Home > kehidupan > Salam tahun baru

Salam tahun baru

Salam sejahtera semua, terima kasih atas kalian yang meninggalkan komen di entri-entri yang lepas. Something happened to my pc, monitornya tetiba je meletup. Terkejut makcik! Waakakakaa………

Jadi sekarang ni kita menumpang e-book Isha (jangan marahlah Dato’ Ahmad Said, dah terpaksa, hehehe…..) . Punyalah seksa menaip atas keyboard cenonet ni. Tak sesuai benor dengan jejari batang serai kita, ekekeke……. Asyik terperosok di celah-celah kekunci ni, adoi laa……

Oh ya, salam maal hijrah semua. Semoga di tahun baru ini kita dapat perbaiki diri dan bertambah amal buat bekalan kita nanti, insyaallah.

Dan akhirnya Tie merasa amat lega kerana sibujang dah selesai ambil SPM walaupun dalam keadaan serba kekurangan. (Hanya beberapa orang je yang faham apa yang Tie maksudkan). Alhamdulillah, Tie dah belajar redha dan terima dugaan ini walaupun sebelum ini Tie hampir-hampir kecundang.

Buat ibubapa yang mungkin sedang lalui saat getir, walau apa pun terjadi, ingatlah, janganlah sesekali berputus asa denganNya. Kita hanya merancang, tetapi yang punya kuasa dan yang menentukannya ialah Allah.

Categories: kehidupan Tags: ,
  1. December 8, 2010 at 6:36 pm

    .be brave n thankful..NEVAAAA give up..inshaALLAH 😀

    • Tie
      December 8, 2010 at 9:05 pm

      Thanks for your support!😛

  2. December 8, 2010 at 8:34 pm

    tie…
    belajar lah jadi sabar dan redha…baru hati kita tenang dan lapang…

    tie..pc akak mula mula monitor nya susah nak on….asik tertekan tekan saja sampai dia ok…lepas tu semalam cpu dia berbau wayar terbakar..pastu akak dengar bunyi l”pop”…
    maka sah lah kena hantar ke hospital pakar….
    nasib baik la ada lappy yang dah patah tengkuk ni…..hehehe

    • Tie
      December 8, 2010 at 9:09 pm

      Tie dah mula tenang , Kak ezza. Dulu rasa hampir gila…. Bayangkan bila dah biasa dalam keadaan terang benderang tetiba jadi gelap gelita. Sangat-sangat tidak diduga.

      Monitor Tie pun bunyi gitu, pastu keluar bau hangit juga. Kelam kabut kita tutup suis.😛

  3. December 8, 2010 at 10:41 pm

    Salam tahun baru jugak.
    Wah sampai meletup monitor? ada bom ke? he he.. alhamdullillah tak apa2.
    Dulu2 saya pun tak suka pakai notebook tp skrg tak suka pakai PC lak.
    Maybe bukan soal suka tak suka kot tapi sebab biasa atau tak biasa.

  4. December 9, 2010 at 1:00 am

    pernah kena tu kak tie. setahun jugaklah menumpang laptop abang. kena masa kilat. pengajaran buat saya tu… ‘tutup pc masa kilat sabung menyabung’. heee…

    Semoga kak tie sentiasa tabah atas apa-apa pun masalah yg dihadapi.

  5. December 9, 2010 at 1:51 am

    Assalamualaikum …

    kak tie, rindu kat akak tau….mak aii…sampai meletop monitor tu kak tie kerjakan ye…ekekeke ;p

    Alhamdulillah..selesai semua urusan…semoga urusan kak tie di permudahkan di tahun baru ini.🙂

    selamat tahun baru!

  6. December 9, 2010 at 11:54 am

    selamat tahun baru..

    go! go! Tie Go!… huhuhu

    mudah2an lepas ini dipermudahkanlah segala urusan Tie & family gitew..

  7. December 9, 2010 at 2:33 pm

    tabah hadapi setiap dugaan ya mama.
    angi pun pndi cakap je. bila kena kat diri sendiri, tertiarap gak. susah rasa nak bangun

    .

    semoga tahun baru menjanjikan seribu, 2 ribu, 3 ribu kemanisan utk mama. (gula dah naik harga lagi)

  8. December 9, 2010 at 3:42 pm

    kita bukak buku baru,😀

  9. ROSE PURPLE
    December 9, 2010 at 4:32 pm

    Salam Maal Hijrah untuk Tie juga..tahun baru kita buka buku baru..buang yang keruh ambil yang jernih..

    Kita rase masalah kita besar..ada orang lain yang lebih berat masalah dari kita…Dalam dunia ni tidak semua dikurniakan kesempurnaan…kan angie.??? Setiap yang terjadi ada hikmahnyer..

    Yang penting kita bersyukur atas kesempurnaan dan berusaha atas kekurangan..insyaallah kita akan mendapat keberkatanNya..

  10. December 9, 2010 at 8:58 pm

    Salam Kak Tie!!
    Muacksssssss,…

    Walla! Sangat lama sudah Jue tak jengok mana-mana blog, kalau singgah pun takat baca dan tak sempat nak reply/komen. Even komen dalam blog sendiri pun terabai. Oh, belum jadi Menteri lagi nih!! haha~

    Hopefully Kak Tie is doing fine, insyaAllah. Nanti Jue email kat Kak Tie ek-nak anto gmbr latest Jue. Ngueh2x. Take care ek~

    Salam Maal Hijrah Kak Tie, semoga this new year is so much better from what we had in those previous years. Amin.

  11. bcp
    December 10, 2010 at 2:42 am

    salam tahun baru! kak tie,redha dan tenang itu maknanya jiwa kita dh dekat dgn pencipta kita!Taniah!Ujian itu man atahu salah tahu point utk beli tiket ke syurgaNya.

  12. pB
    December 10, 2010 at 9:46 am

    Redha

  13. nahmy
    December 10, 2010 at 10:46 pm

    alhamdulillah….ride on kak! let’s paint the blogging world red!!

  14. ima
    December 11, 2010 at 9:12 pm

    assalamualaikum…kak tie,

    semoga kita diberikan kekuatan dan sentiasa redha dengan ketentuan dariNYA…

  15. December 12, 2010 at 7:57 am

    macam mana boleh meletup tu… buat entri meletop kot hehe.. semuga anak berjaya dalam SPM yg baru lepas..

  16. December 13, 2010 at 12:36 am

    Salam Tie,

    Aik…sampai meletup ya…tahun baru, dia pun nak yang baru jugak tu!
    Kak Long memang dah biasa menaip kat lap top sebab senang usung sana sini. Lama-lama tu rasa selesa aje.

    Semoga sentiasa diberikan kekuatan menghadapi kehidupan.

  17. December 17, 2010 at 12:09 pm

    kita pun nak ucap selama tahun baru. semoga tahun baru nanti hidup akan lebih cemerlang dari tahun sebelumnya.

  18. December 19, 2010 at 7:18 pm

    Salam Akak Tie :

    Setiap yg b`laku pasti ada hikmahnya. Apa pun result yg bakal d`terima si bujang k`sayangan Akak Tie kelak, itu namanya rezeki. Moga cemerlang hendaknya, Insya Allah.

    Senyum sokmo ye….
    🙂

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: