

  9. January 4, 2011 at 8:54 pm

    Manis tasanya tu….

    Sedap!

    • Tie
      January 5, 2011 at 7:06 am

      Memang manis dan lemak skit.

  10. ima
    January 4, 2011 at 10:51 pm

    assalamulaikum…kak tie,lamanya ima tak jenjalan kat blog…ima pun sama gak terbaca kek lapis…rupanya bukan…mmg tak pernah makan…mesti sedapkan?cutting board kak tie pun cantik…dah lama ima tak ke pengkalan kubur..asyik ke rantau panjang je…

    • Tie
      January 5, 2011 at 7:10 am

      W’salam Ima.
      Kak tie pun sama gak, asyik main game kat Fb tu, hihi.

      Ima, kak tie ke sana masa cuti sekolah lepas. Dah lama tak pergi. Cutting board tu satu set sekali dgn pisau dan satu lagi cutting board kecik. Murahlah kiranya gitu. Kak tie ni pantang nampak yang comel-comel. Kak tie jarang ke Rantau Panjang, sebab kat sana banyak jual baju jer, kan?

  11. nahmy
    January 4, 2011 at 11:05 pm

    betulla! sbb ‘cutting board’ tu la maka kekapis tu nampak cam sedap je. jd pd mereka yg nak msk kekapis tu belilah ‘cutting board’ yg cam tu

    • Tie
      January 5, 2011 at 7:10 am

      Ehehehe….. macam nyindir kita jer… haha…😛

  12. January 5, 2011 at 1:31 am

    Cantik cutting board tu. Nak satu!
    Kekapis tu rasanya macam lala ke?

    • Tie
      January 5, 2011 at 7:11 am

      Ooo… ye la, rasanya lebih kurang macam lala juga. Cuma bentuknya lain sikit.

  13. safaa darwish
    January 10, 2012 at 8:12 pm

    mmg selalu tgk ni , selalu ada kt masterchef n rancangan masakan , kat mana boleh dpt ni ? supermarket kt mana ek ada jual ?

    • January 10, 2012 at 8:19 pm

      Tak pastilah kat supermarket mana.. kekapis ni ikut musim. Kekadang ada nampak di pasar sini (ganu). Tempat lain tak tahu laa.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: