Home > buah, tumbuhan > Intai di kebun

Intai di kebun

Beberapa minggu yang lepas (memang dah lama daa….), kita balik Kelantan sekejap. Sempat singgah di rumah abang ipar dan kutip apa yang ada, hihihi…..

Kebetulan pokok rambutan ketot (katanya species kahwin dengan laici @ longan) sedang berbuah, jadi kita pun dapatlah merasa sikit.

 

 

Pokoknya rendang, memang mudah benar kita nak petik buahnya. Sangatlah suka kerana bab-bab memetik buah ni adalah salah satu kegemaran kita!

.

Rupanya sama je, tapi jauh lebih kecil dan comel. Abang ipar kata, bila ia betul-betul ranum, kulitnya akan kehitaman dan bijinya terus lesap. Jadi boleh telan gitu saja, hehehe… Err… kita kunyahlah sikit!

.

Tapi makcik ni tak sabar, nak makan jugak! Memang sedap. Teksur isinya macam longan pun ada, macam laici pun ada gak. Keliru jap!

.

.

Lepas tu, kami intai pokok nenas ketot dia. Comel juga, tapi hanyalah untuk perhiasan.

 

Yang ni dalam proses nak jadi buah.

.

Haa…. besar ni je buahnya…. punyalah panjang tangkainya,😆

.

.

.

Akhir sekali… kita intai kat rumah sendiri lak!

 

Pokok ciku kita baru nak belajar berbuah!

.

Eh! Telur siapa pulak ni ?? Ada sesiapa nak ngaku ??

.

Pisang kapas ni tak sempat Tie merasa. Mek kata tandannya patah beberapa hari kemudian  sebab angin kuat sangat hari tu… Tie suruh dia ambil je, peram kejap , pastu bolehlah buat jejemput, hehehe….  Tapi, ada lagi 2 pokok yang sedang berbuah gak! Mungkin sempat bila kita balik raya korban nanti.

.

.

.

 

Dan sebelum pulang, sempat tengok pokok roselle ni. Sekarang sedang lebat berbuah. Mentua dah pandai buat sirap roselle dan jam roselle (cuba teka siapa yang ajar ? )  Beruntung kan dapat menantu ni, ekekekeke…….

 

  1. October 26, 2010 at 10:41 am

    salam tie..untung kan kalau kawasan rumah luas dan tuannya rajin..nampak sedap ya rambutan yg sebiji berbagai rasa..roselle tu dah nampak mendatangkan hasil..untung mentua mendapat menantu yg tak lokek ilmu ..dapatlah makan jem buatan sendiri..tentu lagi sedap..asli gitu..

    • Tie
      October 26, 2010 at 12:00 pm

      Salam makcik,
      Tie memang suka menanam ni. Ingat nak buat rose garden nanti. Hari tu tengok rose kecik yang pink tu sedang meriah membiak. Suka sangat!

  2. October 26, 2010 at 10:56 am

    teruk mama ni tau!!!!!

    .
    .

    .
    .

    lain kali bawakla angie gi ‘ladang’ tu…🙂 angie chop rambutan tu!! tengok.. kan dah telan air liur….

    mmg nampak rangupla rambutan tu…

    naaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkk!!

    • Tie
      October 26, 2010 at 11:58 am

      Ekekekeke……
      Nanti, bila mama dah pindah dan tinggal di rumah sendiri, bolehlah angie dan kengkawan datang. Boleh cari ikan puyu kat belakang rumah mama di sawah tu, kalau tak takut pacat laa..
      Pastu boleh mandi manda kat tali air depan rumah, sambil buat facial dengan mud tu, hihi…
      Dan.. boleh tidor kat wakaf mama di luar tu, sambil diketip nyamok lagik!!
      .
      .
      .
      Suka tak ??

