Home > Makan, Rezeki > Menyambut Tahun 2011 dengan Bubur Asyura

Menyambut Tahun 2011 dengan Bubur Asyura

Punyalah panjang tajuknya, hihi…..

Sebenarnya setelah mendaftar Isha di sebuah sekolah premier di sini, abang ajak kita ke sebuah Majlis Asyura Dun Telemong. Program Asyura Perdana Dun Telemong 2011 dirasmikan oleh YB Tuan Haji Rozi Mamat adun Telemong. Kita cuma escort abang je, walaupun kekadang terperasan macam isteri wakil rakyat lak, kah kah…!!

Beberapa buah kampung mengambil bahagian (berpuluh-puluhlah jugak!) dan kita sekelamin bukan main sibuk lagi melawatย  booth-booth yang tersedia sambil snap gambor mana-mana yang patut untuk dikongsikan.

Kakak-kakak ni mula mengacau syura dari jam 8 pagi lagi. Err…….. kita bimbang kalau-kalau gelangnya jatuh dalam kawah tu… mesti laku bubur asyuranya, hihihi…

.

.

Pelbagai cara hiasan yang dihasilkan. Ada yang tabur sambal ikan(dan nyior), beledo (jelly) dan juga hirisan telur dadar.

.

.

Yang ini kelihatan menarik walaupun belum sempat dihiasi, Tie dah suruh abang snap gambar cepat-cepat. Stail orang dulu-dulu menghidang bubur syura.

.

.

Yang ini pula adalah ramuan yang diperlukan dalam menghasilkan bubur asyura Terengganu.

.

.

Haaa…… inilah pertama kali Tie jumpa geluk air yang dibuat dari tempurung kelapa. Comel betul. Agak-agak budak-budak sekarang nak ke bawa bekal air gitu ke sekolah ?

.

.

Ini dia resepi bubur asyura yang dipamerkan. Err… boleh baca tak ? Kita tengok macam blur je…..

.

.

Dan akhir sekali, Tie rasa bubur asyura dari Kampung Tok Lawit yang paling sedap, rempahnya dari Besut , agak terkenal dengan bubur asyuranya yang enak. Kami pulang dengan perut yang kenyang, alhamdulillah (sempat makan nasi free kat sana, hehe..) dan bawa beberapa bekas bubur asyura dari beberapa buah booth . Kita ambil 2 je, yang lain abang beri pada anak-anak buahnya.

Alhamdulillah, walaupun kita berasal dari Johor, dapat juga merasa suasana kampung membuat bubur asyura versi Terengganu.

.

.

~ Maaf, gambar kurang cantik sebab guna handphone je.๐Ÿ˜†

 

  1. January 1, 2011 at 6:03 pm

    Seronok bila ada majlis2 yg hidangannya hebat2 mcm nie. Kalau saya pun ada kat sana, buat tebal muka je datang makan.๐Ÿ˜€ Nak buat sendiri mende2 cm tu tak pandai. Nak beli bukan senang nak cari ooo.. bukan sabun buku, mana kedai runcit ada jual.
    Meleleh air lioq tgh lama cam nih.. baik chow dulu…:D

    • Tie
      January 2, 2011 at 7:53 am

      Tak termakan la Ismail. Ada berpuluh-puluh booth. Masing-masing sibuk nak suruh kami rasa dan beri kami sebekas. Setiap kampung yang mengambil bahagian diberi peruntukan lebih kurang RM200. Jadi semuanya free, tak perlu beli.

  2. January 1, 2011 at 8:40 pm

    memang seronok bila gotong-royong begini, lepas tu masing2 bawa balik sorang sebekas dua. sy suka makan bubur asyura ni, setahun sekali je dapat merasa

    • Tie
      January 2, 2011 at 7:55 am

      Tie pun suka makan, tapi bila tang nak buat tu, err…. kena fikir banyak kali. Kena berpakat ramai-ramai, baru seronok kan…

  3. January 1, 2011 at 11:20 pm

    ingatkan mama yg kacau bubur asyura tu…๐Ÿ˜‰ hati2 tau klu nak kacau. takut gelang mama masuk dlm kawah. hihihi

    • Tie
      January 2, 2011 at 7:56 am

      Ish…
      Mama tak berani nak kacau syura. Bukan setakat gelang, takut dengan mama sekali terduduk dalam kawah tu, ekekeke….

  4. January 2, 2011 at 12:18 am

    Memang dah lama tak makan bubur asyura dalam tempurung… Teringat zaman kecil-kecil dulu…๐Ÿ™‚

    • Tie
      January 2, 2011 at 7:56 am

      Suami kita pun ada beritau, orang dulu-dulu hidang syura dalam tempurung, senang nak bagi-bagi pada jiran.

  5. January 2, 2011 at 4:41 pm

    Salam Tie… hei, terlior pulak tengok bubur Asyura tu…

    • Tie
      January 4, 2011 at 9:59 am

      Salam Nekcun. Macam-macam rasa ada di sini.๐Ÿ˜›

  6. January 2, 2011 at 6:55 pm

    perkhhh.. mengelitik kaki maza mahu merasa sama.. mcm enak jer..huhhu

    psst: wah kat tie sempat skodeng gelang org yg itew ya.. hahahhah…

    • Tie
      January 4, 2011 at 10:01 am

      Hihi…
      Sebenarnya Tie perasan bila tengok gambarnya je. Secara realiti Tie ni selalu blur.

  7. January 3, 2011 at 1:00 pm

    ni jeles ni.. sini tak buat lagi… tunggu sekolah bukak kot sbb ramai cuti.. balik umah masing2… yg best sekali asyura pantai timur.. lebihkurang je rasa..

    • Tie
      January 4, 2011 at 10:02 am

      Ooo… Bubur Asyura klate agak manis, kan?

  8. January 4, 2011 at 9:07 am

    Assalamualaikum…

    haiih rindu kt kak tie…pekaba?
    selamat tahun baru 2011..agak terlewat sikit nk wish.
    Meriah la..mcm2 jenis bubur asyura ade.
    Peveret saya tu๐Ÿ˜€

    • Tie
      January 4, 2011 at 10:03 am

      W’salam Dear.

      Kak tie sihat, ni baru je selesai habiskan sebungkus nasi lemak (abg beli time rajin la tu…)hihi…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: