Keputusan PMR

Salam sejahtera semua. Mohon maaf banyak-banyak kerana tidak begitu aktif berblogging sejak akhir-akhir ini. Almaklum kita terpaksa berkongsi netbook yang cenonet ni dengan 4 orang lagi ahli dalam rumah, hihi.. Sabor aje laa…

Oh ya, keputusan PMR dah pun keluar. Alhamdulillah, keputusan PMR Wanie memuaskan hati mamanya, ekekeke…… Dan yang kembang kempis hidung tentulah toknya kat kampung tu. Tunggu dia talipon baru kita beritahu. Biasanya gitu laa….

Kepada semua yang berjaya, tahniah Tie ucapkan. Insyaallah, semoga akan terus kekal berusaha untuk kejayaan di masa hadapan. Dan kepada yang tidak berpuas hati dengan keputusan PMR anak tu , janganlah bersedih.

Tie dulu dapat result ala kadar je, malah masa SPM satu A pun tak ada. Tapi kerana gigih berusaha masa di IPTA (baru sedar diri kot), Tie berjaya dapat keputusan yang membanggakan (masa di sekolah dulu asyik blur je). Cuma akhirnya jadi Prof kat dapur lak, hihihi…….

Okaylah, dah ramai beratur kat belakang ni nak guna ebook Isha (mintak maaflah Tok Mat Said, kita guna untuk blogging sat!). Nanti senang Tie rempit kat blog kalian, ekk…. Janganlah kecik ati tau!!!