      • October 26, 2010 at 3:41 pm

        wuuiiiiiiiii… bestnya

        pakej yg sgt menarik… diketip pacat, dan nyamuk… jarang bole dpt pakej ni
        😛

        teruk tau!!😛

        • Tie
          October 26, 2010 at 6:22 pm

          Pakej yang menarik untuk orang yang istimewa, hihihi…..😆

  3. October 26, 2010 at 11:33 am

    WAH! agak pelik juga apabila mendapat tahu ‘pokok bertelur’

    hahahha

    psst: maza jeles sbb tie ada tanah nak berkebun.. tapi maza bukan kata tanah utk berkebun, tanah nak buat rumah pun tak der lagi.. huhuhu

    • Tie
      October 26, 2010 at 11:55 am

      Alalalala……..
      Kesian dia !
      Tu laa… itulah untungnya kahwin dengan orang klate, tanah ada, kebun ada, cuma pitih je yang kurang, uwaaaaa……………….:mrgreen:

  4. October 26, 2010 at 12:17 pm

    Bestnyer ada kebun…..dan best juga duduk kelantan nie….tanah dia org luas….Kawan den ghumah dekat Pulai Chondong…dekat sawah..peh besar gila ghumah dia….Klu gie kelantan mesti lepak situnyer….

    Tapi….nak beli tanah kat kelantan mesti warga kelantan atau dah duduk situ more than 20year ker gitu….

    Apa2 pun cayalah….berbakti kepada tanah pasti menguntungkan….

    • Tie
      October 26, 2010 at 6:12 pm

      Rumah besor ? Ramai orang Klate ni kaya-kaya, hehe.. Ada kawan abang kita tu ayahnya tokey beras. Kita malu nak ke rumahnya, rasa kecik je diri ni, huhu…

      Hanya anak jati Klate je boleh beli tanah di sana (dilahirkan di Kelantan). Kalau ikut cara negeri lain, tentu dah habis dibeli oleh orang luar, macam di Johor tu..

  5. October 26, 2010 at 12:22 pm

    Salam Tie
    Semua pokok katanya ketot, tuan ladang ketot juga kah?
    Kita guwau jer, hehee.

    Seronok bila berjasa dengan tanah .. I takde bakat langsong, ishh..

    • Tie
      October 26, 2010 at 6:13 pm

      Waakakakaa…….

      Yang ketotnya orang yang datang kutip hasil tu, ekekeke….

      Err… kena ada bakat, ekk ? Kita tak perasan lak.

  6. October 26, 2010 at 4:53 pm

    uniknya nenas tu. burung apa yg bertelur tu? rendah sangat sarangnya.

    • Tie
      October 26, 2010 at 6:14 pm

      Burung apa ? err… kak tie lupa namanya, ada hari tu mentua beritahu.
      Sebenarnya ia bertelur atas tanah (kes malas la kot!). Kak tie yang letak kat atas dahan tu, biarlah nampak comel sikit, hihi…

  7. October 26, 2010 at 5:00 pm

    Salam Zulkaedah…
    Terima kasih di atas doa nya… terima kasih juga kerana sering memberi nasihat yang membina kepada Amee…
    Semoga kak Tie senantiasa bahagia di samping keluarga & di lindungi Allah…

    Kak Tie…
    Bestnya dapat makan buah buahan…. yang masih segar baru di petik oleh kak Tie…. pasti enak sekali ….

    • Tie
      October 26, 2010 at 6:21 pm

      Salam Amee,
      Kak tie dah anggap Amee sebagai seorang adik dan nasihat tu pun tak seberapa. Lagipun apabila kita mengingatkan seseorang, kita sendiri juga akan terkesan.
      Sama-samalah kita memperbaiki diri selagi termampu, ya dek!

      Insyaallah, bila pokok-pokok buah yang kak tie tanam (hampir separuhnya, selebih anak-anak dan abang),berbuah, bolehlah kita berjamu sama, ya….🙂

  8. October 26, 2010 at 7:57 pm

    Hmmm… untungnya berbudi kepada tanah.. Kirim la sikit mutan ketot tu kak…😀

    • Tie
      October 30, 2010 at 7:08 pm

      Kita dah lama tak balik kg ni….

  9. October 26, 2010 at 10:15 pm

    salam kak tie…

    sukanya kalau tanaman dah keluarkan hasil kan?…balasan bebrbudi pada tanah.

    rambutan dan nenas tu comellah.

    • Tie
      October 30, 2010 at 7:09 pm

      Salam Suzi,

      Tentunya seronok bila semuanya berhasil, kan…

  10. dyg
    October 28, 2010 at 4:49 am

    kak tie…..alaalaa sedap nampak buah rambutan ketot tu…..huhuhuh

    • Tie
      October 30, 2010 at 7:09 pm

      Memang sedap !😆

  11. October 28, 2010 at 5:44 am

    mcm tu rupanya pokok ciku
    ingatkan ciku terjuntai ke bawah😆

    issskkk rs mcm nak mkn rambutan nanas dlm tin tu la
    kena gi cari la camni! hihihihi

    • Tie
      October 30, 2010 at 7:10 pm

      Laaa….. ingat kak tie je yang baru tahu, ekekeke….

  12. October 28, 2010 at 8:44 am

    Kak Tie…
    Tolong tutkan pokok rambutan tu boleh? Su nak benih, nak tanam jugaklah nanti.

    • Tie
      October 30, 2010 at 7:11 pm

      Su, pokok tu kat rumah abang ipar. Nantilah, kalau kak tie berpeluang, nak juga. Bila ada nanti kak tie beritahu Su, ya.. Tapi tak boleh nak janji laa…

  13. DrSinga
    October 28, 2010 at 1:32 pm

    rambutan konfius!!

    • Tie
      October 30, 2010 at 7:11 pm

      Uwaaaaa………😆

  14. nahmy
    October 28, 2010 at 9:42 pm

    wow! seghonoknya jln2 masuk kebun mkn buah…

    • Tie
      October 30, 2010 at 7:12 pm

      Tentu sekali, hehehe…

  15. October 29, 2010 at 9:15 am

    assalamualaikum kak tie…

    sedapnya rambutan tuu…x nah merasa lagi. mesti sedap nie.

    • Tie
      October 30, 2010 at 7:12 pm

      W’salam Dear,
      Kak tie first time rasa. Sedap! Kak tie suka, hihihi…

  16. October 29, 2010 at 3:12 pm

    salam Tie
    wah bestnya buah-buahan sedang amsak ya
    tempat ummu baru je habis musimnya.

    • Tie
      October 30, 2010 at 7:13 pm

      Salam ummu,
      Kisah ni dah lama, agaknya dah abis buah tu.

  17. October 29, 2010 at 4:51 pm

    saperlar tak sayang menantu.. ihihi

    tp ader kann.. kanns

    • Tie
      October 30, 2010 at 7:14 pm

      Atas nasib la en_me….. huhu…

  18. Bcp
    October 30, 2010 at 8:13 am

    Rambutan tu meruntun jiwa daaaaa.itu suda 4 thn tarak merasa maaaa.yummmmmm.kaktie xsuka tanam pokok cam sersi,halia,kunyit ke?

    • Tie
      October 30, 2010 at 11:49 am

      Ct, serai, halia, kunyit tu memang satu kemestian. Ada berlambak keliling rumah atap biru tu. Pokok kari, limau nipis, limau purut dan banyak lagi pun ada.

  19. October 30, 2010 at 9:05 pm

    Salam kak tie..

    Ooo..daun pokok roselle kut yang saya selalu nampak orang jual..orang buat apa dgn daun tu? Kalau betul la..

    • Tie
      October 30, 2010 at 10:27 pm

      Daun roselle ?
      Tapi kan, daunnya memang ada khasiat juga. Cuma tak tahu pula sampai ada dijual.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: