Home > Uncategorized > Balik asal

Balik asal

December 31, 2010 Leave a comment Go to comments

Errk!

Jangan terkejut, ya. Kita tukar ke theme asal sebelum ni. Rasanya theme ni lebih ringan dari yang hijau tu.

 

.

.

 

Oooo…… di sini dah masuk hari ke 4 hujan berterusan. Henti beberapa minit, lepas tu mencurah lagi. Jangkasuhu di dapur kita menunjukkan 25.6 C. Kira sejuk juga la tu. Mungkin sat lagi akan turun salji kot, ekekeke….. Makcik dah mula merepek! Maaflah….

Esok sibongsu Isha akan mula mendaftar di sekolah menengah. Dia tak dapat tawaran ke SBP pun. Kesian dia… cuma 2-3 orang je yang dapat. Tu pun anak-anak cikgu. Tak pe laa.. tak ada rezeki. Mamanya dah buat rayuan. Sebab nampak dia tu bersemangat nak tinggal di asrama. Tengoklah nanti, kalau tak dapat juga, kita suruh dia mohon asrama di sekolah premium di sini.

Wanie pula akan teruskan Form 4 di sekolah lamanya. Pun belum dapat apa-apa tawaran lagi. Kalau tak ada rezeki juga terpaksalah dia stay je di sekolah tu. Mamanya dah awal-awal lagi bagi warning. SPM lagilah susah. Kena start study hard dari awal lagi.

So, mamanya nak buat apa ?

Balik ke routine asal.:mrgreen:

 

~ Oh ya. Cookie the hamster sekarang macam kena sawan. Asyik gigit cage tu siang dan malam. Adakah itu tanda-tanda masanya akan tiba? Harap-harap budak-budak tu akan bersedia nanti.

 

Categories: Uncategorized
  1. December 31, 2010 at 9:38 am

    Wah lepas ni aktif blogging balik la mama? he he..
    Bab theme tu, mcm theme hijau tu lebih cantik dan kemas lah..Tapi yg ni pun ok jugak.. Tuan rumah punya citarasa.. Kita kena respect!

    • Tie
      December 31, 2010 at 10:23 am

      Hehe.. memang yang hijau tu lebih cantik, tapi pc kita agak slow nak loading bila guna theme tu. Yang ni lajulah sikit.

  2. December 31, 2010 at 10:29 am

    Tie, di mana pun anak-anak tu bersekolah, asalkan mereka berusaha, Insya Allah pasti akan berjaya. Dan bila tengok wajah ayahanda dan bonda tiap-tiap hari pun pahala juga, tambahan dapat tengok wajah mamanya yang comel tu..

    • Tie
      December 31, 2010 at 10:41 am

      Uhuk…uhuk..!!

      Tersedak Den!
      .
      .
      .
      “Wanie… Isha..!! Kak Long kata mama comel!! Wakakakaa….!!”

  3. December 31, 2010 at 11:00 am

    Hi Tie

    Muncul tahun baru, bukan aje anak2 bizi, Mamanya lagilah bizi ek??
    Selamat tahun baru .. oh ya .. Cookie tu harus dicarikan pasangan sebelum dia kunyah cage dia tu🙂

    • Tie
      December 31, 2010 at 1:41 pm

      Ish… kita memang sentiasa bizi!

      Sekarang ni bizi mengunyah, hihihi….

      Pasal Cookie tu, memang ada niat nak carikan dia awek, tapi susah laa.. dia ada sindrom TB (takut bini) sikit. Dulu selalu kena buli dengan Mochie, kih kih !!

  4. December 31, 2010 at 12:01 pm

    hujan ni kak tie… sejooookkk sungguh…

    • Tie
      December 31, 2010 at 1:42 pm

      Uuuiii..!! Memang sojooookk!!😛

  5. December 31, 2010 at 12:10 pm

    haaaaa.. barula senang nak masuk umah kak tie ni…

    • Tie
      December 31, 2010 at 1:43 pm

      Ada problem dengan theme hijau tu ke ?
      Napa tak beritahu dulu?
      Ingat pc kak tie yang mereng, hehe….

  6. December 31, 2010 at 12:49 pm

    kak angie faham perasaan isha. dulu akak pun frust masa tak dpt masuk SBP. Eh. Bukan tak dapat tawaran. tapi ada org terlupa nak bg surat tawaran tu. Smpi hati mereka perap kat pejabat sekolah. Dan

    .
    .

    huk huk huk. takyah ungkit la citer lama kan. takpe. setiap yg berlaku ada hikmahnya. sekolah biasa pun best! isha boleh cuba masuk form 3 nanti

    • Tie
      December 31, 2010 at 1:49 pm

      Tu laa…. Kakaknya Wanie baru mintak mrsm tahun ni, hihi… Mamanya yang suruh. Isha belum layak masuk mrsm sebab dia tu belajar main-main je, takut terkejut dengan suasana mrsm tu.

      Kesian Angie, tak pe laa… sekarang dah berkerjaya pun. Kalau ada rezeki boleh sambung study lagi, kan…

  7. December 31, 2010 at 1:28 pm

    kak tie, jin curik duit masih curik duit lagi? heh.

    • Tie
      December 31, 2010 at 1:54 pm

      Hu hu.. baru je 2-3 hari lepas. Terkejut kita. Ni mesti makcik jahat tu upgrade jin dia hinggakan boleh ambil walaupun dipinkan dengan jarum.

      Tie mengamok hari tu. Kalaulah dapat tahu identiti makcik jin tu memang Tie nak kerjakan orang tua tu termasuk jin dia 2 ekor tu. Duit belanja dapur kita senang-senang je dia rembat!!

      • January 4, 2011 at 10:52 am

        la tak insaf lagi ye? bacakan albaqarah tiap² malam kot, kasi dia panasss!

        • Tie
          January 4, 2011 at 5:00 pm

          Org gini payah nak insaf. Matanya asyik nampak duit jer.

          Insyaallah, kita akan usahakan.

  8. nahmy
    December 31, 2010 at 4:32 pm

    salam. bawak le dulu cookie tu pi kaunseling dulu….anak remaja mmg cam tu. hormon tgh menggila tu! oh ya…pakaian sekolah dah siap…bapak dgn mak kira duit tak siap-siap lagi…oohhh!!

    • Tie
      December 31, 2010 at 8:45 pm

      Hehe….. Tie dah bagi dia suratkhabar lama, biar dia gigit sampai lenguh gigi, ekekeke…..

      Ooo.. kita pun dok kira duit juga ni. Sebab dalam masa sebulan dua ni mesti budak-budak tu nak top-up keperluan sekolah lagi, huhu…

  9. December 31, 2010 at 8:28 pm

    amboi..amboi🙂

    insyaallah, ade rzeki tuk anak2 K’Tie tue

    • Tie
      December 31, 2010 at 8:47 pm

      Mudah-mudahan begitulah Ezan. Kak tie ni debor lak, esok sibongsu naik menengah, rasa macam semalam je dia ronda-ronda dalam baby walkernya tu, hi hihi…

  10. bcp
    December 31, 2010 at 9:47 pm

    kak tie, on pc bru leh komen blog kak tie,if not,tak dpt.

    takpe kak tie,duk umhpun bagus gak.kita dulu beriya2 nk masuk asrama,mak tak bg smpilh masuk uni bru rasa berasrama.Tp sebenarnya lebih elok di rumah,dernag akan lebih close dgn kita.

    • Tie
      December 31, 2010 at 9:52 pm

      Ooo.. ye ke ? Kak tie lupa nak jampi kot, hihi…

      Budak-budak ni dah naik lemak dok rumah. Tu yang suruh berdikari sket. Apa-apa pun bergantung kepada rezeki laa.. Kak tie terima je, hehe…

  11. December 31, 2010 at 10:28 pm

    salam tahun baru…

    • Tie
      January 1, 2011 at 3:36 pm

      Salam tahun baru, Zino.

  12. January 1, 2011 at 1:21 am

    dolu2 maza tak hinggin pun masuk boarding school ni.. walaupun ramai org cakap elok utk memantapkan diri dan demi masa depan gitew.. hehehhe

    bukan apa, takut berpisah dgn ketiak emak gitew… rasanya mcm kecikkk aje lagi.. hehehehe

    • Tie
      January 1, 2011 at 3:36 pm

      Ye la tu.

      Anak Omak katakan……. hihi…

  13. January 1, 2011 at 6:27 am

    Salam,

    Selamat Tahun Baru 2011.
    Mudahan kita semua sentiasa dalam keberkatan ALLAH.

    • Tie
      January 1, 2011 at 3:37 pm

      Salam,

      Selamat Tahun Baru buat Chekdee sekeluarga.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: